Seseorang untuk Dinikahi: Bab 16
ditulis oleh
RATU BULAN NOVELIS
pada
Rabu, April 10, 2013
Nazwan
menggeliat membetulkan otot-ototnya sambil menghirup udara segar di
balkoni biliknya pada pagi itu. Rasanya macam sudah lama dia tidak
menghirup udara segar padahal baru sehari dia terlantar demam di atas
katil.
Semuanya
Arissa punya pasal. Sampai sekarang dia tidak faham kenapa boleh jadi
begini. Arissa bukan kembarnya. Malah tiada pertalian darah dengan
keluarganya. Arissa hanyalah jirannya. Jadi, sepatutnya perkara aneh
begini tidak akan terjadi.
Dia
mula perasan pekara itu pun selepas setahun berkawan dengan Arissa.
Dalam setahun itu, Arissa memang banyak kali demam. Selepas Arissa
demam, barulah dia jatuh sakit untuk sehari dua. Perkara yang sama
berulang-ulang sehinggalah Luqman mula perasan akan hal itu. Disebab
itulah Luqman selalu tuduh Arissa ahli sihir.
Apabila
ditanya kepada Mama Tifa tentang perkara aneh itu, Mama Tifa hanya
ketawa. Nenek pula tidak banyak komen kecuali, “Dah takdir kamu,
nak buat macam mana. Redha jelah.” Itu sajalah modal nenek.
Selain
dia dengan Luqman, semua penghuni rumah itu menganggap apa yang
berlaku bukanlah sesuatu yang aneh. Kalau sekali dua berlaku mungkin
boleh dikatakan kebetulan tapi kalau sudah hari-hari berlaku, ini
bukan kebetulan lagi.
Jadi,
bila mereka menganggapnya satu perkara biasa, dia pun tidak pernah
ambil peduli sehinggalah hari ini. Kalau dulu, selepas Arissa demam
barulah dia demam, tapi kini dua-dua demam serentak, lagi membuatkan
dia semakin tertanya-tanya.
“Aku
dah kata, kau memang dah kena sihir dengan Arissa tapi kau tak
percaya. Semakin lama semakin teruk aku tengok,” kata-kata Luqman
semalam masih ternyiang-nyiang di telinganya. Umpama Luqman sedang
bersuara di sebelahnya.
“Kau
tak habis-habis tuduh dia ahli sihir. Kalau dia betul-betul ahli
sihir aku dah tak ada depan kau sekarang tau. Aku dah kahwin dengan
dia dan dah beranak pinak,” balas Nazwan.
“Itu
ahli sihir zaman dulu. Ahli sihir zaman moden ni lain sikit.
Sikit-sikit dia buat kau lupa diri. Tunggulah, suatu hari nanti dia
mesti mengaku yang dia ahli sihir dan dah sihir kau,” tambah Luqman
lagi cuba menakut-nakutkan Nazwan.
Masalahnya,
Nazwan bukannya budak kecil yang boleh terperdaya dengan kata-kata
'seram' Luqman itu.
“Mmm...
memang dia dah mengaku,” jawab Nazwan.
“Hah?”
terkejut besar Luqman.
“Dia
pun dah tunjuk cara dia sihir aku,” jawab Nazwan lagi.
“K...
kau... biar betul,” menggetar Luqman jadinya.
“Dan
dia sungguh cute time tu,” kata Nazwan tanpa sedar.
Disebabkan
itu botol air mineral yang penuh dengan air itu tiba-tiba jadi kosong
apabila Luqman mencurahkan air dari atas kepalanya.
Nazwan
kembali ke alam realiti. Dia tidak dapat menyembunyikan senyumannya.
Hajat hendak kenakan Luqman, dia pula yang terkena. Tidak pasal-pasal
demamnya kembali teruk. Itu belum tamat lagi. Bila Mama Tifa datang
dan ditanya kenapa tilamnya basah, Luqman dengan selamba cakap dia
kencing atas tilam.
“Betul
kata Luqman selama ni. Aku, memang ahli sihir! Jadi, hari ini aku
akan sihir kau, kau akan lupakan apa yang kau nampak ni. Kau tak
nampak aku dan kau tak kenal aku untuk hari ini. Huh!”
Bibirnya
mengukir senyuman apabila teringatkan peristiwa itu. Dia tidak tipu.
Apa yang dia kata pada Luqman semalam memang betul. Waktu itu, dia
nampak cahaya warna pink di seluruh tubuh Arissa. Waktu itu juga
Arissa memang comel daripada biasa. Sama ada betul Arissa adalah ahli
sihir atau matanya yang tersilap dengar.
Tapi
mujurlah sekejap saja. Dalam beberapa saat, warna pink itu hilang.
Dia umpama kembali ke alam realiti. Tangannya bertindak pantas
menarik rambut Arissa. Rasa macam dalam mimpi. Pelik pun ada.
