Seseorang untuk Dinikahi: Bab 25

Pergi ke UK?” terkejut Puan Azizah apabila Luqman membuka mulut malam itu.
Luqman sekadar mengangguk. Sejak munculkan diri tadi, dia sudah disoal bertubi-tubi oleh mama dan neneknya. Tambah lagi apabila mereka langsung tidak nampak batang hidung Nazwan. Dia tahu, tidak ada gunanya dia berbohong lagi. Lagipun dia tidak akan dapat menyembunyikan kebenaran itu selama-lamanya. Lambat laun mereka akan tahu juga. Jadi, lebih baik dia segera beritahu hal yang sebenar. Apa pun akibatnya, dia rela tanggung.
Cuba beritahu hal yang sebenar, Luqman,” tegur mamanya.

Itulah hal sebenar,” jawab Luqman. “Nazwan tak boleh nak teruskan apa yang nenek rancang untuk dia. Jadi, dia buat keputusan untuk duduk dengan pak ciknya di UK,” terang Luqman secara ringkas.
Pak cik? Sejak bila dia ada pak cik duduk di sana?” tanya nenek was-was.
Adik bongsu arwah papa Nazwan. Selepas abangnya meninggal dunia, dia ambil keputusan untuk terus tinggal di sana,” terang Encik Luqfi secara ringkas.
Tak kisahlah siapa pun. Bila Nazwan nak balik sini?” tanya nenek dengan pandangan yang seakan ingin menerkam sahaja.
Luqman mengangkat bahu. Meremang bulu roma Luqman sebentar. Namun, dia cuba berlagak biasa. Lagipun dia sudah jangka hal ini. Jadi, dia cuma perlu kuatkan semangat menghadapi nenek.
Luqman?” mamanya bersuara. Tidak puas hati selagi Luqman tidak bersuara.
Tak pasti. Dia tak ada beritahu. Tapi Luq rasa kalau nenek setuju batalkan rancangan nenek nak kahwinkan dia dengan Arissa…”
Jangan harap!” pantas Puan Azizah bersuara. Marahnya sudah sampai ke kemuncak. Ini kali pertama dia rasa dikhianati sebegini. Oleh dua orang cucu kesayangan dia pula. “Nenek akan tetap dengan keputusan nenek. Tak kira Nazwan lari ke mana, bila dia balik sini nanti, nenek tetap nak kahwinkan dia dengan Arissa!” tegasnya.
Kalau macam tu, Nazwan takkan balik untuk selama-lamanya,” balas Luqman selamba.
Luqman! Papa tak pernah ajar kau macam tu!” marah Encik Luqfi yang menyangka anak lelakinya itu semakin biadap.
Puan Latifah terkejut dengan suaminya itu. Dia tahu sangat. Suaminya seorang yang penyabar dan sentiasa bercakap dengan lembut apabila berlaku sedikit salah faham. Tapi bila suaminya sudah ‘berkau-aku’ dalam perbualan, itu bermakna suaminya benar-benar marah. Kalau dibiarkan, pasti keadaan akan bertambah teruk.
Abang,” Puan Latifah cuba mententeramkan suaminya.
Tahu tak keluarga kita terhutang budi dengan keluarga Arissa?” suara Encik Luqfi begitu tegas menegur anak lelakinya itu.
Itu Luq tahu tapi takkan disebabkan terhutang budi kena kena bayar dengan masa depan Nazwan? Dia ada hak untuk pilih siapa yang layak untuk dia bukannya kena ikut rancangan gila ni!” balas Luqman.
Luqman!” tegur Puan Latifah. Sama macam suaminya, Luqman juga sudah mula naik angin.
Mama….”
Luqman, pergi masuk bilik,” arah Puan Latifah. Kalau dibiarkan perbualan ini berlanjutan pasti akan bertambah teruk lagi. Jadi, lebih baik dia leraikan sekarang juga.
Tapi…”
Luqman, untuk kali ni, dengar nasihat mama,” rayunya. “Naik atas.”
Tidak perlu disuruh buat kali seterusnya, Luqman berlalu meninggalkan pertengkaran itu. Namun, dari jauh dia masih dengar suara papanya yang tidak puas hati.
Awak masih nak pertahankan dia?” tanya Encik Luqfi kepada isterinya.
Bukan pertahankan. Tak guna kita bertekak sekarang. Nazwan dah tinggalkan Malaysia. Kita patut fikirkan jalan penyelesaian bukannya bergaduh begini. Yang penting sekali, kita patut fikirkan macam mana nak beritahu keluarga belah perempuan,” terang Puan Latifah.
Luqman yang mendengar sekadar menggeleng. Tidak habis-habis memikirkan pasal Arissa. Apa kelebihan Arissa sampai mereka lebih pentingkan Arissa! Sungguh dia tidak faham!

