Langkau ke kandungan utama

Catatan

12: FOR HAYRUL?!

Nurul hanya sekadar menggeleng apabila terlihat berpuluh-puluh surat cinta di bawah mejanya sebaik sahaja tamat waktu rehat. Memang begitulah setiap hari mesti ada yang bagi surat cinta dibawah mejanya untuk putera idaman mereka siapa lagi kalau bukan ahli rasmi pasukan bola sepak sekolahnya itu. Kadang-kala dia pun hairan dengan pelajar perempuan sekolahnya itu yang sejak dari dulu lagi mengilai sesiapa sahaja yang dapat menganggotai barisan ahli rasmi Kelab Bola Sepak. Kalaulah mereka tahu perangai sebenar putera idaman mereka itu, mungkin ada yang perlu fikir dua tiga kali untuk menghantar surat lagi. Baginya dalam pasukan itu hanya Rezza dan Fiq sahaja yang boleh diharap. Yang lain hancur! Lebih-lebih lagi Nazrul dan Hayrul yang selalu mengacau hidupnya. Selepas sahaja waktu persekolahan, Nurul akan ke bilik yang menjadi tempat perjumpaan Kelab Bola Sepak untuk memeriksa jadual latihan dan kadang-kala dia akan mengemas bilik itu bila ia semakin menyerupai tongkang pecah...

11: KATAKAN DENGAN INDAH

“No komen,” hanya itu jawapan yang diberikan oleh Farizat dan rakan-rakan yang lain mengenai hubungan Rezza dengan Nazrul. Puas juga Nurul bertanyakan pelbagai soalan berkenaan dengan Rezza dan Nazrul tapi tiada seorang pun yang mahu menjawabnya dengan jujur. Mereka seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu rahsia yang besar dari pengetahuannya. Malah, apa yang lagi pelik, mereka semua kelihatan bersetongkol untuk memberi jawapan yang sama. Entah rahsia besar apa yang mereka simpan sehingga tiada sesiapa pun yang sanggup membuka mulut. Mungkin ada benarnya apa yang difikirnya selama ini, Rezza dan Nazrul adalah pasangan kekasih. “Jangan fikir apa-apa lagi,” sebuah buku latihan hinggap di atas kepalanya membuatnya tersentak dari lamunan. “Sakitlah!” Nurul mencebik marah kepada Sofea yang duduk di hadapannya. Gadis itu hanya menggeleng saja. Dia tahu apa yang sedang di fikir oleh kawannya itu, tak lain tak bukan mesti pasal hubungan Rezza dan Nazrul. “Sudahlah tu. Aku dah c...

10: RAHSIA CINTA

“Kenapa aku tulis lirik Cinta Pepohon Cemara? Hisy, tak de soalan lain ke dia nak tanya? Kenapa soalan ni pulak dia nak tanya? Malu betul! Takkanlah dia tak tahu yang perempuan ni memang suka tulis surat cinta yang jiwang-jiwang dan bila sudah tiada idea akan tulis lirik-lirik lagu cinta yang menjadi lagu tema cerita cinta,” bebel Nurul seorang diri sambil berjalan pantas untuk pulang ke rumahnya setelah habis berbual bicara dengan Hazwan. “Kak Nurul,” panggil satu suara sebaik sahaja dia membelok ke kiri jalan. Seorang pelajar perempuan sekolahnya menghampirinya. Normaya, adalah salah seorang pelajar perempuan yang selalu mendapat perhatian semua orang di sekolah tidak kira lelaki ataupun perempuan, guru ataupun pekerja kantin. Orangnya memang cantik. Ayu. Berkulit putih melepak walaupun dia tidak menggunakan bedak yang tebal. Memiliki sepasang mata yang cantik. Pendek kata orangnya memang cantik. “Maaf sebab menganggu Kak Nurul,” ujarnya dengan suara lembut. Memang padan denga...

9: CINTA PEPOHON CEMARA

Berkurun lama ku rahsiakan cinta ku padamu, Hanya kerna kau ratu laksana di singgah sana, di Tasik ini pepohon Cemara yang teguh meninggi, Bagai harapanku kepadamu, Sekian lama.... Akan ku serah cinta abadi, menyerlah sinar malam sepi mu, Agar menjadi penawar lukamu merwarna hatimu, Akan ku bawa kau mengembara, Menerokai alam asmara, Mengubu kota,..cinta kita, Genggam erat,janji ku sematkan di dalam hatiku, Moga cinta makin mekar mengharumkan hidupmu.. Seminggu berlalu dengan sempurna. Tugasnya sebagai pengurus kelab Bola Sepak berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah tapi ia dapat diselesaikan dengan segera. Hubungannya dengan Fiq agak rapat memandangkan Fiq juga merupakan orang terpenting dalam kelab tersebut. Kadang-kala, dia dengan Fiq akan duduk bersama selepas sesi persekolahan dan berbincang perkara-perkara berkenaan dengan bola sepak. Banyak yang dia dapat belajar melalui Fiq. Dari peraturan-peraturan permainan sehinggalah jenis-jenis bola sepak yang ada di dunia ini...

8: PETANG YANG MEMENATKAN

Wisel penamat telah pun dibunyikan oleh pengadil lima belas minit yang lalu. Kedua pasukan telah pun bersalaman di akhir perlawanan. Para penonton ada juga yang sudah beredar dari padang cuma yang kelihatan penyokong-penyokong SMK Haji Mansur yang bersorak gembira atas kemenangan bergaya dua gol berbalas kosong ke atas SMK Haji Harun. Nurul memandang jam tangannya. Tepat jam 5.00 petang. Tapi baying Nazrul masih lagi tidak kelihatan. Dia mendengus marah. Memang sah Nazrul sedang tidur di mana-mana ni. Tak lain tak bukan mesti dia tengah sedap-sedap tidur. “Tak guna punya Nazrul!” pantas dia bangun dari duduknya. Handsetnya dikeluarkan dan cuba menelefon Nazrul. Tapi hampa. “Oh, tutup telefon ye, tak pe, aku akan cari kau sampai ke lubang cacing! Tapi kesian cacing tu… tak pasal-pasal lubang dia kena ceroboh,” ujar Nurul yang sempat lagi berlawak. Nurul mendengus marah. Kali ini dia buntu. Entah ke mana Nazrul pergi. Rasanya dia sudah meronda satu sekolah tapi kelibat Nazrul langsung ...