Bermacam-macam
andaian yang dibuat. Hendak kata dia sudah jatuh cinta dengan Arissa,
mustahil. Dia juga pernah bercinta sebelum ini dan dia tidak pernah
alami perkara aneh begitu. Dia dengan warna pink bagaikan musuh.
Memang pantang bertemu. Pernah sekali Arissa hendak tukar cat kereta
kepada warna pink, memang dia angin satu badan waktu itu. Tapi
mujurlah Arissa tidak tukar cat.
“Nazwan!!!”
jeritan Arissa kedengaran dari jauh sekali gus memecah kesunyian pagi
dan sekali lagi membawa Nazwan ke dunia realiti.
Pandangan
Nazwan tertumpu pada lambaian seseorang yang berdiri di balkoni
bertentangan dengannya. Nazwan mengukir senyuman ke arah Arissa yang
melompat-lompat untuk menarik perhatiannya. Memang selama ini dia
tahu biliknya bertentangan dengan bilik Arissa tetapi mereka tidak
pernah terserempak ketika menghabiskan masa di balkoni. Ini kali
pertama.
Tidak
lama kemudian, Arissa di lihat masuk kembali ke dalam bilik dan
keluar semula dengan handset di tangan. Dari situ dia dapat lihat
Arissa mengisyaratkan sesuatu. Tidak lama kemudian, handsetnya yang
diletak di atas meja lampu berbunyi. Tanpa berlengah lagi Nazwan
segera mencapai handset itu.
Skrin
handsetnya dipandang. Nombor yang tidak dikenali. Dari dalam dia
melihat Arissa mengisyaratkan supaya dia mengangkat panggilan itu.
Nazwan menurut.
“Nazwan!
Ini nombor telefon baru aku,” kata Arissa di hujung talian sebaik
sahaja Nazwan menjawab panggilan itu. “Simpan tau!”
“Mmm...,”
jawab Nazwan dengan anggukkan sambil melangkah kembali ke balkoni.
“Demam
kau dah okey ke?” tanya Arissa.
“Okey
sikit. Kau?”
“Mmm...
cemburunya,” suara Arissa mengeluh manja.
“Kalau
dah tahu tak sihat kenapa bangun? Rehatlah dalam bilik tu,” nasihat
Nazwan.
“Tapi
aku rindu nak jumpa kau. Sebab tulah aku keluar,” ucap Arissa tanpa
berkias-kias lagi. Ringkas dan tepat.
Nazwan
menggeleng mengeluh lemah. Masih tak habis-habis lagi dengan
rancangan Arissa hendak memikatnya. Entah apa lagi yang boleh
dilakukannya supaya Arissa berubah fikiran. Agaknya mungkin
disebabkan Arissa demam, mood gedik Arissa lagi bertambah.
“Arissa,
cepat baik. Aku nak makan donut,” ujar Nazwan.
“Sekarang
pun aku boleh buat!” kata Arissa bersemangat.
“Tak
mau! Aku takkan makan donut kau masa ni.”
“Kenapa
pula?”
“Sebab
bila kau buat donut masa demam, sekali lagi kau sebarkan virus kau
pada aku. Faham sayang?” geram Nazwan dibuatnya.
“Ohhh
Nazwan... sweetnya!!”
Nazwan
mengeluh lemah. Lain yang hendak disampaikan lain pula yang sampai
kepada Arissa. Memang tidak makan saman langsung. Dia sendiri tidak
tahu macam mana dia boleh tersebut perkataan sayang untuk Arissa.
Makin gila bayang Arissa dibuatnya.
Bad
idea, Nazwan! Jerit hatinya.
“Nazwan,”
panggil Arissa setelah beberapa minit mereka menyepi.
“Mmm?”
“Semalam
nenek datang melawat aku....”
“Nenek
marah kau ke?”
“Bukan
setakat marah tapi kena bebel dengan nenek juga. Habis telinga aku
dia pulas. Tangan aku dia cubit. Sakit,” sempat lagi Arissa
mengadu.
“Baguslah.
Buatlah lagi. Kali ni buatlah sampai kena rotan.”
“Nazwan
ni! Orang nak minta simpati bukannya nak tolong pujuk,” nada
merajuk Arissa sudah muncul.
Merajuklah
banyak mana, memang dia tidak akan memujuknya. Bukan sekali dua
Arissa cuba menagih simpatinya. Kalau ada masalah mesti Arissa akan
mengadu padanya tapi Nazwan yang sudah tahu perangai Arissa sudah
tiada kuasa hendak memujuk.
“Arissa,
cubalah matang sikit. Hal kecil tu pun nak mengadu. Tak ada gunanya
merajuk macam tu. Sendiri punya pasal, sendiri tanggung. Sudahlah.
Aku lapar. Nak turun makan,” ujar Nazwan tidak mahu meneruskan
perbualan yang tiada faedah itu. Kalau dia terus melayan, itu
bermakna dia memberikan harapan kepada Arissa.
Memang
cari nahas saja.