***


Nenek mogok lapar?” tanya Luqman sekali lagi untuk dapatkan kepastian apabila mamanya memberitahu nenek tidak mahu turun makan sejak awal pagi lagi. Tidak perlu ditanya kenapa. Cuma dia ingin tahu adakah ini benar ataupun lakonan semata-mata.
Kenapa kamu tak beritahu mama awal-awal pasal Nazwan?” tanya Puan Latifah.
Dia tidak berniat hendak memulakan pergaduhan tapi dia menyesal sebab tidak prihatin atas anak buahnya itu. Selalunya kalau ada apa-apa yang tidak kena berlaku, dia dapat kesan terlebih dahulu tapi kali ini dia kecewa sebab gagal melaksanakan tugasnya.
Nazwan yang buat keputusan, mama. Luq cuma tolong dia saja,” balas Luqman tidak boleh berbuat apa-apa.
Pujuk dia balik,” pinta Puan Latifah.
Mustahil,” jawab Luqman sepatah.
Luqman…”
Mama, sekarang ni, Nazwan yang buat keputusan untuk pergi ke sana. Tak guna kalau kita pujuk dia kalau dia yang beria-ia nak pergi ke sana,” terang Luqman.
Tapi nenek harap sangat dia balik.”
Benda ni makan masa sikit, mama. Lambat laun, nenek pasti boleh hidup tanpa Nazwan. Lagipun, teknologi zaman sekarang ni canggih. Jauh di mata, dekat di skrin. Cuma, buat masa sekarang ni, Nazwan perlukan ruang. Kalau dia dah okey, dia akan hubungi nenek nanti,” ujar Luqman cuba menyedapkan hati mamanya.
Macam mana kalau dia tak buat macam tu dan hilangkan diri terus?” soal mamanya.
Dia takkan buat macam tu. Luq kenal sangat dengan Nazwan.”
Mama tak pasti, Luq,” keluh Puan Latifah.
Mama terlampau fikirkan sangat benda ni. Rileks. Seperti yang Luq kata tadi, perkara ni perlukan masa. Nenek perlukan masa, Nazwan perlukan masa dan kita juga perlukan masa untuk suaikan diri. Lambat laun, kita akan mengganggap yang Nazwan pergi sana untuk sambung belajar dan akan pulang suatu hari nanti,” ujar Luqman lagi.
Macam mana pula dengan Arissa?” tanya mamanya.
Rissa okey,” sapa satu suara menyahut soalan tadi.
Arissa,” terkejut Puan Latifah apabila menyedari Arissa yang entah sejak bila berada di dapurnya. Bukan sahaja Puan Latifah terkejut, Luqman juga turut terkejut dengan kehadiran Arissa itu.
Err… sorry. Rissa ada bagi salam tadi tapi tak ada sesiapa yang sahut, jadi, Rissa masuk sendiri,” ujar Arissa serba salah apabila mereka berdua melihatnya seperti melihat hantu masuk ke rumah itu.
Rissa buat donut?” tanya Puan Latifah tidak tahu apa yang hendak diperkatakan. Tiba-tiba sahaja dia jadi gagap berhadapan dengan Arissa. Apatah lagi apabila ternampak sebuah bekas yang penuh dengan donut di dalamnya. Terus dia teringat Nazwan.
Mmm… hanya sedikit buah tangan,” kata Arissa menghulurkan bekas yang berisi donut itu kepada Puan Latifah.
Terima kasih,” teragak-agak Puan Latifah menyambutnya.
Nenek mana?” tanya Arissa sambil memandang sekeliling.
Ada dalam bilik.”
Tak sihat?” tanya Arissa.
Mogok lapar,” ujar Luqman terus-terang.
Hah?” terkejut Arissa mendengarnya. “Kenapa?”
Lagi kau mau tanya?” balas Luqman dingin.
Luqman,” tegur Puan Latifah. Dia tidak faham dengan anak lelakinya itu sampai bencikan Arissa begitu sekali.
Betul ke?” tanya Arissa kepada Puan Latifah. Puan Latifah tidak ada pilihan lain selain mengaku. “Sejak bila?”
Pagi tadi.”
Habis, nenek tak makanlah sejak pagi tadi?” tanya Arissa lagi.
Dah nama mogok lapar, mestilah tak makan,” balas Luqman.
Luqman,” tegur Puan Latifah lagi.
Oh… Itu mesti makanan untuk nenek, bukan?” tanya Arissa sambil berlalu mengambil sebuah dulang sederhana besar yang memuatkan sepinggan nasi dan beberapa lauk-pauk di atasnya. “Biar Rissa pujuk nenek,” tanpa berlengah lagi dia terus berlalu mendaki anak tangga ke bilik nenek.
Kenapa?” tanya Luqman apabila menyedari mamanya asyik memandangnya.
Kamu pernah terfikir tak, macam mana rasanya kalau orang yang kamu cinta tiba-tiba tinggalkan kamu tanpa sebarang sebab?” tanya mamanya. Tapi belum sempat dia hendak menjawab, mamanya kembali menyambung. “Oh, kamu tak pernah putus cinta atau kena tinggal macam situasi Arissa sekarang. Jadi, selamat bergembira dengan kesedihan orang lain.”
Kenapa semua pentingkan Arissa daripada keluarga ahli keluarga sendiri?” tanya Luqman tidak puas hati.
Cari jawapan tu sendiri, barulah kamu faham,” jawab Puan Latifah malas hendak lanjutkan perbualan itu. Silap hari bulan, boleh bergaduh lagi.

