Langkau ke kandungan utama

Catatan

13: KEBEBASAN

Sebaik sahaja dia membuka pintu untuk keluar dari pejabat Pengarah Kampus, dia terkejut apabila Alex sudah berdiri di hadapan pintu bersama dengan Rinazila. Tanpa sempat dia berkata apa-apa, Alex terus melangkah masuk ke dalam pejabat Pengarah Kampus. “Alex,” panggilnya cuba menghalang Alex dari menimbulkan kekecohan di situ. Alex mesti tahu apa yang telah berlaku tadi dan dia pasti Alex akan membantah keputusan yang dibuat oleh pihak kolej itu. “Alex,” panggilnya lagi apabila Alex langsung tidak mahu mendengar panggilannya. “Ini antara aku dengan si botak tua ni, ini tak ada kena mengena dengan kau,” kata Alex sambil memandang tajam ke arah lelaki berkepala botak yang sudah separuh abad itu. Tuan Haji Ismail, Pengarah Kampus Kolej Lagenda kelihatan terkejut dengan kedatangan Alex. Dia sebelum ini difahamkan oleh Datuk Azrina yang juga majikannya itu, bahawa dia akan memastikan Alex tidak akan menganggu proses pembuangan Izwan dari kolej tersebut. Izwan tidak terkata apa. Alex...

12: BADUT

Kata Hikayat, Jika anda buang perkataan kalah dalam kamus hidup anda, anda juga harus buang perkataan mustahil di dalam kamus hidup anda juga. “Macam mana dengan Alex?” tanya Puan Azrina kepada Hazrul yang menghampirinya di meja makan. Hazrul sekadar menggeleng tanda tidak baik. “Budak ni!” mamanya itu mendengus marah. “Sudahlah, kalau dia tak nak makan, biarkan saja! Mama nak tengok sampai bila dia boleh bertahan di dalam sana. Menyusahkan orang saja!” “Mama, sudahlah. Biar Alex tenangkan diri dulu lagipun dia baru saja sedar. Beri dia masa,” Hazrul cuba tenangkan mamanya. Sejak mendapat tahu berita Alex dimasukkan ke dalam hospital kerana di dapati menelan ubat tidur dalam kuantiti banyak, angin mamanya tidak menentu. Namun dia tahu, walaupun mamanya berasa marah dengan apa yang telah berlaku tapi masih ada perasaan simpatinya terhadap anak lelakinya itu. Ibu mana yang mahu melihat satu-satu anaknya membuat kerja gila dengan membunuh diri. Selepas mereka berdua makan malam b...

11: ERTI KEGAGALAN

Kata Hikayat, Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan. Jari-jemarinya mengurut dahinya beberapa kali. Pening kepala dibuatnya. Awal-awal pagi lagi dia sudah dikejutkan dengan penyebaran gambar-gambar satu-satunya anak lelakinya. Kalau gambar yang mendatangkan kebaikkan padanya dan reputasi syarikatnya tidak mengapa juga tapi gambar yang tidak senonoh dan menjelikkan yang diterimanya. Apa yang memeningkan kepalanya lagi adalah gambar-gambar tersebut telah tersebar melalui email semua pekerjanya tidak kira di dalam dan di luar negara. Dan baru beberapa saat tadi, dia mendapat tahu gambar tersebut sudah beberapa hari tersebar di kolej anaknya belajar. Sekarang, gambar-gambar tersebut sudah menjadi perbualan hangat di kolej dan mungkin sebentar lagi, para wartawan akan menyerang telefon-telefon untuk meminta penjelasannya berhubung perkara itu. Itu belum lagi suaminya yang kini menetap di Taiwan kerana menguruskan perniagaan di sana. Pasti dia akan dis...

10: TERNYATA

Kata Hikayat, Setiap orang seperti bulan iaitu mempunyai sisi gelap yang tidak pernah diperlihatkan kepada orang lain – Mark Twain “Alex!” jerit Izwan memanggil Alex apabila dia terpandang Alex baru sahaja turun dari motornya dalam keadaan tergesa-gesa. Sebaik sahaja dia mendengar namanya dipanggil seseorang, langkahnya berhenti berlari. Dia melihat Izwan yang memanggilnya tadi berlari menghampirinya. “Kau dapat mesej tu?” tanya Izwan. Alex mengangguk. “Kau okey?” Dia sekali lagi mengangguk namun dari raut wajahnya, Izwan dapat membaca ada sesuatu yang tidak kena dengan Alex. Jika mesej yang diterimanya sama seperti Alex terima, ini bermakna memang ada sesuatu yang tidak kena. Sejak kejadian ngeri yang dilalui oleh Alex beberapa tahun yang lalu, Alex begitu fobia dengan perkataan bunuh diri. Ia juga telah dijelaskan oleh doktor yang merawat Alex dahulu yang melarang sesiapa sahaja menyebut nama Mellissa mahupun apa-apa perkara berkenaan dengan peristiwa hitam tersebut. “J...

9: IMPIAN

Kata Hikayat Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya - John Pettitsenn “Kenapa ni? Muram saja,” tegur Nabila kepada Hazrul yang sejak dari tadi asyik mendiamkan diri seperti ada masalah besar yang sedang difikirnya itu. Selalunya apabila mereka berdua keluar untuk makan tengah hari, pasti ada sahaja perbualan yang dimulakan oleh lelaki itu kecuali pada hari ini. Hazrul seperti berada di dalam dunianya sendiri. “Tak de apa-apa. Biasalah kalau masalah kerja, masa makan pun boleh buat kita terfikir lagi,” kata Hazrul cuba mengelak. Dia cuba senyum tapi senyumannya tidak menjadi apabila asyik terfikir masalahnya. “Beberapa hari ini, Alex tak balik rumah,” Hazrul memberitahu Nabila tentang masalah yang sedang bermain di fikirannya setelah sekian lama dia mendiamkan diri. “Kenapa?” tanya Nabila. Walaupun dia tahu anak tunggal majikannya itu selalu tidak pulang ke rumah tapi dia tidak p...