Langkau ke kandungan utama

Catatan

Romeo yang Hilang: Bab 18

KELUAR sahaja dari bilik cikgunya, telefon bimbitnya berbunyi. Dia tersenyum apabila melihat nama Adam tertera di skrin. Adam memang jarang menghubunginya waktu siang begini melainkan kalau ada hal penting. Ini tidak lain dan tidak bukan mesti berita Arena diceroboh tadi sudah sampai ke pengetahuan Adam. Maklumlah Adam memang ada banyak mata-mata di sini. Tanpa berlengah lagi dia segera menjawab panggilan itu. “ Baguslah kau telefon aku. Jimat sikit bil telefon aku,” ujar Izwan. “ Apa dah berlaku?” tanya Adam serius. “ Ada orang ceroboh masuk tapi tak serius sangat.”

Romeo yang Hilang: Bab 17

 " Tak dapat tangkap dia. Dia berjaya melarikan diri tapi saya dapat tangkap nombor plat motor yang dia parking di luar Arena,” kata Izwan sambil menunjukkan gambar yang ditangkap menggunakan telefon bimbitnya tadi. Tanpa berlengah lagi dia segera memajukan gambar itu kepada Apy Elina. Beberapa saat kemudian telefon bimbitnya menerima gambar yang dihantar oleh Izwan tadi. Dia dapat lihat dengan jelas, seorang lelaki sedang membonceng motorsikal dalam gambar itu. Jadi, apa yang mereka beritahu tadi memang betul. Seorang lelaki menceroboh masuk ke dalam dewan gelanggang dan mencabar para pemain yang ada di situ. Seorang lelaki! Ini betul-betul membuatnya angin satu badan!

Romeo yang Hilang: Bab 16

“ CIKGU , kita dah sampai,” suara Izwan kedengaran di sebelah. Apy Elina lantas membuka mata. Sedar-sedar sahaja dia sudah berada di hadapan pintu depan Arena. “ Hah? Dah sampai? Berapa trafic light yang awak langgar tadi? Cepatnya kita sampai.” Rasanya macam baru tadi dia masuk ke dalam kereta. “ Jalan tak sesak memanglah cepat,” jawab Izwan.

Romeo yang Hilang: Bab 15

APY ELINA menguap kepenatan. Dia bukan sahaja penat tapi mengantuk juga. Semuanya gara-gara tengok wayang bersama dengan suaminya malam tadi. Taubat dibuatnya. Selepas ini dia tidak akan mengajak atau memaksa suaminya tengok wayang lagi. Mana tidaknya, orang lain hanya tengok satu filem, mereka pula menonton beberapa filem sepanjang malam. Akibatnya, bangun pagi dia terasa dunianya berpusing 180 darjah. Tidur pun hanya dua jam. Tapi yang pelik, suaminya langsung tidak mengantuk. Malah segar seperti biasa.

Romeo yang Hilang: Bab 14

“ MAK CIK , nak pergi reunion ke nak pergi mengorat bekas pelajar awak tu?” tanya Adam yang memandangnya semacam sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam perut kereta. “ Kenapa? Saya nampak sangat comel yang luar biasa ke?” soal Apy Elina hairan. Rasanya dia tidak memakai pakaian yang menjolok mata atau bermekap seperti badut sarkas. Dia seperti hari-hari biasa. “ Bibir tu. Pekat sangat gincu tu. Macam mintak orang cium saja,” nada suaminya tidak puas hati. Macam nada cemburu pun ada. “ Ah, fobia awak dah mula dah,” keluh Apy Elina sudah dapat tangkap apa yang tidak kena dengan suaminya itu.