“Nenek
marah gila. Bersiap sedialah balik ni. Kalau tak kena pancung, mesti
kena panggang,” ujar Nazwan selepas selesai menjawab panggilan
telefon daripada Mama Tifa. Hanya kerana rancangan gila Luqman, tidak
pasal-pasal dia pula yang kena bebelan Mama Tifa yang menyedari
ketiadaan mereka berdua di rumah pagi itu.
“Jangan
risau, aku ada jalan baik punya,” kata Luqman yang memandu di
sebelah.
“Aku
tahu rancangan baik kau tu,” jawab Nazwan.
“Kau
tahu?”
“Rancangan
tu dah tentulah aku pujuk nenek. Macamlah aku tak tahu,” ujar
Nazwan sudah dapat mengagak.
“Oh...
hebatlah kau. Macam mana kau tahu?”
“Berapa
lama kau jadi sepupu sehati sejiwa aku?” tanya Nazwan kembali.
“Hehe...
kelemahan nenek tu satu je. Walaupun dia marah dengan kau tapi dia
tetap tak boleh nak tarik muka dengan kau. Kau dah jawab telefon tu,
marahnya redalah nanti,” balas Luqman tanpa rasa bersalah.
“Mmm...,”
Nazwan bergumam kecil.
“Kau
lapar ke?” tanya Luqman.
“Baru
kau nak tanya?” balas Nazwan menjeling tajam. Sejak keluar dari
rumah tadi perutnya memang sudah berkeroncong. Ingatkan Luqman sudah
menyediakan makanan ringan seperti keropok ataupun roti dalam kereta
tetapi harapan hanyalah tinggal harapan. Bukan sahaja makanan, air
mineral pun sepupunya tidak sediakan. Sekarang, perutnya sudah
meraung minta makanan.
“Lepas
kita pergi ambil Sarah, baru kita pergi makan,” ujar Luqman sambil
membelokkan keretanya menuju ke rumah Sarah.
“Mmm...,”
Nazwan mengangguk menurut. Harap-harap Sarah sudah bersiap sedia di
hadapan rumah dengan beg yang perlu dibawa. Jangan jadi macam Arissa
sudah. Kalau pagi itu hendak pergi, pagi itu juga kelam-kabut hendak
sediakan barang-barang. Pergi dua hari tapi dia bantai bawa dua
bagasi besar. Bonet kereta penuh hanya bagasi dia sahaja.
“Apa
hal kau tersenyum pula ni?” tegur Luqman tiba-tiba.
“Hah?”
terkejut Nazwan dibuatnya. “Senyum? Bila masa aku senyum?”
“Jangan
nak berdalih dengan aku. Aku nampak kau tersenyum macam orang angau
je tadi,” balas Luqman lagi.
“Mengarut.
Teruslah memandu!”
“Kita
dah sampai depan rumah Sarah, Nazwan. Takkan kau tak perasan?” kata
Luqman.
“Hah?”
sekali lagi Nazwan terkejut. Dia memandang sekeliling. Entah bila
Luqman berhenti di hadapan rumah Sarah pun dia tidak perasan.
Mengelamumkah dia?
“Kau
nak beritahu aku apa yang menyebabkan kau tersenyum sorang-sorang
tadi?” tanya Luqman merenungnya tajam.
“Mana
ada aku senyum sorang-sorang! Kau tu yang tersilap tengok.”
“Mmm...
tak pe. Nanti kita selesaikan hal ni. Buat masa ni, aku perlu jadi
hero untuk gadis-gadis cantik dulu,” ujar Luqman apabila melihat
kelibat dua orang gadis keluar dari pekarangan rumah itu dengan
masing-masing membawa sebuah bagasi kecil.
Luqman
sudah pun keluar dari keretanya menolong mereka berdua memasukkan
kedua bagasi tersebut ke dalam bonet belakang. Dari cermin pandang
sisi di sebelah tempat duduknya, Nazwan dapat melihat Luqman dan
Sarah berbual di belakang kereta. Dia mengerut dahi. Mereka nampak
seperti bergaduh atau tidak bersependapat.
