Romeo yang Hilang: Bab 19

 "Ah, mengantuknya!” keluh Apy Elina sambil menguap besar.
Mak cik, tutuplah mulut tu,” tegur Adam di sebelah. Dia yang sedang memandu itu, menutup mulut isterinya yang menguap besar dengan tangannya. Serentak itu, tangannya itu dipeluk erat.
Awak… saya lapar…”
Nak pergi makan ke?” tanya Adam menjeling tengok jam. Pukul 10.00 malam. Masih banyak lagi kedai makan yang masih buka.
Tak nak makan kat luar,” Apy Elina menggeleng.
Kalau tak nak makan kat luar. Kita makan kat dalam kedai.”

Dia buat lawak pula!”
Habis tu?”
Saya nak awak masak,” perlahan-lahan dia bersuara.
Mak cik…”
Ala, bolehlah. Dah lama saya tak merasa masakan awak. Masak burger telanjang pun tak kisah asalkan awak yang masak. Boleh ya?” pujuknya dengan berusaha membuat muka comel.
Burger telanjang?” Adam mengerut dahi.
Daging burger tanpa roti… itulah burger telanjang,” jawab Apy Elina sambil tersengih-sengih.
Adam hanya menggeleng. Pening betul dengan isterinya. Ada sahaja nama masakan baru yang diciptanya.
Boleh tak?”
Kalau kata tak boleh, ada pula yang mengigau tengah malam nanti,” balas Adam menjeling tajam.
Apy Elina tidak henti-henti tersenyum sejak tadi. Tidak lama kemudian, mereka sudah sampai ke rumah. Sebuah kereta CRV hitam turut berada di halaman rumah. Tahulah mereka yang Mellissa berada di rumah mereka sekarang.
Awak, saya rasa peliklah,” ujar Apy Elina seraya meleraikan tali pinggang keselamatan yang dipakainya.
Mmm… memang pelik pun. Malam-malam minta suami masakan burger telanjang. Macam ada apa-apa je,” balas Adam selamba.
Bukanlah!” tegas Apy Elina. Orang serius, dia buat lawak pula. “Ini pasal kakak awak tu.”
Kenapa?”
Awak tak rasa pelik ke? Dia datang Malaysia dengan tiba-tiba. Kalau dia datang sebab gosip Izwan, kenapa sampai sekarang masih tak ada progres lagi? Atau dia datang sebab lain?”
Jangan pandang rendah dengan Kak Mel. Dia tu nampak macam tak peduli tapi dalam diam dia tengah rancang rancangan yang kejam. Tunggu dan lihat sajalah.”
Cara awak cakap macam kakak awak tu, wanita paling kejam di dunia.”
Memang pun,” jawab Adam selamba lagi.
Apy Elina hanya menggeleng. Bercakap dengan suaminya memang payah. Payah nak kesan sama ada yang dicakapnya itu betul atau tipu. Setiap bait yang keluar ada maknanya sendiri. Kadangkala kena tipu hidup-hidup. Kadangkala pula menyesal percaya!
Tapi banyak yang dia tidak tahu tentang Mellissa sebenarnya. Adam pula banyak kali juga menasihatinya supaya berhati-hati dengan Mellissa. Alasannya langsung tidak diketahui. Mungkin ada sesuatu yang dia tidak tahu tentang Mellissa.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumahnya, dia melihat Mellissa sedang asyik merenung laptop di ruang tamu. Apabila kehadirannya disedari, menggelabah Mellissa menekan sesuatu pada laptopnya seperti menyembunyikan sesuatu yang diusahakan tadi.
Mellissa, aku nak pinjam laptop sekejap,” pinta Apy Elina. Lihat sahaja laptop itu, dia teringatkan peristiwa yang berlaku siang tadi di Arena.
Tak boleh. Aku ada masa selama 365 hari untuk cari calon suami sebelum umur aku bertambah lagi,” balas Mellissa selamba.
Apa dah jadi dengan Izwan?” Apy Elina cuba mengorek rahsia.
Jangan sebut nama dia. Hari-hari dia buat aku tension dengan gosip dia dengan perempuan plastik tu.”
Tapi kau mesti nak tengok CD ni,” kata Apy sambil menunjukkan sekeping CD kepada Mellissa.
