Langkau ke kandungan utama

Catatan

Romeo yang Hilang: Bab 14

“ MAK CIK , nak pergi reunion ke nak pergi mengorat bekas pelajar awak tu?” tanya Adam yang memandangnya semacam sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam perut kereta. “ Kenapa? Saya nampak sangat comel yang luar biasa ke?” soal Apy Elina hairan. Rasanya dia tidak memakai pakaian yang menjolok mata atau bermekap seperti badut sarkas. Dia seperti hari-hari biasa. “ Bibir tu. Pekat sangat gincu tu. Macam mintak orang cium saja,” nada suaminya tidak puas hati. Macam nada cemburu pun ada. “ Ah, fobia awak dah mula dah,” keluh Apy Elina sudah dapat tangkap apa yang tidak kena dengan suaminya itu.

Romeo yang Hilang: Bab 13

Pesan Hikayat Cinta ialah naluri, kerana itu kita tidak tahu mengapa kita mencintai seseorang – Usmal. PAGI-PAGI lagi Apy Elina menerima kejutan. Satu kejutan yang tidak disangka-sangkanya. Hampir satu setengah bulan dia terpaksa tinggalkan Arena itu seketika dan apabila kembali bekerja semula bagaikan satu hadiah diterimanya. Seorang gadis yang solekkannya macam opera Cina sudah menunggu di ruang menunggu pejabatnya. Dia kenal sangat-sangat dengan gadis itu. Malah, namanya juga dia ingat lagi. Rohana. Cuma yang buat dia tidak faham, mimpi apa pula yang menyebabkan gadis itu ada di pejabatnya. Lantas dia bertanyakan hal itu.

Romeo yang Hilang: Bab 12

GAMBAR perempuan! Apy Elina menjeling tengok ke arah helaian-helaian kertas yang terkeluar dari fail suaminya yang diletakkan di atas meja makan. Dia tak mampu menahan diri membelek helaian itu. Tambahan pula beberapa gambar itu cantik pula orangnya! Tergugat juga hati seorang isteri! “ Apa ni?” tanya Apy Elina kepada suaminya. “ Resume.” “ Untuk apa?” tanya Apy Elina sambil membelek lagi. Kebanyakan pemohonnya adalah perempuan. Semuanya cantik-cantik belaka. Masih muda-muda lagi.

Romeo yang Hilang: Bab 11

“ Perlu balik ke?” tanya Adam yang masih berbaring di atas katil. Kalau boleh dia tak mahu tinggalkan katil itu apatah lagi rumah mak mertuanya itu. Hampir seminggu bercuti di kampung, akhirnya tibalah masanya untuk mereka pulang ke bandar semula. Cuti sudah habis. Kini masa untuk honeymoon dengan kerja yang berlambak-lambak di Kuala Lumpur. “ Habis tu?” Apy Elina bercekak pinggang. Dari tadi dia tak habis-habis mengemas pakaian mereka masuk ke dalam bagasi, suaminya pula tak habis-habis tanya soalan yang sama. “ Rasanya macam baru semalam kita sampai sini,” tambah Adam lagi kecewa. “ Pak cik, sedar sikit. Dah seminggu kita di sini,” balas isterinya.

Romeo Yang Hilang: Bab 10

APY ELINA terjaga daripada tidur. Dia mengeluh panjang. Waktu tengah lena beginilah ada sahaja yang tak kena. Menyesal pula dia tak ikut cakap Adam tadi. Lain kali sebelum masuk tidur, pergi buang apa yang patut tapi dia degil. Akhirnya terpaksa bangun tengah malam pergi ke tandas. Perlahan-lahan dia bangun dari katil. Sengaja tak nak Adam yang sedang nyenyak tidur di sebelah terjaga. Kalau tidak, pasti pak cik itu akan membebel. Dia tak sanggup nak dengar waktu malam-malam begini. Selepas berjaya bangun, senyap-senyap dia keluar dari bilik. Ketika hendak turun ke bawah, dia terdengar beberapa suara sedang berbual di ruang tamu. Serentak dengan itu bulu romanya naik meremang seluruh badan. Mana tidaknya, dia dengar ada orang berbual-bual tapi bila dia jengah dari atas, keadaan di ruang tamu agak samar-samar.