Seseorang untuk Dinikahi: Bab 13
ditulis oleh
RATU BULAN NOVELIS
pada
Selasa, April 02, 2013
JANTUNGNYA
seakan terhenti seketika mendapati Nazwan betul-betul berada di
hadapannya sekarang. Arissa buntu. Tidak tahu apa yang perlu
dilakukan. Bermacam-macam persoalan muncul di mindanya. Bagaimana
Nazwan boleh berada di situ. Apa yang Nazwan buat di situ sedangkan
kuliah sedang berjalan. Mustahil Nazwan mengekorinya sejak awal pagi
tadi. Mustahil. Dia seratus peratus pasti tiada sesiapa yang
mengekorinya sejak dari awal pagi tadi.
“Err...
Nazwan, apa kau buat di sini?” tanya Arissa dalam diam mencubit
lengannya. Sakit. Ini bermakna dia tidak bermimpi. Nazwan memang
betul-betul wujud di hadapannya sekarang dan lelaki itu sedang
merenungnya dengan tajam.
“Apa
kau buat kat sini?” tanya Nazwan pula.
“Err...
tak ada apa,” teragak-agak dia menjawab padahal dia boleh saja
beritahu yang dia ingin memperbaharui kad bank yang sudah tamat
tempoh tapi bila berhadapan dengan Nazwan, otaknya tidak pandai
pencipta idea yang logik.
Nazwan
terus merenungnya.
“Err...
aku ada hal. Pergi dulu,” ujar Arissa cepat-cepat mengatur langkah
Namun,
baru setapak dia melangkah, tiba-tiba langkahnya terhenti apabila
merasai rambutnya yang panjang ditarik dari belakang. Dia cuba untuk
mara tetapi Nazwan masih tidak mahu melepaskan rambutnya. Satu
keluhan dilepaskan.
Perlahan-lahan
Arissa berundur ke belakang semula dan berpaling menghadap Nazwan.
Barulah Nazwan melepaskan rambut Arissa. Arissa menarik muncung
tetapi Nazwan tetap dengan wajah selambanya. Langsung tidak minta
maaf selepas menarik rambutnya tadi.
“Nazwan,
ada sesuatu yang aku rahsiakan daripada kau selama ni,” ujar Arissa
yang menunduk ke bawah. Kemudian, perlahan-lahan dia mendongak
memandang Nazwan.
Arissa
menarik nafas panjang.
“Betul
kata Luqman selama ni. Aku, memang ahli sihir! Jadi, hari ini aku
akan sihir kau, kau akan lupakan apa yang kau nampak ni. Kau tak
nampak aku dan kau tak kenal aku untuk hari ini. Huh!” ujar Arissa
sempat lagi menggerakkan kedua tangannya di hadapan mata Nazwan
seperti mana ahli sihir dalam televisyen melakukan sihir.
“Pergi
dulu!” Lantas dia cepat-cepat mengatur langkah.
Namun,
sekali lagi rambutnya ditarik oleh Nazwan. Arissa menghela nafas
berat. Nampaknya, dia memang tidak boleh lari lagi daripada Nazwan.
“Nazwan,
surrender,” ujar Arissa sambil mengangkat tangan tanda menyerah
kalah.
Tiba-tiba
Nazwan mencapai tangannya itu dan tubuh Arissa terdorong mengekori
langkah Nazwan. Tangan Nazwan menggenggam tangannya dengan kuat
sehingga dia tidak boleh melepaskannya. Nak tak nak, dia terpaksa
mengikut kemahuan Nazwan.
***
“AHH,
kenyangnya perut,” ujar Arissa sambil mengusup perutnya yang sudah
penuh diisi makanan. “Terima kasih Nazwan sebab belanja perut aku
makan,” ucapnya kepada Nazwan yang duduk di hadapannya.
Nazwan
masih lagi merenungnya sehingga membuatkan Arissa tidak senang dengan
renungan Nazwan. Renungan Nazwan memang membuatkan jantungnya
berdebar-debar. Dia tahu, mood Nazwan tidak beberapa baik hari ini.
Nada suara Nazwan juga agak kasar sedikit berbanding biasa.
Arissa
menghela nafas berat. Apalah malangnya nasibnya beberapa hari ini.
“Sudahlah.
Janganlah tenung aku macam tu lagi. Aku bukannya sengaja nak buat
orang risau. Benda dah jadi nak buat macam mana lagi,” ujar Arissa
yang terpaksa menceritakan peristiwa dia kena ragut semalam. Semuanya
gara-gara takut dengan tenungan Nazwan.
