Romeo yang Hilang: Bab 12
ditulis oleh
RATU BULAN NOVELIS
pada
Jumaat, Januari 23, 2015
GAMBAR
perempuan! Apy Elina menjeling tengok ke arah helaian-helaian kertas
yang terkeluar dari fail suaminya yang diletakkan di atas meja makan.
Dia tak mampu menahan diri membelek helaian itu. Tambahan pula
beberapa gambar itu cantik pula orangnya! Tergugat juga hati seorang
isteri!
“Apa
ni?” tanya Apy Elina kepada suaminya.
“Resume.”
“Untuk
apa?” tanya Apy Elina sambil membelek lagi. Kebanyakan pemohonnya
adalah perempuan. Semuanya cantik-cantik belaka. Masih muda-muda
lagi.
“Untuk
calon isteri nombor dua,” jawab Adam selamba.
Serentak
dengan itu Apy Elina merenung tajam wajah suaminya. Belum pernah lagi
dia mendengar Adam berkata demikian. Ini macam sengaja nak menguji
kesabaran dia sahaja.
“Macam
mana boleh tak?” tanya Adam yang dari tadi asyik tersenyum-senyum.
“Pak
cik, makan nasi pun tak pass lagi, ada hati nak kahwin lain,” jawab
Apy Elina seiring dengan jelingan tajam.
“Betullah
tu. Setiausaha pejabat umpama isteri di pejabat,” jawab Adam.
Apy
Elina mengangguk faham. Dia baru sahaja teringat perbualan dua orang
gadis di airport baru-baru ini. Kalau tak silap, dia ada dengar pasal
syarikat suaminya itu ada buka peluang pekerjaan untuk jawatan
setiausaha peribadi. Dia sendiri tidak tahu menahu tentang hal itu.
Memang dia sendiri maklum Adam tiada setiausaha peribadi tapi tak
pernah pula Adam beritahu nak mencari seorang setiausaha peribadi.
Pelik.
“So,
mana yang okey antara semua ni?” tanya Adam meminta pendapat.
“Tak
menyesal ke kalau saya pilih?” tanya Apy Elina.
Dia
memang suka bab pilih memilih ini. Lagi-lagi bila dapat tahu semua
itu calon untuk setiausaha peribadi suaminya. Sudah tentulah dia nak
pilih. Suami hot macam Adam kena ambil langkah berhati-hati sikit
kalau melepas pada orang lain, mana nak cari lagi lelaki yang takut
makan nasi. Payah!
Belek
punya belek, dia terjumpa gambar salah seorang perempuan yang dia
pernah jumpa di airport tempoh hari. Gadis opera nama gelarannya
sebab mekap macam opera Cina. Seriau pula tengok dia punya mekap.
Rohana. Nama yang indah. Kalaulah perangai seindah namanya....
Tiba-tiba
Apy Elina terfikir sesuatu. Budak ni nak sangat kerja dengan Adam.
Dia tak tahu lagi rupa sebenar Adam ketika bekerja. Hah, inilah
masanya untuk buat gadis seperti ini buka mata besar-besar yang hidup
ini tak semestinya indah!
“Saya
pilih perempuan opera ni,” kata Apy Elina sambil hulurkan resume
Rohana.
“Betul?”
tanya Adam yang melihat resume itu. Kemudian dia memandang isterinya
silih berganti dengan resume di tangannya. Macam tak percaya pun ada.
Apy
Elina mengangguk banyak kali cuba yakinkan suaminya.
“Tak
menyesal?” tanya Adam.
Kali
ini Apy Elina menggeleng dengan penuh yakin. Mana mungkin dia akan
menyesal. Orang yang akan menyesal ialah perempuan opera itu.
Bibirnya tak henti-henti mengukir senyuman. Belum apa-apa lagi dia
sudah bayangkan apa yang akan berlaku kepada perempuan itu. Mesti
takkan tahan dengan perangai suaminya. Cukup seminggu pasti akan
resign!
Tiba-tiba
Adam mencubit pipi sebelah kanannya. Lembut sahaja dicubitnya tapi
yang buat dia menggelabah apabila tengok renungan si suami yang macam
boleh agak apa yang ada dalam kepalanya sekarang.
“Apy
Elina.”
“Ya?”
jawab Apy Elina yang tersengih-sengih. Dia tahu sangat. Kalau Adam
sudah panggil nama penuhnya, pasti ada sesuatu yang dia tak puas
hati. Ini pasti pasal dia tersengih-sengih seorang diri tadi.
“Apa
hal tersengih-sengih tadi?” tanya suaminya.
“Mak
saya cakap, kalau kita selalu senyum dan ceria, kita akan jadi muda.
Awak lebih muda daripada saya, jadi saya kena senyum banyak-banyak
kali supaya saya nampak muda daripada awak,” jawab Apy Elina tak
henti-henti lagi senyumannya.
“Patutlah
mak awak nampak muda daripada anaknya…” balas Adam mengangguk
banyak kali.
“Apa?”
cepat-cepat Apy Elina menarik muka garang.
Serentak
dengan itu, Adam ketawa terbahak-bahak.
“Jangan
marah sayang, nanti cepat tua,” sindir Adam berjaya mempermainkan
isterinya.
“Awak
ni, tak romantik langsunglah. Cubalah sesekali tu jadi suami yang
romantik sikit,” kata Apy Elina geram. Punyalah dia atur ayat-ayat
manis supaya suaminya tergoda sekejap tapi akhirnya dia pula yang
terkena.
“Romantik
yang macam mana?” tanya Adam pura-pura tak tahu.
“Romantiklah.
Macam Clark Kent dengan Lois Lane dalam cerita Superman tu,” sekali
lagi Apy Elina geram. Dia tahu sangat Adam sengaja ingin
mempermainkannya.
“Ohhh…
macam tu? Maknanya suami awak ni kena pakai seluar dalam warna merah
kat luarlah baru nampak romantik?” balas Adam.
“Kalau
berani, pakailah!” cebik Apy Elina.
Geram
dibuatnya. Dari dulu sampai sekarang, Adam masih tak berubah-ubah.
Ada sahaja jawapan yang menyakitkan hati. Ingatkan kalau sudah
berkahwin, kurang sikitlah perangai sengalnya itu tapi makin
menjadi-jadi. Setiap masa pula tu. Kalau difikirkan, babak romantik
antara dia dengan Adam boleh dikira dengan jari.
Nak
pakai baju Superman? Huh, cakap sahaja pandai tapi gerenti takkan
berani nak buat. Kalaulah dia pakai baju Superman…
Perlahan-lahan
bibirnya mengukir senyuman sambil terbayangkan suaminya memakai baju
Superman. Matanya meliar memandang setiap inci tubuh suaminya yang
kemas berbaju kemeja warna biru itu.
“Kenapa?”
tanya Adam yang menyedari isterinya memandangnya semacam.
“Saya
tengah bayangkan awak pakai baju Superman. Mesti menggoda dan seksi!”
kata Apy Elina dengan teruja.
Sekali
satu jentikan halus hinggap di dahinya. Serentak dengan itu, Apy
Elina mengaduh kesakitan. Walaupun perlahan tapi tetap rasa sakit.
“Apa
awak ni. Normallah kalau isteri bayangkan suami sendiri macam tu,”
rungut Apy Elina sambil menggosok dahinya.
“Sakit
ke?”
“Sakitlah.
Dahlah saya ni comel, nanti bertambah comel dahi saya. Cepat minta
maaf pada dahi saya.”
Adam
menarik Apy Elina ke pangkuannya lalu mencium dahi yang dijentiknya
tadi. Tindakan yang begitu pantas itu mengejutkan Apy Elina. Tadi,
dia sengaja merungut manja tapi tak sangka pula dapat ciuman mengejut
membuatkan bibirnya tak berhenti tersenyum. Dalam diam rupa-rupanya
berisi. Dalam keras, rupa-rupanya romantik!
“Ehem!”
satu suara berdehem kedengaran.
“Huh,”
Apy Elina terkejut apabila berpaling.
Seorang
wanita yang berambut panjang mengerbang macam hantu Mak Limah sedang
berdiri di belakangnya. Mellissa! Baru dia teringat bahawa kakak
iparnya itu baru sahaja sampai dari Taiwan semalam.
Mellissa
tidak bersuara. Dia hanya menguap dan berlalu mencapai segelas cawan,
tuang air kopi dengan gaya orang tak cukup tidur sambil diperhatikan
oleh sepasang suami isteri itu.
“Okey,
korang boleh teruskan apa yang terkendala tadi. Anggaplah akak tak
ada dalam rumah ni,” kata Mellissa mula mengorak langkah berlalu
dari situ dengan secawan air kopi panas.
“Okey,
saya teringin nak tahu, bila Izwan nak jadi jantan sejati ni?”
tanya Apy Elina sambil menjeling tajam memandang suaminya.
Adam
hanya mengangkat bahu.
“MANA
dapat ni?” tanya Mellissa penuh teruja apabila Apy Elina
menunjukkan gambar-gambar Daniel yang ditemuinya tempoh hari. Bila
dia tunjukkan kepada Mellissa, Mellissa menjerit seperti para peminat
KPOP teruja dengan kehadiran Oppa kesayangan mereka.
“Dalam
stor,” jawab Apy Elina.
Dari
pengamatannya, memang sah Mellissa meminati Daniel. Dia sengaja
biarkan Mellissa yang masih teruja itu membelek-belek album yang
penuh gambar Daniel. Bila sudah reda nanti, barulah dia akan bertanya
kenapa, mengapa dan bagaimana.
“Hah?
Dalam stor? Adam campak gambar Daniel yang handsome ni dalam stor?”
Mata Mellissa terbeliak kerana terkejut dan marah.
Kemudian,
kedengaran rungutan Mellissa berbahasa Mandarin. Biarpun dalam bahasa
Mandarin tetapi Apy Elina dapat menangkap salah satu maksudnya. Gila!
Itu sumpahan yang biasa dan selalu didengarnya. Tak kira keluar
daripada mulut orang Melayu atau orang Cina.
“Kau
kenal dia ke?” tanya Apy Elina yang selesa berkau-aku dengan
Mellissa. Lagi satu, umurnya dengan umur Mellissa tak banyak beza.
Beza pun hanya beberapa bulan.
“Kalau
tak kenal aku takkan histeria macam ni, okey!” balas Mellissa.
Apy
Elina mengangguk. Betul juga. Lagipun arwah Daniel ketika itu memang
ramai peminat. Pelajar sekolah lain pun selalu tunggu di hadapan
sekolahnya untuk lihat Daniel. Kalau ada perlawanan bola keranjang,
penuh juga penyokong-penyokong Daniel yang terdiri daripada
gadis-gadis cantik. Mungkin salah seorangnya adalah Mellissa.
“Kenal
secara dekat?” tanya Apy Elina lagi.
Mellissa
menggeleng. Kemudian mukanya bertukar jadi muram. Macam orang kecewa
sahaja. Dia juga kurang pasti sama ada Mellissa tahu atau tidak akan
berita kematian Daniel.
“Kenal
dia macam tu saja. Langsung tak ada peluang nak berkenalan dengan
dia,” jawab Mellissa.
Apy
Elina mengangguk. Dia sudah dapat satu jawapan yang pasti. Mungkin
sebab itulah ada banyak gambar-gambar yang ditangkap secara diam-diam
dalam album ini. Kalau Mellissa kenal arwah Daniel pasti ada gambar
mereka tangkap berdua tapi langsung tak ada.
“Kami
satu sekolah,” Apy Elina memulakan mukadimah.
“Serius?”
Mellissa kelihatan terkejut. “Oh, maknanya kau kenal Daniel?”
Apy
Elina mengangguk.
“Sangat
kenal. Arwah banyak ajar aku tentang bola keranjang. Aku pernah
bercita-cita nak jadi pemain bola keranjang tapi aku tak cukup
tinggi. Dia kata, aku ada potensi untuk jadi jurulatih. Kalau tak
kerana arwah, mungkin aku masih tak sedar potensi sendiri.”
“Wait.
Arwah? Jadi maknanya Daniel…”
“Daniel
dah meninggal dunia. Lebih kurang 8 tahun yang lepas. Dia ada
penyakit jantung yang serius.”
“Dia
masih muda…” Mellissa masih lagi tak percaya.
Memang
sukar untuk percaya Daniel sudah pergi meninggalkan dunia ini buat
selama-lamanya. Malah sampai sekarang dia masih lagi tak percaya.
Pemergian Daniel memang mengejut apatah lagi dia langsung tak tahu
menahu akan penyakit Daniel.
Ah,
ini bukan masanya untuk bersedih! Lantas Apy Elina mengeluarkan
sebuah album. Album Daniel sudah ditunjukkan kepada Mellissa. Ada
satu album gambar yang dia perlu tunjuk. Album yang penuh dengan
gambar-gambarnya.
“Apa
ni?” tanya Mellissa apabila Apy Elina menunjukkan album itu.
“Gambar
aku masa muda remaja.”
“Oh…
masih tak berubah,” Mellissa membelek-belek album gambar itu.
Reaksinya masih sama. Tak ada sesuatu yang pelik yang diingin tanya.
Macam Mellissa tidak tahu menahu tentang gambar itu. Mustahil.
“Aku
jumpa album ni di dalam stor,” kata Apy Elina.
“Tapi
ini gambar kau…” Mellissa kelihatan terkejut.
“Memang
pun. Itulah yang aku tak faham. Kedua-dua album gambar ni aku jumpa
di dalam stor. Kalau gambar Daniel mungkin aku tak hairan sangat tapi
macam mana gambar aku juga ada?”
Mellissa
mengangkat bahu. “Dah tanya Adam?”
“Dah.
Pak cik tu langsung tak tahu menahu tentang gambar ni. Itu yang aku
nak tanya kau. Kau ke yang tangkap?”
“Hmm…
tak,” Mellissa segera menafikannya.
“Habis
tu siapa pula yang tangkap gambar-gambar ni? Situasi dalam gambar ni
pada hari dan waktu yang sama. Orang yang tangkap gambar Daniel
adalah orang yang sama yang tangkap gambar aku,” tambah Apy Elina
lagi.
Sekali
lagi Mellissa mengangkat bahu. Apy Elina mula merasakan ada sesuatu
yang tidak kena. Kalau bukan Mellissa siapa lagi yang tangkap
gambar-gambar itu? Pelik. Mellissa tahu tentang gambar Daniel tetapi
tak tahu tentang gambar-gambar adik iparnya sendiri? Sangat pelik.
Mesti ada apa-apa yang dirahsiakan oleh Mellissa. Bukankah keluarga
Alexander ini memang penuh dengan misteri.
“Ah,
baru teringat. Masa tu aku memang minat gila dengan Daniel. Aku dapat
tahu dia akan turun KL, jadi aku upah seorang jurukamera untuk
tangkap gambar Daniel tapi yang buat aku sakit hati dia pergi tangkap
gambar awek pula. Tak sangka awek dalam gambar ni akan jadi adik ipar
aku hahaha…” terang Mellissa sambil ketawa.
“Siapa
jurukamera tu?” tanya Apy Elina masih lagi berasa tidak puas hati.
Dia takkan puas hati sekali tak dapat tahu siapa yang berani tangkap
gambarnya diam-diam.
“Entah.
Dah tak ingat,” balas Mellissa.
“Lelaki
atau perempuan?”
“Lelaki.”
“Bukan
Adam?” tanya Apy Elina lagi. Selagi dia tak dapat jawapan yang
benar-benar memuaskan hatinya, dia takkan berhenti bertanya. Tambahan
pula jawapan yang diberi oleh Mellissa tak meyakinkannya.
“Bukan.
Waktu ni Adam belum lagi jejak Malaysia tau,” balas Mellissa terus
menafikannya.
Jawapan
Mellissa buat Apy Elina berasa kecewa. Jadi, bukan suaminya yang
tangkap gambar itu. Patutlah Adam juga langsung tidak tahu menahu
tentang gambar itu. Malah juga terkejut dengan kehadiran gambar itu.
“Dahlah.
Jangan fikir lagi. Itu hanya gambar lama dan rasanya tak ada apa-apa
kot,” ujar Mellissa sambil menutup album gambar itu.
“Hmm…
mungkin,” balas Apy Elina setuju dengan kata-kata Mellissa tadi.
Mungkin
orang yang tangkap gambar-gambar itu dalam kebosanan kerana terpaksa
menangkap gambar yang dia tak suka. Jadi, dia pun melencong daripada
niat asalnya. Tambah lagi kalau lelaki yang tangkap.
Apy
Elina mengeluh panjang. Tadi, punyalah teruja dia bertanya tentang
gambar itu tapi teruja itu bertukar jadi hampa. Alangkah seronoknya
kalau Adam yang tangkap gambarnya. Barulah rasa macam heroin dalam
drama Hindustan. Sesungguhnya, realiti itu tak seindah mimpi.
“Apa
Adam kata bila kau tunjuk gambar ni?” tanya Mellissa.
“Pak
cik tu? Huh, macam biasa. Tak ada perasaan. Ada ke dia nak buang
album gambar ni. Kalau dia nak buang gambar Daniel tu, aku fahamlah
dia cemburu tapi masalahnya dia nak buang sekali gambar aku. Eee…
geram!”
Serentak
dengan itu Mellissa ketawa terbahak-bahak. Adik dengan kakak,
walaupun bukan seibu dan sebapa tapi perangai sama sahaja. Mungkin
inilah hasil didikan jika dilahirkan dalam keluarga Alexander.
Masing-masing ada perangai yang pelik. Entah apa lucunya, dia pun tak
tahu.
“Adam
takkan fikir benda yang remeh temeh.”
“Remeh
temeh? Ini hal serius dan menakutkan. Dan seram juga. Lagi seram
daripada pengalaman jejak rumah hantu kat kat kampung aku tu,” kata
Apy Elina yang teringatkan pengalamannya pergi ke rumah agam yang
Adam pernah tanya tempoh hari. Dia masih ingat lagi apa yang dia
nampak.Seorang perempuan berpakaian putih yang berlumuran darah.
Sejak hari itu, memang dia tak pernah jejak lagi tempat itu.
“Tak
ada apalah. Kalau kau takut sangat, kau anggap sajalah Adam yang
tangkap gambar ni. Daripada takut, terus jadi sweet bukan?” balas
Mellissa.
“O
ya, betul juga! Aku harap sangat dia yang tangkap gambar ni…”
keluh Apy Elina masih lagi tak dapat terima hakikat. Hidup ini tak
indah seperti novel, yang sentiasa ada kebetulan!
Labels:
Romeo yang Hilang
12 si charming:
-
Siapa sebenarnya yg ambil gambar Apy Elina ye...
-
alamak... misteri laaaa. siapa amik gambar apy ek?
-
cik ratu, bleh post bab 11 skali lg.... x sempat bace lah.... plesss...plesss...pless..... ;)
-
Best... Next bab plak... X sbar nak tau siapa secret admire apy...
-
sama la, saya pun xdpt baca lagi. dari bab depan trus langkau ke bab ni. pls RB,tlg pos semula bab sblum ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Fan Pages
Ada soalan?
sedang membaca
iklan
Followers
Masa itu adalah Jam!
