“Kau
tengok apa tu? Tolonglah aku,” ujar Arissa kepada Fazira yang
berdiri kaku melihatnya bersusah payah mengangkat bagasi turun
tangga.
“Kau
betul-betul nak pergi reunion atau lari dari rumah ni?” soal Fazira
hairan.
“Tak
payah nak perli aku. Cepat tolong aku!” arah Arissa dengan tegas.
Fazira segera
memberikan pertolongan kepada Arissa dengan mencapai sebuah bagasi
yang tidak kurang beratnya. Sememangnya dia sedia maklum yang Arissa
akan pergi ke reunion tu selama dua hari. Sebab itulah dia terkejut
apabila melihat Arissa membawa dua bagasi macam hendak pergi bercuti
selama-lamanya. Tapi memandangkan dia teramat kenal dengan bekas
kakak tirinya itu, tutup mata ajelah.
“Ah,
ada barang yang terlupa nak bawa,” kata Arissa yang teringatkan
sesuatu yang belum dia masukkan dalam beg. “Fazira, bawa beg ni
turun. Ada barang tertinggal kat bilik.”
“Hah?”
Fazira terkejut dengan tindakan Arissa yang menolak satu lagi bagasi
kepadanya. Belum sempat dia mencapai bagasi itu, Arissa sudah
meninggalkan bagasi itu. Apa lagi, bagasi Arissa itu jatuh melunsur
laju hingga ke bawah sehingga menyebabkan bagasi itu terbuka.
“Ahhh...
Fazira!” tengking Arissa yang hanya mampu melihat bagasi miliknya
terjatuh dikaki tangga rumahnya. Barang-barang dalam bagasi itu turut
tercicir dengan berselerakan di setiap anak tangga.
“Jangan
salahkan aku. Kau tu yang kelam-kabut sangat,” ujar Fazira yang
tidak ambil peduli.
“Hisy,
tak pasal-pasal kena kemas!” marah Arissa dengan mengatur langkah
menuruni anak tangga. Sambil itu dia mengutip pakaian-pakaiannya yang
kecil-kecil tercicir di anak tangga itu.
“Apa
hal ni?” tanya satu suara yang tidak asing lagi dalam rumahnya itu.
“Ya Allah... kenapa boleh jadi macam ni?” tanya Mama Fiza, wanita
yang pernah menjadi isteri ayah Arissa dan ibu tiri Arissa. Kini,
selepas mereka bercerai, Arissa tetap mengekalkan hubungan baik
dengan ibu tirinya.
“Fazira
tu...,” tuduh Arissa sambil mengemas pakaian yang berselerak tadi
masuk ke dalam bagasi.
“Yalah.
Semua salah aku,” ujar Fazira malas hendak layan Arissa. Makin
dilayan makin tension jadinya.
“Tahu
tak pe,” balas Arissa puas hati.
“Hai
Nazwan. Tolong jaga bekas kakak tiri aku. Pastikan dia tak buat
sesuatu yang memalukan kami sekeluarga,” ujar Fazira yang terlihat
kelibat Nazwan di meja makan.
“Aku
tahu jaga dirilah! Kau ingat aku ni...,” kata-kata Arissa terhenti.
Otaknya cepat memproses maklumat. “Nazwan?” Lantas dia
memalingkan kepalanya memandang sekeliling. Kemudian, pandangannya
tertumpu pada kelibat seseorang di meja makan.
Dia
pandang Nazwan. Nazwan pandang dia. Kemudian Arissa memandang
tangannya yang penuh dengan pakaian kecilnya. Lagi sekali Arissa
memandang Nazwan. Nazwan masih memandangnya atau lebih tepat
memandang tangannya. Serentak itu, pipinya terasa panas.
“Nazwan!
Janganlah pandang lagi!!!” jeritnya hampir bergegar rumah itu.
Sumpah,
dia terasa dimalukan.
***
“Jadi,
kau nak beritahu aku kenapa aku perlu temankan kau ke reunion ni?”
tanya Nazwan yang sedang memandu. Sesekali dia menjeling ke arah
Arissa yang dari setengah jam tadi asyik mengunyah tidak henti-henti
di sebelahnya.
“Sebab
aku perlukan teman,” jawab Arissa seperti acuh tidak acuh. Sambil
bercakap sambil itulah mulutnya mengunyah keropok yang sempat
dibelinya semalam. Dia sememangnya akan mengunyah kalau menaiki
kereta untuk perjalanan jauh.
“Aku
percaya kau perlukan teman tapi itu bukan jawapan utama kau,” ujar
Nazwan sekali lagi mendesak Arissa. Walaupun dia jarang berkomunikasi
dengan Arissa tapi dia amat mengenali perangai Arissa. Pastinya ada
sesuatu yang telah dirancang oleh Arissa.
