Langkau ke kandungan utama

KEJORA LIAR : Sinopsis

 




Sinopsis


“Aku rasa… aku dah mati. Aku kena tembak tadi. Tiga kali.” - Kejora. 

Kejadian berdarah di kapal persiaran membuka tirai rahsia keluargannya. 

“Jadi, apa sebenarnya aku ni? Vampire? Zombie? Atau serigala jadian?” 

 “Harimau. Harimau jadian.”

Menyedari perubahan ketara pada dirinya, Kejora menerima latihan khas daripada Firdaus, pewaris Istana Jati, bangunan kayu lima tingkat yang penuh misteri dan penuh rahsia. Biarpun Firdaus melayannya dengan baik, tetapi lelaki itu masih tahu batasnya. 

“Aku dah kata, aku orang luar. Tak ada kena mengena dengan kau. Aku cuma nak balas budi ayah kau. Dia banyak tolong aku.” - Firdaus. 

Bagi Firdaus, ada budi yang perlu dibalas. Ada rahsia yang perlu disimpan ketat. Dia tetap dengan pendiriannya untuk menamatkan segalanya. 

“Suatu hari nanti, dia akan bawa haluannya sendiri.” - Firdaus. 

Namun tiada siapa sangka, pertemuan yang singkat itu sedikit demi sedikit menyimpul ikatan yang tidak pernah dipinta. Hubungan Kejora dan Firdaus terbentuk dalam diam. Namun bagi Firdaus, melindungi Kejora adalah misi utamanya kerana ada musuh sedang memerhati mereka dari jauh.  

Apakah rahsia yang disimpan Firdaus?

Benarkah Kejora adalah harimau jadian atau… lebih daripada itu…

Siapa Belati? Siapa Liar? Dan ada apa dengan Istana Jati? 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Romeo yang Hilang: Bab 22

DARINA melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka luas. Lalu dia menyambung langkah mendapatkan keretanya yang di parking di basemen itu. Tatkala dia menghampiri keretanya, dia terdengar beberapa detap kasut semakin lama semakin menghampirinya. Satu keluhan dilepaskan. Serentak dengan itu dia berpaling ke belakang. Kelihatan dua orang lelaki berpakaian segak, berkod hitam dan bertali leher berdiri di hadapannya. “ Bos korang nak jumpa?” Darina membuka mulut sebelum mereka berdua bersuara. Salah seorang daripada mereka laju memberikan reaksi dengan mengangguk. Dalam masa yang sama Darina terpandang sebuah kereta yang di parking tidak jauh dari keretanya. Tanpa buang masa dia segera mengorak langkah menghampiri kereta itu.

Romeo yang Hilang: Bab 24

KERETA yang dipandu oleh Raymon berhenti di tempat yang terselindung dengan semak samun. Tidak jauh dari situ terdapat sebuah kawasan yang dijadikan gelanggang bola keranjang.Apy Elina memerhati keadaan sekeliling. Siapa sangka, kawasan kilang terbiar ini dijadikan gelanggang bola keranjang. Belum pernah lagi dia jumpa golongan pemain jalanan seperti ini. Padanlah Adam hendak sangat dia ditemani dua orang bodyguard. Masuk sahaja ke kawasan ini, meremang bulu romanya. Dari dalam kereta, dia melihat sekumpulan budak remaja sedang bermain bola keranjang di gelanggang dan ada juga yang menjadi tukang sorak. Malah lagi meriah daripada perlawanan biasa. “ Boleh tahan juga tempat ni. Aman dan tenteram juga. Bebas dari bunyi bising. Tapi kenapa Adam kata tempat ni berbahaya?” soal Apy Elina yang hairan.

FINAL: MY LOVE

Hari ke 98. Blue memandang sayu potret gambar yang tergantung di dinding biliknya. Gambar mama dan papanya yang telah lama meninggalkannya. Dia hampir terlupa bahawa mereka adalah ibubapa kandungnya sehinggalah baru-baru ini dia teringatkan mereka. Kejam? Ah, dia tidak kisah kalau ada orang kata dia telah lupakan ibubapa kandungnya tapi itulah hakikatnya. Masa yang Allah S.W.T peruntukkan untuknya bersama dengan kedua ibubapa kandungnya terlalu singkat sehingga dia tidak ingat memori sewaktu ibubapanya masih hidup. Kedua ibubapanya meninggal dunia masa dia berumur 3 tahun. Apa yang dia ingat, masa tu mama menciumnya dan mengucupkan selamat tinggal. Papa pula berjanji nak beli anak patung banyak-banyak. Dan, dia berhenti menangis. Blue tersenyum kelat. Entahlah, macam mana dia boleh berhenti menangis bila papa menyogoknya dengan anak patung, dia sendiri tidak tahu mungkin dia memang seorang yang gila dengan anak patung. Tapi sejak tinggal dengan ibu, ibu tak benarkan dia menyimpan anak...