Kepunyaan RBN
Blog Penerbit
-
Chord Lagu I Will Mary You - Kahitna - [intro] C G C G C G/B di suatu sore C G kita bertemu kesekian kalinya Am Bm B Em aku bilang aku akan pergi ...8 tahun yang lalu
-
Lanun Penakluk Lautan - Legenda terdapat di seluruh pelosok dunia... Sebuah kompas aneh membawa Beego, seorang anak nelayan kembali ke zaman silam dan berjumpa dengan lanun W...10 tahun yang lalu
-
Slot Terbaru Di Ruang Kanan Kolum - Kami memperkenalkan slot terbaru sebagai medium perantaraan anda dengan kami. Di slot ini anda boleh mendapat berita terkini mengenai aktiviti kami dan se...11 tahun yang lalu
-
Inspirasi Penulis
-
Announcing the 7th Annual Self-Published E-Book Awards Winners - Congratulations to the winners of the 6th Annual Self-Published E-Book Awards! Grand Prize Steel Hand, Cold Heart by Rachel Menard (rachelm...4 tahun yang lalu
-
Daily Writing Prompt - We have been notified that some subscribers are not receiving their links. If you want to receive our emails, please update your details on our mailing lis...7 tahun yang lalu
-
The 6 Literary Forces Every Writer Must Master - You may be aware of what’s becoming widely known as the “six core competencies of storytelling.” These core competencies, as defined by my go-to fiction-wr...11 tahun yang lalu
Dikuasakan oleh Blogger.
Blog e-novel
-
Evangelina 43 tahun yang lalu
-
'Rumah Baru' a.k.a Wattpad5 tahun yang lalu
-
Sinopsis Yang Tertulis Untuk Kita5 tahun yang lalu
-
Bab 3 : Tak Mengaku Cinta6 tahun yang lalu
-
I'M NOT A MONSTER - BAB 156 tahun yang lalu
-
Secukup Rasa | Bab 16 tahun yang lalu
-
Rindu Kasih Madinah.9 tahun yang lalu
-
Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!9 tahun yang lalu
-
Akulah PEREMPUAN Yang Kau Singkirkan9 tahun yang lalu
-
LIMITED EDITION : DIA YANG TERPILIH9 tahun yang lalu
-
-
Haruman Cinta: Bab 2311 tahun yang lalu
-
-
-
Tuan Blog
RYH
ROMEO YANG HILANG
Karya ke-8
Seseorang untuk Dinikahi
Karya ke-6
Hikayat Cinta
WARNING! VERSI BLOG DAN NOVEL ADA SEDIKIT PERBEZAAN!!
Karya ke-3
Tanpa Kata Cinta
Karya ke-2
Prince Charming
Karya pertama
Cinta 99 Hari
Karya ke-4
Karya ke-5 (cerpen)
Karya ke-7 (travelog)
Popular Posts
-
KERETA yang dipandu oleh Raymon berhenti di tempat yang terselindung dengan semak samun. Tidak jauh dari situ terdapat sebuah kawasan yan...
-
Pesan Hikayat, Yang sempurna itu pasti ada cacat celanya. “ PAK CIK ni kalau duduk rumah seorang diri, macam tongkang pecah dibuatn...
-
“Sila perkenalkan nama,” lelaki berwajah serius dan duduk di tengah-tengah di antara seorang lelaki dan seorang perempuan itu berkata ...
-
Pesan Hikayat Cinta ialah naluri, kerana itu kita tidak tahu mengapa kita mencintai seseorang – Usmal. PAGI-PAGI lagi Apy Elina ...
-
ROHANA meletakkan secawan kopi di atas meja bosnya. Sejak dari tadi dia asyik melihat bosnya itu mengulangi rakaman video semalam. Entah...
-
Pesan Hikayat, Isteri yang sabar ialah isteri yang paling bahagia di dunia. Dua tahun kemudian… “ HE so gojes !” Apy Elina ...
-
Akan datang... sebuah cerita pendek yang bertajuk … AKU, DIA DAN GITAR ____________________________________ “Apa yang kau tahu tentang gi...
-
3: MENTERA “Eee… bodoh! Bodoh! Gila! Batak! Dugong! Eee!!” bentak Blue dengan bengangnya sambil menyepak-yepak dinding banggunan sekolahnya...
-
“ Nazwan, sebelum kita pergi lebih jauh lagi, inilah masa untuk kau buat keputusan. Peraturannya mudah saja. Kalau kau fikir, kau tak b...
-
Kata Hikayat, Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan. Jari-jemarinya mengurut dahinya beberapa kali. Peni...
akak...knp bab 11 x de...saya x smpt nk baca lagi :'(