Langkau ke kandungan utama

Catatan

3:TENTANG HIKAYAT

“Hah, selesanya. Memang betullah kata orang, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya dan hikmah di sebalik tercium lumpur adalah mandi di sauna dengan free of charge!” Apy Elina bersorak gembira sambil menggosok-gosok tubuhnya dengan span yang turut disediakan oleh pekerja sauna tadi. Air sauna yang suam-suam panas membuatkan badannya kembali bertenaga. Mana tidaknya, sudah lama dia ingin mandi ditempat yang sebegitu. Selama ini dia terpaksa memasak beberapa cerek air jika ingin mandian panas di sebuah kolam sauna seperti itu dan hari ini dia dapat merasai mandian sauna yang menyeronokkan. Sambil dia bermandi manda, sambil itulah dia menyanyikan lagu yang tidak serupa lagu bagi sesiapa yang mendengarnya. Mujurlah tiada seseorang pun yang turut berada di situ, jika tidak, mahunya mereka lari kerana mendengar suaranya yang ‘merdu’ itu. Diluar, Hazrul yang duduk di bangku yang disediakan sejak sejam tadi asyik memerhati jam ditangannya. Sekali-sekala dia akan menje...

2: PERTEMUAN PERTAMA

Apy Elina melompat turun dari bas yang dinaikinya sejam yang lalu. Jam ditangannya dijeling. Tepat jam 8 malam. Dia menarik nafas lega sambil memerhati keindahan malam di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur yang seperti biasa akan disinari lampu-lampu jalan yang indah. “Jam 8 malam, ditengah-tengah Kuala Lumpur . Seorang diri,” Apy Elina tersenyum sendirian. “Yahoo!! Apy, kau dah jadi orang dewasa sekarang!!” jeritnya dengan sorakan gembira sehingga mengejutkan orang-orang yang lalu lalang di sekitarnya tapi dia langsung tidak mengendahkan mereka yang sedang berbisik-bisik dan memandangnya seolah-olah dia membuat salah. “Huh, tataplah muka aku ni. Sebab suatu hari nanti, bila aku dah jadi jurulatih yang terkenal korang semua berjumpa dengan aku pun belum tahu tau,” ujarnya dengan gaya lagaknya. Semua orang yang memandangnya tadi hanya mampu menggeleng. Perasan. “Hah, mengantuk pulak,” keluh Apy Elina sambil menguap besar. Dia kemudiannya berlalu ke hentian bas yang tida...

1: BERMULA SATU PERJUANGAN

Sebulan sebelum hari temu duga… “Aku nak letak jawatan!” suara garau Jurulatih Annas yang melatih pasukan bola keranjang Kolej Lagenda bergema di dewan yang dibina khas untuk sukan itu. Beberapa pemain bola keranjang yang sedang berlatih di tengah-tengah gelanggang tersentap apabila mendengar suara garau Jurulatih Annas yang bercakap dengan volume suara yang tinggi. Masing-masing menumpukan pandangan ke arah Jurulatih Annas yang berbadan tegap yang telah menjadi jurulatih Bola Keranjang beberapa bulan yang lalu setelah jurulatih sebelumnya meletak jawatan juga. Mereka yang kebanyakkannya adalah pemain bola keranjang hanya dapat melihat sahaja Jurulatih Annas berhadapan dengan anak muda kacukan Melayu- Cina yang juga merupakan kapten pasukan bola keranjang kolej, Adam Alexander. Suasana sunyi sepi. Tiada lagi bunyi kasut yang berlanggaran dengan gelanggang bola keranjang, tiada lagi bunyi wisel dan begitu juga dengan bunyi bola keranjang dilantunkan seperti sebentar tadi. Merek...

PROLOG: HIKAYAT CINTA

“Sila perkenalkan nama,” lelaki berwajah serius dan duduk di tengah-tengah di antara seorang lelaki dan seorang perempuan itu berkata sebaik sahaja dia duduk di kerusi yang telah di sediakan di tengah-tengah gelanggang Bola Keranjang. “Apy,” dia memperkenalkan dirinya seperti yang diarahkan oleh orang yang menemu duganya itu. Satu senyuman mesra dihadiahkan kepada mereka bertiga tanpa menghiraukan suasana seram sejuk yang dialaminya sekarang. Memang dia akui dia sememangnya gemuruh setiap kali menghadiri sesi temu duga untuk mendapatkan pekerjaan dan mungkin sebab itulah sehingga sekarang dia tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. “Hah? Happy?” tanya lelaki yang duduk di sebelah kanan sekali. Wajahnya kelihatan pelik sedikit. Lelaki yang duduk di tengah-tengah masih lagi serius memandang kertas di atas mejanya dan mencatit sesuatu di atasnya. Perempuan di sebelahnya yang memperkenalkan dirinya sebagai Setiausaha tadi turut menunjukkan reaksi pelik namun tangannya masih lagi ...