Langkau ke kandungan utama

Catatan

KEJORA LIAR : BAB 10

  Kejora baru saja selesai menyapu peluh di dahi selepas sesi latihan ringkas pagi itu. Bunyi deringan telefon mengejutkannya. Nama yang tertera di skrin membuat dadanya bergetar. Harris. Dia terdiam seketika, jarinya kaku sebelum akhirnya dia menolak panggilan itu tanpa ragu. Telefon pintar kembali diletakkan di atas meja semula.  Firdaus yang sedang mengelap tangan dengan tuala sempat menjeling. Ini bukan kali pertama dia lihat Kejora tolak panggilan telefon. Awalnya dia tidak mahu masuk campur tapi melihat Kejora berubah mood, akhirnya dia bersuara perlahan, “Siapa?”  “Harris,” jawab Kejora sepatah. Firdaus mengangguk kecil dan meneguk air mineral di tangan. Dia sudah agak.  “Kenapa tak jawab?” soalnya tenang.  “Aku belum bersedia nak berhadapan dengan dia.” Firdaus mengangguk lagi. Tiada paksaan dalam nadanya, hanya kefahaman. Namun, belum sempat suasana tenang itu berlarutan, telefon pintar Firdaus pula berbunyi. “Harris,” ujar Firdaus sambil menunjukkan sk...
Catatan terbaharu

KEJORA LIAR : BAB 9

  Seminggu telah berlalu sejak malam kebangkitannya. Kini, Kejora mula menjalani kehidupan yang serba berbeza. Jauh daripada rutin manusia biasa yang dulu dia lalui.  Kalau dahulu dia benci bersenam, joging pun baginya satu penyeksaan, tapi kini, mahu tak mahu, dia terpaksa melaluinya setiap pagi. Firdaus yang bertindak seperti jurulatihnya tidak pernah berkompromi. Selain joging, Firdaus juga mengajar Kejora asas bertinju dan seni pertahanan diri.  “Kau kena tahu guna kekuatan tu dan kawalnya,” kata Firdaus ketika habis berlatih.  Dan Kejora akui, badannya memang berubah. Tidak seperti dulu. Tubuhnya kini terasa ringan, tangkas dan kuat, seolah setiap ototnya tahu bila perlu bergerak dan bila perlu berhenti. Pendengarannya makin tajam, penglihatannya makin jelas walaupun dalam gelap. Dalam masa seminggu, dia sudah mampu menyesuaikan diri dengan gaya hidup baru itu.  Namun latihan paling sukar bukanlah bertinju, bukan juga berlari di awal pagi tetapi mengawal na...

KEJORA LIAR : BAB 8

  Kejora membeku. Kata-kata Firdaus masih bergema dalam fikirannya.  “Harimau jadian?” Kejora masih tidak percaya. Dia masih berharap ini hanyalah gurauan.  Firdaus tidak menjawab. Sebaliknya, dia meletakkan pisau ke tepi dan memandang Kejora lama. Pandangan yang tidak lagi sekadar gurauan. Ia tenang tapi dalam.  “Aku tahu kau rasa pelik sejak semalam,” katanya perlahan. “Deria kau berubah. Kau lebih kuat, lebih tajam dan lebih… lapar.” Kejora menelan liur. Dia mula bandingkan perubahan pada dirinya dengan harimau. Pertama kali tersedar daripada ditembak mati, aroma darah dan daging segar di sekelilingnya begitu menggiurkan. Dia juga sedar dia boleh bau macam-macam aroma di sekelilingnya tapi yang paling menarik perhatian deria hidungnya ialah bau daging. “Aku cuma rasa lapar…” Kejora memegang perutnya.  “Itu permulaan,” balas Firdaus. “Naluri kau sedang bangun.” “Macam mana kau tahu tentang aku? Kau juga seperti aku?” “Tak. Aku cuma orang luar.” “Macam mana kau...