“Gunakan
Asha untuk tarik perhatian Nazwan?” Sarah bagaikan tidak percaya
dengan apa yang keluar dari mulut teman lelakinya. Entah dari mana
idea itu datang. Walaupun Asha memiliki nama yang sama dengan arwah
rakannya, tetapi dia kenal dengan sepupunya itu.
“Kenapa?”
tanya Luqman.
“Dia
sepupu aku,” jawab Sarah tidak tahu bagaimana hendak terangkan
kepada Luqman.
“Aku
tak nampak apa kaitannya kenapa kau tak setuju,” ujar Luqman lagi.
“Mestilah
ada kaitan. Dia sepupu aku dan aku tak nak libatkan dia dalam hal ni.
Lagipun dia tinggal di UK. Walaupun dia suka datang Malaysia tapi dia
lebih suka menetap di sana,” tambah Sarah.
“Jadi?”
tanya Luqman lagi.
“Jadi,
takkan kau tak faham lagi? Dia dah ada kehidupan dia sendiri dekat
UK. Aku tak dapat bayangkan Nazwan suka dengan hubungan jarak jauh.
Dengan kata lain, Asha dengan Nazwan... takkan berjaya,” ujar Sarah
dengan penuh yakin.
“Atau
kau cemburu?” soal Luqman.
“Apa
maksud kau?” tanya Sarah kembali.
“Tak
ada apa... aku cuma terfikir....”
“Kau
fikir aku masih ada perasaan terhadap Nazwan?” pantas Sarah
memintas kata-kata Luqman tadi.
Luqman
tidak mengiakan mahupun menidakkannya. Bagaimanapun Sarah dapat teka
apa yang dimaksudkan oleh Luqman tadi. Ini tidak lain tidak bukan
pasti hendak mengungkit kembali hal lama yang sudah dibuang
jauh-jauh.
“Luqman,
jangan mulakan apa yang dah lepas,” ujar Sarah yang tidak suka
perkara itu diungkit kembali.
“Habis
tu, kenapa kau tak suka dengan cadangan aku?” tanya Luqman masih
mendesak.
Sarah
mengeluh panjang. Cakap banyak pun tidak berguna dengan orang seperti
Luqman. Selagi Luqman tidak dapat jawapan yang betul-betul logik,
selagi itulah lelaki itu akan mendesak.
“Sebab
rancangan kau takkan berjaya. Asha bukan jenis yang Nazwan suka. Dia
bukan macam Natasya dan aku tak nak dia masuk campur dalam hal ni,”
ujar Sarah.
“Sebab
tu tak kuat, Sarah,” ujar Luqman lagi tidak puas hati.
“Kau
nak aku kata apa lagi? Aku kenal Asha dan aku juga kenal Nazwan.
Kalau Arissa tu aku kata tak sesuai dengan Nazwan, Asha pula seribu
kali tak sesuai dengan Nazwan. Dia lebih teruk daripada Arissa.
Playgirl, hidup bebas dan seribu kali lebih gedik daripada Arissa.
Kalau kau tanya, antara dia dengan Arissa, yang mana lebih baik? Aku
pilih Arissa,” terang Sarah. Harap-harap Luqman mengerti apa yang
dimaksudkannya tadi.
“Aku
tak cadangkan dia dengan Nazwan. Aku cuma cadangkan supaya guna
khidmat dia untuk buat Arissa rasa putus asa dengan Nazwan.”
“Putus
asa? Luqman, dalam kamus hidup Arissa, tak ada istilah putus asa.
Lagi hebat halangan yang dia terima lagi kuat semangat dia. Kalau
tak, dah lama dia putus asa dengan Nazwan. Dia takkan berputus asa,
percayalah.”
“Habis
tu, kau ada cadangan?” tanya Luqman yang makin terdesak.
“Rilek.
Idea takkan datang kalau kita tergesa-gesa begini,” ujar Sarah.
“Apa kata, kalau kau balik dulu dan tenangkan fikiran. Mana
tahukan, esok kau dapat idea yang lagi gempak.”