“Kau
ni kan...,” Nazwan menggeleng. Dia hampir kehilangan separuh
daripada tenaganya selepas mendengar cerita Arissa tadi. “Kau tahu
tak semua orang risaukan kau? Lain kali kalau tak nak buat orang
risau, jangan sengaja nak cari pasal.”
“Tahu.
Tahu. Aku minta maaf,” ujar Arissa. Serik juga dia kena leteran
Nazwan. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. “Eh, mana boleh aku minta
maaf. Aku sepatutnya merajuk satu hari dengan kau hari ni!”
Nazwan
masih dengan renungan tajamnya.
“Dah
buat orang lain risau ada hati nak merajuk dengan orang,” ujar
Nazwan dengan nada keras.
“Mestilah!
Kau dah mungkir janji malam tadi memang patut pun aku merajuk!”
“Aku
tak pernah kata aku nak pergi, bukan?” suara Nazwan sedikit
meninggi.
Arissa
mencebik.
“Aku
minta maaf,” ucap Nazwan tiba-tiba.
Tersentak
Arissa mendengarnya. Nazwan minta maaf? Huh, ajaib. Dia tidak gunakan
sebarang ilmu sihir untuk memaksa Nazwan minta maaf. Tapi, Arissa
nekad tidak akan mudah menyerah kalah begitu. Mana boleh dia terus
cair dengan maaf Nazwan.
“Minta
maaf kemudian hari sajalah. Hari ni aku memang nak merajuk dengan
kau,” ujar Arissa masih tegas.
“Arissa....”
“Tak
kira!” tegas Arissa lagi.
“Aku
cuma nak kata, tentang rancangan kau nak pikat aku tu... lupakan
ajelah,” ujar Nazwan selamba. Serentak itu Arissa memalingkan muka
memandang Nazwan yang berwajah selamba.
“Mana
boleh! Aku dah kata, aku cuma nak merajuk dengan kau hari ni je. Plan
untuk pikat kau tu tetap jalan!” tegas Arissa lagi.
“Kalau
kau nak merajuk, siapa yang nak pujuk kau?” tanya Nazwan dengan
nada menyindir.
“Ekk?”
Arissa berfikir sebentar. Betul juga apa yang Nazwan kata. Malah, dia
sedia maklum yang mereka bukannya macam pasangan kekasih yang lain.
Sekarang ini dia seperti bertepuk sebelah tangan. Memang mustahil
untuk Nazwan memujuknya.
“Kalau
macam tu... kau kena pujuk aku selepas kau dah gila bayang dengan aku
nanti!” ujar Arissa setelah kehabisan idea memikirkannya.
Serentak
itu, Nazwan melepaskan tawa. Bukan main dia ketawa sehinggakan Arissa
sendiri bengang mendengarnya. Hendak sahaja dia capai mangkuk bekas
sup yang sudah habis diminumnya dan sumbat dalam mulut Nazwan. Biar
padan muka lelaki itu.
“Sudahlah!
Aku nak pergi buat lesen memandu. Kalau kau nak gelak, teruskan gelak
kat sini. Aku ada kehidupan yang perlu diteruskan hari ni. Tak ada
masa nak layan kau,” ujar Arissa dan segera bergerak keluar dari
kedai makan itu.
“Hei
Arissa,” panggil Nazwan dari jauh.
Arissa
segera mempercepatkan langkahnya sambil itu dia juga memegang ikal
rambutnya supaya tidak menjadi sasaran Nazwan lagi. Namun, walau
betapa cepatnya dia melangkah Nazwan masih dapat memintasnya.
“Aku
tak ada masa nak bermainlah Nazwan,” ujarnya mempercepatkan
langkah. Setibanya di keretanya, langkah Arissa terhenti. Tergamam
sebentar apabila melihat keadaan keretanya yang mana keempat-empat
tayar sudah pancit.
Arissa
menjeling pandang memandang Nazwan di sebelahnya.
“Takkan
aku nak biarkan kau memandu tanpa lesen,” ujar Nazwan tanpa rasa
bersalah.
“Nazwan!”
Dia memukul Nazwan dengan begnya. “Tambah satu hari lagi aku
merajuk dengan kau!”
Nazwan
tersenyum puas.
“So,
naik kereta aku?” pelawa Nazwan.