“Nazwan,
nanti!” panggilan Arissa membuatkan Nazwan tidak jadi menekan
butang merah pada handsetnya. Sekali lagi dia umpama terkena sihir.
Menurut permintaan Arissa.
“Apa
lagi?” tanya Nazwan.
“Mmm...
semalam papa aku telefon. Dia dah tahu pasal hal kemarin. Aku tak
tahu siapa yang buka mulut....”
“Dia
marah?” tanya Nazwan.
Walaupun
dia tahu Arissa masih belum habis menceritakan semuanya, tetapi
Nazwan mengambil langkah terus bertanya. Kalau hendak tunggu Arissa
habis bercakap, agaknya esok pun Arissa masih terangkan hal
remeh-temeh yang tidak ada penghujungnya. Bukannya dia tidak pernah
kena.
“Mmm...
sikit,” jawab Arissa teragak-agak.
“Nanti
aku jelaskan pada papa kau,” jawab Nazwan yang tidak mahu cakap
banyak. Walaupun bukan salahnya tapi dalam situasi begini, dia juga
tidak boleh lepas tangan.
“Bukan
macam tu. Tak perlu call papa aku. Aku dah selesaikan semua, jadi kau
tak perlu risau. Cuma...,” kata-kata Arissa terputus lagi. Entah
sejak bila Arissa mudah hilang idea untuk berkata-kata ni?
“Apa
dia Arissa?” tanya Nazwan masih menunggu.
“Nazwan,
apa kata kalau kita kahwin?” tanya Arissa kembali ceria tiba-tiba.
Dengar
sahaja soalan daripada Arissa tadi, Nazwan segera menekan butang
merah. Mudah sangat dia terkena perangkap Arissa. Punyalah dia tunggu
apa yang ingin diperkatakan oleh Arissa tadi, rupa-rupanya dia
terkena lagi.
“Nazwan,
kenapa tutup handset!” jerit Arissa merajuk manja.
Nazwan
sekadar tersenyum. Senyuman terpaksa dibuat-buat.
“Kau
belum jawab soalan aku tadi. Jomlah kita kahwin!”
Nazwan
menggeleng lemah. Lagi dilayan Arissa lagi menjadi gediknya. Entah
dari siapa perangai Arissa datang. Menurut Mama Tifa, perangai Arissa
sama macam perangai mamanya. Padanlah.
“Nazwan!”
jerit Arissa lagi.
Serentak
itu, jari-jemari Nazwan lantas menekan kekunci handsetnya. Menaip
mesej untuk diberikan kepada Arissa. Selesai sahaja dia meluahkan apa
yang di fikirannya, mesej itu di hantar kepada handset Arissa. Satu
senyuman mesra dilemparkan kepada Arissa sebelum dia melangkah masuk
ke dalam biliknya semula.
***
Cari
lelaki lain kalau nak kahwin sangat – Nazwan.
Itu
mesej yang diterimanya daripada Nazwan tadi. Memang seperti yang
dijangka. Mustahil Nazwan akan melayan kerenahnya. Sejak dulu lagi
Nazwan melihatnya tidak ubah seperti budak kecil, tidak matang dan
suka membuat keputusan terburu-buru. Jadi, tiada apa yang mengejutkan
apabila dia terima mesej itu.
Arissa
kembali masuk ke dalam biliknya dan mendaki naik ke atas katil.
Bantal kesayangan peninggalan arwah mamanya dipeluk erat. Baginya,
tiada apa yang perlu ditangisi biarpun mesej Nazwan tadi sedikit
melukakan hatinya. Seperti kata Sarah semalam yang duduk berbual
dengannya selepas nenek pulang. Memang rasa kecewa apabila orang
merendah-rendahkannya tapi apa yang Sarah kata itu ada benarnya.
“Kau
ingat nak kahwin tu senang ke? Angkat nikah dan happy ever after
macam cerita Cinderella yang dongeng tu? Kau tahu bila kau dah
bergelar isteri orang kau akan pikul satu tanggungjawab yang besar?
Kau tahu memasak? Rumah ni, siapa yang bersihkan tiap-tiap minggu?
Baju kau tu siapa yang basuh? Siapa yang lipat? Semuanya kau tak
pernah buatkan?” soal Sarah bertubi-tubi.
“Aku
tahu....”
“Kalau
dah tahu, kenapa gatal-gatal lagi nak kahwin? Kau tak malu ke cakap
dengan nenek macam tu? Aku tahulah kau tak takut dengan nenek, nenek
pula takkan marah kau kalau kau buat apa pun. Kau macam orang
kesayangan nenek tapi kau tu perempuan Arissa, kena pandai jaga diri.
Kalau macam ni perangai kau, aku rasa sampai bila pun kau takkan jadi
menantu kesayangan nenek,” ujar Sarah lagi.
“Tapi....”