***

Betul nenek tak nak makan? Kalau tak nak makan, Rissa makan ye? Rissa pun belum makan lagi sejak pagi tadi. Ingatkan nak makan sama-sama dengan nenek tapi nenek tak nak makan, Rissa makan dululah. Nanti tak pasal-pasal dapat penyakit percuma,” ujar Arissa yang cuba memujuk Puan Azizah makan sejak tadi.
Makanlah. Bukannya sedap pun,” balas Puan Azizah dengan jelingan tajam.
Orang tua, kalau sudah merajuk memang akan merajuk habis. Pujuk dengan apa pun memang tidak akan berjaya. Namun, semua itu tidak membuatkan Arissa berputus asa dengan mudah. Lagipun dia kenal sangat dengan nenek. Semakin orang pujuk dia, semakin kuat usahanya untuk bermogok.
Sedaplah nenek. Tak sangka Mama Tifa pandai masak masakan Melayu yang sedap macam ni,” puji Arissa mula menyuap nasi ke dalam mulut.
Yelah tu. Bukan nenek tak tahu, dia beli lauk-lauk tu. Nasi je yang dia masak,” ujar Puan Azizah yang sudah dapat meneka. Bukannya dia tidak tahu, anak perempuannya itu memang langsung tidak reti masak masakan Melayu. Suruh masak gulai pun, gulai bertukar warna pink.
Ekk? Macam mana nenek tahu?” tanya Arissa melayankan saja kerenah nenek.
Dia anak nenek mestilah nenek kenal!” tegas Puan Azizah.
Oh, kalau macam tu, nenek mesti kenal cucu-cucu nenek, bukan?” ujar Arissa yang sengaja ingin menyentuh hal itu. Kalau tidak sentuh, sampai bila pun nenek akan terus mogok lapar.
Tak kenal. Cucu tak kenal budi! Jangan sebut pasal diorang lagi. Anggap saja nenek tak ada cucu!” tegas Puan Azizah lagi.
Kalau macam tu, Rissa patut anggap yang Rissa tak ada tunanglah?” ujar Arissa selamba.
Kamu ni… cubalah jadi orang berperasaan sikit,” marah Puan Azizah.
Kalau Rissa jadi orang berperasaan, habis rumah nenek ni Rissa bakar nanti. Sekarang, nenek pilih, nak Rissa jadi orang berperasaan atau jadi macam sekarang?” tanya Arissa selamba.
Orang risaukan dia, lagi dia buat lawak.”
Mana ada buat lawak. Ini apa yang Rissa rasa patut buat. Apa yang dah berlaku, akan terus berlaku. Nazwan yang nak pergi sana, jadi Rissa patut terima. Kalau ada jodoh, kami akan bersama. Kalau ditakdirkan hubungan ini sampai sini saja, lepaskan ajelah,” ujarnya selamba.
Senang kamu cakap,” bengang Puan Azizah mendengarnya. Macam manalah dia tidak tension, kalau seorang begitu, seorang lagi begini perangainya. Sama-sama acuh tidak acuh dengan apa yang sudah berlaku.
Benda ni senang je kalau kita sentiasa fikir positif. Positifkah kalau nenek lancarkan mogok lapar? Yang sakitnya nenek juga nanti. Orang lain hanya boleh tengok saja nenek sakit bukannya boleh tanggung sakit nenek sedikit. Nazwan pun belum tentu akan muncul depan nenek masa tu. Jadi, kita kena berfikiran positif. Anggap saja apa yang berlaku semua ni hanyalah sementara dan suatu hari nanti kita akan dapat apa yang kita harapkan hari ini,” ujar Arissa masih terus berusaha memujuk nenek.
Kamu ni, tak ubah macam arwah mama kamu. Ada saja modal nak cakap,” keluh Puan Azizah yang sudah tiada modal lagi hendak berbahas. Perutnya sudah berkeroncong. Lebih-lebih lagi apabila melihat Arissa makan dengan lahapnya.
Ini tak boleh jadi!
Itu menunjukkan Rissa memang mewarisi bakat mama,” balas Arissa dengan penuh bangga.
Memang pun. Bukan saja pandai memujuk tapi pandai habiskan makanan nenek. Tengok tu, habis dah nasi yang kau makan. Nenek nak makan apa ni?” tanya Puan Azizah menahan geram.
Memang dia lancarkan mogok lancar tapi bila tengok Arissa makan dengan lahap, semakin bertambah lapar jadinya. Terus tidak jadi bermogok.
Ekk… Alamak!” Arissa terkejut seraya melihat nasi di pinggan itu. Hanya tinggal separuh. Rasanya dia hanya makan beberapa suap tapi bila sedar barulah dia perasan dia sudah makan banyak. Padahal dia tiada selera untuk makan sebenarnya.
Apa sengih-sengih lagi. Pergi ambilkan nasi untuk nenek lagi. Kaut lauk banyak-banyak!” arah Puan Azizah.
Baik nenek!” ujar Arissa sambil menabik hormat. Tanpa berlengah lagi dia terus berlari keluar untuk ke dapur. “Mama Tifa, nak nasi lagi! Dan lauk juga!” jerit Arissa memecah kesunyian rumah itu sejak malam tadi.


