SESEORANG UNTUK DINIKAHI, ANTASIA, HIKAYAT CINTA 2

Ta-da!!!



Alhamdulillah. Akhirnya, Seseorang untuk Dinikahi diterbitkan dalam versi novel ^_^

Mengenang kembali terciptanya SuD, memang banyak kenangan pahit dan manis. Dalam tempoh menulis manuskrip ni, komputer saya pernah rosak banyak kali. Nasib baik ada laptop HP yang kecil yang masih berfungsi lagi (malah berfungsi sampai sekarang). Menulis di laptop kecil membuatkan saya selalu pening kepala dan sakit mata. Namun, mujurlah abang saya pinjamkan CPU dia yang tidak digunakan lagi. Saat saya nak habiskan manuskrip ni, dugaan datang menimpa lagi apabila pendrive yang saya simpan manuskrip saya perlu diformat. Tapi mujurlah saya menulis dalam program Scrivener, jadi dapat diselamatkan sikit-sikit.

Seseorang untuk Dinikah adalah novel ke-4 bersama Fajar Pakeer. Kali terakhir novel saya diterbitkan adalah pada tahun 2012. Tahun 2013 memang tak de novel langsung. Sedih memang sedih tapi apa boleh buat, salah sendiri jugak hehe... Bila novel ni diterbitkan pada tahun Januari 2014, saya rasa bersyukur sangat.

Sejujurnya, saya rasa takut dengan SUD. Takut kalau cerita ini tidak menepati cita rasa anda. Takut kalau-kalau saya tak dapat puaskan pembaca yang sudah lama mengikuti enovel ini di blog. Apa pun saya sudah cuba yang terbaik. Saya minta maaf kalau ianya tak menepati cita rasa atau kepuasan anda. Jika ada sebarang komen, boleh emelkan kepada saya. Saya memang alu-alukan komen korang semua, kerana dengan komen, saya dapat memperbaiki kelemahan dan dikesan dan praktikkan untuk novel seterusnya ^_^

Untuk projek seterusnya, saya dalam proses menulis manuskrip Antasia: Pertarungan Terakhir. Proses menulis Antasia agak rumit sikit dan saya bahagikan kepada beberapa fasa. Buat masa ini saya masih belum tahu sama ada hendak terbitkan sendiri atau memberi kepada syarikat penerbitan lain untuk diterbitkan. Jadi, sementara ini saya tak memikirkannya lagi kerana apa yang penting adalah menulis manuskrip ini terlebih dahulu.

Selain Antasia, saya juga sedang menulis draf untuk Hikayat Cinta 2. Saya harap dapat siapkan sebelum bulan 6 nanti. Kemudian, saya akan post di blog setelah manuskrip penuh dihantar kepada publisher. Insyallah.

Berbalik pada SUD, terdahulu saya ingin mohon maaf sebab kali ini saya tak buka pesanan online. Bagi sesiapa yang berminat hendak mendapatkan novel ini, anda boleh dapatkan di kedai-kedai buku di seluruh Malaysia. Bagi yang rasa agak susah nak dapatkan novel ni di kedai, anda boleh beli secara online dengan Fajar Pakeer.

Buat masa ini, Fajar Pakeer sedang membuat promosi bagi novel keluaran Januari 2014. Berikut adalah butir-butir pembelian:



Untuk pesanan online harga pakej:
RM45 Semenanjung
RM50 Sabah/Sarawak

PESAN SEBELUM 27 JANUARI 2014

Cara-caranya:
1. Bank-in ke akaun Maybank Fajar Pakeer Sdn. Bhd. 514299127137
2. Kepilkan slip pembayaran berserta nama penuh, alamat, nombor telefon & e-mel ke order@fajarnovels.com.my

Add dan join Fajar Pakeer di Facebook untuk maklumat lanjut.






AKAN DATANG JANUARI 2014
Tajuk: SESEORANG UNTUK DINIKAHI
Penulis: RATU BULAN
Harga: RM26.00 / RM29.00
Penerbit: Fajar Pakeer

Jatuh cinta. Bercinta. Putus cinta. Bercinta kembali.

Itu sudah jadi rutin hidup Nur Arissa. Walaupun sudah banyak kali dikecewakan, tetapi dia tidak pernah membenci cinta atau menutup pintu hatinya. Dia tetap memburu cinta sejati kerana dia percaya, selagi ada usaha, dia tentu akan bertemu dengan cinta sejati. Namun, tanpa diduga, dia terjatuh cinta dengan sahabatnya sendiri, Nazwan Syah.

Cinta perlu dicari. Nak cari cinta kita perlu ada usaha. Macam mana nak berusaha? Itulah yang dikatakan memburu cinta. - Arissa.

Nazwan Syah bukan lelaki yang mudah untuk mencintai seseorang. Biarpun dia rapat dan baik dengan Arissa, tetapi itu bukan modal untuk Arissa memikat Nazwan. Apatah lagi cintanya itu sering ditentang oleh dua orang kawan mereka, Luqman dan Sarah, yang licik mengatur rancangan jahat mereka. Namun, Arissa tidak peduli. Dia terus melamar Nazwan sebagai kekasihnya.

“Nazwan, jom kita dating,” ujar Arissa tanpa berkias-kias lagi.
“Jangan setuju, Nazwan. Dia dah gila,” ujar Luqman mendesak Nazwan menolak.
“Jomlah dating,” ujar Arissa dengan manja separuh gedik.
“Okey,” jawab Nazwan pendek.
“What?” Sarah dan Luqman memandang Nazwan.
“Yes!” sorak Arissa gembira.

Namun, Nazwan tidak pernah serius. Setelah berlaku suatu insiden, kedua-dua keluarga berpakat hendak mengikat mereka berdua dengan tali pertunangan. Ketika pertunangan itu berlangsung, Nazwan mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Kecewa memang kecewa, tetapi Arissa tetap menjalani kehidupannya tanpa Nazwan di sisi.


Dua tahun berlalu, ketika hati semakin sembuh, muncul Mr. Iphone yang menceriakan hari-harinya. Dalam masa yang sama juga, Nazwan muncul semula dalam hidupnya. Mampukah cinta lama berputik kembali? Dan, apa yang Nazwan sembunyikan daripada Arissa selama ini?

8 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    yes...akhirnya terbit jugak...
    asyik baca yg kat blog ajer berulang kali..hehe

  1. Tanpa Nama berkata...:

    salam. nvl Hikayat Cinta 2 tu smbungan nvl Hikayat cinta ke?
    dh ada kat psrn ke?

  1. Tanpa Nama berkata...:

    cal mph td..sedihnya tader lg stok utk SUD...nk beli online cam lambat jer sampai...aaaa....

  1. Ross! berkata...:

    finally.......nak serbu kedai buku!!! 😉

  1. Miza Eija berkata...:

    Dah oder dengn FP!!! NGeeee... tahniah RB ^___^

  1. cumie berkata...:

    Akhirnya... akan ku serbu kedai buku pada hari sabtu nanti heheh

  1. Tanpa Nama berkata...:

    akhirnya nnt leh peluk arissa...SUD..:)

  1. Tanpa Nama berkata...:

    macam mane nak order online ngan FP...saya cari tak der pulak senarai SUD ni

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages