Romeo yang Hilang: Bab 8
ditulis oleh
RATU BULAN NOVELIS
pada
Jumaat, Januari 02, 2015
HILANG
lagi. Pantang dia leka sekejap, pasti suaminya hilang entah ke mana.
Semalam, satu malam dia ditinggalkan oleh suaminya yang dalam diam
mengikut abang-abangnya pergi menunggu durian jatuh di kebun. Itu
pun, dia hanya sedar apabila bangun subuh tadi dan mendapati suaminya
tiada di sebelah. Menggelabah juga dia mencari suaminya, akhirnya
bila tengok handset, barulah dia tahu suaminya ada di kebun durian
sekarang.
Sepanjang
menjadi suami Adam, barulah dia tahu yang suaminya itu memang dahaga
melakukan aktiviti lasak. Bukan sahaja abang-abang dia terkejut tapi
dia sebagai isteri juga terkejut.
Mana
tidaknya, selama ni dia hanya tahu Adam ada satu hobi, iaitu bermain
bola keranjang. Kalau tak main bola keranjang, dia akan habiskan masa
di gim bersenam. Itu sahaja. Tak pernah pula suaminya menyatakan
hasrat hendak berkhemah di dalam hutan atau mendaki gunung.
Namun
begitu, dia tetap risaukan suaminya. Macam malam tadi, sesuka hati
sahaja mereka mengajak suaminya pergi tunggu buah durian jatuh.
Dengar sahaja sudah seram. Mana tidaknya, dahulu dia pernah dengar
kawasan kebun sana ada banyak binatang buas. Nasib baiklah suaminya
balik tanpa ada cedera.
Kini,
sekali lagi suaminya hilang... Payah betul kalau ada dua orang abang
yang suka membuli. Ini tak lain tak bukan mesti ikut abang-abangnya.
“Mak,
ada nampak Adam tak?” tanya Apy Elina mula risau.
“Entahlah,
tadi mak tengok dia dengan abang-abang kau,” jawab Puan Fatimah.
Sah!
Memang dia sudah agak dari awal lagi. Suaminya pasti bersama dengan
abang-abangnya sekarang. Entah apa pula aktiviti mereka hari ini.
Pergi memburu beruang? Itu tak mustahil.
Lantas,
dia berlalu ke luar. Akhirnya, dia ternampak kelibat kedua-dua
abangnya yang sedang berbual di bawah pokok kelapa yang tinggi.
Namun, tiada kelibat suaminya di situ. Lagi bertambah dia risau.
Entah ke mana pula suaminya pergi.
Takkan
pergi betulkan paip rumah Pak Cik Taha, jirannya yang duduk tidak
jauh dari rumahnya itu. Semalam Pak Cik Taha dan mengadu paip
rumahnya bocor. Boleh pula Pak Cik Taha suruh Adam baiki. Berapi Apy
ketika itu. Tunggu masa hendak meletup sahaja.
“Mana
Adam?” tanya Apy Elina membuatkan kedua-dua mereka terkejut.
“Err...”
bukan sahaja Along tapi Angah juga nampak teragak-agak nak bersuara.
Apy
mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena di situ. Jadi, betullah
Adam pergi baiki paip yang rosak di rumah Pak Cik Taha? Oh, tidak!
Tidak
lama kemudian, Along menunjuk jari petunjuknya ke arah atas.
Mengisyaratkan supaya dia itu memandang ke atas. Apy Elina yang
memahami isyarat itu mendongak kepala ke atas.
“Ya
Allah,” mengucap dia sebentar apabila melihat suaminya sudah berada
di puncak batang pokok kelapa yang tinggi itu sedang mengambil buah
kelapa. Dia tak tahu hendak kata apa. Satu jelingan tajam dihadiahkan
kepada kedua-dua abangnya.
“Sumpah,
dia yang nak panjat!” pantas Angah mempertahankan diri sendiri.
“AH,
leganya! Rasa macam dah lama tak minum air kelapa yang segar macam
ni. Kalau dekat KL memang payah nak jumpa air kelapa yang betul-betul
air kelapa. Kalau ada pun air kelapa yang dicampur dengan air gula
atau air kelapa muda yang tak rasa apa-apa pun,” kata Apy Elina
setelah meneguk dua tiga cawan air kelapa.
Bukan
senang dia hendak dapat merasa air kelapa yang diambil oleh suami
sendiri di atas pokok. Suami orang lain pun belum tentu lagi mampu
panjat pokok kelapa yang tinggi begitu. Orang sekarang harapkan galah
atau beruk untuk ambil buah kelapa. Jarang sangat orang hendak panjat
pokok kelapa.
“Itu
pun liat lagi nak balik kampung,” sindir Puan Fatimah dengan
jelingan.
Apy
Elina hanya mampu tersengih. Emaknya, kalau tak sindir sehari memang
tak sah.
“Bukan
tak nak balik tapi banyak kerja. Kalau Apy cuti, Adam kerja. Kalau
Adam cuti, Apy pula kerja. Kami memang susah nak dapat cuti serentak.
Ini pun Apy minta dilepaskan,” jawab Apy Elina.
“Bukan
ke pusat sukan tu suami kau punya?” soal Along hairan.
“Tak.
Adam hanya sedikit pemegang saham dalam pusat sukan tu. Pemilik pusat
sukan tu orang lain,” jawabnya.
“Siapa?”
tanya Angah pula.
“Arwah
Daniel,” jawab Apy Elina tanpa teragak-agak.
“Serius?”
seperti jangkaannya Along dan Angah turut terkejut. Seperti mana dia
terkejut waktu pertama kali mendapat tahu pemilik sebenar pusat sukan
itu.
“Jadi,
suami kau tu kenal arwah Daniel?” soal Angah lagi.
Apy
Elina hanya mengangguk. Dia melemparkan pemandangan ke arah suaminya
yang sedang bercakap dengan seseorang melalui handset tidak jauh dari
situ. Itu pasti tak habis-habis pasal kerja.
“Jadi,
dia tahu yang kau pernah tangkap lentok dengan Daniel?” tanya Along
yang sememangnya kenal rapat dengan Daniel. Mana tidaknya, tiap kali
raya, Daniel pasti akan datang ke rumah itu. Tambahan pula Daniel
hanya tinggal di kampung sebelah. Boleh dikatakan satu pekan kenal
Daniel.
“Habis
tu macam mana kau boleh jadi pengarah di pusat sukan tu?” tanya
Along lagi.
“Panjang
ceritanya,” Apy Elina malas hendak menjawab.
“Cerita
panjang boleh dipendekkan dalam masa seminit. Kau bagi tahu point
penting je,” balas emaknya turut mahu tumpang sekaki inginkan
cerita sebenar.
“Pendek
kata, yang Apy Elina tahu selepas Daniel meninggal, isteri arwah
Daniel, Darina jumpa Adam dan serahkan projek ni kepada dia. Daniel
memang dah wasiatkan pusat tu diserahkan kepada Adam,” terang Apy
Elina secara kasar.
“Mmm...
tapi Along tak faham kenapa Daniel serahkan kepada suami kau? Masa tu
kau dah ada apa-apa dengan Adam ke?” Along terus bertanya.
“Err...”
Apy Elina menggeleng. Dia masih tak ada jawapan bagi soalan itu.
“Masa
tu juga suami kau belum habis belajar lagikan?” Angah pula
bertanya.
Apy
Elina mula buntu hendak menjawab soalan itu. Perlahan-lahan dia
mengangguk. Dia tahu, mereka dapat mengesyaki ada sesuatu yang tidak
kena dengan keputusan Daniel serahkan urusan pusat sukan itu kepada
suaminya yang pada masa itu belum menjadi suaminya.
“Takkan
kau tak tahu kenapa Daniel bagi projek pusat sukan tu kepada suami
kau?” tanya emaknya pula.
“Mak,
ni urusan mereka berdua. Apy tak nak masuk campur,” jawabnya cuba
mengelak daripada menjawab soalan itu.
“Bukan
nak masuk campur tapi kau tak rasa pelik ke?”
“Mana
ada pelik. Daniel cuma serahkan projek tu kepada Adam untuk habiskan.
Tak ada yang peliklah.”
“Takkanlah
Daniel nak serahkan pada budak yang belum habis belajar lagi?” soal
Angah.
“Lepas
tu dia lantik kau jadi pengarah pula,” tambah Along.
“Bukan
Adam yang lantik tapi Darina. Dia tak berminat nak uruskan pusat
sukan jadi dia lantik aku jadi pengarah. Adam tak ada kena mengena
dalam hal ni. Kalau ada pun dia tak boleh bersuara sangat sebab dia
hanya pegang sedikit saham dalam tu. Pasal Daniel serahkan projek tu,
hanya mereka berdua yang tahu sebabnya,” terang Apy Elina.
Padahal
dia sememangnya tahu tentang hal itu. Itu pun jenuh juga hendak paksa
suami sendiri buka mulut. Dia sengaja tidak mahu menceritakan perkara
itu kerana menghormati Darina sebagai balu Daniel. Nanti, kalau dia
cerita pasal Daniel sengaja hendak buat pusat sukan itu disebabkan
dia, entah apa pula orang kata. Bukannya dia tidak tahu, cerita
begini memang cepat tersebar.
Sehingga
kini dia masih lagi tidak percaya yang Daniel hendak hadiahkan pusat
sukan itu kepadanya. Mungkin Daniel tahu dia akan pergi sebelum
sempat realisasikan impiannya itu, jadi dia sudah mewasiatkan pusat
sukan itu kepada Adam untuk diselesaikan.
Kenapa
Daniel mahu serahkan kepada Adam? Dia juga tiada jawapan yang pasti.
Tambahan pula pada waktu itu dia belum ada apa-apa hubungan dengan
Adam. Apatah lagi waktu itu Adam belum lagi habis belajar. Memang
pelik kalau diserahkan kepada orang yang langsung tiada pengalaman
dalam kendalikan projek besar ini.
Dia
pernah buat kesimpulan, mungkin Daniel fikir hanya Adam yang boleh
uruskan hal ini kerana duit bukanlah masalah bagi Adam. Cuma dia tak
faham, kenapa Adam terima projek ini. Pernah juga dia bertanya kepada
suaminya itu, namun jawapan yang diterima memang mengecewakan.
“Dia
dah cabar, terima sajalah,” itulah jawapan suaminya.
Bagi
Adam, dia menerima projek itu sebagai cabaran tapi perasaan seorang
isteri kuat mengatakan itu bukan jawapan sebenar. Apatah lagi pada
waktu itu Adam menolak tawaran beraksi di Sukan SEA dalam acara bola
keranjang dengan alasan kecederaannya masih belum pulih. Sebagai
seorang jurulatih, memang dia berasa bersalah apatah lagi dia yang
menyebabkan Adam mendapat kecederaan itu.
Namun,
pada masa itu Adam langsung tidak menunjukkan perasaan kecewa padahal
itu pernah menjadi cita-cita Adam untuk beraksi di peringkat
antarabangsa. Seolah-olah pada masa itu, dia menemui sesuatu yang
lebih berharga daripada beraksi di Sukan SEA. Kemudian, selepas dia
pergi ke Amerika, dia dapat tahu Adam sibuk dengan kerjaya baru
sebagai usahawan.
Lima
tahun kemudian, barulah sebahagiannya terjawab. Sebahagian lagi tetap
menjadi misteri sehingga hari ini. Walau apa pun, dia tetap berbangga
dapat seorang suami seperti Adam. Biarpun tak romantik asalkan mampu
membuatnya bahagia.
Apy
Elina menuang air kelapa ke dalam sebuah cawan. Kemudian dia berlalu
menghampiri Adam yang masih lagi bercakap melalui telefon bimbit.
Sungguh sibuk pula suaminya hari ini. Selalunya tak pernah lagi dia
tengok Adam pegang handset 24 jam. Macam ada sesuatu yang serius
berlaku di tempat kerja.
“Hai,”
sapa Apy Elina ketika selepas suaminya habis berbual melalui telefon.
Dia segera menghulurkan secawan air kelapa kepada Adam. Adam
menyambutnya seiring dengan ucapan terima kasih.
“Kenapa?”
tanya Adam apabila menyedari isterinya asyik merenungnya.
“Tak
ada apa. Saya cuma nak tengok muka awak sama ada saya boleh baca
masalah yang awak hadapi sekarang. Mmm… tak boleh. Muka awak nampak
tenang macam biasa tapi saya tak puas hati. Jadi, awak nak beritahu
saya apa yang menyebabkan awak terlampau sibuk dengan jawab panggilan
dalam beberapa hari ni?” tanya Apy Elina .
Serentak
dengan itu, Adam mengukir senyuman. Itu senyuman paling mahal
daripada Adam. Susah sangat-sangat dia hendak melihat senyuman itu.
Itulah senyuman yang pernah buat dia jatuh cinta dengan suaminya itu.
Bagi Apy Elina, itu senyuman Adam yang paling comel dalam maco dan
hanya digunakan sebagai senjatanya untuk membuatnya berhenti tanya
soalan yang Adam tak nak jawab.
“Okey,
saya tahu…” Apy Elina mengangguk faham.
“Masalah
kecil dengan sebut harga tender,” ujar Adam akhirnya bersuara.
“Oh…
pasal kerja ke?”
“Habis
tu pasal apa?” tanya Adam kembali.
“Hmmm…
selalunya bila awak buat muka macam tu, lebih kepada masalah keluarga
awak. Keluarga Alexander. Kongsi gelap dan…”
Serentak
dengan itu, Adam meletakkan jari penunjuk di bibir Apy Elina.
Serta-merta Apy Elina berhenti bercakap.
“Awak
nak keluarga awak tahu yang suami awak ni ketua kongsi gelap?”
tanya Adam.
“Bekas
ketua kongsi gelap. Awak tak ada apa-apa lagi dengan keluarga
Alexander lagi, bukan?” tanya Apy Elina ingin kepastian lagi.
“Tak
ada apa. Jangan risau,” ujar Adam sambil menarik tubuh Apy Elina ke
dakapannya dan mencium dahi isterinya itu.
“Kalau
macam tu, saya percayakan awak,” ujar Apy Elina dengan senyuman
manis. Bagaimanapun hatinya masih lagi tak tenteram. Dia tahu, Adam
sedang merahsiakan sesuatu daripadanya. Sesuatu yang Adam takut nak
berkongsi dengannya.
“Oh
ya, saya nak pinjam kereta awak hari ni,” ujar Apy Elina yang
teringat tentang rancangan dia dengan emaknya petang ini.
“Pergi
mana?”
“Shopping
dengan mak. Dari semalam lagi mak ajak tapi saya malas…” keluh
Apy Elina. Bukannya dia malas tapi dia memang tak gemar beli-belah
dengan maknya atau mana-mana perempuan. Jenuh nak tunggu! Tapi apa
boleh buat, dia sudah lama tak luangkan masa dengan emaknya.
“Hati-hati
memandu,” ujarnya sambil memberikan kunci kereta.
“Maksud
awak, hati-hati memandu kereta awak supaya jangan bagi bercalar atau
hati-hati memandu sebab awak sayangkan saya lebih daripada kereta
awak?”
“Kedua-duanya.”
“Hah?
Mana boleh. Pilih salah satu saja.”
“Mana
boleh pilih salah satu,” balas Adam pula.
“Kenapa
tak boleh?”
“Sebab
kalau berlaku apa-apa pasti mak cik yang memandu kereta tu pun
trauma, betul tak?”
“Saya
suka jawapan awak tapi jangan risau mak cik ni akan bawa kereta tu
dengan penuh sopan santun,” ujar Apy Elina sambil mengukir
senyuman.
POKOK
padi yang sudah menguning ditenung kosong. Sungguhpun matahari sudah
berada di atas kepala dan cuaca begitu panas, namun pemandangan di
sawah padi itu memukau hatinya. Dia berasa tenang seolah-olah tiada
apa yang perlu dirisaukan sekarang.
Memandangkan
hari itu bukan hari cuti, jadi dapatlah dia tengok beberapa orang
pekerja mengerjakan sawah padi yang sudah berbuah lebat. Tidak banyak
yang dia dapat tahu tentang sawah padi memandangkan kedua-dua abang
iparnya juga tidak banyak pengalaman dalam mengerjakan sawah padi.
“Kami
tak digalakkan turun ke sawah. Dulu, arwah ayah memang tak suka
anak-anak dia bekerja di sawah padi. Arwah memang seorang yang
pentingkan pendidikan. Sebab tulah dia suruh kami belajar
pandai-pandai supaya dapat kerja yang bagus. Jadi, kesimpulannya
kesemua anak-anak dia tak tahu bersawah. Yang kami tahu, sewakan
tanah bendang kepada orang dan lawat kawasan bila sudah sampai
masanya. Itu saja,” terang Along.
Adam
mengangguk faham. Patutlah apabila ditanya tentang penanaman padi,
masing-masing jawab seperti tak habis belajar.
“Apy
kata, kau tak boleh makan nasi, betul?” tanya Angah tiba-tiba.
Adam
mengangguk. Rasanya tak ada guna dia hendak menafikannya lagi. Kalau
dulu, hanya orang terdekat saja tahu yang dia tak boleh makan nasi
tapi sekarang ini itu bukan nasi. Malah, perkara ini juga pernah
dipersendakan di laman web.
“Patutlah
Apy bahagia sangat kahwin dengan kau. Tak payah susah payah masakkan
nasi berlauk untuk kau.”
Adam
hanya tersengih. Bukan sahaja mereka berpendapat begitu tetapi
isterinya juga. Mujurlah dia bukan jenis yang cerewet dalam memilih
makanan. Asalkan masakan tu boleh masuk dengan tekaknya, dia tidak
akan beri banyak komen. Kalau dia inginkan sesuatu yang isterinya tak
tahu masak, dia boleh masak sendiri.
“Dia
mesti tak pernah memasak, bukan?” teka Angah yang sudah sedia
maklum dengan perangai adik perempuannya itu.
“Apy...
dia memang tak pandai sangat memasak tapi bila dia dah masak... kita
akan teringat masakannya sampai bila-bila,” jawab Adam
tersengih-sengih teringatkan masakan isterinya yang lain daripada
yang lain. Payah nak dapat!
“Sampai
tak ada kedai boleh tandingi masakan dia,” sambung Along pula yang
seperti memahami maksud di sebalik kata-kata adik iparnya tadi.
“Apa
maksud korang?” tanya Angah langsung tak dapat tangkap maksud
mereka.
“Kau
takkan faham. Hanya orang yang beristeri yang tak reti memasak yang
akan faham,” kata Along yang jauh lebih berpengalaman.
“Oh,
hikayat isteri tak reti memasak...” Angah mengangguk faham.
“Ular!”
sergah Along yang terkejut apabila mendapati seekor ular tedung
keluar dari sawah padi melalui batas. Serta-merta langkah mereka
bertiga terhenti.
Ular
tedung berwarna hitam itu turut berhenti, memandang ke arah mereka
dengan kepala yang mengembang seolah-olah sedang bersedia menghadapi
ancaman.
“Aduhai,
ni yang aku lemah ni. Dia tenung kita macam kita ni orang jahat,”
keluh Along yang kaku tak bergerak.
“Kau
ni pengecut sangatlah. Harap badan saja besar tapi pengecut,” perli
Angah.
“Tolong
sikit. Aku bukan pengecut tapi itu binatang bahaya tau. Bukan kucing.
Kalau kucing dah lama aku sergah tapi yang ni, kalau aku sergah
gerenti aku kena masuk bilik mayat!” balas Along.
“Macam
mana Adam? Kau pun takut juga ke?” tanya Angah kepada Adam yang
juga kaku di depan.
“Hmmm…
ular tu…”
“Kenapa
dengan ular tu?” tanya Angah hairan. Dia tak nampak apa yang luar
biasa pun tentang ular itu.
“Ular
tu… comel.”
“Hah?”
Along dan Angah masing-masing terkejut.
“APA?”
tanya Apy Elina yang kurang jelas dengan pertanyaan abang sulungnya
tadi.
“Along
tanya, kau jumpa suami kau tu di hutan mana?” tanya Angah satu demi
satu perkataan dengan jelas.
“Kenapa?
Cemburu ke?” balas Apy Elina.
Dia
tahu sangat dengan maksud mereka. Ini pasti ada sesuatu yang berlaku
petang tadi sewaktu dia temankan emaknya pergi beli-belah di pekan.
Waktu itulah emaknya beritahu Adam ikut kedua-dua abangnya pergi ke
bendang keluarga mereka untuk melawat kawasan.
“Suami
kau tu memang something,” ujar Along sambil mengurut-urut dagunya
yang berjambang.
“Hmm…
macam dari keturunan Nujum Pak Belalang,” sokong Angah pula.
Apy
Elina mengerut dahi. Entah apa yang dibualkan oleh kedua-dua mereka.
Dia sendiri tak dapat tangkap tapi yang pasti, rancangan membuli Adam
pasti tak berjaya lagi. Itu pun masih tak serik-serik lagi.
“Masa
kita orang pergi lawat kawasan tadi, kami terserempak dengan ular
tedung,” ujar Along memulakan cerita.
“Lepas
tu, Adam berjaya jelmakan ular tu jadi naga ke?” perli Apy Elina
langsung tak terkejut dengan cerita yang disampaikan. Walaupun agak
suspen tapi setakat jumpa ular tedung itu hal biasa bagi penduduk
kampung ini. Maklumlah kalau rumah dekat dengan sawah padi.
“Tak.”
“Habis
tu?”
“Dia
cakap ular tu comel,” ujar Angah.
Serentak
dengan itu, Apy Elina pecah tawa. Dia ketawa terbahak-bahak apabila
mendengar cerita abang-abangnya itu. Lucu.
“Ketawalah.
Yang mereng tu suami kau,” kata Along yang nampak kecewa.
“Adam
bukan mereng, okey. Itulah, aku dah kata awal-awal lagi. Jangan buli
suami aku. Dia tu bukan orang sebarangan tau. Kau ingat, suami aku tu
membesar dengan bermanja dengan duit keliling pinggang ke? Sudah
tentulah dia dah dilatih sejak kecil lagi. Setakat ular tedung memang
kacang je bagi dia,” ujar Apy Elina sambil menabik dada.
“Memanglah
kacang tapi ada ke ular tedung yang bengis tu dia kata comel? Mata
apa yang dia pakai?”
“Itu
tak penting. Yang penting, matanya bukan mata keranjang,” ujar Apy
Elina dan segera berlalu naik ke tingkat atas. Malas nak melayan
abang-abangnya.
Dia
melangkah masuk ke dalam biliknya. Adam juga berada di dalam. Tengok
gaya seperti baru sahaja lepas mandi sebab dia dapat bau wangian
sabun yang selalu mereka gunakan. Tambah pula Adam tak berbaju. Hanya
berseluar pendek paras lutut.
“Hai
seksi,” sapa Apy Elina tersengih-sengih. Nasib baiklah di
hadapannya itu suaminya kalau tidak, rugi kena tutup mata!
“Baru
balik?” tegur Adam sambil menyarung baju T. Bila Adam pakai baju T,
lagi bertambah seksi. Ah, tak kira apa pun Adam pakai, dia tetap
nampak seksi. Mungkin sebab itulah suaminya itu ramai sangat
peminat.
“Hmm…
penat!” ujar Apy Elina sambil berbaring di katilnya. Sempat lagi
dia menggeliat malas. Bila sudah menggeliat, mulutnya pula tak
henti-henti menguap.
“Jangan
nak tidur. Pergi mandi dulu,” arah Adam yang memang sedia maklum,
Apy Elina mudah letih kalau pergi shopping. Lebih-lebih lagi kalau
terpaksa teman orang pergi shopping. Selalunya bila balik shopping,
mesti isterinya itu akan tidur kepenatan.
“Lima
minit.”
“Lima
minit akan jadi lima jam. Bangun,” arah Adam lagi. Kali ini dia
menarik tangan isterinya supaya bangun tapi Apy Elina bertindak
pantas menarik tubuh suaminya ke katil. Dengan pantas juga, dia
alaskan tangan suaminya sebagai bantal.
Adam
menghela nafas panjang. Dia tak boleh lari lagi.
“Boleh
saya tanya sesuatu tak?” tanya Apy Elina ingin memulakan mukadimah.
“Hmmm.”
Angguk Adam.
“Betul
ke ular tedung tu comel?”
Serentak
dengan itu, Adam ketawa.
“Dia
ketawa pula.”
“Siapa
beritahu? Along?” tanya Adam serta-merta teringatkan kejadian di
batas sawah tadi.
“Betul
ke comel? Atau awak saja nak berlagak dengan abang-abang saya?”
tanya Apy Elina tidak menyabar. Mana tidaknya, seumur hidupnya belum
lagi orang cakap ular itu comel. Ini baru pertama kali dia dengar.
“Memang
comellah. Bila dia rasa terancam, dia buat muka pura-pura garang.
Macam awak,” ujar Adam sambil mencubit pipi isterinya dengan
lembut.
“Apa?
Awak samakan saya dengan ular tedung tu?” Apy Elina geram.
“Hah,
tengok tu. Bukan ke sama?” perli Adam lagi.
“Eee…
pak cik! Ada ke samakan saya dengan ular tedung? Tak comel langsung!”
kali ini Apy Elina pula yang mencubit pipi Adam. Geram.
Adam
sambung ketawa lagi.
“Tapi…”
Apy Elina tiba-tiba mengeluh.
“Kenapa?”
Adam mula risau.
“Saya
kesianlah dengan awak. Asyik kena buli dengan abang saya je. Maaflah,
saya tak dapat nak tolong. Dia orang tu bukanlah jahat sangat tapi…”
“Tapi
sayangkan adiknya yang seorang ni…” sambung Adam.
“Sayang
ke? Kalau sayang takkan buat suami saya macam ni tau.”
“Sayanglah
tu.”
“Awak
tak sedar ke yang mereka tengah buli awak?” tanya Apy Elina menahan
geram. Dia sakit hati dengan apa yang abang-abangnya buat terhadap
suaminya, boleh pula suaminya buat tak kisah.
“Mak
cik, awak sedar tak yang suami awak ni pernah jadi Adam Alexander?”
“Memanglah,
tapi awak suami saya tau. Sampai hati dia orang buli awak macam ni.
Awak pula, bukan nak buli abang saya balik!”
“Ada
ke adik ipar buli abang ipar?” soal Adam.
“Ada
je. Awaklah calonnya!”
“Okey
tapi sebelum tu, wajib buli adik dia dulu,” ujar Adam sambil
menjeling tajam memandang isterinya.
“Err…
saya nak pergi mandi sekarang,” ujar Apy Elina cuba melarikan diri.
Tapi belum sempat dia hendak berbuat apa-apa Adam terlebih dahulu
menariknya semula ke katil.
“Mandi
tengah hujan tak baik untuk kesihatan,” ujar Adam memeluk isterinya
dengan erat.
“Poyo!”
Labels:
Romeo yang Hilang
11 si charming:
-
Setujuuu.. kita yg baca bleh kene diabetes... kikiki
-
Setuju setuju sgt sgt.... Soooooo sweet kan Adam... Besttttt
-
Huawaaaa.....sgt sweetz...mau kne kncing manis cmni.. :D
-
Knp tak boleh baca dari bab awal ? Sobsob. Saya nak tahu juga cerita dari mula. Rezeki saya baru jumpa blog ni malam ni. Tapi tak boleh baca. Huwaaaaa. Saya nak tahu apa jadi kat apy elina and muhammad adam @adam alexander. Ada problem kat blog or gadjet saya yg rosak ? But seriously, saya boleh baca bab 8 je. Mungkin sbb baru update harini. Hmm. :(
-
sweet giler, alahai.. suka sangat dengan appy and alexxxx...
-
Citer ni mmg lain dr citer2 yg lain laa..bnyk sungguh bnda klakar si adam ni suka buat..mmg xhabis2 nk gelak..hehe
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Fan Pages
Ada soalan?
sedang membaca
iklan
Followers
Masa itu adalah Jam!
Kepunyaan RBN
Blog Penerbit
-
Chord Lagu I Will Mary You - Kahitna - [intro] C G C G C G/B di suatu sore C G kita bertemu kesekian kalinya Am Bm B Em aku bilang aku akan pergi ...8 tahun yang lalu
-
Lanun Penakluk Lautan - Legenda terdapat di seluruh pelosok dunia... Sebuah kompas aneh membawa Beego, seorang anak nelayan kembali ke zaman silam dan berjumpa dengan lanun W...10 tahun yang lalu
-
Slot Terbaru Di Ruang Kanan Kolum - Kami memperkenalkan slot terbaru sebagai medium perantaraan anda dengan kami. Di slot ini anda boleh mendapat berita terkini mengenai aktiviti kami dan se...11 tahun yang lalu
-
Inspirasi Penulis
-
Announcing the 7th Annual Self-Published E-Book Awards Winners - Congratulations to the winners of the 6th Annual Self-Published E-Book Awards! Grand Prize Steel Hand, Cold Heart by Rachel Menard (rachelm...4 tahun yang lalu
-
Daily Writing Prompt - We have been notified that some subscribers are not receiving their links. If you want to receive our emails, please update your details on our mailing lis...7 tahun yang lalu
-
The 6 Literary Forces Every Writer Must Master - You may be aware of what’s becoming widely known as the “six core competencies of storytelling.” These core competencies, as defined by my go-to fiction-wr...11 tahun yang lalu
Dikuasakan oleh Blogger.
Blog e-novel
-
Evangelina 43 tahun yang lalu
-
'Rumah Baru' a.k.a Wattpad5 tahun yang lalu
-
Sinopsis Yang Tertulis Untuk Kita5 tahun yang lalu
-
Bab 3 : Tak Mengaku Cinta6 tahun yang lalu
-
I'M NOT A MONSTER - BAB 156 tahun yang lalu
-
Secukup Rasa | Bab 16 tahun yang lalu
-
Rindu Kasih Madinah.9 tahun yang lalu
-
Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!9 tahun yang lalu
-
Akulah PEREMPUAN Yang Kau Singkirkan9 tahun yang lalu
-
LIMITED EDITION : DIA YANG TERPILIH9 tahun yang lalu
-
-
Haruman Cinta: Bab 2311 tahun yang lalu
-
-
-
Tuan Blog
RYH
ROMEO YANG HILANG
Karya ke-8
Seseorang untuk Dinikahi
Karya ke-6
Hikayat Cinta
WARNING! VERSI BLOG DAN NOVEL ADA SEDIKIT PERBEZAAN!!
Karya ke-3
Tanpa Kata Cinta
Karya ke-2
Prince Charming
Karya pertama
Cinta 99 Hari
Karya ke-4
Karya ke-5 (cerpen)
Karya ke-7 (travelog)
Popular Posts
-
KERETA yang dipandu oleh Raymon berhenti di tempat yang terselindung dengan semak samun. Tidak jauh dari situ terdapat sebuah kawasan yan...
-
Pesan Hikayat, Yang sempurna itu pasti ada cacat celanya. “ PAK CIK ni kalau duduk rumah seorang diri, macam tongkang pecah dibuatn...
-
“Sila perkenalkan nama,” lelaki berwajah serius dan duduk di tengah-tengah di antara seorang lelaki dan seorang perempuan itu berkata ...
-
ROHANA meletakkan secawan kopi di atas meja bosnya. Sejak dari tadi dia asyik melihat bosnya itu mengulangi rakaman video semalam. Entah...
-
Pesan Hikayat Cinta ialah naluri, kerana itu kita tidak tahu mengapa kita mencintai seseorang – Usmal. PAGI-PAGI lagi Apy Elina ...
-
Pesan Hikayat, Isteri yang sabar ialah isteri yang paling bahagia di dunia. Dua tahun kemudian… “ HE so gojes !” Apy Elina ...
-
Akan datang... sebuah cerita pendek yang bertajuk … AKU, DIA DAN GITAR ____________________________________ “Apa yang kau tahu tentang gi...
-
3: MENTERA “Eee… bodoh! Bodoh! Gila! Batak! Dugong! Eee!!” bentak Blue dengan bengangnya sambil menyepak-yepak dinding banggunan sekolahnya...
-
“ Nazwan, sebelum kita pergi lebih jauh lagi, inilah masa untuk kau buat keputusan. Peraturannya mudah saja. Kalau kau fikir, kau tak b...
-
Kata Hikayat, Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan. Jari-jemarinya mengurut dahinya beberapa kali. Peni...
wah sweet nya adam nie