Langkau ke kandungan utama

Catatan

TKC: BAB 3

Tidak berkedip mata Honey apabila melihat Sakinah menghiris bawang dengan tangan tanpa beralaskan papan pemotong. Pantas dan cekap. Kagum melihat bawang-bawang itu dihiris dengan hirisan kecil. Tidak ubah seperti seorang chef di dalam rancangan masakan di televisyen yang pernah dilihatnya. Malah, kalah tukang masak yang berkhidmat di rumahnya. “Wah, tak sangka Kak Sakinah ni hebat juga. Macam mana Kak Sakinah buat? Saya ni hiris bawang pun dah keluar air mata tapi Kak Sakinah boleh hiris dengan cekap! Kagum! Kagum,” kata Honey sambil menepuk tangan dengan kagum. “Yang ni akak belajar masa akak kerja di kantin sekolah. Ada seorang mak cik tu yang ajar akak. Dia marah sebab akak hiris bawang dengan guna papan pemotong, jadi, dia suruh akak biasakan juga. Mula-mula tu memang selalu terluka tapi bila dah biasa, tak jadi masalah,” jawab Sakinah sempat memberitahu pengalamannya bekerja sebagai pembantu dapur di kantin sekolah selepas tamat sekolah. “Kesian dengan Kak Sakinah. Abang Ai...

TKC: BAB 2

“Siapa nama kau?” tanya seorang budak lelaki yang berbadan gemuk dengan lagak seperti samseng itu. “Nur Sakinah,” jawab seorang budak perempuan dengan tergagap-gagap. “Kau tahu siapa aku?” tanya budak lelaki itu lagi sambil tidak berhenti melangkah mengelilingi budak perempuan itu yang hanya tunduk memandang lantai. Barangkali tidak berani untuk bertentang mata dengan si gemuk itu. “Err… ya,” budak perempuan itu menjawab sambil mengangguk-angguk sebelum menyambung, “Nama awak Zaquan, anak….” “Jangan panggil aku Zaquan!” si gemuk itu menengking budak perempuan itu tidak tentu pasal. “Kau tu anak pemandu papa aku. Kau tak layak panggil nama aku. Mulai daripada hari ini, kau kena panggil aku Tuan Muda, faham?!” “Faham,” balas budak perempuan itu. Dalam hatinya sempat lagi dia menyumpah-yumpah si gemuk itu. “Faham apa?!” “Faham, Tuan Muda,” pantas dia menjawab. “Bagus.” Si gemuk itu mengangguk-angguk sambil ketawa jahat. Bertambah geram pula dilihat. “Kau tahu tak kena...

TKC: BAB 1

Nur Sakinah membuka kelopak matanya. Berkelip-kelip matanya merenung lama siling biliknya sebaik-baik sahaja dia terjaga dari tidurnya. Tiba-tiba sahaja dia diselubungi satu perasaan yang aneh, tetapi seperti pernah dialaminya suatu masa dahulu. Mimpi yang baru sahaja dialami olehnya tadi telah menyebabkannya termenung sejenak. Ini kali pertama dia merasai satu perasaan yang tidak dapat diungkapkan setelah terjaga daripada tidur. Dia mengimbas kembali mimpi yang dialaminya tadi, tetapi seperti ada satu tembok yang tidak membenarkan dirinya kembali mengingati ingatan mimpi itu. Sedang Sakinah asyik termenung mengingati mimpinya tadi, dia dikejutkan dengan satu bunyi dari jam loceng kepunyaannya yang dikunci bagi mengejutkannya bangun pagi. Dia lantas bangun dari baringnya dan bergerak menghampiri sebuah jam loceng yang diletak di atas meja tidak jauh dari katilnya. Sememangnya dia sengaja meletak jam loceng itu di tempat yang jauh untuk dicapai. Ini adalah untuk menggelakkannya daripada...

Special Entry: Tangisan

Sejak dari tadi, Apy Elina berasa risau dengan keadaan Alex. Walaupun Alex datang latihan seperti biasa pada pagi itu, tetapi dia tetap melahirkan rasa risau terhadap Alex. Awal-awal lagi Alex melangkah masuk ke dalam dewan, dia dapat melihat wajah Alex yang lesu dan keletihan seperti baru sahaja bermain bola keranjang sepanjang hari. Apabila ditanya, Alex langsung tidak menjawab soalannya. Kini apabila melihat cara Alex beraksi di gelanggang, dia menjadi bertambah bimbang. Bukannya kerana Alex tidak dapat tumpukan perhatian atau membuat serangan lemah walaupun kehilangan seperti telah kehilangan separuh daripada tenaganya, tetapi kerana Alex sering bertindak membuta tuli ketika membuat serangan. Malah, serangannya juga tidak mengena. Akibatnya, Alex tidak dapat pungut lebihan mata. Melihat keadaan Alex yang begitu membimbangkan, Apy Elina segera menghentikan perlawanan itu dan memberi mereka rehat sebentar. Setelah masing-masing berehat di tepi, Apy Elina segera mendapatkan A...