Langkau ke kandungan utama

Catatan

Romeo yang Hilang: Bab 3

Pesan Hikayat, Yang sempurna itu pasti ada cacat celanya. “ PAK CIK ni kalau duduk rumah seorang diri, macam tongkang pecah dibuatnya. Aku baru tinggalkan rumah ni sebulan. Kalau setahun, agaknya rumah ini dah jadi tempat pelupusan sampah!” Apy Elina membebel lagi. Sebenarnya dari semalam lagi dia ingin membebel. Mana tidaknya, baru sahaja dia masuk ke dalam rumah, dia sudah bersin banyak kali. Bila bersin sekali dua, tak mengapa lagi. Tapi kalau lebih sepuluh kali bersin. Itu maknanya ada sesuatu yang tak kena dengan rumah ini. Habuk! Habuk yang kecil pun dia dapat kesan, apatah lagi sampah sarap yang berselerak di ruang tamu. Itu mesti bekas yang ditinggalkan suaminya dan kawan-kawan suaminya yang layan bola beberapa minggu yang lalu. Sampah sisa makanan ditinggalkan begitu sahaja. Baunya juga memang menusuk hidung!

Romeo yang Hilang: Bab 2

Pesan Hikayat, Cinta itu indah, hanya jika seseorang itu berusaha mengindahkannya. “ HAH , ni mesti baru bangun tidur ni. Isteri jenis apa kau ni?” lantang suara itu memarahinya sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon pagi itu. Mendengar sahaja suara itu, Apy Elina sudah tahu siapa yang berada di talian sekarang. Suara siapa lagi yang lantang membebel kalau bukan suara emak sendiri. Kalau anak tak cam suara emak sendiri, memang sah patut kena pancung la jawabnya. “ Mana ada. Apy baru saja habis layan Power Rangers tadi. Lagipun sebulan duduk kat negara orang, payah sikit nak suaikan dengan waktu di Malaysia,” jawab Apy Elina sambil berlalu ke dapur dan membuka peti ais.

Romeo yang Hilang: Bab 1

Pesan Hikayat, Isteri yang sabar ialah isteri yang paling bahagia di dunia. Dua tahun kemudian… “ HE so gojes !” Apy Elina yang duduk di hadapan mereka hanya tersenyum. Perempuan. Apabila memuji lelaki handsome memang begitu. Langsung tak peduli dengan tanggapan orang sekeliling. “ Senyumannya... so sweet . Ah, cair aku dibuatnya!”

Romeo yang Hilang: Prolog

Pesan Hikayat, Hidup ini tak sentiasa berakhir dengan epilog. Dua tahun yang lalu… “ Betul ke awak nak kahwin dengan saya ni? Awak tak lamar saya olok-olokkan?” tanya Apy Elina masih lagi tak percaya. Sudah banyak kali dia cubit pipinya. Sakit. Ini bermakna dia bukan dalam mimpi. Sungguhpun begitu, dia masih lagi tak percaya. Adam Alexander a.k.a Muhammad Adam yang merupakan bekas pemain bola keranjang pasukan The Legend yang dilatihnya lima tahun dahulu, melamarnya!

SESEORANG UNTUK DINIKAHI, ANTASIA, HIKAYAT CINTA 2

Ta-da!!! Alhamdulillah. Akhirnya, Seseorang untuk Dinikahi diterbitkan dalam versi novel ^_^