“Tak
ada apa. Aku saja nak ajak kau,” jawab Arissa lagi.
“Arissa,
kau tahu tak aku tengah memandu ni?” tanya Nazwan.
“Mestilah.”
“Kalau
kau nak tahu, orang yang tengah memandu ni boleh ambil simpang keluar
dari highway ni dan patah balik ke rumah.”
“Jangan!”
Pantas Arissa membantah.
“So,
beritahu cepat,” ujar Nazwan yang sengaja memberikan isyarat dan
memandu kereta ke kiri lagi 500 meter hendak masuk ke persimpangan
Bukit Beruntung.
Arissa
menghela nafas berat.
“Mmm...
baiklah. Aku ingat nak beritahu kau kat sana nanti tapi kau dah
tanya, jadi aku beritahu ajelah,” kata Arissa sambil mengikat
plastik keropok yang dimakan tadi dengan getah. Kemudian, dia
membetulkan kedudukannya supaya dapat berhadapan dengan Nazwan.
“Dulu, masa sekolah menengah kat sana, ada seorang budak lelaki ni.
Namanya Aidil. Aku memang minat gila-gila kat dia. Dia macam prince
charming. Dia handsome, popular dan pandai pula tu. Dia... sempurna!
Perempuan mana yang tak cair. Masa aku bernekad nak luahkan perasaan
padanya, aku dapat tahu dia ada teman wanita. Sudah tentulah aku
kecewa. Walaupun aku suka sangat memburu cinta tapi aku bukan jenis
perempuan yang akan menghancurkan kebahagiaan orang lain. Jadi, apa
yang aku buat, just move on. Aku percaya pada takdir dan jodoh yang
dah ditetapkan. Kalau ada jodoh, aku dengan dia akan bertemu lagi dan
pada masa tu aku akan pastikan aku tak akan lepaskan peluang yang
datang. Jadi... inilah masanya,” terang Arissa panjang lebar.
“Jadi,
kau dapat tahu yang dia masih single dan cuba masuk line?” teka
Nazwan.
“Yup.
Pandai pun!”
“Jadi,
apa fungsi aku? Aku tak nak jadi teman lelaki kau dengan tiba-tiba.”
“Maksud
kau, aku akan paksa kau jadi teman lelaki aku untuk ambil perhatian
Aidil supaya dia cemburu?” teka Arissa sedikit terkejut.
“Mungkin,”
jawab Nazwan. Hanya itu yang difikirkannya sekarang. Arissa memang
terlampau banyak sangat taktik yang tersembunyi. Macam Luqman kata,
silap hari bulan dia pula yang termasuk perangkap cinta Arissa.
Tiba-tiba
dia dikejutkan dengan gelak ketawa Arissa.
“Kenapa
kau gelak?”
“Nazwan,
kau lahir zaman apa ni? Siapa yang akan tertipu dengan taktik murah
macam tu? Orang zaman sekarang tak guna taktik macam tu semata-mata
nak dapatkan perhatian lelaki apatah lagi nak buat lelaki yang belum
tentu sukakan kita cemburu dengan kita,” ujar Arissa yang masih
ketawa.
“Kalau
macam tu... apa fungsi aku?” tanya Nazwan yang benci mendengar
tawaan Arissa. Nama sahaja perempuan tapi ketawa kalahkan puntianak
mengilai.
“Aku
jawab kau jangan marah ya,” ujar Arissa yang sudah berhenti ketawa.
Dia memandang Nazwan dengan serius.
Pada
masa itu Nazwan mula rasakan dia sebahagian daripada rancangan Arissa
memikat lelaki. Kalau bukan dipaksa jadi teman lelaki Arissa, pasti
lebih teruk. Tiba-tiba dia teringatkan tekaan Luqman semalam.
“Perogol
upahan,” kata Luqman sambil memetik jari. “Cuba kau fikir,
walaupun Arissa suka bersosial tapi dia takkan pergi bersosial kalau
tak ada manfaatnya. Dia single. Aku rasa dia memang nak pergi memburu
cinta dan orang yang diburu tu ada di reunion tu nanti.”
“Kalau
dia nak pergi buru cinta buat apa dia bawa aku?” soal Nazwan tidak
dapat terima tekaan Luqman itu.
“Sebab
tulah aku kata perogol upahan. Kau akan jadi perogol upahan dia,”
ujar Luqman. “Dia pastinya akan suruh kau perpura-pura nak rogol
dia dan dalam masa yang sama, mangsa pemburu cinta dia ada
berdekatan. Macam dalam filem. Hero akan selamatkan heroin.”
