Langkau ke kandungan utama

Catatan

Romeo yang Hilang: Bab 16

“ CIKGU , kita dah sampai,” suara Izwan kedengaran di sebelah. Apy Elina lantas membuka mata. Sedar-sedar sahaja dia sudah berada di hadapan pintu depan Arena. “ Hah? Dah sampai? Berapa trafic light yang awak langgar tadi? Cepatnya kita sampai.” Rasanya macam baru tadi dia masuk ke dalam kereta. “ Jalan tak sesak memanglah cepat,” jawab Izwan.

Romeo yang Hilang: Bab 15

APY ELINA menguap kepenatan. Dia bukan sahaja penat tapi mengantuk juga. Semuanya gara-gara tengok wayang bersama dengan suaminya malam tadi. Taubat dibuatnya. Selepas ini dia tidak akan mengajak atau memaksa suaminya tengok wayang lagi. Mana tidaknya, orang lain hanya tengok satu filem, mereka pula menonton beberapa filem sepanjang malam. Akibatnya, bangun pagi dia terasa dunianya berpusing 180 darjah. Tidur pun hanya dua jam. Tapi yang pelik, suaminya langsung tidak mengantuk. Malah segar seperti biasa.

Romeo yang Hilang: Bab 14

“ MAK CIK , nak pergi reunion ke nak pergi mengorat bekas pelajar awak tu?” tanya Adam yang memandangnya semacam sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam perut kereta. “ Kenapa? Saya nampak sangat comel yang luar biasa ke?” soal Apy Elina hairan. Rasanya dia tidak memakai pakaian yang menjolok mata atau bermekap seperti badut sarkas. Dia seperti hari-hari biasa. “ Bibir tu. Pekat sangat gincu tu. Macam mintak orang cium saja,” nada suaminya tidak puas hati. Macam nada cemburu pun ada. “ Ah, fobia awak dah mula dah,” keluh Apy Elina sudah dapat tangkap apa yang tidak kena dengan suaminya itu.

Romeo yang Hilang: Bab 13

Pesan Hikayat Cinta ialah naluri, kerana itu kita tidak tahu mengapa kita mencintai seseorang – Usmal. PAGI-PAGI lagi Apy Elina menerima kejutan. Satu kejutan yang tidak disangka-sangkanya. Hampir satu setengah bulan dia terpaksa tinggalkan Arena itu seketika dan apabila kembali bekerja semula bagaikan satu hadiah diterimanya. Seorang gadis yang solekkannya macam opera Cina sudah menunggu di ruang menunggu pejabatnya. Dia kenal sangat-sangat dengan gadis itu. Malah, namanya juga dia ingat lagi. Rohana. Cuma yang buat dia tidak faham, mimpi apa pula yang menyebabkan gadis itu ada di pejabatnya. Lantas dia bertanyakan hal itu.

Romeo yang Hilang: Bab 12

GAMBAR perempuan! Apy Elina menjeling tengok ke arah helaian-helaian kertas yang terkeluar dari fail suaminya yang diletakkan di atas meja makan. Dia tak mampu menahan diri membelek helaian itu. Tambahan pula beberapa gambar itu cantik pula orangnya! Tergugat juga hati seorang isteri! “ Apa ni?” tanya Apy Elina kepada suaminya. “ Resume.” “ Untuk apa?” tanya Apy Elina sambil membelek lagi. Kebanyakan pemohonnya adalah perempuan. Semuanya cantik-cantik belaka. Masih muda-muda lagi.