***


Ah, penatnya,” keluh Arissa seraya mendapatkan katil yang empuk kepunyaannya itu. Hari ini hampir satu hari masanya dihabiskan dengan menemani nenek. Mujurlah memujuk nenek tidak mengambil masa yang lama. Kalau tidak, dia juga akan turut mogok.
Dalam pada itu, Arissa mencapai handsetnya yang dibiarkan di atas meja bersebelahan dengan katilnya itu. Ada beberapa panggilan tidak berjawab dan sedikit mesej yang kebanyakannya daripada Naufal dan Melati. Dua orang ini memang wajib akan menghubunginya sejak berita Nazwan lari ke luar negara tersebar.
Dia pun pelik. Cepat betul berita itu tersebar. Padahal dia hanya memberitahu Melati. Dia tahu pun sebab dia terdengar perbualan telefon Sarah dengan Luqman semasa dia mencuba baju tunang tempoh hari. Kalau tidak, memang dia tidak tahu apa-apa. Selepas itu, dia tidak beritahu sesiapa selain Melati.
Bila Naufal sudah tahu, ini bermakna ramai yang sudah tahu. Tapi yang tensionnya, bila sudah tahu dia pula kena serang dengan soalan-soalan yang dia sendiri tiada jawapannya. Apa yang berlaku bukan kehendaknya. Kalau dia ada jawapan untuk semua soalan itu, memang sudah lama dia jawab. Dia juga tidak pening kepala seperti sekarang.
Tambah lagi, dia ada banyak perkara yang perlu difikirkan sekarang ini. Daripada memikirkan masalah yang dia tiada jawapannya, lebih baik dia tumpukan perhatian pada dua orang yang penting dalam hidupnya sekarang!
Ah, masalah nenek dah selesai. Sekarang tinggal papa. Kena fikirkan cara macam mana nak beritahu papa tanpa diserang heart attack,” keluhnya.


