“MAK
CIK, nak pergi reunion ke nak pergi mengorat bekas pelajar
awak tu?” tanya Adam yang memandangnya semacam sebaik sahaja dia
melangkah masuk ke dalam perut kereta.
“Kenapa?
Saya nampak sangat comel yang luar biasa ke?” soal Apy Elina
hairan. Rasanya dia tidak memakai pakaian yang menjolok mata atau
bermekap seperti badut sarkas. Dia seperti hari-hari biasa.
“Bibir
tu. Pekat sangat gincu tu. Macam mintak orang cium saja,” nada
suaminya tidak puas hati. Macam nada cemburu pun ada.
“Ah,
fobia awak dah mula dah,” keluh Apy Elina sudah dapat tangkap apa
yang tidak kena dengan suaminya itu.
Gincu
pekat sangat? Padahal gincu itulah yang dia selalu pakai ketika
hendak keluar ke tempat kerja. Ini tidak lain dan tidak bukan mesti
fobia suaminya datang lagi.
“Siapa
yang fobia?”
“Awaklah.
Setiap kali nak jumpa bekas-bekas pelajar saya, awak mesti fobia
macam ni. Padahal mereka kawan awak juga. Tak mengapa, saya faham.
Itu menandakan awak hanya cintakan saya seorang. Saya suka! Dan awak
nampak cute bila cemburu!” ujar Apy Elina sambil mengenyit
sebelah matanya.
Adam terus
hilang kata-kata. Isterinya itu memang bermulut manis. Apa sahaja
yang dia perli memang langsung tak makan saman. Ada sahaja yang akan
dijawabnya. Lebih teruk lagi dia pula yang kena balik. Lebih baik
diamkan diri sahaja. Tanpa banyak cakap, dia terus memulakan
pemanduan.
Perjalanan
ke tempat perjumpaan tidak mengambil masa yang lama. Biasanya tiap
kali reunion mereka akan berkumpul di rumahnya sahaja tetapi
kali ini mereka mengambil keputusan untuk membuatnya di sebuah
restoran.
Tiba
sahaja di restoran itu, dua orang pelayan menyambut kedatangan mereka
dan membuawa mereka ke bilik khas yang telah ditempah lama dahulu.
Masuk sahaja di dalam, mereka mendapati semua orang sudah menunggu di
dalam.
“Wah,
semua dah ada?” tanya Apy Elina apabila mendapati meja bulat itu
hampir penuh dengan bekas pemain The Legend yang pernah dilatihnya
dahulu.
“Yup
tapi Wawa saja yang tak dapat datang,” jawab Azhar.
Dengar
sahaja nama Wawa, baru Apy Elina perasan dia tidak nampak Wawa di
situ. Dia kecewa. Ingatkan semua sudah akan datang pada hari ini.
Walaupun dia baru sahaja jumpa Wawa tempoh hari tetapi dia tidak
sempat berbual panjang dengan Wawa.
“Kenapa?
Dia tak ada di Malaysia ke?” tanya Apy Elina kecewa.
“Wawa
sekarang super busy. Nak jumpa dia pun memang payah,” jawab
Panjang.
“Kesihatan
ayah dia tak beberapa baik jadi dia kena take over syarikat,”
tambah Red Yazid lagi.
“Oh ya
ke? Kenapa cikgu tak tahu langsung?” tanya Apy Elina sedikit kesal
dengan dirinya sendiri.
Kalau
dulu, semua berita tentang bekas pemainnya ada dalam genggaman
tangannya. Apa sahaja mereka buat dan terjadi terhadap mereka, dia
pasti akan tahu. Cuma kali ini dia terlepas berita seperti ini.
Patutlah pertama kali jumpa Wawa tempoh hari, Wawa nampak seperti
tidak terurus.
“Dengar
kata dia akan bertunang nanti,” celah Rinazila yang turut berada di
situ. Rinazila sudah menjadi cantik orangnya. Kalau dulu,
penampilannya agak tomboy sikit tetapi sekarang dia sudah menjadi
wanita yang anggun.
“Wawa?
Bertunang? Dengan siapa? Dia dah ada girlfriend yang
betul-betul girlfriend ke?” tanya Apy Elina bertubi-tubi.
Tension
betul bila dia lambat tahu semua itu. Tambah lagi memang dia selalu
dengar Wawa sering bertukar-tukar teman wanita jadi payah untuk
menjangkakan yang mana satu pilihan hati Wawa.
“Dengar
kata bakal tunangnya itu pilihan keluarga.”
“Oh...”
Kini barulah dia dapat gambaran seterusnya. Konsep berkahwin dengan
pilihan keluarga bagi anak-anak yang digelar generasi kedua memang
bukan sesuatu yang asing lagi.
“Siapa?”
tanya Apy Elina lagi.
“Tiada
siapa tahu. Wawa pun malas nak ambil tahu.”
“Pulak?
Huh, nampak sangat dia tu langsung tak menghargai perempuan!”
“Mak
cik, perlahankan suara tu,” tegur Adam di sebelah.
“Opss…
sorry,” Apy Elina tersengih-sengih apabila ditegur. Dia tidak
sedar langsung suaranya terlalu kuat. Nasib baiklah mereka telah
menempah restoran yang ada bilik persendirian begini.
“Hai,
begitulah nasib kami cikgu. Perkahwinan dah jadi macam bisnes pula.
Untuk kembangkan syarikat, kami pula yang jadi mangsa. Kena berkahwin
dengan perempuan yang entah apa-apa. Kalau setakat cantik tapi
langsung tak layak jadi isteri tak guna juga.”
“Adam
memang bertuah dapat lari daripada keluarga Alexander.”
“Dan
dapat berkahwin dengan seorang cikgu yang comel, bukan?” kata Apy
sambil membanggakan diri sendiri.
“Mak
cik, tolong jangan nak perasankan diri sendiri boleh tak?” tegur
Adam lagi.
“Ah, tak
tahu kenapa ada orang tu langsung tak pernah memuji isteri dia
comel.”
“Ah,
korang ni betul ke suami isteri?” tanya Panjang nampak seperti
tidak puas hati.
“Kenapa?
Kami tak nampak macam suami isteri ke?” tanya Apy Elina pelik.
“Macam
bukan suami isteri saja,” celah Red Yazid.
“Habis
korang nak kami buat aksi kucing mengawan di public ke?”
balas Adam.
Apy Elina
mengangguk setuju. Apa punya soalanlah. Mereka tak tengok lagi Adam
dalam versi suami. Manjanya bukan main. Kalau mereka tengok gerenti
mereka tidak akan mengaku Adam itu kawan mereka.
“SERONOKNYA
dapat jumpa mereka. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri.
Mula-mula saya jumpa mereka, saya risaukan masa depan mereka.
Maklumlah rata-rata semua anak orang kaya. Mereka tak payah bekerja
pun tak apa sebab harta yang mereka ada sudah cukup untuk mereka
bersenang lenang. Tapi jangkaan saya salah sama sekali,” ujar Apy
Elina berjalan seiringan dengan suaminya ke kereta mereka setelah
selesai perjumpaan tadi.
“Orang
biasa akan pandang anak orang kaya macam sampah masyarat. Hanya
pandai berjoli duit mak bapak dan berfoya-foya seumur hidup. Tak
dinafikan setengahnya mungkin begitu. Bagi kami, ia umpama satu mimpi
yang menyeramkan. Awal-awal lagi kami dah nampak tanggungjawab yang
besar yang akan kami pikul bila dewasa nanti. Jadi, waktu remajalah
masa untuk bergembira secukupnya,” kata Adam.
“Sekurang-kurangnya
awak bukan Adam Alexander lagi dan semua tanggungjawab yang awak rasa
awak kena pikul dulu sudah tiada lagi. Sekarang, tanggungjawab awak
adalah melayan isteri yang comel ini.”
“Mak
cik…”
“Okey,
saya tahu. Tapi apa salahnya kalau puji diri sendiri bukan? Nak
tunggu orang tu puji, entah tahun bilalah boleh saya dengar. Jadi,
jalan penyelesaiannya, mari kita puji diri sendiri!”
Adam hanya
tersenyum. Memang tak makan saman langsung!
“Err…”
tiba-tiba Apy Elina teringat sesuatu. Lalu dia mengukir senyuman ke
arah suaminya. Senyuman menggoda. “Abang Adam…”
Adam hanya
merenung isterinya. Kalau Apy Elina sudah panggil dia dengan gelaran
abang sudah tentu ada sesuatu yang dimintanya. Sesuatu yang perlu
mengambil hatinya terlebih dahulu dan kemudian adalah benda yang
dinginkan.
“Jadi
tak kita nak tengok wayang ni?” tanya Apy Elina penuh teruja.
“Tak
jadi. Penat,” jawab Adam selamba.
“Apa?”
Apy Elina menahan geram. “Tapi awak dah janji tadi. Sekarang awak
ada hati nak mungkar janji? Tak kira! Saya nak pergi tengok wayang
dengan awak juga malam ni!” Tegas Apy Elina.
Tiba-tiba
Adam mengukir senyuman.
“Kenapa
awak senyum macam tu?” tanya Apy Elina mula seram sejuk. Bila Adam
sudah senyum tiba-tiba, pasti ada idea jahat yang difikirnya
sekarang.
“Orang
kata kalau nak muda selalu kena senyum selalu. Jadi, kalau nak isteri
tu tua selalu, kena terbalikkan formula tu…”
“Ada
jugak yang nak kena sumbat dengan nasi ni!” ujar Apy Elina geram.
“Jom
pergi tengok wayang,” ajak Adam sambil menghulurkan tangannya.
“Yes!”
Apy Elina segera menyambut tangan suaminya. Pertama kali dalam hidup
mereka pergi tengok wayang buat kali pertama sebagai suami isteri…
best 3x.