“Tak
ada tapi-tapi lagi. Sekarang, kau dengar cakap aku. Hentikan niat kau
nak kahwin dengan Nazwan. Jangan kacau Nazwan lagi. Kesian aku tengok
dia. Disebabkan kau, dia pun jatuh sakit. Sekali kalau kau tak buat
orang risau, tak boleh ke?” Sarah menyerangnya lagi sehingga Arissa
hanya boleh tunduk dan mendengar.
Kata-kata
Sarah semalam memang berbisa. Kali ini Sarah serius. Kali ini juga
dia dapat lihat Sarah memang tidak suka apa yang dibuatnya.
Setahunya, dia tidak buat salah. Dia hanya jatuh cinta dengan Nazwan
dan berharap dapat memikat hati Nazwan. Salahkah itu?
Tiada
siapa yang dapat menjawab soalanya. Arissa mengeluh lemah. Tiba-tiba
dia merasai pipinya dibasahi air. Air mata yang mengalir tanpa
pengetahuannya tadi diseka.
“Bertahan
Arissa!” ujar Arissa cuba memujuk dirinya sendiri.
Lantas
dia bangun dari baringannya dan mendail nombor telefon seseorang.
Lama dia terpaksa menunggu orang itu mengangkat telefon. Lebih kurang
seminit kemudian, barulah panggilannya dijawab.
“Papa!”
sapa Arissa seraya menyembunyikan kesedihannya.
“Rissa,
papa tengah kerja ni,” suara papanya kedengaran.
“Mmm...
ye ke. Tak mengapalah. Nanti Rissa telefon balik.” Dalam kecewa
Arissa terpaksa memutuskan talian. Namun, tidak sampai satu minit,
handsetnya kembali berbunyi. Panggilan daripada papanya. Tanpa
menunggu lagi, Arissa segera menjawab panggilan itu.
“Papa
kata tadi ada kerja, kenapa call
pula?” tanya Arissa sebaik sahaja menjawab panggilan itu.
“Apa
boleh buat kalau anak papa dah buat suara merajuk,” balas papanya
di hujung talian dengan keluhan.
“Ini
yang Rissa sangat dengan papa!” tersengih Arissa dibuatnya.
“Cepat,
Rissa nak kata apa?”
“Mmm...
tentang hal semalam tu,” ujar Arissa mula takut-takut.
“Kenapa?
Rissa tak setuju?”
“Setuju.
Siapa yang tak nak kahwin dengan Nazwan tapi... Rissa rasa terlampau
cepatlah. Apa kata kalau....”
“Papa
dah buat keputusan,” suara papanya bernada tegas.
“Tapi
papa....”
“Rissa,
bila papa dah buat keputusan, tak ada siapa yang dapat menghalang
keputusan papa. Lagipun, dah lama papa buat keputusan ni. Sejak Rissa
belum lahir lagi. Rissa pun tahukan?”
“Tahu.
Tapi papa, Rissa tak layak lagi jadi isteri orang. Rissa tak reti
buat kerja rumah dan memasak. Masak donut tahulah. Takkanlah Rissa
nak bagi Nazwan makan donut tiap-tiap hari. Orang yang ketagih donut
pun boleh jadi muak,” kata Arissa terus memberikan alasan.
“Semua
tu boleh belajar. Lagipun bukan ke Rissa selalu masakkan untuk papa?
Setakat ni, papa makan okey je. Tak adalah sampai dua tiga kali kena
pergi tandas.”
“Papa!”
Arissa menahan geram. Gelak ketawa papanya kedengaran di hujung
talian. Dia mencebik marah. Serta-merta kejadian beberapa bulan yang
lalu menerjah keluar daripada kotak ingatannya.
Masa
itu dia meluangkan masa bercuti dengan papanya di Perak. Disebabkan
papanya malas hendak makan diluar, disuruhnya Arissa memasak. Seperti
yang dijangka kesemua masakannya tidak menjadi. Kari ikan terlampau
masin. Sayur campur terlampau manis. Nasi macam sudah jadi bubur.
Tapi, papanya makan sampai habis. Sampai licin. Keesokan harinya
papanya sakit perut sampai lebih 10 kali masuk tandas.
“Dah
tahu anak sendiri tak reti masak, gatal sangat nak kahwinkan Rissa
dengan Nazwan. Kalau boleh upah orang gaji tak apalah. Tapi, papa
tahu tak yang Rissa ni masih belajar? Nazwan pun masih belajar? Tak
ada pendapatan tetap. Nak beli beras pun tak ada duit, inikan pula
nak upah orang gaji. Rancangan papa ni memang tak matanglah,”
ngomel Arissa.
“Bukan
ke papa dah kata tadi, kalau tak tahu belajar. Janganlah jadi macam
budak kecil mengadu kat orang tua. Papa nak letak telefon ni. Ada
kerja sikit.”
“Papa...
tolonglah,” Arissa masih memujuk.
“Rissa
sayang... papa ada kerja ni.”
“Papa,
ini dah macam kahwin paksa tau. Rissa tak setujulah. Bagilah Rissa
masa nak pikat Nazwan. Tak bestlah kalau bertepuk sebelah tangan.”
