Pesan
Hikayat
Cinta
ialah naluri, kerana itu kita tidak tahu mengapa kita mencintai
seseorang – Usmal.
PAGI-PAGI
lagi Apy Elina menerima kejutan. Satu kejutan yang tidak
disangka-sangkanya. Hampir satu setengah bulan dia terpaksa
tinggalkan Arena itu seketika dan apabila kembali bekerja semula
bagaikan satu hadiah diterimanya.
Seorang
gadis yang solekkannya macam opera Cina sudah menunggu di ruang
menunggu pejabatnya. Dia kenal sangat-sangat dengan gadis itu. Malah,
namanya juga dia ingat lagi. Rohana. Cuma yang buat dia tidak faham,
mimpi apa pula yang menyebabkan gadis itu ada di pejabatnya. Lantas
dia bertanyakan hal itu.
“Boleh
saya bantu?” soal Apy Elina dengan sopan.
“Err…
suami puan suruh datang sini,” kata gadis itu tergagap-gagap
menjawab soalan yang diterimanya.
“Datang
sini?” Apy Elina menggaru kepala. “Kenapa kena datang sini?”
“Err…
tak… tak tahu,” Rohana, si gadis opera menggeleng kepala.
Apy
Elina mengeluh panjang. Sah! Ini pasti ada udang di sebalik batu. Dia
cuba ingat kembali. Semalam suaminya ada menyuruh dia pilih seseorang
untuk setiausaha baru. Dialah yang pilih Cik Opera ini. Tidak pula
dia bertanya untuk siapa setiausaha itu. Kalau tak silap suaminya
memang sudah ada setiausaha.
Sah!
Pak cik kesayangannya itu buat keputusan sendiri lagi!
Apy
Elina segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi suaminya.
Hanya menunggu dengan satu dua deringan, panggilan itu segera
disambut oleh suaminya.
“Pak
cik!” marah Apy Elina tidak dapat menahan geram.
“Ye
sayang,” jawab Adam di talian.
Sayang.
Adam jarang sangat-sangat panggilnya sayang. Selalunya kalau panggil
pun mesti ada sesuatu yang ingin mengambil hatinya. Macam sekarang,
dia tahu dia ada buat salah. Tapi, bila Adam panggil macam tu, hati
yang marah terus tak jadi marah.
“Saya
fikir, awak punya setiausaha yang baru tersilap masuk ofis. Awak
tersilap bagi alamat ke? Atau ofis awak dah bertukar alamat tapi saya
saja yang tak tahu?” tanya Apy Elina memulakan mukadimah.
“Mak
cik, bukan ke awak yang pilih dia semalam?” jawab Adam tanpa
teragak-agak.
“Ada
saya kata saya perlukan seorang setiausaha ke?” tanya Apy Elina.
“Awak
yang pilih…”
“Memanglah
saya yang pilih tapi saya ingat setiausaha tu untuk awak.”
“Abang
tak kata pun untuk abangkan?”
Apy
Elina mengeluh. Memang. Adam tak kata langsung setiausaha itu
untuknya atau sesiapa pun. Adam cuma suruh dia pilih sahaja dan dia
pun tak cakap banyak, terus pilih. Walaupun dia juga tertanya-tanya
kenapa Adam perlukan seorang setiausaha lagi! Rasanya Adam ada
seorang setiausaha dan memang pelik juga apabila Adam perlukan
seorang lagi. Rupa-rupanya setiausaha itu untuk dirinya!
Matanya
tajam merenung gadis di hadapannya itu. Orangnya nampak takut
sehinggakan mahu pandang mukanya pun tak berani. Hari itu bukan main
berlagak sampai sanggup nak musnahkan rumah tangga orang, tapi hari
ini sudah macam tikus munduk, sibuk nak sorok muka.
“So
sekarang macam mana? Saya tak perlukan seorang setiausaha. Saya boleh
uruskan jadual saya.”
“Kalau
macam tu, jangan lupa pukul 4.00 petang ni.”
“Hah?
Pukul 4.00 petang? Ada apa? Date
atau minum petang?” tanya Apy Elina sambil membuka diarinya.
Menggelabah dia menyelak helaian demi helaian mencari jadualnya pada
hari ini.
“Dah
lupa?”
“Mana
ada apa-apa!” jawab Apy Elina sebaik sahaja dia mendapati jadualnya
kosong pada hari itu.
“Tak
ada atau tak catat?”
Apy
Elina menggaru kepala. Memang dia selalu terlupa catat jadual sendiri
dalam diari tapi biasanya dia pasti akan ingat. Cuma kali ini dia
memang tidak tahu menahu tentang agenda jam 4.00 petang nanti.
“Pak
cik, awak cuba tipu saya ke?”
“Mak
cik, dah lupa ke siapa yang pilih tarikh hari ni?”
“Hah?
Saya?” Apy Elina menggaru kepala.
“The
Legend Anniversery. Dah lupa?”
Serentak
itu, bagaikan ada satu batu besar menghempap kepalanya. Barulah dia
ingat tentang hal itu. Barulah dia ingat yang dia belum lagi tempah
restoran. Dahinya ditepuk kuat.
“Apa
dah berlaku dengan daya ingatan saya?” keluh Apy Elina berasa
kesal.
Dia
langsung tak ingat tentang tarikh itu padahal dia juga yang cadangkan
tarikh itu sebulan sebelum dia pergi kursus di Shanghai.
“Dah
agak dah. Jadi, jangan cakap apa-apa lagi. Terima saja setiausaha
baru tu.”
“Tapi…”
Apy Elina memandang gadis opera yang hanya berdiri tegak sejak tadi.