Sarah
mendengar keluhan Luqman. Dia tahu teman lelakinya itu sudah buntu
memikirkan masalah ini. Seperti Luqman, dia juga tidak mahu nenek
membuat keputusan tergesa-gesa dengan mengahwinkan Nazwan dengan
Arissa. Mereka berdua masih muda. Malah, Arissa masih belum sempurna
lagi hendak menjadi seorang isteri. Dia tidak mahu nenek memusnahkan
hidup Nazwan dengan memilih Arissa sebagai isteri Nazwan.
Sungguh
dia tidak faham apa yang nenek sedang fikirkan.
“Aku
harap apa yang aku dengar malam tadi hanyalah satu mimpi,” ujar
Luqman setelah lama mendiamkan diri.
“Kau
dengar perbualan tu dah cukup baiklah. Kalau kau datang tahu sehari
sebelum nenek nak kahwinkan diorang berdua... memang tak dapat nak
buat apa-apa lagi. Itu bermakna kita ada masa lagi hendak berbuat
sesuatu,” kata Sarah memberi Luqman sedikit kekuatan.
Luqman
mengangguk. “Mungkin, aku patut beritahu Nazwan pasal ni,” kata
Luqman sambil bangun dari duduknya.
“Jangan!”
pantas Sarah menghalang.
“Kenapa?”
Luqman mengerut dahi.
“Kau
nak Nazwan jatuh sakit lagi? Dia masih tak sihat dan kau pula nak
sampaikan berita macam ni pada dia? Maunya dia koma setahun pula
selepas dengar berita tu,” Sarah membantah.
“Bukan
ke dia yang pandai-pandai setuju nak couple dengan Arissa. Dia patut
gembira dengan keputusan nenek ni,” ujar Luqman tidak puas hati.
“Lepas
tu apa? Dia setuju dengan rancangan nenek dan mintak nenek segerakan
rancangan tu?” soal Sarah.
“Nazwan
bukannya bodoh macam tu,” kata Luqman tidak setuju.
“Tahu
pun!” sindir Sarah. “Kalau kau nak beritahu Nazwan, pastikan dia
sihat sepenuhnya dan jangan takutkan dia dengan andaian-andaian gila
kau. Kau sendiri kenal Nazwan, bukan? Kalau memang buat keputusan
drastik.”
“Mmm...
sekarang, baru aku perasan daripada siapa Nazwan warisi buat
keputusan drastik tu. Tentu daripada nenek.”
“Kau
pun sama,” ujar Sarah menjeling tajam.
“Aku?”
Luqman menuding jari penunjuk ke arah dirinya.
“Siapa
punya idea suruh libatkan Asha dalam hal ni tadi?” tanya Sarah
memerli.
“Nenek
borek cucu rintik!”
***
“Pergi
Cameron?” tanya Sarah kembali kepada Asha. Asha yang baru sahaja
selesai mandi itu mengangguk beberapa kali. “Lagi?” keluh Sarah.
Sekali
lagi Asha mengangguk.
“Tak
ada tempat lain ke kau nak pergi? Tiap kali kau datang sini mesti kau
nak pergi sana. Pergilah tempat lain pula. Macamlah Malaysia ni
ketandusan tempat-tempat menarik,” ujar Sarah tidak setuju.
Punyalah banyak tempat menarik di Malaysia, Cameron Highland yang
menjadi pilihan Asha.
“Sebab
aku suka pergi sanalah aku nak pergi lagi. Aku rasa sana adalah satu
tempat yang romantik dan fantastik!” ujar Asha dengar penuh
perasaan.
“Tak
nak. Pilih tempat lain,” tegas Sarah tidak berminat.
“Sarah...
jomlah!” ajak Asha dengan suara manja.
“Pilih
tempat lain,” tegas Sarah lagi sambil mencapai satu majalah dan
membeleknya di sambil meniarap di atas katil membelakangkan Asha yang
sudah membuat wajah comelnya. Tahu sangat dengan perangai Asha. Umur
Asha 4 tahun lebih tua daripada Sarah tetapi perangai macam
budak-budak. Satu spesies dengan Arissa.
“Siapa
nama boyfriend kau tadi? Luqman ya?” tanya Asha.
“Kau
jangan nak menggatal,” ujar Sarah tanpa berpaling.
“Hai
Luqman,” sapa Asha tiba-tiba. Sarah mengangkat kepala. Setahunya
Luqman sudah balik. Mustahil Luqman berada di dalam biliknya.