“Rissa
tak bertepuk sebelah tangan. Percayalah,” ujar papanya dengan penuh
yakin.
“Kalau
macam tu, apa kata kalau papa tunggu sampai Rissa betul-betul
percaya?”
“Rissa!”
tegas papanya dalam lembut.
“Papa,
kesianlah Nazwan tu. Dia masih muda lagi. Rissa pun masih muda. Nak
enjoy lagi. Tak puas lagi hidup bujang. Kalau kita orang kahwin....”
“Rissa,
papa dah tak ada masa ni. Papa nak masuk kerja.”
“Papa!”
renggeknya.
“Teruskan
merengek ya. Keputusan papa muktamad. Tak ada bertolak ansur lagi.
Nazwan dah ambil nyawa mama Rissa, jadi dia perlu bayar semula.”
“Habis
tu papa memang tak sukalah Rissa lahir kat dunia ni?” Arissa mula
hilang sabar.
“Rissa
kita bincang nanti.”
“Tak
nak! Kita selesaikan sekarang!”
“Baiklah.
Keputusan papa muktamad. Kamu berdua akan berkahwin dalam masa dua
bulan ni,” tegas papanya. Belum sempat Arissa hendak bercakap,
papanya sudah terlebih dahulu memutuskan panggilan itu.
“Papa
ni!” jerit Arissa geram.
Sekali
lagi bantal kesayangannya menjadi sasaran. Ditumbuk-tumbuk bantal
yang lunyai itu menjadi lebih lunyai. Dia hanya berhenti setelah
kepenatan. Gambar mamanya yang terletak di atas meja kecil di sebelah
katilnya ditatap.
“Kalaulah
mama dengar cakap papa supaya gugurkan Rissa dulu, Nazwan takkan kena
tanggung semua ni,” ujar Arissa dengan nada kecewa. Gambar mamanya
masih dipandang. Melihat senyuman mamanya dalam gambar itu
seolah-olah seperti mamanya sedang berkomunikasi dengannya. Tiada
perkataan yang keluar. Hanya komunikasi dengan senyuman.
“Yelah.
Rissa fikir positif,” ujar Arissa yang seolah-olah menerima mesej
daripada senyuman itu. “Memang sekarang ni Rissa sedang bertepuk
sebelah tangan. Papa pula memang degil. Masih salahkan Nazwan pasal
hal ni. Nampaknya, Rissa tak ada cara lain lagi. Rissa perlu berusaha
untuk buat Nazwan jatuh cinta dengan Rissa! Yeah! Berusaha Arissa.
Kau boleh lakukan!” soraknya dengan penuh bersemangat.
“Tapi,
Nazwan tu bukannya macam lelaki yang Rissa pernah jumpa. Hati dia
kebal dan masih lagi tak dapat lupakan Natasya. Dia hanya anggap
Rissa sebagai kawan. Bagilah idea sikit,” Tiba-tiba semangatnya
jatuh merundum.
Idea
oh idea. Cepatlah datang.
***
Sarah
mengeluh panjang. Idea. Dia perlukan idea. Dia perlukan secepat
mungkin macam Luqman kata tadi. Kalau tidak mereka takkan dapat
selamatkan Nazwan. Macam tidak percaya sahaja apabila pagi-pagi lagi
Luqman datang ke rumahnya untuk berkongsi berita itu. Berita yang
dicuri dengar Luqman malam tadi. Memang dia tidak menyangka nenek
akan membuat keputusan drastik ingin jodohkan Nazwan dengan Arissa.
Langsung dia tidak dapat terima!
Mana
tidaknya. Dia kenal sangat dengan nenek Luqman. Nenek seorang yang
berfikiran terbuka. Walaupun tegas mendidik cucu-cucunya tapi nenek
tidak pernah menghalang kebahagiaan cucu-cucunya. Tapi, bila jadi
begini, dia mula sangsi.
“Kau
pergi jumpa Arissa, dia ada kata apa-apa ke pada nenek?” tanya
Luqman menyoal lagi. Mana tidaknya, keputusan dibuat selepas neneknya
pulang berjumpa Arissa petang itu.
“Macam
aku kata tadi. Tak ada apa cuma Arissa saja yang tergedik nak kahwin
dengan Nazwan,” jawab Sarah. Dia juga tidak dapat mencari apa yang
menyebabkan nenek tiba-tiba membuat keputusan begitu. “Pasti ada
sebab kenapa nenek tiba-tiba buat keputusan macam tu.”
“Papa
Arissa,” ujar Luqman sepatah.
“Hah?”
“Macam
papa Arissa yang desak nenek buat keputusan macam ni,” beritahu
Luqman.
“Takkan
Arissa guna papa dia untuk dapatkan Nazwan?” soal Sarah tidak
percaya.
Itu
bukan cara Arissa. Walaupun Arissa agak kebudak-budakkan tapi demi
untuk mendapatkan cinta sejati, Arissa tidak akan melibatkan orang
dewasa untuk merealisasikan cita-citanya.
