Langkau ke kandungan utama

Catatan

Romeo yang Hilang: Bab 11

“ Perlu balik ke?” tanya Adam yang masih berbaring di atas katil. Kalau boleh dia tak mahu tinggalkan katil itu apatah lagi rumah mak mertuanya itu. Hampir seminggu bercuti di kampung, akhirnya tibalah masanya untuk mereka pulang ke bandar semula. Cuti sudah habis. Kini masa untuk honeymoon dengan kerja yang berlambak-lambak di Kuala Lumpur. “ Habis tu?” Apy Elina bercekak pinggang. Dari tadi dia tak habis-habis mengemas pakaian mereka masuk ke dalam bagasi, suaminya pula tak habis-habis tanya soalan yang sama. “ Rasanya macam baru semalam kita sampai sini,” tambah Adam lagi kecewa. “ Pak cik, sedar sikit. Dah seminggu kita di sini,” balas isterinya.

Romeo Yang Hilang: Bab 10

APY ELINA terjaga daripada tidur. Dia mengeluh panjang. Waktu tengah lena beginilah ada sahaja yang tak kena. Menyesal pula dia tak ikut cakap Adam tadi. Lain kali sebelum masuk tidur, pergi buang apa yang patut tapi dia degil. Akhirnya terpaksa bangun tengah malam pergi ke tandas. Perlahan-lahan dia bangun dari katil. Sengaja tak nak Adam yang sedang nyenyak tidur di sebelah terjaga. Kalau tidak, pasti pak cik itu akan membebel. Dia tak sanggup nak dengar waktu malam-malam begini. Selepas berjaya bangun, senyap-senyap dia keluar dari bilik. Ketika hendak turun ke bawah, dia terdengar beberapa suara sedang berbual di ruang tamu. Serentak dengan itu bulu romanya naik meremang seluruh badan. Mana tidaknya, dia dengar ada orang berbual-bual tapi bila dia jengah dari atas, keadaan di ruang tamu agak samar-samar.

Romeo yang Hilang: Bab 9

APY ELINA tak senang duduk. Dari tadi dia asyik memerhati suaminya yang sedang kemaskan diri. Dia melihat jam di dinding biliknya. Baru pukul 7.30 pagi. Sesuatu yang luar biasa. Sekali lagi dia hanya memerhati suaminya. “ Ehem…” Apy Elina berpura-pura berdehem untuk tarik perhatian suaminya. Tapi tiada reaksi daripada Adam. Sama ada Adam tidak dengar atau Adam pura-pura tak dengar. “ Ehem…” sekali lagi Apy Elina berdehem.

Romeo yang Hilang: Bab 8

HILANG lagi. Pantang dia leka sekejap, pasti suaminya hilang entah ke mana. Semalam, satu malam dia ditinggalkan oleh suaminya yang dalam diam mengikut abang-abangnya pergi menunggu durian jatuh di kebun. Itu pun, dia hanya sedar apabila bangun subuh tadi dan mendapati suaminya tiada di sebelah. Menggelabah juga dia mencari suaminya, akhirnya bila tengok handset, barulah dia tahu suaminya ada di kebun durian sekarang. Sepanjang menjadi suami Adam, barulah dia tahu yang suaminya itu memang dahaga melakukan aktiviti lasak. Bukan sahaja abang-abang dia terkejut tapi dia sebagai isteri juga terkejut.

Romeo yang Hilang: Bab 6 & Bab 7

PAGI itu agak berbeza berbanding dengan hari-hari biasa apabila dia dikejutkan dengan bunyi kicauan burung dan kokokkan ayam yang tidak henti-henti sejak awal pagi tadi. Bagaikan burung dan ayam-ayam tidak cemburu apabila dia dapat tidur dengan nyenyak. Sedar-sedar sahaja dia mendapati tiada orang di sisinya. Lantas dia mencapai jam tangannya yang diletakkan di atas meja bersebelahan katilnya memandangkan jam yang tergantung di dinding dalam bilik itu sudah bertahun-tahun lamanya tidak beroperasi. Merajuk kata emaknya, sebab tuannya sudah jarang balik ke rumah itu. Padahal dia tahu sangat yang emaknya sedang memerlinya yang sudah lama tidak jejak kaki ke tanah kelahirannya itu.