“Tak
nak!” Arissa sudah pandai jual mahal. “Aku sanggup naik bas
daripada naik kereta klasik kau tu,” lantas dia mengorak langkah
berlalu dari situ. Nazwan tidak membantah tetapi sebaliknya mengekori
Arissa dari belakang. Arissa pula, malas hendak melayan Nazwan. Dia
perlu selesaikan perkara penting itu dahulu. Kemudian, barulah dia
akan tumpukan perhatian pada Nazwan.
***
NAZWAN
dibuat seperti orang halimunan. Walaupun Arissa tahu Nazwan berada di
sisinya pada setiap langkah yang diaturnya tetapi dia sengaja
berbuat tidak peduli dengan kehadiran Nazwan. Bermula dari satu
tempat ke satu tempat Nazwan mengekorinya dari belakang. Dia naik
bas, Nazwan juga naik bas. Dia tersilap bas, Nazwan pun ikut serta
terpaksa mengambil bas lain. Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa
menapak dengan kasut tingginya mencari pejabat JPJ yang berdekatan
atas bantuan orang awam.
Tepat
pukul 4.00 petang, barulah dia menjumpai pejabat JPJ. Mujurlah tidak
ramai orang tetapi agak lama juga ingin menunggu giliran. Sempat lagi
dia terlena dan nasib baik Nazwan kejutkan dia dengan menarik
rambutnya.
Selesai
membuat lesen barulah hatinya lega. Satu hari hidupnya bagaikan
diseksa. Terpaksa ke hulu- ke hilir menyelesaikan masalah peribadi.
Sudah macam masalah negara. Bila sudah selesai, terasa beban yang
ditanggung hilang serta-merta.
Sekarang,
bolehlah menggedik dengan Nazwan! Jerit hatinya penuh riang.
“Ehhh....
mana Nazwan?” Arissa memandang sekeliling.
Baru
sahaja dia tinggalkan Nazwan, tetapi sekarang Nazwan sudah tiada. Dia
cuba mengingati kembali. Dia pasti, memang Nazwan mengekorinya dari
belakang sejak tadi. Mustahil semua itu hanyalah mimpi.
Pipinya
dicubit. Sakit. Bukan mimpi tapi Nazwan sudah hilang daripada
pandangan matanya! Lantas dia bergegas menghala ke muka pintu tetapi
baru sahaja beberapa tapak dia melangkah, salah satu kakinya
terpelecok dan mendorong tubuhnya terjatuh ke lantai.
“Adui,”
rungut Arissa kesakitan. Tidak pasal-pasal dia menjadi tumpuan orang.
Nasib baiklah orang tidak ramai. “Ini semua Nazwan punya pasal.”
“Kau
buat apa tu?” tanya satu suara yang amat dikenalinya. Siapa lagi
kalau bukan suara Nazwan.
“Aku
terjatuhlah!” balas Arissa bengang.
“Lepas
tu nak salahkan aku?”
“Mestilah.
Kau tu yang hilang tiba-tiba. Baru je mood gedik aku dah sampai,
sekarang tambah lagi satu hari aku merajuk dengan kau. Jadi semuanya
tiga hari!”
“Aku
pergi tandaslah. Itu pun nak menggelabah,” Nazwan menghulurkan
tangannya.
“Kau
pergi tandas tadi, kau ada basuh tangan tak?” sempat lagi Arissa
bertanya.
“Sudah
tentulah,” Nazwan terus mencapai tangan Arissa dan menolong Arissa
bangun. “Tapi aku tak sabun,” tambah Nazwan lagi tanpa rasa
bersalah.
“Nazwan!!!”
sekali lagi Arissa menggunakan begnya memukul Nazwan.
***
NAZWAN
yang sedang memandu keretanya pulang ke rumah, sesekali menjeling ke
arah Arissa yang kepenatan di tempat duduk sebelahnya. Tanpa sedar
dia mengukir senyuman apabila melihat Arissa tidur dengan nyenyak.
Tadi, selepas sahaja mereka makan malam, masuk sahaja dalam kereta,
Arissa terus terlena. Mungkin hari ini dia banyak berjalan sehingga
keletihan pada malam hari.
Tiba-tiba
lamunannya terganggu apabila handsetnya berbunyi. Nazwan segera
mencapai earphone yang selalu digunakan untuk menjawab panggilan
semasa dia sedang memandu. Dia segera menjawab panggilan itu.
“Kau
kat mana sekarang?” suara Luqman kedengaran. Dia sudah agak. Pasti
Luqman yang akan telefon. Kalau bukan Luqman pasti Mama Tifa.
