Arissa
mengukir senyuman gembira. Sejak tadi, senyumannya tidak pernah
lekang dari bibirnya. Hidupnya umpama sang puteri yang disayangi oleh
rakyat jelata. Dia tidak menyangka perjumpaan itu sengaja diatur
oleh Melati yang ingin memberikan kejutan untuk majlis hari jadinya.
Sejujurnya,
dia sendiri tidak perasan bahawa hari ini merupakan hari bersejarah
dalam hidupnya. Dia dilahirkan ke dunia ini pada hari ini dalam 21
tahun yang lalu. Pada hari ini juga dia kehilangan ibunya 21 tahun
yang lalu. Disebabkan itu dia tidak suka menyambut hari jadinya. Ini
kali pertama, dia menghargai hari yang menjadi sejarah ini.
Malah,
dia tidak menyangka Melati yang merancang semua ini masih ingat lagi
janji yang mereka buat suatu ketika dahulu.
“Aku
tak sangka kau masih ingat janji aku dulu,” kata Arissa yang
melihat gambar yang ditangkap ketika dia sedang memotong kek.
“Bukan
ke aku dah kata, aku akan tuntut janji tu,” ujar Melati.
“Dah
21 tahun. Aku tak percaya. Aku tak pernah terfikir nak sambut hari
jadi aku sejak aku dapat tahu yang mama aku meninggal dunia selepas
melahirkan aku. Menyambut hari jadi membuat aku rasa macam merayaikan
hari pemergiannya.”
“Kau
marahkan aku ke sebab rancang semua ni?” soal Melati. “Kalau kau
marah, maaflah ya.”
“Kenapa
aku perlu marah sedangkan kau dah buat sesuatu yang terbaik untuk
aku?” balas Arissa dengan senyuman manis. “Memang aku benci
sambut hari lahir tapi bila difikir balik aku tak boleh jadi macam ni
selamanya. Aku perlu berubah dan memikirkannya dari sudut positif.
Lagipun bila aku tengok kawan-kawan sekolah yang datang sini
semata-mata nak support aku... aku rasa terharu,” tambah Arissa
lagi.
“Kami
sentiasa ada bersama kau sebab kaulah ketua kelas yang paling cool di
dunia!”
“Cool
la sangat,” ketawa Arissa mendengarnya.
Kemudian,
dia mengalihkan pandangannya ke arah Aidil yang sedang berbual-bual
dengan rakan-rakan lelaki yang lain. Rasanya macam tidak percaya
apabila melihat kebanyakan rakan-rakan sekolahnya sudah pun membawa
haluan sendiri.
Ada
yang masih belajar. Ada yang sudah berkahwin. Ada yang memulakan
perniagaan sendiri seperti Melati. Masing-masing ada cerita
tersendiri. Walaupun tidak sampai dua jam dia bertemu dengan
rakan-rakan sekelasnya tapi dia dapat mengumpul banyak perihal
tentang mereka. Cuma seorang sahaja dia masih lagi tidak berani ingin
menyapa.
Aidil.
“Dah
lama ke kau kenal Nazwan tu?” tanya Melati tiba-tiba.
“Kenapa
kau tanya macam tu?” tanya Arissa sekali gus mengalih perhatiannya.
“Tak
adalah. Aku tengok macam dah lama je kau kawan dengan dia.”
“Memang
pun. Sejak aku berpindah ke Kuala Lumpur masa Tingkatan 3, aku dah
kenal dia. Dia tinggal di sebelah rumah aku. Kebetulan papa aku
memang baik dengan keluarga nenek dia. Jadi, kami selalu berjumpa.
Dia juga satu universiti dengan aku,” terang Arissa secara ringkas.
“Takkan
kau tak ada apa-apa dengan dia?” tanya Melati.
Pertanyaan
Melati itu membuatkan Arissa ketawa terbahak-bahak.
“Aku
dengan Nazwan?” Dia ketawa lagi.