“Entah,”
Luqman mengangkat bahu. “Kalau nenek dah masuk camapu dalam hal ni,
kemungkinan kita tak dapat nak buat apa-apa. Tambah lagi Arissa tu
orang kesayangan nenek. Apa yang Arissa nak, mesti dia dapat.”
“Tapi
Nazwan tu kan cucu kesayangan nenek juga. Takkanlah nenek sanggup
buat macam tu?”
“Memang
Nazwan cucu kesayangan nenek tapi Arissa orang kesayangan nenek.
Tambah lagi, nenek paling sayang Arissa. Takkan kau tak tahu?”
balas Luqman.
“Mungkin
kalau Nazwan tolak....”
“Dia
takkan berani. Aku kenal Nazwan macam mana. Dia macam askar yang
setia,” terang Luqman.
“Habis
tu?” Sarah sudah mati akal.
Luqman
sekali lagi mengeluh panjang. Kesian pula dia melihat Luqman. Sarah
faham, Luqman memang anti dengan Arissa sejak Arissa berpindah masuk
ke sebelah rumah mereka. Macam-macam cerita yang dia dengar tentang
Arissa sebelum Sarah berkawan dengan Arissa. Memang ada kalanya dia
pun jelik dengan perangai Arissa yang seperti budak kecil. Budak
tadika pun tidak berperangai begitu.
Dahulu,
esok sahaja mereka berkawan. Arissa dengan hal dia sendiri. Nazwan
dengan hal sendiri. Dia dengan Luqman tidak risaukan apa-apa. Tapi,
semuanya berubah apabila Arissa ajak Nazwan ke Telok Batik. Semuanya
bermula pada hari itu. Kembali sahaja mereka ke Kuala Lumpur, Arissa
sudah jatuh cinta dengan Nazwan.
Dengan
senang. Hanya kerana Nazwan menyelamatkan Arissa, Arissa jatuh cinta
pada Nazwan. Memang sukar hendak percaya. Bermula pada hari itulah
dunia mereka huru-hara. Sarah terpaksa memerhati Arissa dari jauh,
Luqman pula terpaksa memastikan Nazwan tidak termasuk perangkap
Arissa.
Siang
malam mereka memikirkan perkembangan mereka berdua. Bila keduanya
demam, barulah dia dapat berehat sekejap.
Kali
ini Sarah pula mengeluh. Tiba-tiba dia rindukan waktu dahulu.
“Kenapa?”
soal Luqman.
“Aku
rindukan Natasya,” ujar Sarah rasa sedih apabila teringatkan arwah
kawannya itu. “Aku fikir, kalaulah Natasya masih hidup lagi,
mungkin Arissa takkan jatuh cinta dengan Nazwan, Nazwan hidup gembira
dengan Natasya dan kita takkan penat memikirkan hal mereka berdua.”
Luqman
mengangguk. Dia juga pernah terfikir hal ini. Rasanya Arissa tentu
tidak akan ada peluang hendak mendekati Nazwan kalau Natasya masih
hidup. Lagipun Arissa kawan baik Natasya. Mustahil Arissa hendak
merampas Nazwan daripada Natasya. Tapi itu semua sudah berlalu. Kini
Natasya sudah tiada dan Arissa sudah jatuh cinta dengan Nazwan.
“Semuanya
salah aku,” ujar Sarah tiba-tiba. “Kalaulah aku tak cemburu
dengan Natasya masa tu... dia takkan bunuh diri....”
“Kita
dah bersetuju takkan ungkit balik pasal tu, Sarah,” Luqman pantas
memotong. “Perkara dah berlaku. Dia yang ambil jalan singkat macam
tu. Kau tak perlu salahkan diri kau. Aku pun tak pernah salahkan kau.
Nazwan pun.”
“Tapi
aku dah ambil kebahagiaan Nazwan!”
“Bukan
ke kita bertiga dah janji takkan sebut perkara tu lagi? Natasya dah
tiada. Dia bunuh diri sebab dia malu dengan diri dia. Perkara tu dah
lama berlalu. Kita sepatutnya melupakannya. Lupakan Natasya. Lupakan
apa yang dah berlaku pada malam tu dan tumpukan pada hidup kita
sendiri. Tapi ingat janji kita, kita dah curi sesuatu daripada Nazwan
dan kita patut bayarnya kembali,” tegas Luqman.
Kau
sanggup tengok hidup Nazwan dimusnahkan bila dia terpaksa berkahwin
dengan Arissa?” tanya Luqman lagi.
Sarah
menggeleng.
“Jadi,
kita kena bertindak dulu. Aku kenal dengan Nazwan, dia tak pernah ada
perasaan pada Arissa. Dia hanya menganggap Arissa sebagai kawan.
Kalau Nazwan kena paksa kahwin dengan Arissa, aku tak dapat jamin dia
akan bahagia,” ujar Luqman.
“Jadi,
kita perlukan idea,” kata Sarah membuang perasaan sedihnya
jauh-juah.