“Imaginasi
kau sangat kreatif,” ujar Nazwan sambil bertepuk tangan.
Itu
perbualan malam tadi. Bagi Nazwan, imaginasi Luqman terlampau
kreatif. Kalau Luqman menulis novel sudah tentu laku keras. Tapi,
bila sebahagian daripada apa yang Luqman teka itu betul... dia mula
rasa tidak sedap hati.
“Kenapa
aku perlu marah?” tanya Nazwan menyembunyikan perasaannya. Sambil
itu dia memasuki lorong kiri. Kalau apa yang Luqman beritahunya
semalam betul, dia akan terus pecut masuk simpang seterusnya.
“Kau
memang kawan yang sangat baik. Aku tahu, aku pasti akan mengecewakan
kau lepas apa yang aku cakap ni tapi aku tak suka buat kau
tertanya-tanya.”
“Arissa,
cakap ajelah.”
“Fungsi
kau sebenarnya sebagai...”
Nazwan
menelan air liur.
“Pemandu
dan pandu arah!” ujar Arissa yang berusaha untuk meluakannya.
“Hah?!”
terkejut Nazwan mendengarnya.
“Maaf!”
ucap Arissa lantang. “Papa tak bagi aku memandu jauh. Dia kata
kalau aku nak pergi ke reunion tu mesti ada orang lain bawa aku dan
yang penting orang tu mestilah lelaki. Aku tak ada kawan lelaki lain
selain kau. Bekas boyfriend aku semua dah ada life sendiri. Hanya kau
seorang yang aku terfikir. Jangan marah ya!”
“Aku
ingat apalah tadi,” keluh Nazwan lega.
“Kenapa
kau nampak cemas saja? Kau ingat aku nak buat apa?” tanya Arissa.
“Tak
ada apa.”
“Ni
mesti Luqman sengaja nak takutkan kau lagi,” kata Arissa yang dapat
rasakan ada sesuatu yang tidak kena. “Entah apalah yang dia
fikirkan kali ni.”
“Err...
Zakri macam mana?” tanya Nazwan sengaja mengubah topik perbualan.
Kalau dibiarnya, pasti Arissa akan mendesak dia memberitahu apa yang
Luqman imaginasikan semalam.
“Zakri?
Kenapa dengan dia?” tanya Arissa semula.
Nama
lelaki sudah lama disimpan dalam stor bekas-bekas teman lelakinya.
Entah apa pula mimpi Nazwan bertanya tentang Zakri. Selama ini Nazwan
tidak pernah ambil tahu pun tentang lelaki-lelaki yang menjadi
kekasihnya. Ini kali pertama.
“Yelah.
Dulu kau kata, kau bukannya berpisah dengan dia tapi melepaskan dia.
Walaupun aku rasa perkataan berpisah dan melepaskan tu lebih kurang
sama tapi aku tak faham kenapa kau mesti nak memburu cinta lagi?”
“Ohhh...,”
Arissa mengangguk faham. “Abaikan apa yang kau tak faham kau tu.
Pendek kata, kami dah tak ada apa-apa hubungan. Lagipun dia dah ada
teman wanita baru.”
“Hah?”
terkejut Nazwan mendengarnya.
“Kenapa
kau terkejut sampai macam tu?” tanya Arissa yang nampak tenang.
“Diakan handsome. Sudah tentulah dia mesti dapat kekasih baru kat
sana. Siap dapat orang putih lagi.”
“Kenapa
aku tengok kau tenang saja?” tanya Nazwan.
“Sebab
masa dia naik kapal terbang je, aku dah buat keputusan tak nak tunggu
dia. Jadi, tak ada sebab aku perlu jadi macam perempuan lain putus
cinta. Lagipun, aku tak pernah menangis bila putus cinta. Bagi aku,
aku mungkin gagal sekarang tapi gagal tak bermakna aku perlu menangis
tak henti-henti dan tunggu seorang putera raja muncul hadapan aku.
Cinta perlu dicari. Nak cari cinta kita perlu ada usaha. Macam mana
nak berusaha? Itulah yang dikatakan memburu cinta,” terang Arissa
panjang lebar.
“Sekarang
baru aku tahu... kau memang unik,” ujar Nazwan yang sebenarnya
tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Arissa tadi. Falsafah
cinta Arissa memang diluar jangkaannya.
“Sebab
aku nak jadi seseorang untuk dicintai!”
Nazwan
sekadar mampu menggeleng.
***
“Kau
memang manusia yang tak berhati perut! Sanggup kau buat aku macam ni?