“Lucu
sangat ke?”
“Memang
lucu. Aku tak tahu macam mana nak terangkan tapi pendek kata, kami
dari dunia yang berbeza,” terang Arissa. “Dia ada dunianya dan
aku ada dunia aku. Aku tak dapat bayangkan kalau dunia kami
bertembung. Mungkin hidup aku akan jadi hura-hara. Entah. Susah nak
cakap. Lebih baik kami begini.”
“Mmm...
mungkin aku tersilap tengok apa yang berlaku tadi,” ujar Melati
agak kecewa.
“Tengok?
Tengok apa?” tanya Arissa.
“Masa
dia pujuk kau tadi...,” kata-kata Melati terhenti apabila menyedari
ada seseorang berdiri di tepi meja mereka. Masing-masing mendongak
dan tidak menduga kehadiran Aidil itu.
Arissa
lebih menggelabah apabila Aidil kini berada di hadapannya. Dia tidak
tahu apa yang patut dilakukannya apabila Melati sengaja memberikan
ruang kepada Aidil dengan meminta diri berlalu dari situ.
Kini,
hanya dia dengan Aidil. Duduk berdua-duaan walaupun masih ramai lagi
yang berada di kawasan kolam renang itu. Kekuatan Arissa yang selama
ini berani menghadapi setiap lelaki yang diburunya, kini hilang
dengan tiba-tiba. Dia jadi buntu. Tidak tahu bagaimana hendak
berhadapan dengan Aidil.
“Err...
saya minta maaf tentang siang tadi. Saya tak sangka... awak dah
banyak berubah,” ujar Aidil memulakan bicara. Mendengar Aidil
bersuara, barulah Arissa ada sedikit kekuatan hendak bertentangan
mata dengan Aidil.
“Nampak
sangat ke saya berubah banyak?” tanya Arissa memberanikan diri
bertanya.
Aidil
mengangguk.
“Serius.
Saya memang langsung tak kenal awak tadi. Macam mana awak boleh
jadi...,” Aidil tidak meneruskan pertanyaan itu tapi Arissa dapat
meneka apa yang ingin ditanya oleh Aidil.
“Saya
jadi kurus macam ni?” tanya Arissa. “Saya sendiri kurang pasti
tapi rasanya sebab saya terlampau banyak sangat ke hulu ke hilir
kejar lelaki untuk dijadikan boyfriend,” jawab Arissa selamba.
“Hah?”
“Saya
gurau,” kata Arissa. “Tapi sejujurnya ada kena mengena dengan
lelaki. Pertama kali saya bersekolah di Kuala Lumpur, saya ada suka
seorang lelaki tu. Saya luahkan perasaan padanya. Dia kata dia hanya
akan terima saya apabila saya dapat turunkan berat badan dalam masa 3
bulan. Saya boleh dikatakan berjaya tapi malangnya dia dah ada teman
wanita.”
“Okey...,”
Aidil mengangguk faham. “Tentang apa yang awak kata siang tadi....”
“Memang
betul,” jawab Arissa. “Saya sukakan awak sejak kita Tingkatan 1
lagi. Tapi masa saya nak luahkan perasaan saya, awak dah ada teman
wanita lain. Sekarang, bila saya dapat tahu awak masih single, saya
datang untuk pikat awak semula,” ujar Arissa meluahkan tanpa
berkias-kias lagi.
“Wau,”
Aidil kelihatan tidak terkata. Barangkali terkejut dengan kenyataan
Arissa itu.
“Saya
tahu. Saya memang seorang yang lebih suka berterus terang tentang
perasaan saya. Saya tak kisah apa yang orang nak cakap pasal saya.
Asalkan saya tahu apa yang saya buat,” terang Arissa lagi.
“Saya
faham,” jawab Aidil. “Sebenarnya, saya pun ada sesuatu nak
beritahu awak.”
“Berita
baik ke?” tanya Arissa tersenyum.
“Mungkin.