Lihat
sahaja gadis itu, bertambah pening kepalanya. Mungkin inilah
dikatakan balasan niat tidak baik. Niat asal nak kenakan gadis opera
itu tapi bak kata orang, bila niat tak baik, memang perkara yang tak
baik itu akan kena kita semula!
Hah,
sekarang rasakan. Padan dengan muka diri sendiri!
“Saya
akan terima tapi dengan satu syarat.”
“Mak
cik, sendiri lupa sendiri nak buat tawar-menawar ke?”
“Ala…
bolehlah…” pujuk Apy Elina dengan nada mengada-ngada.
Satu
keluhan di dengarnya dari hujung talian. “Apa syarat tu?”
“Ehem…
jom tengok wayang malam ni.”
“Mak
cik…”
“Ala,
bolehlah! Lepas reunion
tu kita pergilah tengok wayang sekali. Lagipun dah lama kita tak
tengok wayang bersama.”
“Bila
masa kita pernah tengok wayang bersama?”
“Hah?
Kita tak pernah tengok wayang bersama ke?” Apy Elina sendiri
terkejut.
Dia
cuba selongkar memorinya kalau-kalau dia pernah ada memori tengok
wayang dengan suaminya. Ternyata, apa yang dikatakan oleh suaminya
itu benar belaka. Mereka tak pernah langsung tengok wayang bersama!
“Kenapa
awak tak pernah ajak saya tengok wayang?” tanya Apy Elina geram.
“Semua
orang wajib kena tengok wayang ke?”
“Bukan
wajib tapi harus! Awak suami saya. Sepatutnya awak kena ajak saya
tengok wayang! Patutlah saya rasa hidup saya tak lengkap jadi isteri
awak.”
“Mak
cik…”
“Saya
tak kira! Awak kena ajak saya tengok wayang juga!”
“Kalau
tak?”
“Berani
awak cabar saya? Kalau tak… setiap kali kita dinner saya akan masak
nasi!”
“Mak
cik ni…”
“Awak
nak ajak ke tak nak?”
“Okey,
lepas reunion nanti
kita pergi tengok wayang,” Adam akhirnya mengalah.
“So?”
“Apa?”
tanya Adam kembali.
“Ajaklah
saya.”
“Bukan
ke dah ajak tadi.”
“Itu
bukan ajak. Itu setuju!”
“Okeylah
tu. Kita sama-sama setuju tengok wayang bersama. Habis cerita. Jangan
lupa petang ni.”
“Pak…”
Baru sahaja dia bersuara, Adam sudah letak panggilan terlebih dahulu.
“Pak cik!” jeritnya geram.
Kemudian,
dia memandang gadis opera di hadapannya itu. Satu keluhan lagi
dilepaskan. Mulai hari ini dia kena berhadapan dengan gadis itu.
Gadis yang pernah mengaku nak rampas suaminya. Stres!
“Saya
tak boleh nak kata apa lagi selain terima awak sebagai setiausaha
saya. Tapi kalau awak tak nak terima saya sebagai majikan, awak boleh
berhenti sekarang sebab bila saya bekerja, saya bukan secomel yang
awak tengok sekarang.”
“Err…”
“Lima
minit untuk buat keputusan!” tegas Apy Elina sengaja mengertak
gadis itu.
“Okey,
saya setuju!” pantas gadis bernama Rohana itu membuat keputusan.
“Pasti?”
Rohana
mengangguk laju.
“Kenapa
awak pasti? Awak sanggup hadapi saya dan kemudian ambil peluang untuk
goda suami saya? Sebelum awak goda dia, saya nak beritahu. Suami saya
ni spesies alien. Dia
langsung tak romantik. Harap muka saja handsome
tapi hati keras macam batu. Saya sendiri pun tak tahu alien
mana yang rasuk dia semasa melamar saya dan saya juga tak tahu sama
ada saya pun kena rasuk dengan alien
yang sama sampai sanggup setuju berkahwin dengan dia,” keluh Apy
Elina.
“Hah?”
“So.
Awak pasti?”
Rohana
mengangguk lagi.
“Kenapa
pasti?”
“Sebab…
saya tak ada pilihan lain lagi. Saya dah berhenti dari kerja lama…”
Apy
Elina tersenyum sinis.
“Terdesaklah
ni?”
Dia
mengangguk lagi.
“Bukan
terdesak nak kahwin dengan suami orang?”
“Tak.
Tak! Saya tak berani…” kata Rohana takut-takut.
Apy
Elina mengangguk.
“Baiklah.
Saya terima awak tapi dengan satu syarat.”
“Syarat?”
“Tolong
jangan mekap macam pelakon opera.”
“Hah?”
Rohana terkejut.
“Saya
kata, mekap awak tu over sangat. Macam pelakon opera. Buruk. Kalau
awak berniat nak cantikkan diri bukan dengan cara macam ni. Kalau
awak juga berniat nak pikat lelaki handsome
dan kaya, baik lupakan sebab lelaki handsome
dan kaya selalunya tak romantik langsung. Tengoklah macam suami saya
tu. Ada ke patut dia tak pernah terfikir nak ajak saya pergi tengok
wayang. Patut ke?”
“Tak
patut,” balas Rohana sambil menggeleng kepala.
“Jadi,
ikut nasihat saya. Jangan sesekali jatuh cinta dengan lelaki handsome
macam suami saya, faham?” tegas Apy Elina seiring dengan tenungan
tajam.
“Faham!
Faham!” menggelabah Rohana dibuatnya.
“Lagi
satu. Awak bekerja dengan saya di pusat sukan ni. Kebanyakan yang
datang training di
sini adalah lelaki. Jadi, saya sarankan janganlah pakai seksi sangat.
Ingat, awak datang nak bekerja, bukan nak cari pakwe. Faham?”
“Faham,”
Rohana mengangguk lagi.
Okey,
selesai satu masalah!
kemain garang si apy ni ye