Luqman
mengangguk.
“Ya,
tak kisah apa pun idea tu asalkan rancangan nenek perlu dihalang.”
“Apa
yang perlu dihalang?” sapa satu suara tiba-tiba.
Serentak
itu keduanya berpaling ke arah datangnya suara tadi. Masing-masing
terpegun apabila melihat seorang gadis tinggi bak model berdiri tidak
jauh daripada mereka. Orangnya memang manis. Berseluar panjang,
berbaju T dan memakai cap putih. Simple tapi tetap nampak jelita.
“Hai,”
sapa gadis itu.
“Asha?”
terkejut Sarah dibuatnya. Bagaikan tidak percaya sepupunya yang
tinggal di UK kini berdiri di hadapannya.
“Miss
me?” gadis itu melebarkan depaannya seperti menyuruh Sarah
memeluknya.
“Asha!”
Sarah terus memeluk sepupunya itu. Mereka melompat-lompat bagaikan
anak kecil yang keseronokan bermain. Tidak lama kemudian, pelukan
dilepaskan.
“Apa
kau buat kat sini?” tanya Sarah masih terkejut dengan kedatangan
tetamu yang tidak disangkanya.
“Shopping,”
jawab Asha pendek.
“Shopping?
Kau datang Malaysia semata-mata nak shopping?”
Asha
ketawa kelucuan.
“Tentulah
bukan,” ujarnya. “Aku baru saja graduate. Sementara tunggu nak
masuk kerja dalam masa dua bulan ni, aku nak enjoy puas-puas dan
lepas tu aku akan kerja sampai pengsan!” ujar gadis itu.
“Kau
sepatutnya telefon aku dulu. Boleh aku ambil kau kat airport.”
“Sebab
aku rasa tak perlulah aku datang ke sini terus. Aku dah ada kat
Malaysia sebulan yang lalu....”
“Apa?
Sebulan? Dan kau tak telefon aku?”
“Bukan
ke aku kata aku nak enjoy. Hei, bukan kau seorang saja kawan-kawan
yang aku ada dekat Malaysia ni....”
“Kau
masih tak berubah,” Sarah menjeling tajam.
“Rileks.
Aku memang sengaja nak bagi kau kejutan tapi nampaknya aku yang
terkejut bila tengok kau tengah berdating dengan lelaki handsome di
sini,” ujar Asha sambil menjeling ke arah Luqman yang dari tadi
hanya senyap di tepi.
“Warning
Asha, Luqman teman lelaki aku,” ujar Sarah siap beri amaran.
Kemudian, dia berpaling ke arah Luqman. “Dia sepupu aku yang duduk
kat UK, Asha.”
“Hai
Luqman,” Asha menyapa dengan lengguk gediknya. “Nama saya
Natasya, tapi panggil saya Asha.”
“Natasya?”
Luqman mengulangi nama itu.
“Okey
Asha, kau mesti penat bukan? Pintu masuk ada di sana,” ujar Sarah
kepada Asha. Lagi lama Asha berada di situ, mungkin lagi banyak
aksi-aksi kucing miang yang ditonjolkan.
“Nama
dia Natasya?” tanya Luqman setelah Asha ditolak masuk ke dalam
rumah oleh Sarah.
“Yup.
Kenapa?”
“Tak
de apa,” Luqman masih tidak percaya.
“Namanya
memang Natasya tapi dia bukan Natasya malah perangai dia jauh berbeza
daripada Natasya yang kita kenal.”
“Hah,”
Luqman memetik jari sekali gus membuat Sarah tersentak. “Aku ada
idea.”
Labels:
SUD
6 si charming:
-
aduhhh..sabar jela nazwan ni.!sian plak si arissa tu..tmbh plak pakatan axis merpati 2 sejoli tu!aishhhh..menangis lg nmpkny si arissa..huuu
-
alahai sbuk jer asha nie ar...msti dorg mrcg sruh natasya mgurat nazwan... sarah nie mnkutkn gak...kita xleh nk bca pmikiran dia..tdak tduk nya...
-
alah...
benci luqman ngn sarah..
napa dorg x blh trma arissa...
-
cik ratu bulan, xnk ar ade byk saingan.. huwa!!
kecian lar si arissa tu. byk plak halangan..
klau ar si nazwan tu tahu dia lar penyebab kematian mama arissa, hmm..
-
... Cuba Arissa tenangkan hati dan pi jauh dari Nazwan .... Biar kita tengok Nazwan teringat dan tercari-cari Arissa...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Fan Pages
Ada soalan?
sedang membaca
iklan
Followers
Masa itu adalah Jam!