***

Okey, Cik Arissa, apa yang perlu kita buat sekarang adalah jauhkan diri daripada singki tu dan hubungi tukang paip,” ujar Fazira cuba menghalang Arissa yang berkeras ingin membetulkan paip singki yang longgar itu.
Tak payah. Ini kerja mudah saja. Orang perempuan pun boleh buat cuma orang perempuan ni terlalu mengharap orang lelaki bila bab macam ni. Kau duduk di tepi dan tengok aku selesaikan masalah remeh-temeh ni,” ujar Arissa yang sudah bersiap sedia dengan peralatan menukangnya.
Mama,” Fazira menjeling memandang mamanya yang hanya senyap di tepi.
Biarkan dia,” ujar mamanya yang tidak mampu hendak menghalang bekas anak tirinya itu.
Biarkan? Mama dah lupa apa yang dia dah buat dengan mesin basuh kita semalam? Daripada boleh digunakan lagi, terus kena beli baru. Kita patut halangnya sebelum...” belum sempat Fazira habis berkata-kata, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan dengan semburan air yang kuat dari paip yang diusik oleh Arissa tadi.
Wahhh! Air pancut!” jerit Arissa teruja melihat air naik setinggi itu.
Sebelum rumah kita bertukar jadi taman tema air,” sambung Fazira yang sudah agak apa yang akan berlaku. “Kita perlukan tukang paip sekarang juga,” tambahnya lagi sambil berlalu mendapatkan telefon yang tergantung di dinding dapur rumah itu.
Puan Fiza pula segera berlari ke luar menutup pili utama rumah itu. Tidak lama kemudian, air yang memancut keluar tadi mula beransur-ansur perlahan dan berhenti mengalir.
Huh, aku dah kata dah,” ujar Fazira sambil bercekak pinggang.
Err... sorry,” tersengih-sengih Arissa meminta maaf. Nasib baiklah Mama Fiza segera menutup paip utama, kalau tidak, pasti banjir dapur itu. Satu hal lagi hendak membersihkan lagi dapur itu.
Sekarang, baru kau faham kenapa dalam dunia ni ada pekerjaan tukang paip, bukan?” tanya Fazira separuh menyindir.
Faham,” ujar Arissa dengan rasa bersalah. Satu keluhan dilepaskan. “Tak fahamlah. Rissa dah buat yang terbaik tapi kenapa masih gagal? Tak hairanlah kalau Nazwan pun sanggup tinggalkan Rissa,” ujar Arissa tidak mampu menahan kesedihan lagi.
Rissa…” Puan Fiza bersuara tetapi belum sempat dia hendak meneruskan kata-katanya, Arissa memotong.
Rissa tahu. Apa yang berlaku ni semuanya kehendak takdir. Apa yang perlu Rissa buat sekarang ni adalah sentiara berfikiran positif dan terus berani menghadapinya,” ujar Arissa seraya menyeka air matanya yang mengalir di pipi.
Betul!” sokong Puan Fiza yang betul-betul bersimpati dengan apa yang dilalui oleh Arissa sekarang ini. Dia sendiri terkejut dengan tindakan Nazwan itu. Kalau dia tahu perkara ini akan terjadi, sudah lama dia bantah rancangan hendak satukan mereka berdua itu.
Tapi, ada satu masalah,” keluh Arissa kembali mengeluh.
Masalah?”
Deringan telefon rumah mengganggu perbualan mereka. Tanpa disuruh, Fazira segera berlalu menjawab telefon itu. Biarlah mamanya yang selesaikan masalah Arissa. Bukannya dia tidak mahu membantu tapi dia seorang yang panas baran. Kalau diikutkan hati, memang sudah lama dia terbang ke UK dan bawa Nazwan balik.
Papa,” jawab Arissa. “Papa belum tahu lagi. Rissa tengah pening kepala macam mana nak beritahu papa pasal Nazwan. Dahlah papa ada masalah jantung,” ujarnya serba salah. Kalau diikutkan hati hendak sahaja dia rahsiakan perkara itu daripada papanya tapi sampai bila dia hendak rahsiakan? Lambat laun papanya tentu akan tahu juga. Kalau bukan dari mulutnya, pasti dari mulut orang lain. Pening kepala memikirkannya.
Itu… biar Mama Fiza uruskan,” Puan Fiza menawarkan diri. Lagipun bukannya dia tidak kenal papa Arissa. Walaupun bukan suaminya lagi tetapi hubungan mereka masih baik lagi cuma tidak semesra dahulu.
Tak,” Arissa menggeleng tidak setuju. “Rissa kenal papa macam mana. Dia lebih suka dengar dari mulut orang tu sendiri. Nak tak nak, memang Rissa kena beritahu papa. Tapi buat masa sekarang, Rissa belum bersedia lagi. Mungkin esok…”
Betul?” tanya Mama Fiza inginkan kepastian.
Arissa mengangguk yakin.
Err…” Fazira teragak-agak bersuara selepas selesai menjawab panggilan tadi.
Kenapa?”
Fazira sekali lagi teragak-agak hendak bersuara.
Siapa yang telefon tadi?” tanya Arissa pula. Jantungnya menjadi berdebar-debar apabila melihat Fazira tiba-tiba menitiskan air mata. Dalam sekelip mata sahaja Fazira bertukar menjadi sedih.
Panggilan dari Perak. Ada sesuatu yang berlaku pada papa,” ujar Fazira sambil memeluk Arissa. Arissa mula merasakan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.


