Langkau ke kandungan utama

Catatan

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 27

Dua tahun kemudian, “ Selamat pagi,” ucap Arissa kepada Mama Fiza yang melangkah masuk ke dapur ketika dia sedang menyediakan sarapannya. Seperti biasa, Arissa akan menikmati bijiran diet yang diminum dengan susu rendah lemak. Itulah sarapannya setiap hari sejak dia menyimpan impian hendak menguruskan badan. “ Selamat pagi,” balas Mama Fiza dengan mesra. “Hari ni joging berapa KM?”

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 26

Semuanya bermula apabila dia jatuh cinta dengan Nazwan. Dia masih ingat lagi, waktu pertama kali melihat Nazwan. Jantungnya berdegup kencang, kakinya seakan dipaku dan matanya langsung tidak berkelip memandang Nazwan. Pada saat itu, dia tahu, dia sudah jatuh cinta dan itulah cinta pertamanya. Selama bertahun-tahun dia memendam rasa cinta. Dulu dia seorang yang penakut dan pemalu. Tambah lagi bila berhadapan dengan Nazwan. Jantungnya tak usah cakaplah, asyik berdegup sampai hendak tercabut jantungnya. Lidahnya pula akan jadi kelu tiap kali hendak menutur kata-kata. Oleh itu, dia memendam rasa dan hanya melihat Nazwan dari jauh.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 25

“ Pergi ke UK?” terkejut Puan Azizah apabila Luqman membuka mulut malam itu. Luqman sekadar mengangguk. Sejak munculkan diri tadi, dia sudah disoal bertubi-tubi oleh mama dan neneknya. Tambah lagi apabila mereka langsung tidak nampak batang hidung Nazwan. Dia tahu, tidak ada gunanya dia berbohong lagi. Lagipun dia tidak akan dapat menyembunyikan kebenaran itu selama-lamanya. Lambat laun mereka akan tahu juga. Jadi, lebih baik dia segera beritahu hal yang sebenar. Apa pun akibatnya, dia rela tanggung. “ Cuba beritahu hal yang sebenar, Luqman,” tegur mamanya.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 24

Melati sekali lagi menggeleng. Punyalah dia terpaksa batalkan programnya semata-mata risaukan keadaan Arissa, rupa-rupanya dia kena tipu hidup-hidup lagi. Waktu dia terima panggilan telefon daripada Arissa beberapa hari yang lalu, dia sudah tidak sedap hati. Nada Arissa waktu itu memang buat hidupnya tidak senang. Macam-macam dia fikir. Arissa kena kahwin paksa? Arissa tidak suka dengan pertunangan ini? Arissa terluka?

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 23

“ Nazwan, sebelum kita pergi lebih jauh lagi, inilah masa untuk kau buat keputusan. Peraturannya mudah saja. Kalau kau fikir, kau tak boleh, jadi, jangan teruskan. Mudah, bukan?” kata-kata Arissa tadi masih lagi ternyiang-nyiang di telinganya. Ya. Bercakap memang senang. Mudah saja. Tapi hendak melakukannya bukan mudah. Kena fikir tentang semua orang di sekeliling terutama sekali nenek yang sudah membesarkannya. Disebabkan terhutang budi dengan nenek dan keluarga Luqman dia jarang sekali mengingkari kata-kata mereka. Kalau diikutkan hati memang dia tidak rela. Tambah lagi Arissa bukanlah pilihan yang tepat. Memang dia tidak menafikan yang dia begitu mengenali Arissa. Bukan setakat kenal, tapi dalam banyak-banyak orang, dia paling bersabar dengan perangai Arissa.