“Dah
nak balik ni,” jawabnya.
“Dengan
siapa?” tanya Luqman lagi. Macam dapat hidu sahaja bau Arissa di
sebelahnya. “Arissa ke?” tanya Luqman lagi. Sah! Luqman semakin
mahir dalam meramal. Sikit lagi boleh jadi nujum pak belalang.
Habislah Arissa nanti.
“Helo!”
suara Luqman kedengaran lagi sekali gus mengejutkan Nazwan daripada
lamunan. Boleh pulak dia mengelamun sampai begitu sekali. “Kau
dengar tak apa yang aku cakap tadi?” tanya Luqman.
“Dengar,”
jawab Nazwan pendek. “Ya, aku dengan Arissa sekarang ni dan jangan
risaulah kami baru habis makan sekarang ni dah nak balik rumah. Lagi
setengah jam aku sampailah.”
“Lepas
tu. Kau. Aku...”
“Ya,
tahu. Kita bincang malam ni,” potong Nazwan.
“Mmm...
tahu pun!”
“Aku
nak letak telefon. Aku tengah memandu sekarang ni,” ujar Nazwan.
“Jangan
nak melencong tempat lain,” sempat lagi Luqman Nazwan memberikan
amaran.
Panggilan
ditamatkan tidak lama kemudian. Nazwan menarik earphone tadi dari
telinganya. Kemudian, dia menjeling ke arah Arissa yang mula
bergerak. Dilihat mata Arissa sudah terbuka menandakan Arissa
mendengar perbualannya tadi.
“Luqman?”
tanya Arissa.
“Mmm,”
jawab Nazwan dengan anggukan.
“Kau
tak rasa rimas ke dengan kawalan ketat dia?” tanya Arissa dengan
nada suara keletihan. “Kesianlah aku tengok kau ni. Kau bukannya
budak kecil lagi tapi Luqman anggap kau macam budak kecil.”
“Aku
dah biasa,” jawab Nazwan selamba.
Kedengaran
keluhan kecil daripada Arissa. Kemudian, Arissa melepaskan bersin
beberapa kali. Nazwan di sebelah mula risaukan keadaan Arissa.
Sebentar tadi, Arissa elok-elok saja tapi kini macam orang sakit pun
ada.
“Kenapa?
Demam?” tanya Nazwan apabila Arissa melepaskan batuk pula. Lantas
dia menghulurkan tangan dan menyentuh dahi Arissa. Panas. “Budak
ni, kalau dah tahu demam kenapa tak beritahu awal-awal? Sejak bila
kau dapat demam ni?” Nazwan mula menggelabah.
“Jangan
risaulah. Tak ada apa-apa sangat. Setakat demam je. Makan ubat nanti,
esok eloklah,” ujar Arissa menepis tangan Nazwan dengan sopan.
“Huh,
yelah tu. Kau ingat antibodi kau tu hebat sangat ke bila dapat demam?
Paling kurang, 10 hari baru kau baik daripada demam. Lebih teruk
lagi, tiap kali kau demam, demam kau mesti berjangkit kat aku, kau
tahu tak? Jadi, kita kena pergi klinik,” tegas Nazwan.
“Tapi,
bukan ke Luqman suruh balik awal,” Arissa memberi alasan.
“Kita
tetap akan pergi klinik, Arissa,” tegas Nazwan lagi tidak makan
dengan alasan Arissa. Tahu sangat dengan perangai Arissa yang kalau
boleh tidak mahu menjejak kaki ke klinik. Bukannya setahun dua dia
kenal Arissa.
“Semuanya
Nazwan punya pasal,” rungut Arissa sambil menarik muncung.
“Ya,
semuanya aku punya pasal. Itulah gedik lagi. Nak pikat aku konon. Kau
ingat nak pikat orang macam aku ni macam kau pikat semua bekas teman
lelaki kau? Lain kali, guna otak tu betul-betul. Bukan ke senang
kalau kita terus berkawan? Tak adalah kau kena ragut. Aku pun tak
adalah macam orang sasau cari kau hari ni. Kau pun takkan jatuh sakit
sampai demam macam ni dan kau pun takkan pergi jumpa doktor!”
“Nazwan
bila membebel memang tak macho,” rungut Arissa separuh merajuk.
Nazwan
hanya membalas dengan jelingan tajam.