Aku doakan kau takkan dapat hidup bahagia selamanya, Arissa!”
“Arissa!”
Arissa
tersentak dan terus membuka mata. Dia dapat rasakan badannya yang
seram sejuk dan berpeluh. Jantungnya berdegup laju. Matanya meliar
memandang sekeliling. Beberapa saat kemudian barulah dia menghela
nafas lega apabila menyedari dia hanya bermimpi.
“Kenapa
dengan kau?” tanya Nazwan di sebelah.
“Ah!”
Sekali lagi Arissa terkejut dan hampir menjerit. “Nazwan,”
keluhnya sekali lagi mengurut dada. Nasib baiklah jantungnya masih
sihat. Kalaulah jantungnya macam jantung papanya, sudah lama dia
mengucapkan selamat tinggal kepada dunia ini.
“Lain
kali jangan kejutkan aku macam ni boleh tak?” marahnya.
“Kalau
aku tak kejutkan, kau akan mati dalam kereta ni. Kau nak ke?” kata
Nazwan.
“Mati?
Kenapa pulak?”
“Itu
pun nak tanya lagi ke? Kita dah sampai. Kau nak aku biarkan kau
seorang diri tidur dalam kereta ni lepas tu biar kau mati dalam ni?”
tambah Nazwan lagi.
“Eee...
janganlah kata sesuatu yang menakutkan macam tu,” marah Arissa
lagi. Tapi hanya sekejap saja. Setelah dia menyedari yang kereta yang
dipandu oleh Nazwan sudah sampai ke resort yang menjadi tempat
perjumpaan itu, dia kembali gembira. “Yahooo... dah sampai. Terima
kasih Nazwan sebab jadi juru pandu arah aku.”
“Mmm...,”
balas Nazwan yang acuh tak acuh.
“Ahh...
dah lama tak balik Perak! Teluk Batik, aku datang!!!” jerit Arissa
sebaik sahaja menghirup udara luar. Sudah lama rasanya dia tidak
menghirup udara yang segar seperti itu.
“Kalau
dah tahu rindu kampung sendiri kenapa kau tak pindah je ikut papa
kau?” tanya Nazwan yang sudah memunggah bagasi-bagasi dari bonet
keretanya.
“Kau
ni dah jadi macam Luqman pulak. Banyak soal. Aku memang rindukan
Perak tapi aku lagi rindukan kehidupan aku kat Kuala Lumpur,” ujar
Arissa yang tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.
“Arissa?”
sapa seseorang dari belakang. Arissa terus berpaling.
“Melati!!!”
jerit Arissa dengan mesra sambil melulu ke arah seorang gadis
bertudung litup yang menegurnya tadi. “Aku rindukan kau!”
“Arissa,
aku tak boleh bernafas,” kata Melati cuba meleraikan pelukan
Arissa.
“Oh,
maaf. Aku terlampau gembira sangat dapat jumpa kau,” kata Arissa
serentak melepaskan pelukannya yang kuat tadi. Dia memandang kawan
baiknya dengan menghadiahkan senyuman mesra. “Tak sangka kita dapat
jumpa lagi, kan? Berapa tahun hah kita tak jumpa?”
“Baru
dua bulan. Kau tak ingat ke yang kau balik sini sebab perasmian
resort aku?”
“Ehhh...
lupa!” dia menepuk dahinya. “Tapi kenapa aku rasa macam dah lama
tak balik sini, hah?”
“Siapa
tu? Boyfriend?” tanya Melati yang mula menyedari kehadiran lelaki
di tempat parking resort yang diusahakannya itu.
“Nazwan
Syah. Kawan merangkap pemandu arah aku ke sini. Nazwan, kenalkan ini
Melati. Dialah pemilik resort ni,” ujar Arissa dengan penuh
bersemangat.
“Kau
tak perlulah kenalkan aku sampai macam tu sekali,” ujar Melati
menepuk bahu Arissa.
“Hehe...
oh ya, siapa yang dah datang? Aidil ada?” tanya Arissa sambil
menarik Melati menghala ke pintu hadapan resort rakannya itu sambil
meninggalkan Nazwan bersama bagasi-bagasi miliknya.
“Pemandu
arah. Sepatutnya kena tambah satu lagi. Orang gaji Arissa,” keluh
Nazwan yang tidak pasal-pasal kena menarik kedua-dua bagasi Arissa.
***
“Ini
kunci kau. Aku dah pujuk kawan aku supaya sediakan satu bilik kelas
pertama yang ada pemandangan yang cantik khas untuk kau,” kata
Arissa memberikan kunci bilik kepada Nazwan yang menunggu di lobi.