Serentak itu dia lantas berpaling apabila dia mendengar suara Asha
berbual dengan seseorang. Menderau darahnya apabila melihat Asha
menggunakan handsetnya.
“Asha!”
tengkingnya lantas berlari ke arah Asha yang sudah berbual.
“Okey,
deal!” ujar Asha sebelum menamatkan perbualan. Belum sempat Sarah
hendak merampas handsetnya kembali, Asha menghulurkan handset itu.
“Esok, tepat pukul 7.00 pagi kita akan bertolak pergi ke Cameron
Highland bersama-sama dengan boyfriend kau,” ujar Asha dengan
selamba.
“Kau...
kau betul-betul telefon dia?” tanya Sarah seperti tidak percaya.
Lantas dia memeriksa rekod panggilan yang dibuat. Nama Luqman berada
di atas sekali dan masa panggilan dalam tiga saat yang lalu.
Asha
betul-betul telefon Luqman!
“Asha!”
marahnya.
“Jangan
marahkan aku. Kau yang tak berhati-hati simpan nombor telefon
boyfriend sendiri. Aku tak faham, kenapa kau simpan nombor dia dengan
nama Luqman?” tanya Asha.
“Sebab
memang dah namanya Luqman,” jawab Sarah menahan geram.
“Memanglah
nama dia Luqman tapi kau orang berdua bukannya kawan. Letaklah nama
bombastik sikit. Ayang. Darling. Lelaki paling handsome di dunia.
Lelaki paling cute di alam semesta. Rasanya aku dapat agak yang kau
tak ada nama cute untuk teman lelaki kau, bukan?” teka Asha yang
sudah berlalu merehatkan diri di atas katil.
“Aku
bukan perempuan yang suka bagi gelaran cute pada boyfriend dan kau
tak sepatutnya ceroboh privasi aku,” ujar Sarah masih marah.
“Mmm...
whatever. Oh ya, tadi teman lelaki kau cakap, dia nak bawak seorang
kawan dia. Aku tak sure nama dia... Nazwan? Mmm... bunyi macam tu.
Harap-harap kawan dia masih single dan handsome.”
“Dia
kata apa?” tanya Sarah sekali lagi.
“Aku
mengantuk. Nak tidur,” ujar Asha malas hendak melayan Sarah lalu
dia memejamkan kedua matanya.
Luqman
memang sengaja nak cari nahas! Hatinya menahan geram.
***
“Morning,”
sapa satu suara halus di telinganya.
“Mmm...
morning,” jawab Arissa dengan mata tertutup.
“Macam
mana dengan demam?” tanya suara itu lagi. “Panas lagi?” suara
itu kedengaran lagi apabila Arissa tidak membalas jawapan tadi.
Seraya itu, satu tangan yang hangat menyentuh dahinya. Tiba-tiba,
Arissa rasa semacam. Tangan itu macam tangan papanya.
“Papa?”
panggil Arissa sambil mencapai tangan itu dan memeluknya dengan erat.
“Papa?
Haha...,” suara itu mengetawakannya.
Suara
itu semakin semakin jelas di dengarnya. Bukan macam suara papanya.
Suara papanya agak garau. Walaupun papanya bercakap dengan nada
lembut tetapi tetap kedengaran garau dan tegas. Lantas,
perlahan-lahan Arissa membuka matanya.
“Selamat
pagi wahai tuan puteri,” ujar suara itu lagi.
Arissa
menggosok matanya. Pandangnnya masih samar-samar. Namun, dia
menyedari kehadiran seorang lelaki berpakaian serba putih duduk di
sebelahnya. Dia cuba fokus orang itu. Ada rupa macam Nazwan.
“Nazwan?”
Arissa bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya. Lantas dia bangun
dari baringnya dan menghadap lelaki itu. Sekali lagi dia menggosok
kedua matanya. Kemudian, dia memfokus lelaki yang berada di atas
katilnya itu.
Dia
memang nampak wajah Nazwan tapi lama kelamaan wajah Nazwan itu
bertukar menjadi wajah seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya.
Berkelip-kelip Arissa melihat lelaki itu. Dia sendiri tidak pasti
sama ada apa yang dilihatnya realiti atau fantasi.
