
Apy Elina melompat turun dari bas yang dinaikinya sejam yang lalu. Jam ditangannya dijeling. Tepat jam 8 malam. Dia menarik nafas lega sambil memerhati keindahan malam di tengah-tengah bandar
“Jam 8 malam, ditengah-tengah
“Huh, tataplah muka aku ni. Sebab suatu hari nanti, bila aku dah jadi jurulatih yang terkenal korang semua berjumpa dengan aku pun belum tahu tau,” ujarnya dengan
Perasan.
“Hah, mengantuk pulak,” keluh Apy Elina sambil menguap besar. Dia kemudiannya berlalu ke hentian bas yang tidak jauh dari tempatnya berdiri tadi dan duduk di tempat yang telah di sediakan. Handsetnya dikeluarkan dari poket seluarnya.
“Telefon bantuan kecemasan dulu,” dia tersengih-sengih sambil mendail nombor seseorang. “Hisy, boleh pulak dia tak nak jawab! Tak pe, try lagi!” dia mencuba mendail nombor yang sama lagi tapi hasilnya tetap sama apabila nombor yang didailnya itu tidak dijawab oleh pemiliknya. Setelah beberapa kali mencuba, masih tidak berhasil juga.
“Manalah minah ni pergi?!”
******
Lapangan terbang KLIA sesak dengan orang ramai yang ingin berlepas ke destinasi masing-masing, ada juga yang menghantar saudara mara sebelum mereka berlepas pergi, ada juga yang sedang menanti saudara mara mereka yang dijadualkan akan tiba di KLIA pada masa yang ditetapkan. Begitulah keadaan di KLIA yang tidak pernah lenggang dengan seorang manusia pun.
Seorang wanita lewat 20an melangkah keluar dari balai ketibaan sambil menolak troli yang berisi sebuah beg pakaian dan sebuah lagi beg yang penuh dengan hadiah-hadiah untuk diberikan kepada kawan-kawan dan saudara maranya. Segera dia menolak trolinya ke tempat menunggu.
Dilabuhkan punggungnya di atas bangku yang kosong. Tangan kirinya mengurut-urut bahu kanannya yang terasa lenguh. Mana tidaknya kalau sudah habiskan hampir satu hari di dalam kapal terbang, seluruh tubuh akan jadi lenguh. Tapi nasib baiklah dia sudah mempunyai pengalaman duduk di dalam kapal terbang beberapa jam, jadi, tidaklah terlampau letih sangat.
Kerjanya sebagai Setiausaha Sulit kepada seorang ahli perniagaan yang berpengaruh di
Dia mencapai handsetnya yang sudah lama tidak dibuka-buka sejak dia berlepas ke
Dia tersenyum sendiri. Itulah Apy Elina. Sebenarnya, hubungannya dengan Apy Elina tidaklah baik sangat. Sejak kecil lagi dia memang tidak suka dengan Apy Elina yang selalu lebih maju ke hadapan darinya. Tidak kira dalam apa jua pertandingan Apy Elina tetap mendahuluinya. Tapi sekarang tidak lagi. Sekarang dia boleh tersenyum lebar apabila dapat sampai ke tahapnya sekarang.
Menjadi Setiausaha bagi seorang ahli perniagaan yang berpengaruh di
Baru sahaja dia membuka handsetnya, satu panggilan di terimanya. Dilihat skrin handsetnya dan dia tersenyum sinis apabila nama Apy muncul. Sengaja dia membiarkan handsetnya berbunyi. Jika Apy Elina menelefonnya mesti ada sesuatu yang ingin dimintanya apatah lagi kalau Apy mendengar dari ibunya bahawa dia pergi
Handsetnya di matikan tidak lama kemudian. Malas dia hendak melayan perempuan tiga suku seperti Apy Elina. Jika orang-orangnya bertanya tentang Apy Elina, semestinya dia tidak akan mengakui bahawa Apy Elina adalah kawannya sejak kecil. Lagipun sebagai Setiausaha yang berjaya, takkanlah dia ingin mengangkat Apy Elina sebagai kawan karibnya lagi?
Segera dia berlalu bangun dan menolak trolinya berlalu keluar dari bangunan KLIA dan mendapatkan teksi diluar…
******
“Hisy, memang Nabula betullah minah ni,” Apy mendengus marah sambil menutup handsetnya. Panggilannya langsung tidak dijawab. Dia kemudiannya mengeluh lemah. Hari semakin gelap, tubuhnya pula semakin merindui tilam yang empuk. Apa yang pasti dia mesti mencari tempat untuk tidur.