“Hai,
kau mesti Nazwan, bukan?” sapa seorang gadis yang tidak pernah
dilihatnya. Tiba-tiba sahaja masuk ke dalam kereta itu dan duduk di
bahagian belakang tanpa dikenali siapa orangnya. Menurut Luqman, ada
seorang sepupu Sarah akan turut serta.
“Ya,
kau mesti sepupu Sarah,” teka Nazwan.
“Mmm...
aku tak sangka sepupu aku ada kawan lelaki yang handsome,” ujar
gadis itu separuh memuji.
“Hentikan
Asha. Jangan jadi kucing miang kat dalam kereta ni,” suara Sarah
memberikan amaran kepada sepupunya. Tidak lama kemudian, Luqman yang
selesai menyusun barang-barang di bonet kereta, masuk kembali ke
dalam.
“Okey,
dah sedia nak pergi Cameron Highland?”
“Sedia!”
sorak Asha keriangan. “Oh, sebelum tu, apa kata kalau kita pergi
makan? Aku teringin nak makan roti canai, nasi lemak dengan teh
tarik.”
“Aku
ingat kau benci makanan macam tu,” sapa Sarah di sebelah.
“Mengidam.
Kau tahu, perut aku memang suka mengidam yang bukan-bukan bila jumpa
lelaki handsome. Oh ya, aku lupa nak perkenalkan diri, nama aku
Natasya,” Asha mula menghulurkan salam perkenalan kepada Nazwan.
“Natasya?”
Nazwan terus berpaling memandang gadis tadi.
“Ya,
kenapa. Ohh, aku tahu nama yang cantik bukan? Semua lelaki yang
sangkut dengan aku pasti akan cakap, nama aku begitu indah, begitu
cantik dan begitu sedap disebut. Tapi, malangnya Sarah suka panggil
aku dengan panggilan Asha walaupn kawan-kawan aku panggil aku dengan
nama Tasya....”
“Luqman,
hulurkan tisu tu,” ujar Sarah tiba-tiba menyampuk.
Luqman
hanya menurut.
“Kenapa?
Nak muntah?” tanya Asha.
“Yup.
Aku nak muntah bila kau asyik bercakap tanpa henti. Sesekali, boleh
tak kau berhenti bercakap? Bila kau bercakap, kau dah buat kepala aku
pening,” balas Sarah.
“Aku
tak tahu kepala cap apa yang kau guna sekarang,” keluh Asha sebelum
berhenti bercakap.
Suasana
dalam kereta kembali sunyi sepi. Sesekali suara Asha akan kedengaran
tetapi bila Sarah bersuara, Asha kembali senyap. Namun, hanya untuk
seketika. Mulut Asha lebih kurang seperti Arissa. Asyik bercakap
tidak henti-henti. Agaknya kalau ada Arissa, mungkin lebih kecoh
dalam kereta itu.
Sekali
lagi Nazwan tersenyum. Pagi ini dua kali dia teringatkan Arissa.
Entah apa yang Arissa sedang buat sekarang. Masih demam lagikah?
Nazwan
merenung handsetnya. Hari ini Arissa tiada menghubunginya. Merajukkah
sebab dia mematikan panggilan begitu sahaja. Di tunggu-tunggu juga
panggilan daripada Arissa malam tadi, tapi tiada langsung. Arissa
juga tak kelihatan di balkoni.
“Nazwan!”
panggil Luqman tiba-tiba membuka pintu kereta di sebelahnya.
“Hah,”
sekali lagi Nazwan terkejut. Dia memandang sekeliling. Kereta yang
dipandu oleh Luqman sudah pun berhenti di hadapan sebuah gerai makan.
Sarah dan Asha sudah pun berlalu masuk ke dalam gerai itu. Cuma dia
sahaja yang masih duduk di dalam kereta.
“Apa
hal dengan kau hari ni? Asyik mengelamun saja,” tegur Luqman
setelah Nazwan berlalu keluar.
“Tak
ada apa,” jawab Nazwan sepatah.
“Selagi
kau kata tak ada apa, aku ketuk kepala kau dengan tukul besi,” ujar
Luqman sedikit geram.
“Macamlah
kau berani.”
“Kau
ingat aku....”
“Perut
aku dah lapar. Kalau nak bergaduh tunggu perut aku kenyang,” ujar
Nazwan sebelum berlalu mendapatkan Sarah dan Asha yang sudah memesan
makanan.
***
Arissa
melepaskan bersin beberapa kali ketika dia melangkah turun ke bawah.
Tubuhnya sudah bebas daripada demam namun saki baki selesema dan
batuk masih ada lagi. Setelah beberapa hari berkurung dalam bilik,
akhirnya dapat juga dia menjejak kaki ke bawah. Sebaik sahaja dia
turun ke bawah, orang yang pertama dia nampak adalah Naufal.
“Hai
Kak Arissa,” sapa Naufal yang sedang bersenang lenang duduk di atas
sofa panjang sambil menonton televisyen.
“Cantik
kaki,” tegur Arissa apabila melihat kedua kaki Naufal diletakkan di
atas meja. Gaya macam bos kerek pun ada.
“Terima
kasih,” jawab Naufal tidak makan saman. Kakinya masih lagi di atas
meja.
Arissa
memandang sekeliling. Mama Fiza dan Fazira tidak kelihatan. Rumahnya
sunyi seperti keduanya tiada di rumah. Kemudian, dia memandang
Naufal.
“Mama
Fiza pergi pasar raya, Fazira pula pergi sekolah dan aku diarahkan
untuk menjaga rumah ni dan tuan puteri yang cantik jelita,” ujar
Naufal yang seperti dapat membaca apa yang difikirnya.
Arissa
tidak mahu bercakap banyak. Dia masih lagi marah dengan Naufal yang
telah menceroboh isi hatinya dengan membaca diarinya tanpa izin.
Kalau diikutkan hati memang sudah lama dia leku kepala Naufal tapi
memandangkan Naufal lebih tinggi daripadanya sekarang, dia terpaksa
fikir cara lain. Cuma buat masa ini, dia tiada tenaga hendak melayan
Naufal. Lagi di layan, lagi sakit hatinya.
Lantas
langkahnya dia atur ke dapur. Tiada sarapan yang disediakan oleh Mama
Fiza. Lupa pula, selalunya pada hari Sabtu dan Ahad ataupun hari
cuti, Mama Fiza tidak akan menyediakan sarapan tetapi sebaliknya
terus sediakan makanan tengah hari. Itupun kena tunggu Mama Fiza
pulang.
“Kau
nak buat apa?” tanya Naufal yang entah bila berada di belakangnya.
“Jangan
kacau boleh tak?” Arissa menolak Naufal ke tepi. Pintu kabinet
dibukanya dan mengambil sebungkus maggie kari.
“Wahhh...
maggie kari,” sorak Naufal keriangan.
“Kau
tak pernah tengok maggie kari ke?” tegur Arissa dengan suara kerek.
“Pernah
tapi tengok Kak Arissa masak maggie kari tak pernah,” jawab Naufal
menggeleng tidak yakin.
Arissa
cuba mengabaikan Naufal dan meneruskan kerja-kerjanya. Dia mencapai
sebuah mangkuk. Kemudian meletakkan maggie di dalam mangkuk itu.
Belum sempat Arissa hendak membuka perencah maggie, Naufal
menghentikannya.
“Stop!”
arah Naufal.
Serta-merta
Arissa berhenti berbuat demikian. Dia melihat Naufal menggeleng.
“Kenapa?”