***


Sunyi. Itulah yang dapat diungkapkan sebaik sahaja Luqman melangkah masuk ke dalam rumahnya. Bukan kerana ketiadaan Nazwan tetapi memang rumahnya sunyi. Selalunya, waktu dia balik dari kuliah, pasti mama dan neneknya sedang duduk di ruang tamu menonton televisyen ataupun sedang sibuk memasak di dapur. Tapi hari ini memang lain.
Takkan semua orang mogok?” tanya Luqman sendirian.
Dia tidak puas hati. Lantas dia menapak ke bilik mamanya. Kosong. Tiada sesiapa di dalam. Dia berlalu ke bilik neneknya. Juga tiada sesiapa. Ini membuatkan dia bertambah pelik. Keluarganya tidak pernah keluar rumah petang-petang begini.
Dia cuba mencari sebarang nota yang mungkin ditinggal oleh mamanya, tetapi tiada satu klue pun yang kelihatan. Lagi pelik dibuatnya. Memang beberapa hari ini, sejak Nazwan menghilangkan diri ke UK, keluarganya tidak seperti dahulu. Nenek masih tidak mahu bercakap dengannya. Papanya pula, susah hendak cakap. Kadangkala okey, kadangkala turut kena virus nenek. Cuma mamanya saja yang masih boleh dibawa bertegur.
Memang tension untuk seminggu dua ini. Bukannya dia tidak cuba jernihkan keadaan. Sudah banyak kali dia cuba. Nazwan pun sudah banyak kali telefon hendak bercakap dengan nenek, tetapi nenek yang jual mahal. Merajuk. Sudahnya, perkara ini tergantung macam itu sahaja.
Dia orang ni memang betul-betul nak bagi aku tekanan psikologi,” bengangnya.
Baru sahaja dia masuk ke dalam biliknya, handsetnya berbunyi. Lantas dia tengok skrin handset. Panggilan daripada mamanya. Pada awalnya dia sengaja tidak mahu menjawab panggilan itu, tetapi memandangkan dia hendak tahu sangat-sangat ke mana mereka pergi bercuti, dia turunkanlah sedikit egonya.
Luq, ada di rumah ke?” tanya mamanya.
Soalan yang buat orang sakit hati. Sudah pergi bercuti tinggalkan anak seorang diri di rumah, boleh pula tanya soalan itu. Huh, jangan kata diorang pergi bercuti di UK. Nahas Nazwan nanti.
Mmm… mama pergi mana? Kenapa semua orang tak ada ni? Ada komplot apa ni?” bertubi-tubi dia bertanya soalan.
Kami ada di Perak sekarang.”
Perak? Buat apa?” tanya Luqman tidak puas hati. “Bercuti ke?”
Luq tak tahu ke?” tanya mamanya pula.
Tahu apa?”
Dia mendengar mamanya mengeluh panjang. Sah. Kalau bukan bercuti mesti ada kena mengena dengan Arissa. Lagipun papa Arissa tinggal di Perak sekarang ini. Ini mesti kes Nazwan lari ke UK sudah sampai ke pengetahuan papa Arissa. Kalau pertunangan itu dibatalkan, dia orang pertama akan melompat bintang. Tapi kalau dia orang buat rancangan nak pergi ke UK untuk memburu Nazwan, dia orang pertama yang akan ke UK. Tak kira, apa nak jadi, jadilah!
Papa Arissa…”
Hanya satu ayat yang seterusnya sudah mampu membuatkan dia tidak tentu arah.