Cadang hendak tidur sahaja di motel murah tapi dia pula tiada duit yang cukup untuk membayar motel. Silapnya juga sebab terlupa minta duit pada maknya. Sekarang ini duitnya cukup-cukup sahaja hendak pulang ke kampung. Tapi takkanlah dia hendak pulang ke kampungnya. Gerenti selepas ini maknya tidak akan membenarkannya pergi lagi. Apy Elina mengeluh berat. Dia kebuntuan.
Hikayat Cinta dikeluarkan dari begnya. Di selak-selak Hikayat Cinta yang sudah sebati dengan jiwanya. Selama ini dia langsung tidak pernah meninggalkan Hikayat Cinta yang sudah tercatit liku-liku hidupnya sejak di zaman sekolah lagi dan dia akan membawa Hikayat Cinta ke mana sahaja sebagai sumber inspirasi dan kekuatannya menjalani hidup yang pernuh berliku ini.
Tiba-tiba dia kaget apabila terbaca sesuatu pada Hikayat Cintanya itu. Dia
Adam Alexander mengorak langkah panjangnya ke tengah-tengah gelanggang bola keranjang yang pernah menjadi sumber inspirasinya suatu ketika dahulu. Bola keranjang di tangannya di passing dengan kedua belah tangannya sambil anak matanya memandang ke arah basket yang menjadi sasaran gol bagi permainan bola keranjang.
Beg galasnya di campak ke tepi, bola ditangannya mula dilantunkan ke atas lantai gelanggang yang licin itu dan secara spontan bola itu melantun kembali ke tapak tangannya.
“Jurulatih Annas betul,” satu suara menyapanya sebaik sahaja dia membuat satu balingan tetapi malangnya balingannya tidak mengenai jaringan. Dia berpaling ke arah En Hazrul Ahmad yang entah sejak bila turut berada di situ. “Kalau beginilah sikap kau, kau takkan dapat jadi orang yang terhandal dalam sukan bola keranjang.”
“Aku tak pernah bermimpi nak jadi pemain handalan,” ujar Alex kepada En Hazrul yang merupakan abang angkatnya dan orang kesayangan mamanya. Oleh kerana mamanya tidak mempunyai anak dahulu, mamanya mengambil seorang anak angkat sebelum dia dilahirkan. Dan selepas dia dilahirkan, walaupun dia anak kandung kepada pasangan Datuk Azrina dan Datuk Alexander, dia langsung tidak pernah dilayan seperti anak kandung dan sebab itulah dia lebih suka memberontak dan kurang menyenangi Hazrul Ahmad sebagai abangnya. Malah dia langsung tidak menganggap lelaki itu sebagai abangnya.
“Abang tahu, bagi kau, bola keranjang adalah salah satu tempat kau untuk lepaskan kemarahan. Tapi sampai bila kau nak pandang sukan bola keranjang sebagai satu tempat lepaskan geram? Takkan sampai bola yang kau pegang ditangan kau tu meletup ataupun tunggu gol di hadapan kau tu tumbang ke bumi?” Hazrul memandang tepat ke arah adik angkatnya itu.
“Bukan urusan kau,” balasnya setelah lama merenung abangnya yang sengaja hendak merendah-rendahkan kemampuan dirinya.
“Ya, memang bukan urusan abang tapi sebagai abang….”
“Aku tak pernah anggap kau sebagai abang,” pantas Alex menjawab. Serta-merta dia tidak dapat mengawal tangannya dari menampar kuat bola keranjang ke lantai sebelum bola tersebut melantun tinggi sehingga dia tidak dapat menangkapnya kembali.
“Aku mesti berusaha dan jangan sesekali mengalah dengan hidup ini. Dan sekarang, apa yang perlu aku buat adalah cari tempat tidur yang selesa. Emm… gelanggang bola keranjang pun boleh dikatakan satu tempat tidur yang selesa,” Apy Elina tersenyum sambil memuji kecerdikkan yang dimilikinya itu.
Langkahnya pantas berjalan ke arah rumput-rumput yang basah itu. Mungkin siang tadi
“Hah, alangkah baiknya kalau aku ada bawa bola keranjang sekali, dapatlah aku bermain bola keranjang sekejap lagipun sudah lama aku tak dapat main bola keranjang. Bila nak main saja mesti mak datang serang, hisy,” dia menarik nafas lemah.
Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia dapat rasakan ada sesuatu sedang menuju ke arahnya tapi dia tidak pasti. Apa yang dia pasti, perasaannya seperti perasaan pertama kali memegang bola keranjang. Tiba-tiba dia tersentak.