Kepunyaan RBN
Blog Penerbit
-
Chord Lagu I Will Mary You - Kahitna - [intro] C G C G C G/B di suatu sore C G kita bertemu kesekian kalinya Am Bm B Em aku bilang aku akan pergi ...6 tahun yang lalu
-
Lanun Penakluk Lautan - Legenda terdapat di seluruh pelosok dunia... Sebuah kompas aneh membawa Beego, seorang anak nelayan kembali ke zaman silam dan berjumpa dengan lanun Wh...9 tahun yang lalu
-
Slot Terbaru Di Ruang Kanan Kolum - Kami memperkenalkan slot terbaru sebagai medium perantaraan anda dengan kami. Di slot ini anda boleh mendapat berita terkini mengenai aktiviti kami dan se...10 tahun yang lalu
-
Inspirasi Penulis
-
Announcing the 7th Annual Self-Published E-Book Awards Winners - Congratulations to the winners of the 6th Annual Self-Published E-Book Awards! Grand Prize Steel Hand, Cold Heart by Rachel Menard (rachelm...3 tahun yang lalu
-
Writers Write End Of Year SALE - Save 20% off all courses in Johannesburg. Buy one of our courses and save! Offer expires 30 December 2017. The offer does not include online courses. Click...5 tahun yang lalu
-
The 6 Literary Forces Every Writer Must Master - You may be aware of what’s becoming widely known as the “six core competencies of storytelling.” These core competencies, as defined by my go-to fiction-wr...10 tahun yang lalu
Dikuasakan oleh Blogger.
Blog e-novel
-
hello 20238 bulan yang lalu
-
Evangelina 42 tahun yang lalu
-
'Rumah Baru' a.k.a Wattpad3 tahun yang lalu
-
Sinopsis Yang Tertulis Untuk Kita4 tahun yang lalu
-
Bab 4 : Tak Mengaku Cinta5 tahun yang lalu
-
I'M NOT A MONSTER - BAB 155 tahun yang lalu
-
Secukup Rasa | Bab 15 tahun yang lalu
-
Kerana Aku Sayang Padamu- Bab 17 tahun yang lalu
-
Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!7 tahun yang lalu
-
Akulah PEREMPUAN Yang Kau Singkirkan8 tahun yang lalu
-
-
Haruman Cinta: Bab 2310 tahun yang lalu
-
-
-
Tuan Blog
RYH

Kesinambungan Hikayat Cinta
ROMEO YANG HILANG
Karya ke-8

Seseorang untuk Dinikahi | 2013 | Fajar Pakeer
Seseorang untuk Dinikahi
Karya ke-6

Hikayat Cinta | 2012 | Fajar Pakeer
Hikayat Cinta
WARNING! VERSI BLOG DAN NOVEL ADA SEDIKIT PERBEZAAN!!
Karya ke-3

Tanpa Kata Cinta | 2011 | Fajar Pakeer
Tanpa Kata Cinta
Karya ke-2

Prince Charming | 2010 | Fajar Pakeer
Prince Charming
Karya pertama

Aku, Dia & Gitar | 2010 | One Nusantara
Cinta 99 Hari
Karya ke-4

Antasia 1 | 2011 | One Nusantara
Karya ke-5 (cerpen)

Tentang Cinta | 2011 | Aurora Creative
Karya ke-7 (travelog)

Travelog Beijing | 2012 | One Nusantara
Popular Posts
-
KERETA yang dipandu oleh Raymon berhenti di tempat yang terselindung dengan semak samun. Tidak jauh dari situ terdapat sebuah kawasan yan...
-
“ Ah, perfect!” ujar Arissa yang berpuas hati dengan hasil kerjanya. Dia memandang pelamin perkahwinan yang direkanya sendiri. Warna pu...
-
Pesan Hikayat Cinta ialah naluri, kerana itu kita tidak tahu mengapa kita mencintai seseorang – Usmal. PAGI-PAGI lagi Apy Elina ...
-
Pesan Hikayat, Yang sempurna itu pasti ada cacat celanya. “ PAK CIK ni kalau duduk rumah seorang diri, macam tongkang pecah dibuatn...
-
“ Nazwan, sebelum kita pergi lebih jauh lagi, inilah masa untuk kau buat keputusan. Peraturannya mudah saja. Kalau kau fikir, kau tak b...
-
“Sila perkenalkan nama,” lelaki berwajah serius dan duduk di tengah-tengah di antara seorang lelaki dan seorang perempuan itu berkata ...
-
7: TAKDIRKAH? Blue memandang kemesraan Natasya bersama-sama dengan Hafiz dengan seribu kebencian dihatinya. Sudahlah baru saja di reject ole...
-
ROHANA meletakkan secawan kopi di atas meja bosnya. Sejak dari tadi dia asyik melihat bosnya itu mengulangi rakaman video semalam. Entah...
-
Kata Hikayat, Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan. Jari-jemarinya mengurut dahinya beberapa kali. Peni...
-
(Bahagian 1) Izwan hanya menggeleng perlahan apabila melihat Alex sudah terlelap di hadapan televisyen sebaik sahaja dia pulang dari...
alahai... datang pulak si Asya ni.. jenuh la Arissa pasang strategi itu ini untuk pikat Nazwan nanti