Langkau ke kandungan utama

Catatan

Romeo yang Hilang: Bab 22

DARINA melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka luas. Lalu dia menyambung langkah mendapatkan keretanya yang di parking di basemen itu. Tatkala dia menghampiri keretanya, dia terdengar beberapa detap kasut semakin lama semakin menghampirinya. Satu keluhan dilepaskan. Serentak dengan itu dia berpaling ke belakang. Kelihatan dua orang lelaki berpakaian segak, berkod hitam dan bertali leher berdiri di hadapannya. “ Bos korang nak jumpa?” Darina membuka mulut sebelum mereka berdua bersuara. Salah seorang daripada mereka laju memberikan reaksi dengan mengangguk. Dalam masa yang sama Darina terpandang sebuah kereta yang di parking tidak jauh dari keretanya. Tanpa buang masa dia segera mengorak langkah menghampiri kereta itu.

Romeo yang Hilang: Bab 21

ROHANA meletakkan secawan kopi di atas meja bosnya. Sejak dari tadi dia asyik melihat bosnya itu mengulangi rakaman video semalam. Entah apa yang difikirkannya, dia sendiri tidak pasti. “ Ada yang tak kena lagi ke?” tanya Rohana. Apy Elina mengeluh panjang. “ Banyak,” jawabnya. “Cuba kamu fikir, kenapa dia nak ceroboh masuk Arena dan lawan pemain kebangsaan?” “ Sebab dia nak berlagak. Mungkin juga dia dah bosan dengan hidupnya. Huh, nasib baik dia hebat, kalau tak memang satu Malaysia ketawakan dia.” “ Saya pun fikir macam tu juga pada awalnya tapi macam ada sebab lain…”

Romeo yang Hilang: Bab 20

MELLISSA memberhentikan kereta yang dipandunya di tengah-tengah kawasan lapang. Berkali-kali dia melihat GPS keretanya. Betullah. Inilah koordinat yang dia terima. Perasaan pelik mula menyelubungi dirinya. Sekali lagi dia cuba baca mesej yang diterima daripada kembarnya itu. Satu mesej ringkas. Jumpa aku di sini. Dalam mesej itu disertakan sekali dengan nombor koordinat yang akan menjadi tempat pertemuan mereka. Memang sudah menjadi satu kebiasaan. Jika mereka ingin berjumpa dan ingin bincangkan perkara serius, nombor koordinat yang akan diberi. Itu cara komunikasi mereka untuk mengelak daripada jatuh ke tangan musuh yang ingin perangkap mereka. cara ini hanya diketahui oleh beberapa orang seperti mama, Adam, Adnan dan juga dia. Tapi yang peliknya, biasanya Adnan suka cari lokasi yang ada ais kacang. Sambil berbincang, dia pasti akan makan ais kacang. Takkan minat Adnan dah bertukar?

Romeo yang Hilang: Bab 19

 " Ah, mengantuknya!” keluh Apy Elina sambil menguap besar. “ Mak cik, tutuplah mulut tu,” tegur Adam di sebelah. Dia yang sedang memandu itu, menutup mulut isterinya yang menguap besar dengan tangannya. Serentak itu, tangannya itu dipeluk erat. “ Awak… saya lapar…” “ Nak pergi makan ke?” tanya Adam menjeling tengok jam. Pukul 10.00 malam. Masih banyak lagi kedai makan yang masih buka. “ Tak nak makan kat luar,” Apy Elina menggeleng. “ Kalau tak nak makan kat luar. Kita makan kat dalam kedai.”

Romeo yang Hilang: Bab 18

KELUAR sahaja dari bilik cikgunya, telefon bimbitnya berbunyi. Dia tersenyum apabila melihat nama Adam tertera di skrin. Adam memang jarang menghubunginya waktu siang begini melainkan kalau ada hal penting. Ini tidak lain dan tidak bukan mesti berita Arena diceroboh tadi sudah sampai ke pengetahuan Adam. Maklumlah Adam memang ada banyak mata-mata di sini. Tanpa berlengah lagi dia segera menjawab panggilan itu. “ Baguslah kau telefon aku. Jimat sikit bil telefon aku,” ujar Izwan. “ Apa dah berlaku?” tanya Adam serius. “ Ada orang ceroboh masuk tapi tak serius sangat.”