“Takkanlah…,” baru dia hendak berpaling, ada sesuatu benda yang kencang menghentam kepalanya menyebabkan dia hilang pertimbangan dan terjatuh meniarap di atas
Pantas dia mengangkat kepalanya. Seluruh wajahnya dipenuhi lumpur yang kotor. Apy Elina mendengus marah. Bola jingga yang tidak jauh dari tempatnya tertiarap itu dipandangnya. Memang sah. Bola itulah yang menghentam kepalanya tadi sehingga dia jatuh tertiarap dan bermandikan lumpur. Tapi orang kata, kalau tiada angin, bagaimana pokok boleh bergoyang. Jadi, sudah semestinya ada ‘angin’ yang membawa bola itu sehingga menghentam kepalanya!
Dia pantas bangun. Tanpa memperdulikan wajah dan pakaiannya yang diselaputi lumpur, dia segera mencapai bola keranjang yang menghentamnya tadi dan mengorak langkah ke arah gelanggang bola keranjang yang tidak jauh dari tempatnya dihentam tadi. Seperti yang dijangkanya, dia dapat melihat dua orang lelaki berada di tengah-tengah gelanggang bola keranjang dan sudah semestinya salah seorang dari mereka telah menghentamnya tadi.
Dengan sekuat hati dia membaling bola keranjang di tangannya ke arah mereka berdua yang sedang berbual sesuatu. Dia tidak kisah, siapa yang terkena bola itu, asalkan salah seorang dari mereka berdua terkena bola tersebut. Suka-suka sahaja hendak jadikan kepalanya sebagai sasaran. Sengaja atau tidak, seseorang pemain itu mestilah menghormati bola keranjang dan orang-orang di sekelilingnya supaya tidak menjadi sasaran bola yang kencang.
“Bola keranjang bukan benda untuk cederakan orang!” tengkingnya apabila bola keranjang ditangannya tadi, di baling kencang ke arah mereka berdua. Serentak dengan itu, keduanya berpaling tapi tidak sempat untuk mereka berbuat apa-apa apabila bola yang dibaling kencang itu terus menghentam dahi salah seorang dari mereka.
Alex mengerang kesakitan apabila bola yang hilang kawalan dari tangannya tadi menghentam dahinya sehingga menyebabkan dia berasa pening. Dengan pandangan yang kabur, dia dapat melihat seorang yang tidak pasti jantinanya dan badannya dipenuhi dengan lumpur berjalan menghampiri mereka berdua dengan bengangnya.
“Sakitlah, bengap!” tengkingnya kepada orang yang membaling bola keranjangnya mengenai dahinya tadi.
“Tahupun sakit!” tengking Apy sambil bercekik pinggang. “Aku ni lagilah sakit, sudahlah kena hentam dengan bola tu, lepas tu terjatuh dalam lumpur pula tu. Itupun nasib baiklah lumpur. Kalau aku terjatuh dalam paya, macam mana?!”
Alex memandang perempuan yang di selaputi lumpur pada mukanya. Nasib baiklah dia tidak dapat melihat wajah perempuan di hadapannya itu dengan jelas kerana dipenuhi lumpur dan mengecam bahawa yang berada di hadapannya adalah perempuan kerana suaranya seperti suara perempuan, kalaulah dia cam muka perempuan itu sudah tahulah apa yang dia hendak buat nanti. Akan dicarinya perempuan itu sehingga ke lubang cacing.
“Mak cik,
“Oh ya,
“Kau!” Alex mula naik darah dan melangkah setapak menghampiri perempuan di hadapannya seperti ingin bergaduh tapi pantas di halang oleh abangnya, Hazrul.
“Sudahlah, takkan dengan perempuan pun kau nak bergaduh?” Hazrul
“Ya. Takkanlah dengan perempuan pun nak bergaduh,” balas Apy sambil menjeling tajam. Sengaja dia hendak mengapi-apikan lelaki di hadapannya itu.
“Hey mak cik, jangan ingat kau perempuan aku tak berani nak bertumbuk dengan kau. Hari ni kau terlepas, kalau kita berjumpa lagi, jangan harap aku nak lepaskan kau,” ujar Alex dengan kasar kepada Apy sebelum mencapai beg galasnya dan berlalu dari situ.
“Alex,” panggil Hazrul mengejar adiknya itu.
“Hey, kau nak pergi mana?!” pantas Apy memintas lelaki yang segak berpakaian baju kemaja itu. “Sekarang ni aku macam mana?” Apy bercekik pinggang sambil menunjukkan pakaiannya yang dikotori lumpur.
Hazrul mengeluh berat sambil merenung perempuan lumpur di hadapannya itu.
Kata hikayat:-
Jangan memandang ke bawah untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.
ayat color merah tu buat sendri ke ataupun ada rujuk mana2? :D