Langkau ke kandungan utama

Catatan

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 9

“ Dahlah tu. Jangan pandang aku sampai macam tu,” kata Nazwan kepada Luqman yang dari tadi asyik memandangnya dengan tajam. “Aku dah ceritakan semuanya dekat kau. Tak ada tokok tambah,” tambah Nazwan. Jejak sahaja kaki ke dalam rumah dari pulang makan bersama Arissa tadi, Luqman sudah tercegat dekat depan pintu. Lantas ditariknya masuk ke dalam bilik dan disoal seperti penjenayah. Macam-macam Luqman menyoal dan kesemua soalan berkaitan dengan Arissa.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 8

“ Asalamualaikum dan selamat pagi Mama Tifa,” ucap Arissa sebaik sahaja Puan Latifah membuka pintu rumahnya itu. “ Waalaikum salam. Arissa, ingatkan siapa tadi,” sapa Puan Latifah. Awal-awal pagi lagi ketika dia sedang menyediakan sarapan yang menjadi rutin hariannya setiap pagi, loceng rumahnya ditekan seseorang. Terkejut juga dia dengan kehadiran Arissa yang selama ini tidak pernah muncul di pintu rumahnya awal-awal pagi. “ Boleh saya masuk?” tanya Arissa mesra. “ Maaf, jemputlah masuk. Mama Tifa tengah sediakan sarapan, kejap lagi kita makan sama-sama,” pelawa Puan Latifah yang kembali menutup pintu hadapannya setelah Arissa melangkah masuk.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 7

Arissa mengukir senyuman gembira. Sejak tadi, senyumannya tidak pernah lekang dari bibirnya. Hidupnya umpama sang puteri yang disayangi oleh rakyat jelata. Dia tidak menyangka perjumpaan itu sengaja diatur oleh Melati yang ingin memberikan kejutan untuk majlis hari jadinya. Sejujurnya, dia sendiri tidak perasan bahawa hari ini merupakan hari bersejarah dalam hidupnya. Dia dilahirkan ke dunia ini pada hari ini dalam 21 tahun yang lalu. Pada hari ini juga dia kehilangan ibunya 21 tahun yang lalu. Disebabkan itu dia tidak suka menyambut hari jadinya. Ini kali pertama, dia menghargai hari yang menjadi sejarah ini. Malah, dia tidak menyangka Melati yang merancang semua ini masih ingat lagi janji yang mereka buat suatu ketika dahulu. “ Aku tak sangka kau masih ingat janji aku dulu,” kata Arissa yang melihat gambar yang ditangkap ketika dia sedang memotong kek. “ Bukan ke aku dah kata, aku akan tuntut janji tu,” ujar Melati.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 6

“ Ohhh... handsomenya!” Nana di sebelahnya mula menggelupur kegedikan seperti yang dijangka Arissa. Tapi oleh sebab dia turut tersihir dengan kenyitan mata Nazwan tadi, dia masih terpaku seperti patung. Otaknya kosong. Macam baru sahaja kena cuci. “ Boyfriend you ke?” tanya Nana. “ Mmm...,” Arissa mengangguk tanpa sedar. “ Ala... kenapalah kau selalu dapat boyfriend yang sangat handsome. Aku cemburulah,” ujar Nana kecewa. “ Ehhh, tak! Dia bukan boyfriend aku,” pantas Arissa membetulkannya setelah dia menyedari dia sudah tercakap sesuatu yang tidak benar malah lari daripada rancangan sebenarnya. “ Betul?” Mendengar Arissa menafikannya, Nana mula gembira.

SuD: Bab 5

“ Kau tengok apa tu? Tolonglah aku,” ujar Arissa kepada Fazira yang berdiri kaku melihatnya bersusah payah mengangkat bagasi turun tangga. “ Kau betul-betul nak pergi reunion atau lari dari rumah ni?” soal Fazira hairan. “ Tak payah nak perli aku. Cepat tolong aku!” arah Arissa dengan tegas. Fazira segera memberikan pertolongan kepada Arissa dengan mencapai sebuah bagasi yang tidak kurang beratnya. Sememangnya dia sedia maklum yang Arissa akan pergi ke reunion tu selama dua hari. Sebab itulah dia terkejut apabila melihat Arissa membawa dua bagasi macam hendak pergi bercuti selama-lamanya. Tapi memandangkan dia teramat kenal dengan bekas kakak tirinya itu, tutup mata ajelah.