Tontonan umum atau 18sx?”
Mmm… tengah-tengah. Hot and spicy. Mungkin.”
I like,” Mellissa tersenyum dan menghulurkan tangan meminta CD itu. CD bertukar tangan. Tanpa berlengah lagi dia segera memasang CD itu.
Apa ni?” soal Mellissa sebaik sahaja video itu bermula.
Tengok sajalah,” jawab Apy Elina di sebelah.
Dalam masa yang sama juga Adam melalui belakang mereka. Kakinya berhenti melangkah sebaik sahaja melihat video itu. Dengan jelas, dia melihat seorang lelaki mengalahkan beberapa orang pemain bola keranjang.
Wau, dia kalahkan semua orang dalam sekelip mata?” Mellissa terkejut.
Hebat bukan? Dapat kalahkan semua pemain kebangsaan, bukan calang-calang orang boleh lakukan begitu dalam masa yang singkat.”
Siapa dia?” soal Mellissa cuba meneliti rakaman itu sekali lagi.
Tak tahu. Dia ceroboh masuk dan pergi begitu saja.”
Motif?”
Apy Elina mengangkat bahu.
Mungkin dah bosan asyik main seorang diri…”
Mesti hidupnya sangat membosankan jadi cuba cari keseronokan,” balas Mellissa.
Mungkin,”Apy Elina mengangguk dan turut bersetuju. “Orang muda sekarang memang suka buat perkara yang diluar jangkaan semata-mata kerana hendak hilangkan bosan. Tengok gaya lelaki yang menceroboh masuk ke Arena itu, aku yakin, orang itu hanya mahu berseronok.”
Tapi dia handsome!” jerit Mellissa tiba-tiba.
Betul! Betul!” sokong Apy Elina begitu teruja.
Handsome?” Dahi Adam berkerut. Dia cuba teliti rakaman itu sekali lagi. Walaupun rupa lelaki misteri itu boleh dilihat dengan jelas tetapi dia kurang pasti yang mana datangnya handsome itu. Mata orang perempuan memang menakjubkan.
Ehem... ada orang cemburulah,” Mellissa ketawa mengekek.
Awak nampak macam baru putus cinta tapi cute!” balas Apy Elina menyakat suaminya. Memang dia sengaja cakap lelaki itu handsome. Yalah. Memang lelaki itu handsome pun. Tapi yang sebenarnya dia sengaja ingin menarik perhatian suaminya.
Ah, korang berdua ni. Menyampah aku tengok. Seorang gedik, seorang lagi cemburu. Lebih baik aku masuk bilik dan sambung mimpi malam tadi,” ujar Mellissa yang sudah berdiri bangun. Tanpa berlengah lagi dia segera berlalu dari situ.
Macam mana dia boleh ceroboh masuk dalam Arena?” tanya Adam, kali ini dengan nada yang serius.
Dia panjat pagar belakang,” jawabnya.
Kalau macam tu, lepas ni kita kena kaji semula keselamatan di Arena.”
Apy Elina mengangguk. Itulah Adam. Pantang bila ada sesuatu yang boleh mengancam nyawanya, dia pasti akan bertindak dengan cepat. Sistem kawalan keselamatan di Arena boleh dikatakan yang terbaik tapi bak kata orang, manusia pun ada kelemahan, apatah lagi sistem yang dibangunkan oleh manusia. Tapi bagi Adam, setiap kelemahan yang dikesan, dia pasti akan cuba perbaikinya secepat mungkin.
Awak rasa dia ceroboh masuk ke Arena sebab nak kalahkan semua pemain kebangsaan atau ada motif lain?” soal Apy Elina meminta pendapat.
Dah, tak payah fikir apa-apa lagi. Anggap saja mat gian datang melawat,” ujar Adam segera menutup laptop itu.
Mat gian datang melawat tu serius tau!” Apy Elina tidak puas hati. Selagi dia tidak dapat jawapan yang munasabah, selagi itulah dia tidak akan berhenti mempertikaiannya.
Sebab tulah kita kena tingkatkan keselamatan di Arena. Tapi sekarang ni, masa untuk berehat. Jangan fikir pasal kerja lagi, faham?” ujar Adam tegas.
Perlahan-lahan Apy Elina mengangguk. Nampaknya ini bukan masa yang sesuai untuk dia bertanyakan hal itu.