***
NAZWAN
memberhentikan keretanya di dalam pekarangan rumah Arissa. Dia
menjeling pandang ke arah Arissa yang masih belum sedar. Sejak keluar
daripada klinik, Arissa terus terlelap di keretanya. Dia merasai dahi
Arissa dengan tangannya. Masih panas lagi. Muka Arissa pula dibasahi
peluh. Hendak kata Arissa kepanasan dalam keretanya, tidak juga sebab
dia sudah pasang penyaman udara pada tahap maksimum. Dia juga hampir
beku kerana terpaksa mengikut kehendak Arissa.
Nampaknya
demam Arissa semakin menjadi. Nazwan mengeluh berat. Sesekali dia
menyalah Arissa sendiri yang suka sangat cari masalah. Lepas satu,
satu lagi melanda Arissa. Masalahnya kalau Arissa tidak menganggu
fikirannya tidak mengapa.
“Arissa,”
panggil Nazwan menggerakkan Arissa.
“Mmm?”
gumum Arissa dengan mata masih tertutup.
“Kita
dah sampai rumah,” ujar Nazwan.
“Dah
sampai?” Arissa membuka mata.
“Kau
boleh berjalan tak?” tanya Nazwan.
“Tentulah.
Aku bukannya budak baru belajar berjalan,” balas Arissa separuh
mengantuk. Sambil itu dia sudah membuka pintu kereta. Nazwan langsung
tidak percaya dengan Arissa segera keluar dari perut keretanya dan
berlalu membukakan Arissa pintu.
“Aduh,”
Arissa mengerang kesakitan.
“Kenapa?”
Nazwan panik.
“Kaki
aku dah patah,” ujar Arissa yang masih lagi separuh sedar. “Mesti
Nazwan yang patahkan,” tuduh Arissa.
Nazwan
hanya mampu menggeleng. Entah ubat apa yang doktor suntik tadi sampai
laluk Arissa dibuatnya. Tanpa berfikir panjang lagi, Nazwan segera
mencampung Arissa keluar dari keretanya. Tiada cara lain lagi. Kaki
Arissa memang terseliuh siang tadi.
“Wahh...
Nazwan memang kuat,” ujar Arissa sambil bertepuk tangan.
“Kau
pula, wahh... Arissa memang berat!”
Arissa
menarik muncung.
“Cepat
buka pintu,” arah Nazwan yang sudah sampai di muka pintu.
Arissa
menggeleng.
“Arissa...,”
tegur Nazwan sabar.
“Nazwan,
jom kita kahwin,” ujar Arissa sambil merangkul lehar Nazwan tanpa
segan silu. Nazwan mengeluh lemah. Ingatkan bila sudah demam, kurang
sikit gedik Arissa tapi rupanya lagi menjadi-jadi. Hari tu masa tak
demam ajak dating. Kali ni, masa demam ajak kahwin pula. Parah!
“Arissa,
kau tahu tak yang kau berat? Aku dah tak larat ni. Cepat buka pintu.”
“Tak,
selagi kau tak setuju nak kahwin dengan aku,” tegas Arissa.
Sekali
lagi Nazwan mengeluh.
“Ya,
nanti kita kahwin. Sekarang buka pin...” kata-katanya terhenti
apabila pintu rumah itu dibuka oleh seseorang dari dalam. Dia kaget.
Jantungnya berdegup dengan pantas. Tidak cukup perutnya rasa kecut.
“Nenek....”
Hanya itu yang dapat disuarakan apabila berhadapan dengan neneknya.
Habis.
Masak!
Labels:
SUD
15 si charming:
-
yeahhhh..nenek nye yg muncul..ahhaah..suke la arissa bi kuat..heee..ok..nk g rehat..menanti yg akan datang..^___^
-
Hahaha. .yesss..akhirnya..nenek..tolong arissa..cik ratu bulan...terima kasih..ahaks..
-
haha.. bukan masak jew, hangus dah.. hehe..
thanks, cik ratu.. nk lg..
-
wah! clap2 \^^/ thanks kak entry cpat >///< :hee: habis la nazwan... dia sendiri dh stuju~ ahakx >..<"
-
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
-
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
-
wahh...mantap!bestlah citer akak~macam mana akak dapat idea nak buat citer ni?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Fan Pages
Ada soalan?
sedang membaca
iklan
Followers
Masa itu adalah Jam!
