Langkau ke kandungan utama

Catatan

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 17

“ Gunakan Asha untuk tarik perhatian Nazwan?” Sarah bagaikan tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut teman lelakinya. Entah dari mana idea itu datang. Walaupun Asha memiliki nama yang sama dengan arwah rakannya, tetapi dia kenal dengan sepupunya itu. “ Kenapa?” tanya Luqman. “ Dia sepupu aku,” jawab Sarah tidak tahu bagaimana hendak terangkan kepada Luqman. “ Aku tak nampak apa kaitannya kenapa kau tak setuju,” ujar Luqman lagi. “ Mestilah ada kaitan. Dia sepupu aku dan aku tak nak libatkan dia dalam hal ni. Lagipun dia tinggal di UK. Walaupun dia suka datang Malaysia tapi dia lebih suka menetap di sana,” tambah Sarah. “ Jadi?” tanya Luqman lagi. “ Jadi, takkan kau tak faham lagi? Dia dah ada kehidupan dia sendiri dekat UK. Aku tak dapat bayangkan Nazwan suka dengan hubungan jarak jauh. Dengan kata lain, Asha dengan Nazwan... takkan berjaya,” ujar Sarah dengan penuh yakin.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 16

Nazwan menggeliat membetulkan otot-ototnya sambil menghirup udara segar di balkoni biliknya pada pagi itu. Rasanya macam sudah lama dia tidak menghirup udara segar padahal baru sehari dia terlantar demam di atas katil. Semuanya Arissa punya pasal. Sampai sekarang dia tidak faham kenapa boleh jadi begini. Arissa bukan kembarnya. Malah tiada pertalian darah dengan keluarganya. Arissa hanyalah jirannya. Jadi, sepatutnya perkara aneh begini tidak akan terjadi. Dia mula perasan pekara itu pun selepas setahun berkawan dengan Arissa. Dalam setahun itu, Arissa memang banyak kali demam. Selepas Arissa demam, barulah dia jatuh sakit untuk sehari dua. Perkara yang sama berulang-ulang sehinggalah Luqman mula perasan akan hal itu. Disebab itulah Luqman selalu tuduh Arissa ahli sihir.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 15

PERLAHAN-LAHAN Nazwan mencelik matanya. Siling bilik tidurnya di pandang kabur. Pandangannya juga seperti melayang-layang. Pada masa yang sama, sakit kepalanya datang menerjah lagi. Lantas dia memejamkan matanya. Setelah peningnya semakin berkurangan, barulah dia kembali mencelik matanya semula. Selepas seketika, pandangannya mula dapat fokus. Dia mengalihkan pandangannya ke arah sofa panjang yang terletak tidak jauh dari katilnya. Kelihatan tubuh Luqman sedang berbaring di situ. Dia tertanya-tanya, sudah berapa lama dia tertidur. Handsetnya yang terletak bersebelahan dengan katilnya dipandang. Nazwan mengerah semua tenaga yang dia ada untuk bangun mencapai handsetnya. Setelah dapat barang yang diinginkan, dia kembali berbaring di katil.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 14

MEMANG masak. Balik sahaja dari rumah Arissa, dia terpaksa menghadap neneknya seorang diri dalam bilik. Dua jam kena ceramah perdana cukup buat dia rasa terseksa. Bermacam-macam soalan yang dikemukan oleh neneknya. Umpama polis menyoal siasat penjenayah pun ada. Namun, Nazwan dapat menjawab dengan tenang. “ Kamu sukakan dia?” tanya Puan Azizah kepada cucunya. Nazwan menggeleng. “Tak,” jawabnya pendek. “ Habis tu kenapa pula kamu gatal-gatal dukung dia tadi?”

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 13

JANTUNGNYA seakan terhenti seketika mendapati Nazwan betul-betul berada di hadapannya sekarang. Arissa buntu. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Bermacam-macam persoalan muncul di mindanya. Bagaimana Nazwan boleh berada di situ. Apa yang Nazwan buat di situ sedangkan kuliah sedang berjalan. Mustahil Nazwan mengekorinya sejak awal pagi tadi. Mustahil. Dia seratus peratus pasti tiada sesiapa yang mengekorinya sejak dari awal pagi tadi. “ Err... Nazwan, apa kau buat di sini?” tanya Arissa dalam diam mencubit lengannya. Sakit. Ini bermakna dia tidak bermimpi. Nazwan memang betul-betul wujud di hadapannya sekarang dan lelaki itu sedang merenungnya dengan tajam.