“Ini
cara budak hostel masak maggie. Kita bukannya duduk kat hostel,”
ujar Naufal mengeluh lemah.
“Okey,
kalau kau tahu masak, apa kata kau masak,” sengaja Arissa ingin
mencabar. Dia ingin lihat bagaimana anak buah Mama Fiza yang manja
itu memasak.
Naufal
tidak bercakap banyak sebaliknya terus mencapai sebuah periuk. Diisi
periuk itu dengan air untuk dipanaskan. Arissa hanya duduk melihat di
tepi melihat Naufal bertindak seperti chef maggie terkemuka. Terkejut
juga dia melihat ketangkasan Naufal di dapur. Cara Naufal pegang
pisau, cara Naufal handle dapur, cara Naufal pecahkan telur ke dalam
periuk. Semuanya sempurna!
“Dah
siap!” ujar Naufal sambil menghidangkan semangkuk maggie di atas
meja.
“Wah...,”
tidak terkata Arissa dibuatnya. Dia mula terasa tercabar. Kalau
lelaki manja seperti Naufal sudah pandai memasak, memang malulah
kalau dia masih lagi tak pandai masak maggie. Tapi, bedal ajelah.
Perutnya sudah lapar.
“Ehhh,
nanti dulu,” sekali lagi Arissa kaget.
“Kenapa?”
“Ini
maggie aku. Kalau nak, masak sendiri,” kata Naufal sambil
menghadiahkan senyuman sinis.
“Huh,
tak ikhlas langsung!” Arissa mendengus marah sambil berlalu bangun
mengeluarkan sebungkus maggie lagi. Punyalah dia perasan yang maggie
itu dibuat khas untuknya, tetapi dia terkena lagi dengan Naufal.
“Mmm...
sedap!!” ujar Naufal sengaja ingin menyakitkan hatinya.
“Huh,
maggie aku lagi sedap!” Arissa tidak mahu mengaku kalah sambil
menuang air panas ke dalam mangkuk berisi maggie. Naufal pula tidak
habis-habis memuji maggie yang dimasaknya tadi. Makannya tidak.
Selepas
lima minit berlalu, maggie yang dibuatnya tadi sudah kembang. Namun,
baru sahaja Arissa hendak makan, Naufal bertindak merampas mangkuk
maggie itu manakala maggie yang dimasak Naufal tadi ditolak ke
hadapan Arissa.
“Naufal!”
tegur Arissa geram.
“Mmm...
sedapnya,” Naufal terlebih dahulu sudah menjamah maggie Arissa
tadi.
Arissa
mencebik marah. Sekejap saja. Selepas itu dia pun makan maggie yang
Naufal masak tadi. Nikmatnya tidak terkata. Sudah lama dia tidak
makan maggie yang dimasak dengan betul. Bukannya dengan merendam air
panas. Semua lengkap. Ada telur separuh masak, ada sayur dan
rasanya... lebih sedap daripada biasa.
Bahagianya,
sorak hatinya.
“Aku
tahu, masakan aku memang sedap tapi perlahan-lahanlah makan tu,”
tegur Naufal.
“Perasan!”
ujar Arissa dengan mulut yang penuh.
“Tengok
tu,” tegur Naufal lagi sambil menarik sehelai tisu dari kotak dan
mengelap tepi bibir Arissa yang yang comot.
Arissa
terkejut dengan tindakan Naufal. Selama ini, selain papanya, dia
tidak pernah dilayan sebegitu. Hal ini kerana dia tidak pernah
tunjukkan kegelojohannya di hadapan lelaki. Kontrol ayu katakan.
Apabila Naufal berbuat demikian, tiba-tiba jantungnya melonjak panik.
Dia tidak tahu hendak buat apa. Tubuhnya tiba-tiba menjadi kaku dan
membiarkan tindakan Naufal.
“Amboi,
bahagia nampak,” sapa satu suara.