“Hai,”
ujar lelaki itu.
Sah!
Realiti.
“Aaaa...
siapa kau?!” Lantas Arissa berlari turun dari katilnya.
“Jangan
risau. Aku hanyalah ilusi kau,” ujar lelaki itu cuma mententeramkan
Arissa.
“Hah?”
Arissa mengerut dahi.
“Aku
putera dari kayangan yang turun ke Bumi untuk menyelamatkan puteri
kesayanganku yang kini bermasalah,” ujar lelaki itu dengan penuh
yakin.
“Hah?”
sekali lagi Arissa tidak percaya. Serentak itu memandang sekeliling.
Mana tahukan ada kamera tersembunyi macam dalam rancangan mengenakan
orang. Selepas tidak dapat mengesan sebarang objek yang mencurigakan,
dia kembali memandang lelaki itu.
“Beritahu
siapa yang benarkan kau masuk dalam bilik aku?” tanya Arissa.
Mustahil Mama Fiza dan Fazira membenarkan lelaki masuk ke dalam rumah
ini. Lelaki dilarang masuk ke dalam rumah ini kecuali ada urusan
mustahak!
“Hati
kau,” ujar lelaki itu lagi.
“Seriuslah!”
“Serius.
Aku memang putera dari kayangan.”
“Siapa
yang akan percaya dengan benda bodoh macam tu?”
“Kau
ada masalah percintaan bukan?” tanya lelaki itu.
“Keluar
sebelum aku menjerit,” arah Arissa.
“Nama
lelaki tu Nazwan, bukan?” lelaki itu terus meneka.
“Macam
mana kau tahu?” tanya Arissa terkejut. “Ini mimpi ke?” tanya
Arissa lagi.
Entah
bagaimana dia rasa seperti berada dalam alam mimpi. Lelaki itu memang
dia tidak pernah jumpa atau kenali. Bukan juga bekas-bekas teman
lelakinya. Jauh sekali kawan. Dia memang tiada kawan lelaki selain
Nazwan dan Luqman. Masuk ke dalam rumahnya dan duduk di atas
katilnya. Dia yakin, ini hanyalah mimpi.
“Tak.
Ini realiti,” jawab lelaki itu. “Aku memang wujud tapi hanya kau
yang boleh tengok aku,” tambah lelaki itu dengan penuh yakin.
“Jadi,
kalau ini realiti, siapa kau?” tanya Arissa.
“Abaikan
siapa aku. Aku datang sebab nak selamatkan kau daripada masalah. Kau
suka Nazwan, bukan? Tapi kau tengah berhadapan dengan halangan yang
kuat sekarang, bukan? Luqman dengan Sarah tak setuju dengan rancangan
kau nak pikat Nazwan. Nazwan pula masih lagi teringatkan kekasih
hatinya yang dulu, Natasya. Ahhh... hidup kau memang kesian,” keluh
lelaki itu.
“Macam
mana kau tahu?” tanya Arissa terkejut. Apa yang dikatakan oleh
lelaki itu memang tepat sekali.
“Bukan
ke aku dah kata, aku datang sini sebab nak tolong kau. Kau nak Nazwan
jatuh cinta dengan kau tak?” tanya lelaki itu.
“Nak!”
ujar Arissa melompat di atas katil berhadapan dengan lelaki itu. “Kau
ada idea ke?” tanyanya.
“Mestilah.
Aku takkan datang sini dengan otak kosong,” tambah lelaki itu lagi.
“Tapi,” dia memandang Arissa atas bawah.
“Tapi
apa?” tanya Arissa.
“Aku
tak faham, kenapa kau sukakan Nazwan. Bukan ke senang kalau kau
teruskan berkawan dengan dia. Lagipun banyak lelaki lain dalam dunia
ni. Lelaki yang lebih handsome daripada Nazwan. Aku tengok dia tu
biasa saja. Tak adalah macam Lee Min Ho yang macho tu,” ujar lelaki
itu lagi.
“Wahh...
kau kenal Lee Min Ho?” tanya Arissa seperti tidak percaya. Putera
dari kayangan kenal Lee Min Ho? Tidak sangka Lee Min Ho sepopular
itu.
“Mestilah.
Apa yang kau kenal, aku pun kenal.”
Arissa
mengangguk penuh percaya.
“Kau
belum jawab soalan aku tadi. Kenapa kau sukakan Nazwan?” tanya
lelaki itu lagi.
“Tak
tahu,” ujar Arissa sambil memeluk bantal kesayangannya. “Memang
kalau boleh aku nak terus berkawan dengan dia. Kadangkala aku penat
dengan semua ni. Nazwan bukan macam lelaki lain. Dia lain sikit. Aku
mungkin tak dapat pikat hati dia tapi aku masih lagi nak cuba untuk
pikat dia.
“Memang
sedih bila kawan sendiri tak merestui apa yang aku buat. Dia orang
ingat aku nak mempermainkan Nazwan. Dia juga ingat, aku bukan calon
yang sesuai untuk Nazwan. Bagi mereka, aku bukan seseorang untuk
dicintai. Semakin lama dia orang menghalang, api semangat aku semakin
menyala-nyala nak pikat hati Nazwan,” jawab Arissa panjang lebar
melepaskan apa yang terbuku di hatinya.
“Habis
tu, kenapa kau tak setuju bila papa kau nak nikahkan kau orang
berdua?” tanya lelaki itu lagi. Sekali lagi Arissa terkejut. Lelaki
itu serba tahu tentangnya.
“Mestilah
tak setuju. Aku bukannya tak matang seperti yang dia orang sangka.
Aku tahu tanggungjawab nak jadi seorang isteri tu amat besar. Aku
masih berusaha nak capai ke arah tu. Kalau aku berkahwin sekarang,
mungkin kami takkan hidup bahagia. Nazwan tak ada sedikit perasaan
pun terhadap aku. Aku bertepuk sebelah tangan. Kalau aku berusaha
untuk bahagiakan rumah tangga sedangkan ada unsur lain yang akan
menghancurkan rumah tangga aku, rasanya kahwin dengan Nazwan bukan
cara yang terbaik,” terang Arissa panjang lebar.
“Jadi,
sebab tulah kau nak pikat Nazwan?” tanya lelaki itu lagi.
Arissa
mengangguk.
“Sejujurnya,
perasaan aku berbelah bagi. Aku tak tahu nak buat apa. Sama ada nak
lepaskan atau nak teruskan tapi....”
“Tapi
kau dah jatuh hati dengan Nazwan,” tambah lelaki itu memotong
kata-kata Arissa.
Arissa
mengangguk.
“Aku
ingat kau akan jadi playgirl
sepanjang masa,” ujar lelaki itu tersenyum.
“Aku
playgirl
yang bermaruah!”
“Okey,
disebabkan kau dah bagi alasan yang boleh diterima. Aku akan tolong
kau pikat Nazwan.”
“Hah?
Betul ke? Jadi kau masuk team aku?” Arissa kembali bertenaga.
Punyalah satu malam dia memikirkan idea untuk memikat Nazwan. Satu
idea pun tidak boleh pakai. Pada masa itu dia berharap ada seseorang
akan menyokongnya dari belakang. Dan tidak sangka, hari ini muncul
seorang lelaki dari kayangan ingin menolongnya!
“Yup.
Tapi dengan satu syarat,” ujar lelaki itu.
“Syarat?”
“Tolong
buat donut untuk aku. Tiba-tiba aku rindukan donut yang kau masak.”
“Hah?”
Terkejut Arissa mendengarnya. “Macam mana kau tahu aku pandai buat
donut? Dan kau pernah rasa donut yang aku masak ke?”
Lelaki
itu tersenyum.
“Ohhh...
kat sini kau ya!” Fazira tiba-tiba muncul di hadapan pintu
biliknya.
“Fazira!”
Arissa sekali lagi terkejut apabila Fazira melulu mengatur langkah ke
arah katilnya dan menarik telinga lelaki itu. “Ehhh... Fazira kau
nampak dia?”
“Kenapa?
Aku tak sepatutnya nampak dia ke?” tanya Fazira.
“Bukan
ke dia putera dari kayangan yang datang nak selamatkan aku?” tanya
Arissa masih keliru dengan situasi itu.
“Ya.
Aku putera kayangan yang datang nak selamatkan kau, Arissa. Ini semua
imaginasi kau. Aku adalah ilusi kau. Fazira pun ilusi kau. Kau tak
nampak semua ni,” ujar lelaki itu lagi.
