Romeo yang Hilang: Prolog
ditulis oleh
RATU BULAN NOVELIS
pada
Ahad, Disember 28, 2014
Pesan
Hikayat,
Hidup
ini tak sentiasa berakhir dengan epilog.
Dua
tahun yang lalu…
“Betul
ke awak nak kahwin dengan saya ni? Awak tak lamar saya olok-olokkan?”
tanya Apy Elina masih lagi tak percaya.
Sudah
banyak kali dia cubit pipinya. Sakit. Ini bermakna dia bukan dalam
mimpi. Sungguhpun begitu, dia masih lagi tak percaya. Adam Alexander
a.k.a Muhammad Adam yang merupakan bekas pemain bola keranjang
pasukan The Legend yang dilatihnya lima tahun dahulu, melamarnya!
Bak
kata orang, angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba terus melamar.
Dengan kata lain, selama lima tahun ini, Adam tak pernah langsung
meluahkan perasaan cinta terhadapnya. Bercakap dengannya pun kurang
tapi tiba-tiba dia dapat tahu, bola keranjang yang ada tandatangan
Adam yang disimpan selama ini bukan sekadar bola.
Ia
ibarat cincin lamaran. Dan tulisan cina yang disangka tandatangan
Adam bukan juga tandangan tapi merupakan perkataan cina yang
bermaksud ‘MARRY ME’!
Dan
tadi… Adam melamarnya. Live. Satu Malaysia.
“Kenapa?
Ingat tadi tu rancangan realiti Bujang Senang Nak Kahwin Cepat ke?”
jawab Adam dengan serius.
“Tak
adalah cuma… macam tak percaya,” Apy Elina menggaru kepala yang
tak gatal. Susah betul dia nak percaya. Tambah lagi, dia sendiri pun
tak percaya yang dia terima lamaran itu. Habis satu dunia tahu dia
sudah terima lamaran itu.
“Mak
cik,” sapa Adam yang kini berdiri di hadapannya.
Apy
Elina terpaksa mendongak melihat wajah lelaki di hadapannya itu.
Serentak dengan itu, jantungnya berdegup kencang. Perasaannya
sekarang sukar untuk dijelaskan. Macam baru pertama kali jatuh cinta.
Indah bercampur gemuruh.
“Boleh
tak awak beritahu saya yang saya bukan berada dalam alam mimpi?”
tanya Apy Elina yang tak berkelip memandang wajah lelaki itu.
Itulah
wajah lelaki yang ramai gadis-gadis impikan selama ini. Sungguhpun
dia pernah juga tergolong dalam gadis-gadis yang inginkan lelaki ini
tetapi dia tahu, bukan mudah untuk mencuri hati lelaki itu. Namun,
umpama mimpi menjadi kenyataan, lelaki itu melamarnya!
“Apy…”
panggil Adam.
“Hmm?”
Apy Elina bagaikan terpukau. Jarang sekali Adam panggil namanya.
Selalunya lelaki itu akan panggil dia dengan gelaran Mak cik. Kini,
bila Adam panggil namanya, dia terasa seperti dunia ini sedang
berhenti berpusing.
Tiba-tiba,
Adam menjentik dahinya. Apy Elina tersentak. Tak lama kemudian,
barulah dia terasa sakit.
“Sakitlah!”
marahnya.
“Kalau
sakit tu, maknanya kau tak bermimpilah,” jawab Adam selamba.
Apy
Elina mengeluh berat. Budak ni… masih tak berubah! Memang dia ada
suruh Adam buat sesuatu untuk buktikan dia tak bermimpi tapi tak
sangka lelaki itu akan bertindak sedemikian. Makin dia tak faham. Ini
ke cara selepas kena lamar?
Apy
Elina masih ragu-ragu lagi. Jadi isteri kepada lelaki itu? Lelaki
yang muda lima tahun daripadanya akan jadi suami? Kini, dia rasa
macam nak tolak lamaran itu sahaja. Tak dapat dia bayangkan, dia akan
jadi isteri kepada Adam yang muda lima tahun daripadanya!
“Mungkin
awak dah lupa. Tak mengapa saya ingatkan awak. Awak tahu tak, awak
lebih muda lima tahun daripada saya?” tanya Apy Elina cuba
mengingatkan Adam kembali. Manalah tahu Adam sudah lupa jarak umur
mereka.
