Langkau ke kandungan utama

Catatan

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 7

Arissa mengukir senyuman gembira. Sejak tadi, senyumannya tidak pernah lekang dari bibirnya. Hidupnya umpama sang puteri yang disayangi oleh rakyat jelata. Dia tidak menyangka perjumpaan itu sengaja diatur oleh Melati yang ingin memberikan kejutan untuk majlis hari jadinya. Sejujurnya, dia sendiri tidak perasan bahawa hari ini merupakan hari bersejarah dalam hidupnya. Dia dilahirkan ke dunia ini pada hari ini dalam 21 tahun yang lalu. Pada hari ini juga dia kehilangan ibunya 21 tahun yang lalu. Disebabkan itu dia tidak suka menyambut hari jadinya. Ini kali pertama, dia menghargai hari yang menjadi sejarah ini. Malah, dia tidak menyangka Melati yang merancang semua ini masih ingat lagi janji yang mereka buat suatu ketika dahulu. “ Aku tak sangka kau masih ingat janji aku dulu,” kata Arissa yang melihat gambar yang ditangkap ketika dia sedang memotong kek. “ Bukan ke aku dah kata, aku akan tuntut janji tu,” ujar Melati.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 6

“ Ohhh... handsomenya!” Nana di sebelahnya mula menggelupur kegedikan seperti yang dijangka Arissa. Tapi oleh sebab dia turut tersihir dengan kenyitan mata Nazwan tadi, dia masih terpaku seperti patung. Otaknya kosong. Macam baru sahaja kena cuci. “ Boyfriend you ke?” tanya Nana. “ Mmm...,” Arissa mengangguk tanpa sedar. “ Ala... kenapalah kau selalu dapat boyfriend yang sangat handsome. Aku cemburulah,” ujar Nana kecewa. “ Ehhh, tak! Dia bukan boyfriend aku,” pantas Arissa membetulkannya setelah dia menyedari dia sudah tercakap sesuatu yang tidak benar malah lari daripada rancangan sebenarnya. “ Betul?” Mendengar Arissa menafikannya, Nana mula gembira.

SuD: Bab 5

“ Kau tengok apa tu? Tolonglah aku,” ujar Arissa kepada Fazira yang berdiri kaku melihatnya bersusah payah mengangkat bagasi turun tangga. “ Kau betul-betul nak pergi reunion atau lari dari rumah ni?” soal Fazira hairan. “ Tak payah nak perli aku. Cepat tolong aku!” arah Arissa dengan tegas. Fazira segera memberikan pertolongan kepada Arissa dengan mencapai sebuah bagasi yang tidak kurang beratnya. Sememangnya dia sedia maklum yang Arissa akan pergi ke reunion tu selama dua hari. Sebab itulah dia terkejut apabila melihat Arissa membawa dua bagasi macam hendak pergi bercuti selama-lamanya. Tapi memandangkan dia teramat kenal dengan bekas kakak tirinya itu, tutup mata ajelah.

SuD: Bab 4

Enam bulan kemudian... “ Reunion?” ulang Nazwan agak terkejut dengan perlawaan itu. “ Yup. Satu perjumpaan yang mana kita berjumpa dengan bekas rakan-rakan sekolah yang lebih bertahun-tahun tak berjumpa, berkongsi cerita, bergosip, kadangkala ada juga yang berlagak dengan apa yang dia kecapi sekarang tapi aku rasa perjumpaan tu lebih kepada tunjuk-menunjuk siapa yang lebih hebat dan siapa yang lebih bertuah sekali,” terang Arissa yang bercakap seperti peluru berpandu. Laju tapi Nazwan masih lagi dapat memahami rapuan Arissa tadi. “ Arissa, aku tahu reunion tu apa. Kau tak perlu terangkan kepada aku macam aku baru belajar kenali bahasa manusia,” balas Nazwan agak tension dengan perangai Arissa yang tidak pernah berubah.

SUD: Bab 3

“ Sarah! Apa yang kau cuba buat ni? Kenapa kita ke sini?” marah Natasya apabila mendapati Sarah memberhentikan kereta yang dipinjam daripada Arissa di hadapan banglo mewah yang menjadi tempat tinggal teman lelakinya, Nazwan. Selama dia berkawan dengan Nazwan, dia tidak pernah menjejak kaki ke rumah itu. Walaupun Nazwan pernah mengajaknya beberapa kali untuk berjumpa dengan keluarganya, tetapi Natasya tidak pernah setuju. Biarpun dia sudah bermalam beberapa kali di rumah Arissa yang terletak bersebelahan dengan rumah Nazwan, tetapi dia tetap tidak berani berhadapan dengan keluarga Nazwan lagi. Mungkin sebab dia masih fobia dengan cerita-cerita Sarah yang pernah dilayan teruk oleh nenek Nazwan. Bagaimanapun hubungan mereka sudah baik. Dia tidak pasti apa yang Sarah sudah lakukan.