Kepunyaan RBN
Blog Penerbit
-
Chord Lagu I Will Mary You - Kahitna - [intro] C G C G C G/B di suatu sore C G kita bertemu kesekian kalinya Am Bm B Em aku bilang aku akan pergi ...7 tahun yang lalu
-
Lanun Penakluk Lautan - Legenda terdapat di seluruh pelosok dunia... Sebuah kompas aneh membawa Beego, seorang anak nelayan kembali ke zaman silam dan berjumpa dengan lanun Wh...10 tahun yang lalu
-
Slot Terbaru Di Ruang Kanan Kolum - Kami memperkenalkan slot terbaru sebagai medium perantaraan anda dengan kami. Di slot ini anda boleh mendapat berita terkini mengenai aktiviti kami dan se...11 tahun yang lalu
-
Inspirasi Penulis
-
Announcing the 7th Annual Self-Published E-Book Awards Winners - Congratulations to the winners of the 6th Annual Self-Published E-Book Awards! Grand Prize Steel Hand, Cold Heart by Rachel Menard (rachelm...4 tahun yang lalu
-
Writers Write End Of Year SALE - Save 20% off all courses in Johannesburg. Buy one of our courses and save! Offer expires 30 December 2017. The offer does not include online courses. Click...6 tahun yang lalu
-
The 6 Literary Forces Every Writer Must Master - You may be aware of what’s becoming widely known as the “six core competencies of storytelling.” These core competencies, as defined by my go-to fiction-wr...11 tahun yang lalu
Dikuasakan oleh Blogger.
Blog e-novel
-
hello 2023Setahun yang lalu
-
Evangelina 43 tahun yang lalu
-
'Rumah Baru' a.k.a Wattpad4 tahun yang lalu
-
Sinopsis Yang Tertulis Untuk Kita5 tahun yang lalu
-
Bab 4 : Tak Mengaku Cinta5 tahun yang lalu
-
I'M NOT A MONSTER - BAB 156 tahun yang lalu
-
Secukup Rasa | Bab 16 tahun yang lalu
-
Kerana Aku Sayang Padamu- Bab 18 tahun yang lalu
-
Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!8 tahun yang lalu
-
Akulah PEREMPUAN Yang Kau Singkirkan9 tahun yang lalu
-
-
Haruman Cinta: Bab 2311 tahun yang lalu
-
-
-
Tuan Blog
RYH
ROMEO YANG HILANG
Karya ke-8
Seseorang untuk Dinikahi
Karya ke-6
Hikayat Cinta
WARNING! VERSI BLOG DAN NOVEL ADA SEDIKIT PERBEZAAN!!
Karya ke-3
Tanpa Kata Cinta
Karya ke-2
Prince Charming
Karya pertama
Cinta 99 Hari
Karya ke-4
Karya ke-5 (cerpen)
Karya ke-7 (travelog)
Popular Posts
-
KERETA yang dipandu oleh Raymon berhenti di tempat yang terselindung dengan semak samun. Tidak jauh dari situ terdapat sebuah kawasan yan...
-
“Sila perkenalkan nama,” lelaki berwajah serius dan duduk di tengah-tengah di antara seorang lelaki dan seorang perempuan itu berkata ...
-
Pesan Hikayat, Yang sempurna itu pasti ada cacat celanya. “ PAK CIK ni kalau duduk rumah seorang diri, macam tongkang pecah dibuatn...
-
ROHANA meletakkan secawan kopi di atas meja bosnya. Sejak dari tadi dia asyik melihat bosnya itu mengulangi rakaman video semalam. Entah...
-
Pesan Hikayat Cinta ialah naluri, kerana itu kita tidak tahu mengapa kita mencintai seseorang – Usmal. PAGI-PAGI lagi Apy Elina ...
-
Pesan Hikayat, Isteri yang sabar ialah isteri yang paling bahagia di dunia. Dua tahun kemudian… “ HE so gojes !” Apy Elina ...
-
Akan datang... sebuah cerita pendek yang bertajuk … AKU, DIA DAN GITAR ____________________________________ “Apa yang kau tahu tentang gi...
-
Kata Hikayat, Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan. Jari-jemarinya mengurut dahinya beberapa kali. Peni...
-
3: MENTERA “Eee… bodoh! Bodoh! Gila! Batak! Dugong! Eee!!” bentak Blue dengan bengangnya sambil menyepak-yepak dinding banggunan sekolahnya...
-
“ Nazwan, sebelum kita pergi lebih jauh lagi, inilah masa untuk kau buat keputusan. Peraturannya mudah saja. Kalau kau fikir, kau tak b...
yeahhh... cayalah... mesti nenek sokong kawen ngan Arissa ni.. hahaha.. konfiden je..