Nazwan
menyambut kunci yang diberi tanpa banyak cakap. Harap-harap apa
usulkan tadi dikotakan Arissa. Dia hanya mahu duduk di dalam bilik
dan buat hal sendiri. Dia juga tidak mahu masuk campur atau dipaksa
berjumpa dengan kawan-kawan Arissa.
“Terima
kasih ya Nazwan. Aku sayang kau,” ujar Arissa lagi.
“Aku
tak suka kau cakap macam tu....”
Arissa
sekadar tersenyum.
“Okey
Arissa, apa lagi yang kau tak beritahu aku?” tanya Nazwan yang mula
rasakan dia berada dalam perangkap Arissa.
“Err...
tak banyak. Aku cuma perlukan muka kau yang handsome tu aje.”
“Hah?”
Arissa
pantas menarik Nazwan membelakangkan kaunter.
“Okey,
kau ada nampak tak perempuan yang pakai skrit pendek dekat kaunter
tadi?” tanyanya. Sempat juga Nazwan berpaling memandang seorang
gadis yang dimaksudkan oleh Arissa.
“Apa
pulak kali ni?”
“Nama
dia agak panjang sampai aku dah lupa tapi orang panggil dia Nana. Dia
tu akan jadi pesaing utama aku dalam memburu cinta Aidil. Dia
sebenarnya bukan satu kelas dengan aku tapi bila dapat tahu Aidil
akan turut serta dalam reunion ni, dia gedik-gedik berbaik dengan
Melati dan suruh Melati ajak dia sekali. Eee... menyampah! Jadi, aku
perlukan khidmat kau untuk alihkan pandangan dia daripada Aidil.”
“Jadi,
maksudnya aku perlu pikat dia.”
Arissa
mengangguk.
“Arissa,
bukan ke aku dah kata....”
“Please...,”
pujuk Arissa dengan muka sedihnya.
“Kau
tahukan, walaupun muka kau bertukar jadi comel macam kucing, aku
tetap tak akan tolong kau.”
“Tolonglah
Nazwan. Kali ini sahaja. Selepas ni, aku janji aku takkan ganggu
hidup kau.”
Nazwan
mengeluh berat.
“Kenapa
kau yakin sangat yang dia akan pandang aku?”
“Aku
yakin sebab kau lagi handsome daripada Aidil,” kata Arissa cuba
memujuk Nazwan lagi. “Please....”
Sekali
lagi Nazwan mengeluh.
“Okey,
apa yang perlu aku buat?”
Senyuman
Arissa terus muncul.
“Pandang
dia dan kenyit mata.”
“Hah?”
Arissa
mengangguk laju menandakan dia yakin Nana akan jatuh dalam
perangkapnya nanti.
“Kali
ni saja,” kata Nazwan menghela nafas panjang.
“Sedia?”
tanya Arissa.
Nazwan
mengangguk.
“Okey,
aku akan pastikan dia pandang kita. Lepas tu kau kenyit mata ya!
Kenyit mata dengan penuh perasaan macam hero dalam filem cinta.”
“Tahu,”
balas Nazwan merelakan sahaja apa yang dipinta oleh Arissa. Kenyit
mata sahaja. Lepas ini, kalau Arissa minta tolong lagi, jangan
haraplah dia hendak tolong.
“Melati!”
jerit Arissa. Serentak itu semua mata yang berada di lobi memandang
ke arah mereka. Melati yang sedang menolong pekerjanya bertugas di
kaunter berpaling. Begitu juga dengan Nana yang turut berada di situ.
“Aku
rasa aku tak nak bilik nilah. Aku nak bilik yang boleh nampak
pemandangan laut,” ujar Arissa memulakan rancangannya.Sambil itu
dia mengorak langkah ke kaunter dan berharap Nazwan memainkan peranan
seterusnya.
Nazwan
hanya sekadar memerhati langkah Arissa dari jauh. Dalam pada itu dia
perasan yang dia menjadi perhatian gadis cantik bernama Nana itu.
Mereka berpandangan agak lama sebelum Nana mengukir senyuman.
Menyedari Arissa memandang ke arahnya, Nazwan lantas membalas
senyuman Nana dengan kenyitan yang menggoda.
Selepas
itu, dia cepat-cepat mencapai begnya dan berlalu pergi meninggalkan
Arissa dan Nana kaget serta-merta dek kerana kenyitan mata Nazwan.
Sudah!
Sihir apa yang dia bagi kat aku tadi? Bisik hati Arissa yang merasai
degupan jantungnya semakin pantas.
clap2 ^^ lain pula yg jd kt arissa haha :P nex2 ~.^ :hee: