“CIKGU,
kita dah sampai,” suara Izwan kedengaran di sebelah. Apy Elina
lantas membuka mata. Sedar-sedar sahaja dia sudah berada di hadapan
pintu depan Arena.
“Hah?
Dah sampai? Berapa trafic light yang awak langgar tadi? Cepatnya kita
sampai.” Rasanya macam baru tadi dia masuk ke dalam kereta.
“Ah,
ingatkan dapat tidur puas-puas,” keluhnya sambil mencampak bantal
peluk kecik ke belakang kereta yang dipeluknya ketika tidur tadi.
“Cikgu
patut berehat saja di rumah tadi.”
“Izwan,
jangan jadi Adam,” ujarnya separuh merayu. Tadi pun suaminya sudah
banyak kali menyuruhnya berehat di rumah tapi dia enggan. Ada banyak
kerja yang menantinya di Arena.
“Tapi
hari ni cuma latihan biasa,” tambah Izwan lagi mengekori cikgunya
masuk ke dalam Arena.
“Latihan
biasa? Awak patut datang ke mesyuarat semalam dan tengok betapa
teruknya saya kena hentam dengan pegawai atasan yang asyik merungut
kenapa prestasi kita semakin merosot.”
“Teruk
ke?”
“Kena
hentam? Memang teruk. Jadi, saya kena fikirkan cara latihan untuk
tingkatkan prestasi kamu semua.”
“Cikgu
hanya penasihat. Bukan ke semua tu tugas jurulatih?”
“Encik
Zakuan? Dia hanya reti makan gaji buta. Macam mana sukan bola
keranjang di Malaysia nak berkembang dengan pesat kalau ada jurulatih
begitu?”
“Good
morning Puan Apy,” tegur Rohana.
“Awak
perli saya ke?” tanya Apy Elina bercekak pinggang. Daripada
mengantuk terus segar dibuatnya.
“Err...
sorry. Saya tak sedar dah tengah hari.”
“Atau
sebab ada lelaki handsome di sebelah saya?” perlinya.
Macamlah dia tidak kenal setiausahanya itu. Pantang betul bila nampak
lelaki handsome.
“Err...”
Rohana tersenyum sipu.
“Saya
tak akan kenalkan dia kepada awak sebab hati dia dah jadi milik orang
lain.”
“Ya.
Saya tahu. Liliyana bukan? Saya ada baca berita tu.”
“Awak
patut belajar bezakan berita dengan gosip. Kadangkala berita yang
awak baca sebenarnya adalah gosip. Awak boleh baca gosip tapi jangan
percayakan gosip. Kalau nak tahu jawapan sebenar, awak boleh tanya
orangnya.”
“Err...”
Rohana terus hilang kata-kata. Dua kali dia terkena hari ini.
“Bunyi
apa tu?” Apy Elina memasang telinga.
“Bunyi?
Bunyi apa?” tanya Rohana yang turut memasang telinga tetapi dia
langsung tidak mendengar apa-apa yang pelik.
Izwan
turut mengangguk. Seperti Rohana dia juga tidak mendengar apa-apa
yang luar biasa. Dia sendiri tidak pasti bunyi
apa yang membuatkan bekas jurulatihnya itu kaku bagaikan patung.
Selain bunyi tapak kasut berlaga dengan lantai gelanggang dan bola
keranjang dilantunkan di lantai, dia tidak dengar apa-apa lagi.
“Tapi...
bukan ke latihan belum start lagi?” tanya Izwan seraya
melihat jam tangannya. Lagi setengah jam hendak pukul 3.00 petang.
Dia
hairan. Walaupun kurang rapat dengan pemain lain, tetapi dia kenal
benar dengan mereka yang lebih gemar beristirehat di tepi gelanggang
sebelum di arah memulakan latihan.
“Atau
saya je yang dapat info yang latihan akan start jam 3.00
petang?” tambah Izwan lagi mula merasakan ada sesuatu yang tidak
kena.
Apy
Elina langsung tidak ambil tumpuan dengan soalan daripada Izwan tadi.
Memang betul apa yang Izwan hairankan tadi. Selalunya kalau latihan
bermula jam 3.00 petang, belum tentu lagi jam 3.00 petang para pemain
akan mula berlatih. Janji Melayu katakan. Tapi bukan itu yang
membuatkan dia hairan.
Rentak
itu... sama macam rentak Adam, bisik hatinya. Puas dia memasang
telinga tetapi rentak itu juga yang didengarnya.
Tanpa
berlengah lagi dia segera berlari menuju ke dewan gelanggang yang
terletak di hujung koridor. Begitu juga dengan Izwan dan diikuti oleh
Rohana. Masuk sahaja ke dalam dewan gelanggang itu, sekali lagi
membuatkan langkahnya kaku.
“Apa
dah berlaku?” tanya Apy Elina apabila mendapati kesemua pemain bola
keranjang dilihat duduk kepenatan di lantai gelanggang.
Serentak
dengan itu, sebuah lagi pintu di bahagian belakang dilihat bergerak.
Dia dapat melihat seimbas seorang lelaki berlari keluar dari pintu
itu. Izwan yang turut menyedari hal itu segera berlalu mengejar
kelibat lelaki itu.
sapekah..sapekah...