Awak tahu tak kenapa saya berada di sini?”
“Ohh...
saya mula terperasan yang awak sengaja datang sebab nak jumpa saya,”
ujar Arissa mula menggedik.
“Tak,”
balas Aidil menafikannya.
“Aduh,
hancur hati saya,” ujar Arissa menyembam muka pada meja.
Aidil
sekadar mengukir senyuman. Senyuman Aidil sedikit sebanyak membuatkan
dia kembali mengangkat kepala dan menghadap Aidil dengan senyuman.
“Saya
sengaja datang sini sebab selain nak jumpa rakan-rakan sekolah yang
dah lama tak jumpa, saya juga nak bercuti tenangkan diri di sini,”
ujar Aidil memberitahu tujuan sebenarnya.
“Awak
ada masalah?”
“Pada
mulanya tapi selepas berjumpa dengan awak, saya rasa saya tahu apa
yang patut saya buat,” ujar Aidil lagi. Arissa mengerut dahi.
Kurang faham. “Masa mula-mula kita berjumpa siang tadi, awak buat
saya rasa tercabar bila awak berterus-terang depan saya yang awak
sukakan saya. Sama juga macam awak luahkan tadi.”
“Ohhh...
jadi itu maknanya... awak masih single tapi not available?” teka
Arissa.
Aidil
sekali lagi mengukir senyuman.
“Ohh...
melepas...” ujar Arissa kembali menyembam muka ke atas meja.
***
“Jadi,
awak jatuh cinta dengan tomboy. Disebabkan dia tu kasar dan selalu
cari pasal dengan awak, jadi awak takut nak luahkan perasaan
padanya,” kata Arissa yang mengulang kembali secara ringkas apa
yang diceritakan oleh Aidil tadi kepadanya.
“Mmm...,”
Aidil mengangguk.
Arissa
mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di pantai bersama-sama Aidil
sambil mendengar masalah cinta Aidil. Walaupun dia berasa kecewa
apabila Aidil sudah mempunyai seseorang untuk dicintai tetapi Arissa
tetap melahirkan rasa simpati terhadap apa yang dialami oleh Aidil.
Dia tidak sangka, lelaki yang dia rasa sempurna juga mempunyai
kelemahan. Dan kelemahan Aidil adalah takut meluahkan perasaan cinta
terhadap perempuan yang dicintai.
“Dia
lain sikit. Bila saya dengan dia, dia lebih menonjol sebagai lelaki.
Memang dilema kalau bersama dengannya tapi....”
“Tapi
awak tetap sukakan dia walau siapa pun dia?” teka Arissa.
Aidil
mengangguk.
“Dia
pula macam mana?” tanya Arissa.
“Macam
biasa. Mungkin dia anggap saya sebagai kawan,” keluh Aidil.
“Macam
saya cakap tadi, awak takkan tahu apa perasaannya kalau awak masih
takut nak luahkan perasaan. Saya tahu, kebanyakan orang lebih suka
memendam perasaan dan berharap sesuatu keajaiban berlaku pada
sesebuah hubungan tapi tak semua akan mengalami nasib yang sama.
Contohnya macam saya, saya beritahu awak secara terang-terang yang
saya sukakan awak. Awak tolak saya mentah-mentah. Walaupun saya agak
kecewa, tapi sekurang-kurangnya saya tak perlu bazirkan masa saya
dengan buat sesuatu yang bodoh semata-mata nak ambil perhatian awak,”
terang Arissa.
“Tapi
tak semua orang seberani awak,” balas Aidil.
“Mmm...
betul juga. Setiap orang ada keberaniannya yang tersendiri. Tapi,
saya nak tanya awak, apa yang awak dapat kalau awak masih memendam
perasaan?” tanya Arissa.
Kedengaran
keluhan berat daripada Aidil.
Arissa
membuka mulut untuk bersuara lagi tetapi tidak berbuat demikian
apabila terdengar sesuatu di hadapan mereka. Suasana pantai yang
malap menyukarkan dia melihat dengan jelas.
“Bunyi
apa tu?” tanya Arissa.
Mereka
berjalan ke hadapan, ke arah unggun api yang dihidupkan di tempat
yang agak tersorok. Selama beberapa minit mereka berjalan, akhirnya
Arissa dapat mendengar dan melihat dengan jelas. Terdapat dalam 10
orang lelaki sedang melompat-lompat keriangan.
“Macam
orang mabuk je,” kata Arissa.
“Bukan
macam tapi dah memang mabuk pun. Jom pergi dari sini,” ajak Aidil
yang mula rasa tidak sedap hati.
Arissa
tidak membantah. Namun, sebaik sahaja mereka berpaling ingin berpatah
balik, mereka dikejutkan dengan kehadiran dua orang lelaki yang
berdiri tidak betul. Di tangan mereka terdapat botol arak yang
tinggal sedikit air di dalamnya.
“Ee...,”
Arissa menutup hidungnya yang tidak selesa dengan bau arak itu.
“Hai
cik adik,” sapa si pemabuk yang menghalang pergerakan mereka. Salah
seorang daripada mereka menarik tangan Arissa, tanpa berlengah lagi
Arissa menolaknya dengan kasar.
“Perempuan
tak guna!” ujar seorang lagi pemuda yang mabuk itu sambil membaling
botol kaca ke arah Arissa.
Arissa
yang terkejut itu tidak sempat melarikan. Dia hanya mampu melindungi
dirinya dengan membelakangkan tubuhnya dan menanti dihentam oleh
botol kaca itu.
“Arissa!”
suara Aidil kedengaran. Arissa tidak tahu apa telah berlaku
seterusnya, sedar-sedar sahaja dia menyedari Aidil melindungnya
daripada dihentam botol kaca itu.
“Aidil!”
jerit Arissa apabila ternampak kesan darah pada kepala Aidil yang
terkena balingan botol kaca tadi. Tanpa berlengah lagi, Arissa pantas
mencapai handsetnya dan mendail nombor telefon Nazwan.
Baru
beberapa deringan, panggilannya disambut. Tanpa mukadimah, Arissa
lantas bersuara, “Nazwan! Tolong aku. Tolong aku... Aidil...
dia...,” Arissa tidak dapat meneruskan perbualannya apabila salah
seseorang daripada rakan mereka yang dilihatnya dari unggun api tadi
sudah menghampiri mereka dan menarik lengannya dengan kasar.
“Arghhh!!
Lepaslah...!” bentak Arissa garang. Serentak itu, handsetnya
dirampas dan dipijak oleh sekumpulan pemuda mabuk itu dengan kasar.
Arissa
semakin takut. Lagi takut apabila dia melihat Aidil sudah tidak
sedarkan diri dengan darah pekat mengalir keluar. Pemuda-pemuda yang
mabuk itu pula semakin semakin hilang sifat kemanusiaan mereka.
***
Nazwan
bergegas mengambil lif turun ke tingkat bawah. Sambil menunggu lif
turun ke bawah, sambil itulah dia mendail nombor telefon Arissa.
Panggilan tidak dapat disambungkan. Dia mula risau akan sesuatu yang
buruk terjadi terhadap Arissa.
Terbuka
sahaja pintu lif, Nazwan berlalu keluar dan menghala ke kolam renang.
Kelihatan, beberapa petugas resort sedang mengemas sekitar kawasan
itu. Itu menunjukkan bahawa perjumpaan itu sudah berakhir. Matanya
meliar mencari seseorang yang dia kenal dan akhirnya dia ternampak
Melati yang turut menolong pekerja-pekerjanya mengemas tempat itu.
Tanpa berlengah lagi dia terus mendapatkan Melati.
“Nampak
Arissa?” tanya Nazwan.
“Ah,
Nazwan. Awak buat saya terkejut,” keluh Melati sambil mengurut
dada.
“Nampak
Arissa tak?” tanya Nazwan.
“Err...
dia kata dia nak jalan-jalan dengan Aidil dekat pantai,” kata
Melati.
“Pantai?”
Tanpa berlengah lagi Nazwan segera berlari keluar menuju ke pantai.
“Hei!
Kenapa?” Melati turut mengejar Nazwan.
Kalau
Nazwan tergesa-gesa macam orang gila mencari Arissa, sudah tentu ada
sesuatu yang buruk telah berlaku. Akhirnya dalam masa beberapa minit
mereka tiba di pantai. Keadaan pantai agak kelam dan sunyi. Hanya
kedengaran bunyi ombak menghempas pantai.
“Mana
dia pergi?” tanya Nazwan memandang sekeliling. Tiada langsung
kelibat orang di pantai.
“Kenapa
dengan Arissa?” tanya Melati separuh nafas. Mengejar Nazwan hampir
membuatkan dia semput.
“Apa
tu?” tanya Nazwan yang terlihat cahaya seperti cahaya unggun api
yang terselindung sedikit dari pantai itu. Tanpa berlengah lagi dia
segera berlari ke sana. Melati yang baru sahaja hendak menghirup
udara, terpaksa berlari mengejar Nazwan yang pantas ke hadapan.
“Arrghhh!!!”
kedengaran jeritan perempuan sebaik sahaja Nazwan semakin hampir ke
arah cahaya tadi.
“Arissa!!”
Dia kenal suara itu. Larian Nazwan semakin laju dan akhirnya dia
dapat melihat lebih 10 orang pemuda sedang berkerumum menghadap
sesuatu. Dan suara jeritan Arissa semakin jelas kedengaran.
***
Arissa
memeluk tubuhnya. Dia buntu bagaimana hendak menyelamatkan diri.
Semua pemuda mabuk tadi sudah pun mengepungnya. Dia tidak mampu
melepasi kepungan mereka. Mereka bagaikan zombie yang bila-bila akan
menerkam mangsa mereka tanpa belas kasihan. Walaupun mereka mabuk
tapi tenaga kelakian mereka masih kuat.
“Arissa!!”
tiba-tiba terdengar satu suara memanggilnya.
“Nazwan?”
Arissa berharap dia tidak bermimpi.
“Arissa!!”
panggil suara itu lagi.
Sah!
Itu suara Nazwan.
“Nazwan!”
serentak itu, keberaniannya datang. Arissa lantas menghampiri seorang
daripada mereka dan menyepak celah kangkang lelaki itu sehingga
pemuda itu tumbang. Namun, rakan-rakan pemuda itu mula bertindak lagi
ganas apabila mula memegangnya secara kasar.
Arissa
cuba melepaskan diri tapi belum sempat dia hendak menyepak senjata
sulit lelaki itu, lelaki itu sudah pun jatuh ditumbuk oleh Nazwan.
Kehadiran Nazwan bagaikan hero itu membuatkan Arissa terpukau.
“Arissa...
kau tak apa-apa?” sapa Melati kepada Arissa.
Arissa
tidak menjawab sebaliknya matanya tidak berkelip melihat Nazwan
menewaskan pemuda yang mabuk itu. Walaupun mereka mabuk tapi mereka
tetap agresif melawan Nazwan. Bagaimanapun Nazwan yang pernah
mempelajari karate di sekolah dahulu, mematahkan setiap serangan
mereka.
“Melati,”
sapa Arissa yang masih terlepas memandang Nazwan. “Aku rasa aku nak
tarik balik apa yang aku cakap tadi.”
“Mmm?”
Melati tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Arissa.
“Mungkin
dunia aku akan hura-hara selepas ni,” ujar Arissa sambil mengukir
senyuman melihat Nazwan menewaskan kesemua pemuda mabuk yang
menganggu dirinya tadi.
yeahhhhh!!hero da mai..haha