Langkau ke kandungan utama

Catatan

15: GENIUS

Kata Hikayat The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams. - Eleanor Roosevelt “Perempuan?!” hampir menjerit Leo sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan oleh Rinazila tadi. Khairul yang turut berada di situ juga melahirkan rasa terkejut. Memang dia tahu Alex telahpun memulakan langkah mencari jurulatih untuk pasukan mereka baru-baru ini tapi dia tidak menyangka bahawa Alex akan memilih jurulatih perempuan sebagai jurulatih mereka. “Percaya atau tidak, Alex memang dah gila,” jawab Rinazila yang kelihatan tidak bersetuju dengan pemilihan itu. “Macam mana perkara ni boleh berlaku? Apa istimewa sangat perempuan tu?” tanya Khairul seakan tidak percaya bahawa Alex yang selama ini tidak pernah memuji perempuan tiba-tiba berubah angin memilih jurulatih perempuan. Dengan kata lain, hidup Alex tidak pernah langsung dikaitkan dengan perempuan. “Aku tak tahu tapi apa yang pasti aku kalah dalam pemilihan tu. Azhar sokong...

14:MISTERI

Seminggu sebelum temuduga “Hey, kami akan adakan mesyuarat petang ni. Nak bincang pasal pengambilan jurulatih baru. Kau nak turut serta ke?” tanya Alex setelah kelas mereka tamat sebentar tadi. “Err… sorry, aku ada hal,” beritahu Izwan teragak-agak. “… lagipun aku masuk kerja petang ni. Mungkin lain kali.” “Okey, nanti kalau ada apa-apa aku beritahu kau di rumah,” kata Alex sebelum berlalu pergi. Izwan hanya melihat kelibat Alex menghilang dipandangan matanya. Tanpa disedari dia tersenyum. Sejak akhir-akhir ini, inilah kali pertama dia melihat Alex begitu serius sekali dalam menguruskan The Legend. Kalau dulu, memang sukar untuk dia melihat Alex ketawa bergembira tapi sekarang setiap hari dia dapat melihat perubahan ketara itu. Sejak nenek Alex membuat keputusan untuk menyerahkan The Legend kepada cucunya itu. “Aku buat pertukaran dengan nenek aku. Dia beri aku uruskan The Legend dan aku berhutang dengannya,” kata Alex minggu lepas menjelaskan segala-galanya. Antara dia deng...

13: KEBEBASAN

Sebaik sahaja dia membuka pintu untuk keluar dari pejabat Pengarah Kampus, dia terkejut apabila Alex sudah berdiri di hadapan pintu bersama dengan Rinazila. Tanpa sempat dia berkata apa-apa, Alex terus melangkah masuk ke dalam pejabat Pengarah Kampus. “Alex,” panggilnya cuba menghalang Alex dari menimbulkan kekecohan di situ. Alex mesti tahu apa yang telah berlaku tadi dan dia pasti Alex akan membantah keputusan yang dibuat oleh pihak kolej itu. “Alex,” panggilnya lagi apabila Alex langsung tidak mahu mendengar panggilannya. “Ini antara aku dengan si botak tua ni, ini tak ada kena mengena dengan kau,” kata Alex sambil memandang tajam ke arah lelaki berkepala botak yang sudah separuh abad itu. Tuan Haji Ismail, Pengarah Kampus Kolej Lagenda kelihatan terkejut dengan kedatangan Alex. Dia sebelum ini difahamkan oleh Datuk Azrina yang juga majikannya itu, bahawa dia akan memastikan Alex tidak akan menganggu proses pembuangan Izwan dari kolej tersebut. Izwan tidak terkata apa. Alex...

12: BADUT

Kata Hikayat, Jika anda buang perkataan kalah dalam kamus hidup anda, anda juga harus buang perkataan mustahil di dalam kamus hidup anda juga. “Macam mana dengan Alex?” tanya Puan Azrina kepada Hazrul yang menghampirinya di meja makan. Hazrul sekadar menggeleng tanda tidak baik. “Budak ni!” mamanya itu mendengus marah. “Sudahlah, kalau dia tak nak makan, biarkan saja! Mama nak tengok sampai bila dia boleh bertahan di dalam sana. Menyusahkan orang saja!” “Mama, sudahlah. Biar Alex tenangkan diri dulu lagipun dia baru saja sedar. Beri dia masa,” Hazrul cuba tenangkan mamanya. Sejak mendapat tahu berita Alex dimasukkan ke dalam hospital kerana di dapati menelan ubat tidur dalam kuantiti banyak, angin mamanya tidak menentu. Namun dia tahu, walaupun mamanya berasa marah dengan apa yang telah berlaku tapi masih ada perasaan simpatinya terhadap anak lelakinya itu. Ibu mana yang mahu melihat satu-satu anaknya membuat kerja gila dengan membunuh diri. Selepas mereka berdua makan malam b...