***


Selesai mandi, Sarah berlalu ke meja tulis membuka laptopnya. Itulah rutin hariannya selepas pulang dari kolej. Waktu-waktu begini, dia lebih gemar melepak di Internet, membaca gosip-gosip artis Korea. Kalau ada masa, dia akan melayan drama-drama Korea. Namun, kebelakangan ini dia jarang melayan drama Korea kerana sibuk melayan masalah yang menimpa.
Memang dia akui, dia tension sejak kebelakangan ini. Nenek sudah tidak bertegur sapa dengannya sejak nenek dapat tahu dia juga terlibat dalam komplot itu. Layanan keluarga Luqman terhadapnya tidak seperti dahulu. Kadangkala dia sendiri tidak faham dengan keluarga itu yang mengaku boleh berfikiran terbuka tetapi masih lagi ditahap tertutup.
Tidakkah mereka sedar yang Nazwan pergi sebab tidak suka dipaksa? Kalau mereka tidak memaksa, semua ini tidak akan berlaku. Lagi yang buat dia tidak puas hati semuanya mementingkan Arissa daripada keluarga sendiri. Semua berasa kesian dengan Arissa.
Pelik sungguh.
Entah apa yang Arissa sudah buat sampai mereka sangat menyanjungi Arissa. Arissa bernasib baik sebab arwah mama Arissa merupakan kawan baik bagi keluarga itu. Jadi, tidak hairanlah kalau mereka turut menyayangi Arissa. Tapi apa yang dia lihat, sayang mereka pada Arissa memang melampau.
Ah, boleh meletup kepala fikirkan pasal ni,” Sarah mendengus kemarahan.
Cuba dibuang apa yang difikirnya jauh-jauh dengan melayan Internet. Hari ini hatinya tergerak membuka facebook. Rasanya sudah lama dia tidak membuka laman sosialnya itu. Buka sahaja, banyak juga notification yang dia terima tapi dia abaikan semua. Bukan dia tidak tahu, kebanyakan notification itu daripada manusia-manusia yang main game. Daripada dia sakit hati, lebih baik dia terus pergi ke ‘home’.
Alangkah terkejutnya apabila melihat satu gambar yang di tag oleh Asha. Satu gambar Asha bersama Nazwan sedang minum kopi di sebuah cafe. Yang pasti situasi gambar itu bukan di Malaysia tetapi di London!
Kepada Sarah, sepupuku yang ayu,
Aku jumpa seseorang di London! Handsome tak?
-Natasya-
Itulah status yang hadir berserta gambar itu. Memang terkejut kerana dia tidak pernah beritahu Asha tentang Nazwan ke UK. Tambah lagi Nazwan hanya beritahu dia akan ke UK tetapi tidak diberitahu dia akan tinggal di bahagian mana. Dan macam mana Asha boleh jumpa Nazwan pun dia tidak pasti. Macam-macam dia fikir.
Tak mungkin Nazwan ada hubungan dengan Asha. Itu mustahil. Dia kenal Nazwan. Nazwan hanya memandang Asha dengan sebelah mata semasa mereka di Cameron Highland. Jadi, mustahil Nazwan pergi ke sana disebabkan Asha.
Sedang sibuk dia memikirkan segala kemungkinan, dia dikejutkan dengan deringan handsetnya. Panggilan daripada Luqman. Ini lagi seorang. Mesti hendak mengadu padanya. Nak tak nak, dia terpaksa layan. Lagipun dia sudah berjanji dengan Nazwan, tidak akan sia-siakan Luqman.
Sarah, ada berita buruk,” ujar Luqman. Sayu sahaja suaranya.
Macam orang tidak bermaya pun ada. Memang padan dengan ayat mukadimah. Ada berita buruk. Itu yang membuatkan dia rasa tidak senang hati. Dia juga ada berita buruk tapi rasanya berita buruk ini akan jadi berita baik bagi Luqman, jadi abaikan ajelah.
Buruk sangat ke?” tanya Sarah tiada mood langsung hendak melayan.
Kau mesti tak tahu lagi?”
Sarah mengerut dahi. Jadi, berita buruk itu ada kena mengena dengannya?
Kenapa?” tanya Sarah.
Papa Arissa… dah meninggal dunia pagi tadi.”