Lantas
Arissa berpaling. Terkejut dia apabila melihat kehadiran Mama Fiza.
Tangan Naufal masih lagi mengelap tepi bibirnya.
“Aku
tahulah nak lap sendiri!” Lantas Arissa menepis tangan Naufal.
“Hoho...
muka dia dah blushing,” usik Naufal.
“Hah?”
Arissa memegang kedua pipinya. Panas. Blushing? Mustahil. Lantas
Arissa bangun daripada duduknya dan berlari meninggalkan dapur. Dia
tidak boleh terima. Naufal berjaya buat dia blushing. Selama ini
tiada lelaki yang berjaya membuatnya blushing begitu.
Tapi,
kenapa Naufal?!
***
“Kau
nak pergi mana tu?” tanya Luqman apabila melihat Nazwan keluar dari
keretanya.
“Aku
nak ke tandas jap,” jawab Nazwan ketika Luqman mula mengisi minyak.
“Nak
buat apa?” tanya Luqman lagi.
“Nak
pergi beli tiket konsert AKB48,” jawab Nazwan selamba.
Luqman
mengerut dahi. Rasanya dia dengar dengan jelas Nazwan menyebut pasal
konsert AKB48. Namun, sepanjang dia menjadi peminat susah mati AKB48,
ini kali pertama dia mendengar tentang tiket konsert AKB48 boleh
didapati di tandas.
“Luqman,
aku perli kau,” balas Nazwan sebelum berlalu pergi ke tandas.
Luqman
mengangguk tidak puas hati. Punyalah penat dia memikirkan misteri
penjualan tiket konsert AKB48 di tandas, sampai dia tidak sedar yang
sebenarnya Nazwan sedang memerlinya. Ini bukan kali pertama dia kena
tipu hidup-hidup dengan Nazwan. Sudah banyak kali sebenarnya. Ini
kerana gaya dan nada suara Nazwan yang serius sering membuatkannya
tertipu.
Selesai
sahaja dia mengisi minyak, Luqman segera memandu keretanya ke
bahagian belakang stesen minyak kawasan rehat Tanjung Malim untuk
menunggu mereka yang lain. Asha dan Sarah awal-awal sudah hilang ke
tandas dan tadi dia melihat mereka berdua masuk ke kedai barangkali
membeli makanan ringan untuk dimakan dalam perjalanan nanti.
Tiba-tiba,
handset Nazwan yang diletakkan di atas kerusi di sebelahnya berbunyi.
Luqman lantas mencapai handset itu apabila menyangka pasti mama atau
neneknya yang telefon. Namun, jangkaannya meleset sama sekali apabila
melihat nama si pemanggil yang muncul di skrin handset itu.
“Miss
Donut?” tanyanya kehairanan. “Huh, ini mesti si ahli sihir ni,”
teka Luqman. Tiada siapa lagi yang boleh dikaitkan dengan donut
selain Arissa. Tambah lagi Nazwan memang suka makan donut yang Arissa
buat. Mustahil Nazwan ada nombor telefon awek yang jual donut.
Pada
mulanya Luqman tidak mahu menjawab panggilan itu sehinggalah datang
satu idea terlintas di fikirannya. Tanpa buang masa dia segera
menjawab panggilan itu.
“Nazwan!”
suara Arissa kedengaran.
“Aku
dah agak dah,” balas Luqman.
“Luqman?
Eh, aku salah call orang ke?” tanya Arissa yang mengecam suara
Luqman.
“Tak.
Betullah kau call handset Nazwan tapi aku yang jawab.”
“Ohh,
Nazwan mana?” tanya Arissa.
“Dia
pergi dating dengan perempuan cantik,” jawab Luqman selamba.
“Tipu.”
“Tak
percaya sudah.”
“Cakaplah
betul-betul!”
“Betullah.
Kita orang kat Cameron Highland sekarang ni.”
“Hah?
Kenapa tak ajak aku?”
