Langkau ke kandungan utama

Catatan

2: INIKAH MALANGNYA?

“KENAPA kau memandai-mandai letak nama aku?” Nurul benar-benar naik angin dengan kenyataan Sofea tadi. “Kan aku dah kata, aku benci dengan bola sepak, bukan setakat bola sepak je tapi semua jenis bola aku benci,” beg sekolahnya di campak di atas meja. Kiranya mengamuk la tu. Tapi ia sedikit pun tidak membuatkan Sofea takut. Perangai Nurul memang begitu. Nanti eloklah tu. “Aku cuma nak tolong kau cari siapa yang selamatkan kau tu. Takkanlah kau tak teringin cari siapa yang selamatkan kau? Aku tahu kau tu ego dan keras kepala tapi hakikatnya salah seorang dari pasukan rasmi bola sepak dah selamatkan nyawa kau. Takkanlah kau nak lupakan macam tu saja?” Sofea membalas. “Kau nak suruh aku buat apa kalau aku jumpa orang yang selamatkan aku? Kau nak aku bagi duit beribu-ribu kepadanya tanda terima kasih sebab selamatkan aku ataupun cium jari kaki dia untuk balas hati budi dia?” tanya Nurul dengan nada menyindir. Dia masih lagi tidak puas hati dengan tindakan Sofea yang seperti sengaja henda...

1: SUMPAHAN PUTERI

SEBAIK sahaja Nurul tersedar dari pengsan, dia mendapati dirinya terbaring di sebuah bilik katil yang agak asing buatnya. Sedar-sedar saja, dia terdengar suara Sofea yang seakan memanggil ibu dan ayahnya yang mengatakan dia sudah sedarkan diri. Dirinya masih lagi kebuntuan. Pelbagai soalan yang timbul di fikirannya dan soalan utama adalah bagaimana dia boleh tidur di katil yang asing itu. “Kau tak ingat?” tanya Sofea bertubi-tubi setelah mereka sama-sama mengajukan soalan yang sama. Nurul melihat wajah ibu dan ayahnya yang jelas sekali terpancar wajah yang penuh kerisauan. Dalam masa yang sama dia baru teringat yang dia hampir di langgar oleh sebuah kereta tapi di selamatkan oleh seorang pelajar lelaki. “Hah, baru adik ingat, tadi masa balik dari sekolah ada kereta hampir langgar adik tapi nasib baik ada seseorang yang menyelamatkan adik,” ujarnya pantas bagi mengelakkan ibu dan ayahnya dibelenggu kerisauan. “Hah, memang aku dah agak dah! Tulah kau, aku dah kata awal-awal tapi kau tak...

PROLOG: CARTA PRINCE CHARMING

MENURUT fakta Prince Charming adalah watak yang lahir dari cerita lagenda ataupun cerita dongeng. Prince Charming dalam Bahasa Melayu adalah Putera/Lelaki Idaman Malaya. Selalunya Prince Charming ni dikatakan seorang yang handsome, bijak, pandai, bergaya dan seorang yang sempurna di setiap sudut. Dan sebab itulah mereka menjadi rebutan gadis-gadis remaja. Tapi tahukah anda, Prince Charming yang kita puja selama ini adalah seorang manusia? Jika sudah dimanakan manusia, Prince Charming juga bukanlah seorang yang sempurna dan ada kalanya kita tak dapat melihat adakah Prince Charming yang kita tabalkan sekarang adalah benar-benar Prince Charming? NURUL IZZATI memeluk tubuhnya. Bukannya dia terasa sejuk tapi berbahang. Suhu badannya naik 101 peratus apabila melihat ramai pelajar perempuan berkumpul di papan kenyataan sehinggakan dia tidak dapat lalu walau sedikit pun. Sudahlah berkumpul ramai-ramai, lepas tu memekak pulak. Terjerit-jerit. Entah apalah yang mereka tengok tu. Macam kambing ...

Beribu kemaafan...

Saya ingin minta maaf banyak2 kerana tidak dapat siarkan enovel HIKAYAT CINTA . Ini adalah kerana saya ingin memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyiapkan manuskrip CINTA 99 HARI (C99H). Oleh itu saya terpaksa stop dulu menulis HIKAYAT CINTA . Walaubagaimana pun saya tetap akan update enovel ANTASYA: FINAL BATTLE dan sebuah enovel yang telah lama tersimpan di lattop saya ini yang bertajuk: PRINCE CHARMING . AKAN DATANG... PRINCE CHARMING... (sekadar gambar hiasan... cover belum wat lagi) harap maklum REGARD, ratubulan

~@~SeRiBu KeMaaFaN~@~

Aku tahu Ramai yg menunggu-nunggu kemunculan enovel Cinta 99 hari bagi chapter seterusnya... Tapi aku masih tak dapat pos karya ku ini di penulisan2u.blogspot mahupun di Ratu Bulan Production... Bukannya aku sengaja hendak melengah-lengahkan masa tapi atas komitment kerja, aku terpaksa lupakannya sebentar. Dalam seminggu, aku hanya cuti sehari sahaja dan hari itulah aku selesaikan semua kerja-kerjaku yang terbengkalai... Tambahan pula aku terpaksa menyelesaikan beberapa perkara untuk hari convocation nanti. Walaubagaimanapun, aku akan cuba untuk berkarya dan berkarya...