30 si charming:

  1. eija berkata...:

    cian nya arisa.. luqman dan sarah.. puas ati korg?? ishhh xtaw npe korg benci sgt kt arisa.. simpati dgn nasib arisa..moga dia kuat mghadapi dugaan..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    gooood job writer!!!!
    berjaya buat readers feeling sad..
    ;)

  1. rahsia hatiku berkata...:

    keciannya Arissa.. lepas ni agaknya dia still berfikiran positif lagi tak.. mula2 dikhianati oleh org tersayang pastu ayah dia plak meninggal...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Sedihnya... kesian arissa.. jahatnya sarah & Luqman.. Nazwan pun jahat juga buat arissa macam tue...

  1. meow berkata...:

    Sudah jatuh ditimpa tangga ... cian arissa ....

  1. IzZ berkata...:

    Arissa kuat gile..hope terus kuat..
    luqman bnci sgt dgn arissa pasal family die syg arissa lbh
    family arrisa pulak apekah rahsia disebalik sume ni??hehe

  1. Tanpa Nama berkata...:

    sedihnya...sentap rsa hati...g klinik terus dpt mc...sedih jer entry kali nih...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    moga2 naufal menjadi penyelamat hati arissa..
    tak per la klu tak dgn nazwan pun..

  1. Unknown berkata...:

    KESIAN ARISA T_T
    NAZWAN KEJAM, LUQMAN & SARAH XDE HATI PERUT T_T

  1. jayda berkata...:

    benci sangat kt Luqman & Sarah.. couple yg sesuai.. dua2 hati busuk..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    sedih... :(...sedi,benci,marah semua jadi satu skrg!!!!! huaaaaaaaaa..dh dua kali ngis.. :'(..apa2 pun,good job RATU :)

  1. Unknown berkata...:

    harap NAZWAN akan kembali menstabilkan keadaan yg sedih dihati ni :D

  1. Tanpa Nama berkata...:

    msuk entry baru cpt2 ye ratu..hehehheh :D tak sbr!!!!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Ini semua salah luqman..tanggung la.... Hish geram tol ngan dia...biar dia rse bslh kt arissa tuh...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    wow....seyes..rasa terkejut sangat.papa arissa meninggal..
    ape la jadi ngan arissa nnt..sedih :(
    _nanahamid_

  1. wajikDodol berkata...:

    Harap2 sgt si luqman, nazwan & sarah menyesal seumur hidup sbb plan dia org yg xrasional cm bdb tadika...Arissa bdk yg kuat, semago cik writer dtg kn hero baru tuk arissa yg lbh baik dr nazwan..hehhee;)

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Waaaaaaaa
    sedihny.... Cian arissa... Huhu.... Hop risa kuatla... Nxt n3 pls...hbs tisu sekotak sob sob
    -sweetheart87-

  1. Tanpa Nama berkata...:

    ratu..bila nk msuk entry baru ni??hmm :(

  1. eyra berkata...:

    Agak2 asha tu ank pakcik nazwan tah. Teka je. Cepat la sis! Tak sabar nk tau cerita selanjutnya ni! Hehe

  1. Tanpa Nama berkata...:

    cepat lah update. berapa episode semuanya ni? hadoi tak larat nak tunggu -.-

  1. Tanpa Nama berkata...:

    betoi2 biar la naufal jadi hero arrisa.nazwan biar la dia p mana pn

  1. Tanpa Nama berkata...:

    nak lagi,best sgt cerita ni...
    cpt update pleaseee....

  1. Tanpa Nama berkata...:

    bila nk msk entry baru ni Ratu??feeling bored already hmmmm :(

  1. Tanpa Nama berkata...:

    bila lagi nak update....
    siannya arissa.....

  1. rockheart berkata...:

    Huhu ratu nk lgi... Hrp risa mkn tbah n 4luq n sara msti dorg rs bslh... Pln yg mkin memudartkn kdaan espcialy for risa. Hop risa jd mkn matg...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    semoga arissa nnt lagi tabah,dan lupakan 3 orang kawan yang sebenarnya tak ikhlas bersahabat ngan arissa
    11 hari menunggu kisah arissa....sambung lah lagi cik penulis

  1. Nina berkata...:

    Kcian nyerrr Arissa.. :-( sedih2

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages