Seseorang untuk Dinikahi: Bab 10
ditulis oleh
RATU BULAN NOVELIS
pada
Ahad, Mac 24, 2013
“Aku
tak tahu apa yang ada dalam kepala kau sampai kau tak boleh berfikir
dengan waras. Couple dengan Arissa? Itu satu-satunya keputusan yang
aku sangat tak jangkakan selepas kau kata kau tahu apa yang kau
buat,” kata Luqman yang terus mendapatkan Nazwan sebaik sahaja
turun dari keretanya.
“Rileks,”
jawab Nazwan tenang. Dia yang ingin membuka pintu pantas dihalang
oleh Luqman yang menutup pintu rumah mereka kembali.
“Rileks?
Kau suruh aku rileks selepas kau bersetuju couple dengan Arissa?”
marah Luqman. “Apa yang dah berlaku dekat kau masa di Teluk Batik?
Kau pasti kau dah ceritakan semuanya pada aku?”
“Pasti.
Semuanya,” jawab Nazwan. Lantas dia membuka pintu utama dan tanpa
berlengah lagi melangkah masuk ke dalam rumahnya.
“Habis
tu, boleh kau terangkan apa yang buat kau berani sangat nak couple
dengan Arissa?” tanya Luqman sambil mengekori Nazwan. Nazwan masuk
ke dapur dia masuk ke dapur. Nazwan minum air, dia pun minum air.
Begitu juga Nazwan yang mencapai sebiji epal, dia pun capai sebiji
epal.
“Nazwan
couple dengan Arissa?” tanya Puan Latifah yang entah dari mana
munculnya. Dari raut wajahnya, dia kelihatan terkejut dengan apa yang
didengarnya.
“Ya.
Memang mengejutkan. Tapi lagi mengejutkan Nazwan dah jatuh cinta
dengan Arissa,” ujar Luqman.
“Aku
tak kata aku dah jatuh cinta dengan dia,” jawab Nazwan
memperbetulkan dakwaan Luqman tadi. “Aku couple dengan dia tak
bermakna aku dah jatuh cinta dengan dia tapi cuma nak kenal dia.”
“Habis
tu, selama ni kau tak kenal dia?” tanya Luqman tidak puas hati.
“Luqman,
biar Nazwan habis cakap dulu,” tegur Puan Latifah. Kadangkala dia
tidak suka dengan mulut anak lelakinya yang suka serang orang dengan
soalan-soalan yang tidak puas hati. Entah perangai siapalah yang
diikutnya.
“Tak
ada apa nak dicakapkan lagi,” ujar Nazwan sebelum mengorak langkah
berlalu dari situ.
Luqman
mengeluh berat.
“Entah
sihir apa yang Arissa bagi kat Nazwan sampai budak tu buat keputusan
drastik macam tu. Couple dengan Arissa? Takkan la dia tak tahu yang
Arissa tu dasar playgirl tak sedar diri,” ujar Luqman menggigit
epal merah dengan geram.
“Luqman,
terimalah kenyataan. Tiada seorang manusia pun dapat ubah takdir yang
telah ditetapkan. Bersedialah untuk terima Arissa dalam keluarga ni,”
ujar Puan Latifah sambil menepuk bahu anak lelakinya itu.
Belum
sempat Luqman ingin membalas, Puan Latifah lantas mengangkat kaki
berlalu dari situ. Dia menghela nafas panjang. Kusut mindanya
memikirkan keputusan yang Nazwan buat tadi. Dia masih lagi tidak
faham dengan alasan yang Nazwan beri kepadanya tadi.
“Nak
kenal Arissa?” ulangnya sambil berfikir.
Rasanya
masing-masing sudah kenal perangai Arissa sejak dari awal mereka
berkenalan dengan Arissa lagi. Masing-masing tidak tahan dengan
perangai Arissa yang selalu merosak kehidupan gembira mereka.
Kemunculan Arissa buat dunia mereka berdua terumbang ambing. Entah
apa lagi yang Nazwan ingin kenal lagi.
“Ahhh...
boleh meletup kepala aku memikirkan hal ni,” keluhnya. “Kali ni
semuanya bergantung pada Sarah.”
***
Sarah
menahan geram di hati. Dari tadi puas dia membebel supaya Arissa
melupakan hasrat untuk memikat Nazwan. Malangnya, Arissa bagaikan
masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Apa yang dibebelkannya
langsung tidak dapat mematahkan semangat Arissa apabila Arissa asyik
memikirkan baju apa yang perlu dipakai untuk janji temu yang pertama.
“Arissa...
kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?” kata Sarah menahan geram.
“Mmm...
aku patut beli baju baru. Semua baju-baju aku dah ketinggalan zaman,”
ujar Arissa yang sambil memandang almari bajunya. Begitu banyak baju
di dalam almari itu tetapi dia dapati tiada satu pun yang sesuai
untuk janji temu kali ini.
“Arissa!
Kau dengar tak!” jerit Sarah sudah hilang sabar.
“Dengar.
Dengar,” jawab Arissa terperanjat.
“Kalau
dengar, kau tahu apa yang kau kena buat?” tanya Sarah.
“Mmm...,”
Arissa mengangguk. “Aku mesti berusaha untuk memikat Nazwan supaya
dia jatuh cinta dengan aku!” ujar Arissa dengan penuh bersemangat.
“Arissa...
bukan tulah!!!” sekali lagi Sarah menjerit kemarahan. “Tolonglah
jangan main-main dengan aku lagi. Nazwan tu kawan kita. Aku ulang
sekali lagi. Dia tu kawan kita! Kalau kau nak main-main, carilah
lelaki lain. Jangan hancurkan hati Nazwan, faham?!”
“Mana
ada aku nak hancurkan hati dia. Aku cuma nak pikat dia je,” balas
Arissa selamba.
“Tapi
dia tu kawan kita,” kata Sarah lagi.
“Mmm...
aku tahu. Apa salahnya. Lagipun aku fikir, lebih baik kalau aku
bercinta dengan kawan lelaki sebabnya, kalau dah namanya kawan, dia
mesti sudah tahu apa yang aku suka, apa yang aku tak suka. Aku jugak
tak perlu berterus terang pada dia yang aku dah banyak kali bercinta
dan putus cinta. Kalau aku terserempak dengan ex-boyfriend aku, aku
tak akan ada rasa teragak-agak nak kenalkan dia dengan ex-boyfriend
aku. Dia juga takkan rasa cemburu sebab dia kenal aku sebelum ini.
Ahhh... inilah percintaan aku yang sempurna!” ujar Arissa laju
macam kereta api.
“Arissa....”
“Jangan
risau Sarah,” ujar Arissa sekali gus membuatkan Sarah terdiam. “Aku
tahu dia kawan kita jadi aku akan cuba buat yang terbaik. Lagipun,
aku juga macam perempuan lain. Macam kau juga. Nak merasa cinta
sejati.”
“Arissa,”
tiba-tiba Sarah berasa kasihan dengan nasib Arissa.
“Oleh
itu, tolonglah setuju dengan keputusan aku. Aku janji, aku tidak akan
sia-siakan peluang keemasan ini. Nazwan akan jadi kekasih terakhir
aku. Tolonglah,” ujar Arissa merayu kepada Sarah dengan mata yang
bersinar-sinar.
“Tidak!”
ujar Sarah tegas sambil menolak kepala Arissa ke kiri. Dia tidak
sanggup memandang mata Arissa. Betul kata Luqman selama ini. Arissa
bagaikan ahli sihir yang akan menyihir sesiapa sahaja yang menghalang
rancangannya. Dia hampir-hampir jatuh ke dalam perangkap Arissa tadi.
“Kenapa?”
tanya Arissa dengan wajah minta kasihan.
“Sebab
Nazwan kawan kita. Takkan itu pun aku nak ulang banyak kali,” balas
Sarah sudah naik geram. Cakap dengan Arissa macam cakap dengan benda
yang tidak bernyawa.
“Huh,
bagi alasan lain. Kalau kau bagi aku 10 sebab yang kukuh kenapa aku
tak boleh couple dengan Nazwan, aku akan pertimbangkan amaran kau
tu,” ujar Arissa mencabar Sarah.
Sarah
menghela nafas panjang.
“Baiklah.
Kau dah bersedia nak dengar?” tanya Sarah.
Lantas
Arissa mengangguk.
“Pertama
sebab kau masih tak matang. Kedua, sebab perangai kau macam
budak-budak yang tak cukup umur. Ketiga, kau tak layak bercinta.
Keempat, kau bukan jenis yang Nazwan suka. Kelima, kau gedik dan
menjengkelkan. Keenam, kau langsung tak ada ciri-ciri perempuan untuk
dicintai. Ketujuh, kau bukan dilahirkan untuk Nazwan. Kelapan, kau
tak pernah setia pada cinta. Kesembilan, kau memang nak mempermainkan
hati lelaki dan kesepuluh, kau bukan dilahirkan untuk Nazwan,” ujar
Sarah tanpa teragak-agak lagi.
Arissa
menghempas tubuhnya ke tilam lalu menekap mukanya pada bantal
kesayangannya sebaik sahaja habis mendengar Sarah menyenarikan 10
sebab yang diminta tadi. Tiba-tiba sahaja semangatnya yang tinggi
mengunung tadi sudah jadi rata dalam sekelip mata.
“Aku
seteruk itukah?” ujar Arissa sambil menumbuk-numbuk tilam katilnya
yang empuk. Menyesal dia suruh Sarah menyenaraikan 10 sebab. Tidak
pasal-pasal dia hilang harapan.
“Sebab
tulah aku suruh kau lupakan Nazwan,” ujar Sarah semakin yakin yang
dia akan berjaya padam api semangat Arissa selamanya. “Kau nak
dengar sebab lain lagi ke? Aku boleh senaraikan 100 lagi sebab,”
tambahnya lagi.
“Tak,
aku tak boleh begini,” ujar Arissa tiba-tiba bangun dari baringnya.
“Demi cinta sejati aku terhadap Nazwan, aku perlu kuat. Kalau aku
tak kuat, sampai bila pun aku takkan dapat tawan hati Nazwan.
Walaupun aku agak teruk tapi aku percaya, seteruk mana seseorang
manusia kalau cinta tu cinta sejati, pasti akan bersama juga! Yeah!
Berusaha Arissa. Kau boleh buat!” ujar Arissa bersemangat
menasihati dirinya sendiri.
“Budak
ni...,” keluh Sarah yang tidak tahu bagaimana hendak mematikan
semangat Arissa lagi. Semakin lama dia cuba, semakin menyala api
semangat Arissa. Akhirnya, dia yang menyerah kalah.
***
Pintu
diketuk dari luar. Nazwan yang baru sahaja membersihkan diri, membuka
pintu biliknya yang dikunci dari dalam. Pada awalnya dia tidak mahu
membuka tetapi apabila mendengar suara Puan Latifah, barulah dia
berani membuka pintu. Buat masa ini, dia perlu mengelak daripada
berjumpa dengan Luqman. Bukan apa. Dia sudah tidak larat hendak
mendengar siaran ulangan dari mulut Luqman. Lagi-lagi pasal keburukan
Arissa ataupun sengaja ingin menakutkannya dengan kenyataan yang
tidak masuk akal. Kena sihirlah. Kena ilmu hitamlah. Penat telinganya
mendengar.
“Boleh
Mama Tifa masuk?” tanya Puan Latifah.
“Mmm...,”
dia mempersilakan Puan Latifah masuk. Ibu saudaranya itu lantas
mendapatkan kerusi di meja tulis Nazwan. “Tentang Arissa?” tanya
Nazwan yang dapat meneka tujuan ibu saudaranya ke biliknya.
Puan
Latifah mengangguk.
“Bukan
ke Mama Tifa yang kata, kita patut baginya peluang,” ujar Nazwan.
“Ya,”
balas Puan Latifah. “Tapi, bukan cara begini.”
“Cara
macam ni?” tanya Nazwan tidak faham.
“Nazwan,
Mama Tifa pun pernah jadi remaja. Pernah juga bercinta dan putus
cinta. Pernah dikecewakan. Kamu takkan dapat sembunyikan semua tu
daripada Mama Tifa. Apa yang kamu buat sekarang merugikan diri
sendiri.”
“Apa
yang Mama Tifa cakap ni?” tanya Nazwan tidak faham.
“Natasya,”
ujar Puan Latifah pendek.
Nazwan
tersentak apabila nama Natasya disebut. Sudah sekian lama nama itu
berkubur dari ingatannya. Bila nama itu disebut, dia mula
terkenangkan gadis yang pernah bertakhta di hatinya.
“Kenapa
dengan Natasya?” tanyanya cuba menyembunyikan perasaannya pada
ketika itu.
“Jangan
samakan Arissa macam Natasya.”
“Naz
tak faham apa yang Mama Tifa nak sampaikan,” ujar Nazwan mula tidak
selesa dengan perbualan itu.
“Kamu
faham,” balas Puan Latifah dengan senyuman penuh rahsia. Seperti
tahu apa yang sudah berlaku. “Mama Tifa takkan menghalang apa yang
kamu nak buat tapi Mama Tifa harap kamu tak mencabar cinta Arissa,”
nasihat Puan Latifah sebelum meminta diri. Namun, bila sampai di
depan pintu Nazwan, dia sekali lagi bersuara, “Nazwan, lupakan apa
yang berlaku malam tu. Jangan simpan dendam tu lagi.”
Nazwan
sekali lagi terkejut. Dia memandang Puan Latifah yang hanya tersenyum
sebelum hilang di sebalik pintu. Senyuman ibu saudaranya itu seakan
hendak beritahunya yang dia tahu apa yang sudah berlaku pada malam
Natasya meninggal dunia.
Selepas
Mama Tifa keluar dari biliknya, Nazwan menghempas tubuh ke tilam
katil yang empuk. Dia mengeluh berat. Tidak lama kemudian, handsetnya
berbunyi. Panggilan masuk daripada Arissa. Dengan nafas berat, dia
menjawab panggilan itu.
“Nazwan,”
suara ceria Arissa menyapa telinganya.
“Mmm...,”
jawab Nazwan yang berat hendak bersuara.
“Kau
belum tidur lagi?” tanya Arissa.
Nazwan
menjeling jam yang di letak di dinding biliknya. Lagi lima minit
hendak pukul 7.00 malam. Pasti semua jam di rumah Arissa sudah rosak
sampai tanya soalan yang tidak masuk akal itu.
“Kau
nak apa?” tanya Nazwan.
“Nazwan,
rasanya kita perlu berbincanglah. Tentang kita.”
“Mmm...,”
Nazwan juga terfikir begitu.
“Jadi,
kita jumpa esok ya!”
“Okey.”
“Nazwan,”
panggil Arissa lagi. “Esok kita pergi U sama-sama ya.”
“Okey,”
jawab Nazwan pendek.
“Nazwan,”
Arissa memanggil namanya lagi.
“Mmm?”
“I
love you!” ucap Arissa terus mematikan talian.
Dia
tersenyum kelucuan. Comel juga!
***
Dari
sebalik pintu bilik Arissa yang terbuka, Sarah dapat melihat ragam
Arissa yang berguling-guling kegembiraan selepas bercakap dengan
seseorang melalui telefon tadi. Dia tidak dapat dengar dengan jelas
seluruh perbualan itu tetapi dapat mendengar ucapan di akhir
perbualan itu.
“Nazwan,
I love you!”
Dia
masih lagi tidak dapat terima apa yang didengarnya tadi. Dia tidak
tahu apa yang sudah terjadi sampai Arissa jatuh cinta dengan Nazwan.
Selama ini Arissa yang berkawan dengan Nazwan tidak pernah nampak
Nazwan sebagai lelaki yang perlu untuk dicintai. Takkan hanya kerana
Nazwan menyelamatkan Arissa tempoh hari, kawannya itu boleh jadi
kemaruk cinta. Dia percaya, pastinya ada udang di sebalik batu.
Sesiapa
yang menjadi teman lelaki Arissa, pasti akan mendapat nasib yang
sama. Ditinggalkan. Sebelum perkara itu berlaku, dia perlu bertindak
pantas menghalang segala tindakkan Arissa.
Lantas
dia mencapai telefon bimbitnya dan melangkah turun ke bawah.
Panggilannya disambut Luqman tidak lama kemudian.
“Macam
mana?” terus Luqman bertanya.
“Gagal.
Rasanya tak guna kita nak pujuk dia lagi. Lagi kita pujuk lagi dia
bersemangat. Kita kena fikir cara lain,” lapor Sarah.
“Samalah,”
Luqman mengeluh. “Nazwan macam dah kena sihir.”
“Esok
kita jumpa dan bincang pasal ni,” kata Sarah serius. Walau apa pun
dia tidak akan menyerah kalah begitu sahaja.
“Okey.
Jumpa esok,” balas Luqman sebelum mereka menamatkan talian.
“Kenapa
aku rasa macam watak antoganis akan lahir?” sapa satu suara di
belakangnya.
Lantas
Sarah berpaling. Dia terkejut apabila melihat Fazira berdiri di
belakangnya sambil memeluk tubuh. Mata Fazira juga memandangnya
dengan tajam. Berlainan seperti hari-hari sebelumnya.
“Huh,
Fazira. Bila kau balik?” tanya Sarah mengurut dadanya yang bagaikan
hendak melompat keluar.
“Dah
lama. Malah, aku sempat dengar lagi perbualan kau dengan Kak Arissa,”
jawab Fazira selamba dengan nama yang seakan tidak puas hati.
“Err...
aku rasa aku nak balik rumah sekarang,” ujar Sarah sengaja ingin
melarikan diri daripada Fazira. Selalunya hubungan Fazira dengannya
baik sahaja tapi kali ini dia dapat rasakan satu aura yang menakutkan
di sekeliling Fazira.
“Kau
fikir aku tak tahu apa yang kau fikir?” ujar Fazira membuatkan kaki
Sarah terpaku. “Kau sengaja nak jatuhkan semangat Kak Arissa sama
seperti kau jatuhkan semangat arwah Kak Natasya.”
“Hah?
Aku tak faham. Mungkin kau dah salah faham,” ujar Sarah
seagak-agak.
“Mungkin,”
balas Fazira. “Tapi, kalau perkara yang sama berlaku sebanyak dua
kali, aku tak fikir itu satu salah faham. Kau boleh tipu semua orang
di sekeliling kau tapi bukan aku. Aku tahu, sejak dulu lagi kau
memang sukakan Nazwan. Kau sengaja rapat dengan Luqman sebab Nazwan,
bukan?”
Sarah
tiba-tiba ketawa.
“Apa
yang kau merepek ni? Aku sukakan Nazwan? Fazira, mungkin kau
terlampau banyak sangat tengok sinetron Indonesia atau telenovela
yang tayangkan beratus-ratus episod yang tak masuk akal. Kalau aku
sukakan Nazwan, sudah lama aku pikat Nazwan dan aku takkan couple
dengan Luqman,” jawab Sarah tenang.
“Sebab
kau lembab dan pengecut,” balas Fazira dengan berani. “Kau tak
seberani Kak Arissa yang pantas meluahkan perasaannya. Juga, secerdik
arwah Kak Natasya memikat hati Nazwan,” tambah Fazira lagi.
Serentak
itu Sarah memandang Fazira dengan tajam. Nafas kasarnya jelas
kedengaran. Kata-kata Fazira tadi memang mencabar dirinya. Namun, dia
tidak akan mengalah dengan mudah. Dia mendekati Fazira.
“Orang
tua-tua kata, kalau berhadapan dengan budak sekolah macam kau ni, aku
yang dewasa ni patut berfikiran terbuka. Aku anggap apa yang kau kata
tadi sebagai gurauan saja. Pendek kata, aku takkan biarkan hati
Nazwan dihancurkan oleh Arissa,” ujar Sarah separuh berbisik.
“Mmm...
tak silap lagi. Kau memang ada aura antoganis,” ujar Fazira sengaja
ingin menaikan kemarahan Sarah.
Sarah
tidak membalas, tetapi sebaliknya mula mengatur langkah keluar dari
rumah itu. Lagi lama dia di situ, lagi banyak yang akan terbongkar.
Nampaknya kali ini dia perlu berhati-hati. Bukan sahaja dengan Arissa
tetapi dengan Fazira juga.
***
“Buku
apa tu?” tanya Nazwan pelik apabila melihat Arissa mengeluarkan
sebuah buku yang sudah hampir lunyai seperti buku lama.
“Ini?”
Arissa menunjukkan buku nota ditangannya. “Ini ialah Buku Dating
Kecemasan!” ujar Arissa serupa seperti Doraemon memperkenalkan
barangan ajaib dari poket ajaib. “Dengan buku ini, kita dapat
belajar menyesuaikan diri dengan pasangan kita yang bermacam-macam
status,” tambah Arissa lagi.
Mendengar
sahaja Arissa berkata demikian, Nazwan tidak dapat menahan diri
daripada ketawa kelucuan. Seolah-olah dia sedang menonton rancangan
Doraemon yang sudah lama ditinggalkan.
“Kenapa
kau ketawa?” tanya Arissa.
“Tak
ada apa,” Nazwan cuba berhenti ketawa. “Mana kau dapat buku tu?”
tanya Nazwan sambil mengambil buku itu dari tangan Arissa.
“Harga
berharga peninggalan mama aku,” jawab Arissa.
“Mama
kau tulis semua ni?” tanya Nazwan yang tidak percaya dengan apa
yang dibacanya. Boleh dikatakan semua taktik-taktik memikat lelaki
ada ditulis di dalam itu.
“Mmm...
aku pun tak percaya.”
“Jadi,
kau nak guna buku ni untuk pikat aku?” tanya Nazwan memandang
Arissa separuh tidak percaya. “Kalau macam tu, kau guna buku ni
untuk pikat semua lelaki yang pernah jadi teman lelaki kau?”
“Semua
tu salah. Ini kali pertama aku terpaksa belek buku panduan ni. Selama
ni aku anggap buku ni macam buku biasa hadiah daripada mama aku. Aku
tak pernah terfikir nak guna buku ni untuk pikat lelaki cuma... kali
ni aku terpaksa,” ujar Arissa yang sememangnya tidak akan
berdolak-dalik.
“Kenapa?”
tanya Nazwan.
“Sebab
istilah kawan,” kata Arissa.
“Hah?”
Nazwan tidak dapat tangkap apa yang Arissa ingin sampaikan.
“Okey,
sebelum ni kita kawan, bukan?”
Nazwan
mengangguk.
“Dan
kita dah ambil keputusan nak couple bukan?”
Sekali
lagi Nazwan mengangguk.
“Kau
tahu apa yang akan jadi batu penghalang hubungan kita?”
“Luqman
dan Sarah?”
“Salah!”
pantas Arissa menjawab. “Err... mungkin tapi itu antara kategori
ancaman dari luar yang bila-bila masa akan jadi penghalang hubungan
kita. Tapi, ada satu yang sentiasa menjadi ancaman kita, iaitu
istilah kawan antara kita berdua. Jadi, apa yang kita patut lakukan
adalah hapuskan istilah tu dari kamus hidup kita. Kita bukan lagi
kawan, kita perlu jadi pasangan kekasih seperti yang lain. Sebab mama
kata... err... mama tulis, bila kawan bertukar menjadi kekasih, kita
kena bersedia.”
“Bersedia
untuk apa?”
“Hura-hara.”
Nazwan
sekali lagi ketawa.
“Serius
Nazwan!”
“Ya.
Aku pun tengah seriuslah ni.”
“Habis
tu kenapa kau gelak?”
“Sebab
aku tak kisah semua tu. Aku cuma kau tahu, hati aku dah jadi batu.
Persoalannya, macam mana kau nak cairkan batu tu?” tanya Nazwan
acuh tak acuh.
Arissa
hanya mengukir senyuman. Dia suka cabaran ini!
Labels:
SUD
10 si charming:
-
Arissa comelnyeee...Pasal Natasya mati memang still nak tahu pasal ape..Kalau kate Sarah tu jd antoganis boleh je sebab mende xmustahil bile bff tukar jd musuh mcm jugak bile bff tkr jd pakwe..haha
-
hah! tak ku sangka.. rupa2nya, si sarah tu jahat..
adakah kematian natasya tu ade kena dgn si sarah tu ea..
ape yg blaku mlm tu..?
mybe, adik tiri Arissa tu bleh bongkarkn sume tu..
-
peh3! kwn mkn kwn weh >.<" tp xpa ~.^ su suka bila nazwan dgn arissa ~.^' hee kak! next entry cpt eh ^^' giler xsbr nk bca dah nih >///< hee
-
Sarah bahaya ...
Nazwan dengan arissa boleh bincang dengan tenang hahaha
-
wahhh psoalan nya sy dh xsbr nk tgu mcm mna arisa cairkn batu.. hehehe....
-
sah la sarah jadik punca kematian natasha ~ hisyy3 ~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Fan Pages
Ada soalan?
sedang membaca
iklan
Followers
Masa itu adalah Jam!
Kepunyaan RBN
Blog Penerbit
-
Chord Lagu I Will Mary You - Kahitna - [intro] C G C G C G/B di suatu sore C G kita bertemu kesekian kalinya Am Bm B Em aku bilang aku akan pergi ...8 tahun yang lalu
-
Lanun Penakluk Lautan - Legenda terdapat di seluruh pelosok dunia... Sebuah kompas aneh membawa Beego, seorang anak nelayan kembali ke zaman silam dan berjumpa dengan lanun W...10 tahun yang lalu
-
Slot Terbaru Di Ruang Kanan Kolum - Kami memperkenalkan slot terbaru sebagai medium perantaraan anda dengan kami. Di slot ini anda boleh mendapat berita terkini mengenai aktiviti kami dan se...11 tahun yang lalu
-
Inspirasi Penulis
-
Announcing the 7th Annual Self-Published E-Book Awards Winners - Congratulations to the winners of the 6th Annual Self-Published E-Book Awards! Grand Prize Steel Hand, Cold Heart by Rachel Menard (rachelm...4 tahun yang lalu
-
Daily Writing Prompt - We have been notified that some subscribers are not receiving their links. If you want to receive our emails, please update your details on our mailing lis...7 tahun yang lalu
-
The 6 Literary Forces Every Writer Must Master - You may be aware of what’s becoming widely known as the “six core competencies of storytelling.” These core competencies, as defined by my go-to fiction-wr...11 tahun yang lalu
Dikuasakan oleh Blogger.
Blog e-novel
-
Evangelina 43 tahun yang lalu
-
'Rumah Baru' a.k.a Wattpad5 tahun yang lalu
-
Sinopsis Yang Tertulis Untuk Kita5 tahun yang lalu
-
Bab 3 : Tak Mengaku Cinta6 tahun yang lalu
-
I'M NOT A MONSTER - BAB 156 tahun yang lalu
-
Secukup Rasa | Bab 16 tahun yang lalu
-
Rindu Kasih Madinah.9 tahun yang lalu
-
Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!9 tahun yang lalu
-
Akulah PEREMPUAN Yang Kau Singkirkan9 tahun yang lalu
-
LIMITED EDITION : DIA YANG TERPILIH9 tahun yang lalu
-
-
Haruman Cinta: Bab 2311 tahun yang lalu
-
-
-
Tuan Blog
RYH
ROMEO YANG HILANG
Karya ke-8
Seseorang untuk Dinikahi
Karya ke-6
Hikayat Cinta
WARNING! VERSI BLOG DAN NOVEL ADA SEDIKIT PERBEZAAN!!
Karya ke-3
Tanpa Kata Cinta
Karya ke-2
Prince Charming
Karya pertama
Cinta 99 Hari
Karya ke-4
Karya ke-5 (cerpen)
Karya ke-7 (travelog)
Popular Posts
-
KERETA yang dipandu oleh Raymon berhenti di tempat yang terselindung dengan semak samun. Tidak jauh dari situ terdapat sebuah kawasan yan...
-
Pesan Hikayat, Yang sempurna itu pasti ada cacat celanya. “ PAK CIK ni kalau duduk rumah seorang diri, macam tongkang pecah dibuatn...
-
“Sila perkenalkan nama,” lelaki berwajah serius dan duduk di tengah-tengah di antara seorang lelaki dan seorang perempuan itu berkata ...
-
Pesan Hikayat Cinta ialah naluri, kerana itu kita tidak tahu mengapa kita mencintai seseorang – Usmal. PAGI-PAGI lagi Apy Elina ...
-
ROHANA meletakkan secawan kopi di atas meja bosnya. Sejak dari tadi dia asyik melihat bosnya itu mengulangi rakaman video semalam. Entah...
-
Pesan Hikayat, Isteri yang sabar ialah isteri yang paling bahagia di dunia. Dua tahun kemudian… “ HE so gojes !” Apy Elina ...
-
Akan datang... sebuah cerita pendek yang bertajuk … AKU, DIA DAN GITAR ____________________________________ “Apa yang kau tahu tentang gi...
-
3: MENTERA “Eee… bodoh! Bodoh! Gila! Batak! Dugong! Eee!!” bentak Blue dengan bengangnya sambil menyepak-yepak dinding banggunan sekolahnya...
-
“ Nazwan, sebelum kita pergi lebih jauh lagi, inilah masa untuk kau buat keputusan. Peraturannya mudah saja. Kalau kau fikir, kau tak b...
-
Kata Hikayat, Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan. Jari-jemarinya mengurut dahinya beberapa kali. Peni...
x kan la sarah jd wtak antoganis..
x suka la mcm ni...
smkin suka crta ni..