“Banyaklah
kau punya ilusi!” Dengan garang Fazira menarik telinga lelaki itu
lagi supaya meninggalkan katil Arissa. Arissa nampak blur. Tidak tahu
mana satu realiti mana satu fantasi.
“Kalau
bukan ilusi, siapa dia?” tanya Arissa.
“Takkan
kau tak kenal?” tanya Fazira.
“Hah?”
Arissa mengerut dahi.
“Dia
sepupu akulah. Kau pernah jumpa dia dulu. Naufal.”
“Naufal?”
Arissa cuba mengorek kembali ingatannya tentang saudara mara Fazira.
Dia memang pernah menemui beberapa orang saudara mara Fazira tetapi
peliknya dia tidak pernah melihat lelaki itu. Namanya Naufal.
Tiba-tiba
dia teringatkan sesuatu. Lantas dia memandang ke arah lelaki yang
tinggi lampai yang duduk di atas katilnya tadi.
“Naufal?
Dia Naufal?” tanya Arissa seperti tidak percaya.
“Ya.
Dia Naufal. Anak buah mama. Takkan kau dah lupa?”
“Mustahil!
Hari tu aku tengok dia kecik lagi!” Arissa sekali lagi tidak
percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia masih ingat lagi. Semasa
Naufal berumur 11 tahun. Selalu jugak dia leku kepala budak itu dan
mengejeknya si kenit. Seingatnya juga Naufal lebih muda 3 tahun
daripada dia. Mustahil Naufal boleh jadi tinggi sampai dia terpaksa
mendongak memandangnya.
“Macam
tak percaya,” ujar Arissa sambil mencubit pipinya. Sakit. Ini bukan
mimpi. “Nanti, kalau ini bukan mimpi... Naufal ada kat sebelah aku
masa aku tidur, kemudian aku ceritakan semuanya pada Naufal...,”
kata-kata Arissa terhenti dan memandang ke arah Naufal. Tiba-tiba
dia rasa kedua pipinya hangat.
“Hai
Kak Arissa, kita jumpa lagi,” ujar Naufal yang telinganya masih
ditarik kuat oleh Fazira.
“Kau
bukan putera dari kayangan!”
“Yup!”
“Habis
tu, macam mana kau tahu semua masalah aku?” tanya Arissa lagi.
“Buku
tu,” ujar Naufal sambil menunjukkan ke arah buku yang terletak di
atas meja lampu bersebelahan dengan katil Arissa.
“D...
diari aku,” tergetar-getar Arissa mencapai buku putih yang selama
ini menjadi alat dia meluahkan perasaan. “Kau baca semuanya?”
“Yup!”
jawab Naufal tanpa rasa bersalah.
Arissa
tidak mampu hendak berkata apa-apa. Semua yang tertulis dalam diari
itu sudah dibaca oleh Naufal. Patutlah Naufal dapat teka semua
masalahnya. Disebabkan itu dia jatuh ke dalam perangkap Naufal dengan
memberitahu apa yang terbuku di hatinya. Dia tidak pernah meluahkan
perasaannya kepada orang lain. Apatah lagi orang itu bukannya rapat
dengan dia.
Arissa
kebuntuan. Dia tidak tahu macam mana hendak berhadapan dengan Naufal.
Mati-mati dia kena tipu. Lagi teruk, dia sepatutnya dapat kesan
penipuan Naufal. Mana ada putera dari kayangan!
“Aaaaa!!!”
jerit Arissa tidak puas hati. “Naufal dah mencabul isi hati aku,”
lantas Arissa mencapai gebar putih dan menyelimutkan seluruh
tubuhnya.
“Sweet
bukan?”
“Sweet
apa bendanya!” marahnya dalam gebar.
“So,
kau nak buat donut untuk aku?” suara Naufal bertanya.
“Jangan
harap!”
“Ahhh,
aku tak tahu apa yang berlaku sampai kau tertipu dengan Naufal,”
suara Fazira kedengaran.
“Aku
pun...,” keluh Arissa untuk pertama kali rasa tertipu.
naufal yang cute...
tipah tertipu yerk arissa....
sweet...