“Memanglah
aku lebih muda daripada kau tapi bila dah kahwin nanti, kau tetap
kena panggil aku abang,” jawab Adam ringkas dan selamba. Macam tak
ada apa yang perlu dirisaukan. Juga macam dia sudah fikir perkara ini
sedalam-dalamnya!
Apy
Elina terdiam. Betul juga. Bila dia sudah berkahwin dengan Adam,
sudah tentulah dia kena panggil Adam dengan gelaran abang.
Abang?
Abang Adam?
“Eee…
tak naklah!” geli-geleman dirinya membayangkan diri sendiri panggil
Adam dengan gelaran Abang.
“Kenapa?”
“Tak
sweet
dan tak romantik langsung!” komennya sengaja bagi alasan.
“Habis
tu? Kau nak guna gelaran papa-mama? Darling-sayang?” tanya Adam.
Nampak benar Adam kali ini betul-betul serius hendak berkahwin
dengannya.
“Itu
lagilah gedik. Macam budak sekolah baru belajar bercinta,” Apy
Elina bagi alasan lagi. Sekali lagi dia geli-geleman membayangkan
dirinya memanggil Adam dengan gelaran papa. Tak sesuai langsung.
Darling?
Sayang? Gelaran ini tiada masalah. Sangat sweet dan romantik! Tapi
masalahnya, ramai sangat laki-bini sekarang guna gelaran itu. Jadi,
sudah tiada istimewa lagi.
“Habis
tu? Kau nak panggil apa?” tanya Adam.
Apy
Elina menggaru kepala. Tahulah dia bahawa lamaran tadi memang
betul-betul. Bukan olok-olok. Bukan juga untuk rancangan realiti
televisyen Bujang Senang Nak Kahwin. Lagipun dia kenal dengan Adam.
Orangnya serius sepanjang masa. Mustahil akan buat rancangan hiburan
yang akan memakan diri sendiri.
“Saya
nak panggil awak Pak cik!” cadang Apy Elina tersengih-sengih.
“Kalau awak panggil saya mak cik, saya juga nak panggil awak Pak
cik! Macam mana? Pak cik-Mak cik. Sweet
tak gelaran ni?”
Adam
memandangnya dengan tajam. Tiba-tiba, satu lagi jentikan hinggap di
dahinya. Sekali lagi Apy mengaduh kesakitan.
“Permohonan
tak diluluskan!” jawab Adam dan berlalu pergi.
“Hah?
Kenapa?” Apy Elina berlari mendapatkan lelaki itu.
“Panggil
aku abang.”
“Pak
cik.”
“Nak
kahwin tak ni?”
“Awak
betul-betul lamar saya ke?”
Soalan
itu membuatkan langkah Adam terhenti. Serentak dengan itu, Apy Elina
juga berhenti melangkah. Masing-masing berhadapan sesama sendiri.
“Apy
Elina…” sekali lagi Adam memanggil nama penuhnya.
“Ya?”
“Sudi
tak awak jadi isteri saya?” tanya Adam, lembut tapi serius. Tangan
dihulurkan lagi.
Apy
Elina tak dapat menyembunyikan senyumannya. Kali kedua Adam
melamarnya, kali kedua juga dia berkata, “Saya hanya boleh sambut
tangan awak selepas kita bernikah. Atau dengan kata lain, awak patut
hantar rombongan meminang dulu.”
Dan
prolog cinta mereka, bermula di sini…
Labels:
Romeo yang Hilang
16 si charming:
-
Rindunya dengan epy - adam, rasa macam nak ulang balik baca HC banyak2 kali... kak fad cayok2...
-
thanks a lot. baru2 ni tgk blog ni jadi private.sy sgt risau takut xdpt bc hikayat dah. n bila dpt msk blog,tgk2 ada tajuk novel baru.igtkan novel baru n RB dah stop pos HC.
laptop sy ni taraf antik so nak loading page,jadi lambat sikit.tu yg tgk tajuk dulu tu.
thanks again pos novel HC2 ni.hope cepat dpt publish,xsabar nak baca.
n HC berada atas shelves bkn dlm kotak,sy selalu ulang baca HC,the words wisely chosen,buatkan sy terfikir n mmg sgt la hayati cerita ni.
-
:) wah..writer..tukar tajuk ye untuk sambungan hikayat cinta 2..tertanya-tanya jg tentang tajuk ni tadi..seronok..lama tunggu writer buka blog utk post story ni..:)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Fan Pages
Ada soalan?
sedang membaca
iklan
Followers
Masa itu adalah Jam!
Kepunyaan RBN
Blog Penerbit
-
Chord Lagu I Will Mary You - Kahitna - [intro] C G C G C G/B di suatu sore C G kita bertemu kesekian kalinya Am Bm B Em aku bilang aku akan pergi ...8 tahun yang lalu
-
Lanun Penakluk Lautan - Legenda terdapat di seluruh pelosok dunia... Sebuah kompas aneh membawa Beego, seorang anak nelayan kembali ke zaman silam dan berjumpa dengan lanun W...10 tahun yang lalu
-
Slot Terbaru Di Ruang Kanan Kolum - Kami memperkenalkan slot terbaru sebagai medium perantaraan anda dengan kami. Di slot ini anda boleh mendapat berita terkini mengenai aktiviti kami dan se...11 tahun yang lalu
-
Inspirasi Penulis
-
Announcing the 7th Annual Self-Published E-Book Awards Winners - Congratulations to the winners of the 6th Annual Self-Published E-Book Awards! Grand Prize Steel Hand, Cold Heart by Rachel Menard (rachelm...4 tahun yang lalu
-
Daily Writing Prompt - We have been notified that some subscribers are not receiving their links. If you want to receive our emails, please update your details on our mailing lis...7 tahun yang lalu
-
The 6 Literary Forces Every Writer Must Master - You may be aware of what’s becoming widely known as the “six core competencies of storytelling.” These core competencies, as defined by my go-to fiction-wr...11 tahun yang lalu
Dikuasakan oleh Blogger.
Blog e-novel
-
Evangelina 43 tahun yang lalu
-
'Rumah Baru' a.k.a Wattpad5 tahun yang lalu
-
Sinopsis Yang Tertulis Untuk Kita6 tahun yang lalu
-
Bab 3 : Tak Mengaku Cinta6 tahun yang lalu
-
I'M NOT A MONSTER - BAB 156 tahun yang lalu
-
Secukup Rasa | Bab 16 tahun yang lalu
-
Rindu Kasih Madinah.9 tahun yang lalu
-
Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!9 tahun yang lalu
-
Akulah PEREMPUAN Yang Kau Singkirkan9 tahun yang lalu
-
LIMITED EDITION : DIA YANG TERPILIH9 tahun yang lalu
-
-
Haruman Cinta: Bab 2311 tahun yang lalu
-
-
-
Tuan Blog
RYH
![RYH](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjItfYzXyGpYi5vK40SXKp9is2oKiglNnV8UFraw_Wxa4ntSfbFlKVRQqasn6OeZRKDzw5kBoC0Ve-jikKs9_7p4ymdn58kP3qbdc38VsOOqVN9TmF2o0X0l9dggTffvoAp15t4-o-_qK3y/s1600/ryh-1.jpg)
Kesinambungan Hikayat Cinta
ROMEO YANG HILANG
Karya ke-8
![Karya ke-8](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7zaPfoTnA_KHvVgUVoL7VP-sBoOzMigiEoFm2MuKozE_XGu57wOtDHcfTNRgb-kHI1uVtrlH_7Jb5Upv4T8Ee1eiJN2cFMUuKGQGzqbd7qZTTIfjYM4h21KzqmpuoiZGAz-iA-K3R78Ml/s1600/20441156.jpg)
Seseorang untuk Dinikahi | 2013 | Fajar Pakeer
Seseorang untuk Dinikahi
Karya ke-6
![Karya ke-6](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWDzJB4p-xNDfZAmHUEcRi6Z5GeDpf-bv0-32_TMZJPfrs4sK57Xp6NKYMtV_3j-2VN_7ImQtrrpC6bBh5P2kt3Mn8gJgVY4aaPDUSnqarl51UR2xeigvGj0YVktx7ZAzAfBwqwJPlfACB/s980/421151_10150662799742472_180969497471_9323499_1885413522_n.jpg)
Hikayat Cinta | 2012 | Fajar Pakeer
Hikayat Cinta
WARNING! VERSI BLOG DAN NOVEL ADA SEDIKIT PERBEZAAN!!
Karya ke-3
![Karya ke-3](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2xqnGS2LktEPcEeyxUngAU0irMvyBVX_nPfFkTs3ZS9r1jIOZ3y2QxZ798J9X1OE9E7mqLAbWRcYWemTkm8a1Mr9Cwnhz7QJgLyaqC8NZ04AfArMv67HUw1Rlns_W6ghe_Ajmhh8Ovtjv/s979/TANPA+KATA+CINTA.jpg)
Tanpa Kata Cinta | 2011 | Fajar Pakeer
Tanpa Kata Cinta
Karya ke-2
![Karya ke-2](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjirQrpGGdApx4t2_IBh6wH7dYXjp91ohCGaIsx28ZpGWciEqGAejAUTky5e15MAr5kP2MfzrRqYLvGheSnSbPrpO3FnZQm8RqLlUWWkP4hXUZ4Xk7IB7TRgnmc3L3EvIeOAOr46rKRCh43/s980/PRINCE+CHARMING.jpg)
Prince Charming | 2010 | Fajar Pakeer
Prince Charming
Karya pertama
![Karya pertama](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuaDRJH1xmDIJpPa26ulGxJ5mrHQXFVeQDCBJ9uyZFsNTeSEHXBR-uEnhFquzuTUoOhJGK8zD2ObJSuyBDbGaF3FewiWl7j6lpBYg92U_tunWD2WRUAAywXRznkKJgNxcy1CZHhKDViQpe/s979/AKU%252C+DIA+%2526+GITAR.jpg)
Aku, Dia & Gitar | 2010 | One Nusantara
Cinta 99 Hari
Karya ke-4
![Karya ke-4](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFthyLB6_c-lpn_wdAPwMBr6EIeqNruTdzLXnNiY80SuG7Ya1cGIKw_m2eDRVv4Itonja_5xP-5z045kn0xf5sWLrbLuQpPdxmfMB9GR8rLht_PUYlK7X4dnFTBQzXrxpAmIq4QlcDcCCd/s979/ANTASIA+1.jpg)
Antasia 1 | 2011 | One Nusantara
Karya ke-5 (cerpen)
![Karya ke-5 (cerpen)](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg97f2W1EwA9FRfUtq82zGrbz2we_K-6xJ1E74rFxKArjEAwjvS68-ZlSJsLApPHTfqnTRAVxVUbZQJAtOIxULn6TjTtYYeuBi4GQRS427urDwNZ0DPN54Lrf4CJv3hNCnpQNLGvFp2QdRK/s979/TENTANG+CINTA.jpg)
Tentang Cinta | 2011 | Aurora Creative
Karya ke-7 (travelog)
![Karya ke-7 (travelog)](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzqB72KhaoFxPOx63c30B8GS2mmlFgQf2DUUMdMZWn8g0_vzYfNgcheyJ55kJzlzRY6lCe6tm1O71iZH_sxoOsWgHLz8tvYkdF3wmLOX_eHC7DlGQAmwbiTSC9ErKgFA3AXYcnHRuU8YbC/s980/155437_10150684135228990_577963989_9244858_830104924_n.jpg)
Travelog Beijing | 2012 | One Nusantara
Popular Posts
-
KERETA yang dipandu oleh Raymon berhenti di tempat yang terselindung dengan semak samun. Tidak jauh dari situ terdapat sebuah kawasan yan...
-
Pesan Hikayat, Yang sempurna itu pasti ada cacat celanya. “ PAK CIK ni kalau duduk rumah seorang diri, macam tongkang pecah dibuatn...
-
“Sila perkenalkan nama,” lelaki berwajah serius dan duduk di tengah-tengah di antara seorang lelaki dan seorang perempuan itu berkata ...
-
Akan datang... sebuah cerita pendek yang bertajuk … AKU, DIA DAN GITAR ____________________________________ “Apa yang kau tahu tentang gi...
-
Pesan Hikayat Cinta ialah naluri, kerana itu kita tidak tahu mengapa kita mencintai seseorang – Usmal. PAGI-PAGI lagi Apy Elina ...
-
ROHANA meletakkan secawan kopi di atas meja bosnya. Sejak dari tadi dia asyik melihat bosnya itu mengulangi rakaman video semalam. Entah...
-
“ Nazwan, sebelum kita pergi lebih jauh lagi, inilah masa untuk kau buat keputusan. Peraturannya mudah saja. Kalau kau fikir, kau tak b...
-
Pesan Hikayat, Isteri yang sabar ialah isteri yang paling bahagia di dunia. Dua tahun kemudian… “ HE so gojes !” Apy Elina ...
-
Kata Hikayat, Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan. Jari-jemarinya mengurut dahinya beberapa kali. Peni...
-
3: MENTERA “Eee… bodoh! Bodoh! Gila! Batak! Dugong! Eee!!” bentak Blue dengan bengangnya sambil menyepak-yepak dinding banggunan sekolahnya...
Tak sabar nak peluk sambungan kisah dorang ni...