“Bukan
ke kau demam?”
“Nazwan
pun demam.”
“Dia
dah sembuh.”
“Aku
pun dah sembuh,” Arissa tetap tidak mahu menyerah kalah.
“Tapi
Nazwan dah ada awek baru.”
“Tipu!”
“Datanglah
Cameron Highland ni tengok sendiri,” Luqman mencabar Arissa.
“Kau
ingat aku tak berani?” tegas Arissa sebelum memutuskan panggilan.
Luqman
ketawa kemenangan. Akhirnya, dia berjaya kalahkan Arissa kali ini.
Puas hatinya. Tidak dapat dia bayangkan keadaan Arissa sekarang.
Mesti macam cacing kepanasan. Tidak duduk diam.
Dia
yakin. Pasti Arissa tidak berani datang ke Cameron Highland seorang
diri. Lagipun pasti Mama Fiza tidak benarkan Arissa keluar rumah
sebelum sembuh sebenarnya. Sebab itulah dia berani mencabar Arissa.
Dia mula memikirkan rancangan seterusnya. Selepas ini, dia ingin
upload gambar banyak-banyak di facebook. Biar Arissa cemburu sampai
gila.
“Tersenyum
panjang nampak,” tegur Nazwan tiba-tiba mematikan lamunannya.
Luqman
tersenyum lagi.
“Kata
aku tapi dia sendiri yang berangan tak habis-habis pagi ni,” ujar
Nazwan lagi.
“Senyuman
aku, senyuman kemenangan,” jawab Luqman terus tersenyum.
***
Arissa
memberhentikan keretanya tiba-tiba apabila ada sebuah CRV berwarna
merah menyala menghalang laluannya. Lantas dia bunyikan hon. Entah
CRV siapa yang sengaja mencari nahas menghalang kereta Myvinya
keluar. Banyak kali dia membunyikan hon tetapi CRV itu tidak
berganjak, lantas Arissa keluar dari Myvinya.
Cermin
CRV bahagian pemandu diketuknya. Disebabkan cermin itu berwarna
hitam, dia tidak dapat melihat siapa gerangan orang di dalamnya.
Beberapa saat kemudian, cermin itu diturunkan.
“Naufal?”
terkejut Arissa apabila melihat Naufal berada di dalamnya.
“Hai
si gadis cantik. Cantik-cantik ni nak ke mana?” tanya Naufal.
Arissa
menghela nafas panjang.
“Hai
si jejaka kacak, boleh tak alihkan kereta ni? Si gadis yang cantik ni
nak lalu dengan kereta yang cantik tu,” balas Arissa separuh geram.
“Auuuu...,”
bunyi serigala miang sudah kembali lagi. “Jom kita dating!”
“Naufal,”
tegur Arissa serius.
“Ye
sayang.”
“Sila
ke tepi,” arah Arissa lagi.
“Ohh...
okey,” ujar Naufal menurut perintah tapi penuh dengan
kepura-puraan. Berpura-pura masukkan gear, berpura-pura mengawal
stereng padahal CRVnya tidak berganjak sedikit pun.
Arissa
mendengus marah. Lagi dia layan Naufal selagi itulah dia membazir
masa untuk ke Cameron Highland. Tanpa buang masa, dia kembali ke Myvi
miliknya, membuka bonet kereta dan mengeluarkan bagasi sederhana
besar dan berlalu membuka pintu belakang CRV Naufal. Setelah
memasukkan bagasinya, dia berlalu masuk dan duduk di sebelah Naufal.
“Macam
tulah sayang. Okey, kita nak pergi dating kat mana ni?” tanya
Naufal.
“Cameron
Highland,” jawab Arissa ringkas.
“Wah,
tempat yang romantik untuk kita berdating. Jom!!!” sorak Naufal
keriangan sebelum memulakan perjalanan.
Yeay... lepas ni boleh main jeling².. jeles².. hehe