SELEPAS beberapa kali cuba menghubungi kembarnya, barulah panggilannya itu disambut. Payah betul hendak menghubungi ahli keluarga sendiri terutamanya kembarnya itu. Sibuknya kalah Perdana Menteri Malaysia. Setiap kali telefon mesti panggilan sibuk.
Untuk sekalian kalinya aku harap aku ada superpower yang boleh transport ke depan kau apabila kau malas nak jawab panggilan aku,” ujar Mellissa dengan geram.
Mujurlah kau tak diberikan super power macam tu. Kalau tak, buat pertama kalinya kau akan nampak kembar kau buang hajat.”
Eee… tak senonoh!”
Itulah. Lain kali sila berfikir positif sikit. Aku bukan kekasih sejati handset aku,” balas Adnan di hujung talian.
Ah, aku tak nak dengar kau merepek. Sekarang ni, kita ada masalah besar.”
Pasal orang yang ceroboh masuk Arena siang tadi?”
Kau tahu?” Mellissa sedikit terkejut. Berita ini baru sahaja dia dapat tahu tadi. Pantas sungguh kembarnya itu mendapatkan maklumat.
Berita macam ni dah tentulah aku tahu.”
Betul juga. Kembarnya itu memang banyak mata-mata. Dia jugalah yang paling pantas mendapatkan maklumat jika ada sebarang kejadian yang boleh mengancam keluarga mereka. Jadi, tak hairanlah kalau kembarnya itu tahu kejadian siang tadi.
Kau kenal budak tu?” soal Adnan.
Mungkin…”
Siapa?”
Aku tak boleh nak beritahu lagi. Aku nak pastikan dulu sama ada budak tu adalah orang yang sama…”
Walau apa pun, aku nak bagi amaran. Jangan bertindak terburu-buru.”
Kau macam tak percayakan aku…”
Bukan aku tak percaya tapi susah nak percaya. Kau mudah ikut perasaan.”
Yalah. Aku tahu! Kau ni macam Adam. Suka sangat membebel!”
Okeylah. Aku off dulu. Suara kau buat perut aku senak semula.”
Eee… tak senonoh! Pergilah lepaskan hajat kau tu!” tanpa berlengah lagi Mellissa segera menamatkan panggilan itu. Dia menghela nafas berat. Lalu dia mengorak langkah ke beranda luar.
Dari atas dia dapat melihat rumah Izwan dengan jelas. Tidak lama kemudian, kelihatan kereta Izwan mula dipandu masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu. Dia mengeluh lagi.

Macam mana kita nak bercinta macam orang biasa kalau keluarga aku masih kucar-kacir?” ujarnya sendirian.

6 si charming:

  1. Unknown berkata...:

    keciannya nk bercinta pn ssh byk sgt halangannya

  1. mia_edora berkata...:

    Sape lelaki tu??? Ape hubungan dya ngan adam... Nak tau... Best...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    kak slalu buat cerita yg penuh dgn suspen,hehehe...tp ksian dkt mellisa nk bcinta mcm org biase pn ssh...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Cerita nie Sgt best..sy x puas mbacanye ..terbaek..

  1. Yong berkata...:

    siapakah dia???hehe dah dpt tgk wajah tp masih tak xde org kenal n mell sendiri masih waswas,mmg lelaki misteri ni.
    rumah izwan dkt gan adam rupanya, makin kerap mell melawat cz nak tgk rumah izwan. xdpt tgk org, tgk rumah pun jadi. hehe

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages