“Ohhh...
handsomenya!” Nana di sebelahnya mula menggelupur kegedikan seperti
yang dijangka Arissa. Tapi oleh sebab dia turut tersihir dengan
kenyitan mata Nazwan tadi, dia masih terpaku seperti patung. Otaknya
kosong. Macam baru sahaja kena cuci.
“Boyfriend
you ke?” tanya Nana.
“Mmm...,”
Arissa mengangguk tanpa sedar.
“Ala...
kenapalah kau selalu dapat boyfriend yang sangat handsome. Aku
cemburulah,” ujar Nana kecewa.
“Ehhh,
tak! Dia bukan boyfriend aku,” pantas Arissa membetulkannya setelah
dia menyedari dia sudah tercakap sesuatu yang tidak benar malah lari
daripada rancangan sebenarnya.
“Betul?”
Mendengar Arissa menafikannya, Nana mula gembira.
Arissa
mengangguk.
“Dia
kawan aku. Papa aku tak bagi aku drive sendiri ke sini, jadi aku
minta bantuan dia,” terang Arissa secara ringkas. Dia menghela
nafas lega. Tidak faham dengan dirinya sendiri. Entah apa pula sihir
yang Nazwan guna tadi sehingga otaknya kosong sebentar.
“Ohhh...
siapa nama dia?” tanya Nana semakin miang.
“Nazwan
Syah.”
“Single?”
tanya Nana pantas.
“Mmm...,”
Arissa sengaja tidak mahu menjawab soalan itu dengan segera. Bila dia
tengok Nana bagaikan kucing betina yang tidak sabar, akhirnya dia
bersuara, “Masih single tapi... susah sikit.”
“Susah?
Dia gay?” tanya Nana tanpa bertapis.
“Setakat
ni aku tak nampak lagi dia berminat dengan lelaki,” beritahu Arissa
ketawa.
“Ohhh...
aku tahu. Dia pemalu bukan?”
“Err...
susah nak kata.”
“Pendek
kata dia bukan boyfriend kau, kan?”
Arissa
mengangguk.
“Okey,
thank you. Aku nak masuk bilik dulu, mandi, tidur dan jangan lupa
ajak dia barbeku malam ni,” ujar Nana kepada Arissa sebelum
melangkah pergi meninggalkan kaunter.
Huh,
ingat aku ni orang suruhan kau ke yang perlu ikut arahan kau. Maaf
ya. Walaupun Nazwan bukan boyfriend aku tapi aku sayang dia. Aku
takkan benarkan kau ganggu hidup dia! Hati Arissa bersuara dengan
penuh menyampah.
“Arissa
oh Arissa,” tegur Melati tiba-tiba.
“Kenapa?”
tanya Arissa.
“Kau
ni sejak dari dulu lagi tak berubah.”
“Err..
apa maksud kau?”
“Kau
tahu yang Nana pasti akan jadi pesaing kau nak pikat Aidil, jadi kau
sengaja bawa kawan kau yang handsome tu semata-mata nak alihkan
pandangan Nana, betul tak?” teka Melati.
“Sejak
bila kau berkawan dengan ahli peramal nasib manusia ni?” tanya
Arissa separuh bergurau separuh terkejut.
“Sejak
aku berkawan dengan kawan yang selalu ada rancangan jahat,” jawab
Melati selamba.
“Mana
ada rancangan jahat. Ini strategi. Kau ingat main bola sepak je ke
yang ada strategi. Semua benda yang kita perlu buat mesti ada
strategi. Dengan strategi ajelah yang mampu buat kita lebih maju
selangkah!” kata Arissa dengan penuh yakin.
“Aku
ingat dulu kau kata, kita perlu bersikap adil dengan setiap pesaing
kita. Adil ke apa yang kau buat ni?” soal Melati lagi.
“Melati,
kau pernah dengar tak orang kata, belajar daripada kesilapan. Ya.
Memang aku pernah kata macam tu dulu. Aku memang sukakan pesaingan
yang sihat dan adil tapi selepas aku kalah dengan seorang perempuan
tu, aku dah tak percayakan pesaingan yang adil. Itulah yang aku
belajar daripada kesilapan aku,” jawab Arissa.
“Apa
dah berlaku?” tanya Melati.
“Mmm...
cerita tu dah lama tapi aku ingat lagi aku sukakan satu lelaki ni.
Tapi dalam masa yang sama ada seorang perempuan agak tua daripada aku
minat dia juga. Kami berjumpa dan berjanji akan mulakan satu
persaingan yang sihat tapi akhirnya lelaki tu pilih perempuan tu.
Sebulan lepas tu baru aku tahu yang perempuan tu pakai bomoh.”
“Ya
Allah, macam tu sekali?”
“Dalam
persaingan merebut lelaki, kita akan jumpa pelbagai jenis perangai
manusia. Sebab itulah aku perlukan strategi,” tambah Arissa dengan
bangga.
Melati
hanya mampu menggeleng. Dari dulu sampai sekarang, Arissa masih lagi
tidak berubah. Dia ingatkan apabila sudah masuk universiti, fikiran
Arissa akan berubah dan tidak memburu cinta lagi tapi nampaknya
Arissa masih sama seperti dahulu.
“Suka
hati kau ajelah. Tapi aku nak bagi amaran. Jangan sesekali bermain
dengan cinta kalau tak, kau juga yang akan merana lagi.”
“Aku
berharap aku dapat merana kerana cinta,” keluh Arissa.
“Arissa!
Aku serius.”
“Aku
pun serius,” tegas Arissa. “Kau tahu, aku dah banyak kali putus
cinta, kena tinggal, kena tipu tapi semuanya tak mampu buat aku
merana. Bila aku tak merana, itu bermakna ia bukan cinta sejati aku.
Huh, bilalah cinta sejati aku nak datang ni.”
“Budak
ni,” keluh Melati yang tidak tahu hendak komen apa lagi.
“Aidil....”
“Mmm...
aku harap Aidil akan jadi cinta sejati aku nanti,” ujar Arissa
kembali bertenaga.
“Tak...
Aidil....”
“Jangan
risau. Aku tahu dia tu jenis yang sukar ditangkap tapi aku dah
sediakan strategi yang baik punya untuk pikat Aidil. Aku pasti, dia
akan jatuh cinta dengan aku dalam masa dua hari!” tambah Arissa
lagi.
Melati
sekadar tersenyum.
“Okey,
aku tahu. Kau nak kerja. So, aku masuk bilik dulu,” kata Arissa
yang tidak sedar dia sudah mengambil masa Melati. Nasib baiklah
Melati bos. Kalau pekerja, sudah lama kena tegur dengan pengurus.
Melati
memberikan kunci bilik yang baru kepada Arissa. Sebaik sahaja Arissa
berpusing ke belakang, dia terkejut apabila hampir bertembung dengan
dada lelaki yang tegap.
“Oh
maaf,” ujarnya yang tidak menyedari ada pelanggan lain di
belakangnya.
“Tak
mengapa,” jawab lelaki itu.
Mendengar
sahaja suara lelaki itu, darah Arissa berderau. Perlahan-lahan Arissa
mendongak ke atas memandang wajah lelaki yang tinggi lampai itu.
Pandang sahaja wajah lelaki itu, tubuhnya sudah seram sejuk.
Aidil!
Arissa
menjadi kaku di hadapan lelaki yang menjadi buruan cintanya kali ini.
Pastinya Aidil sudah dengar apa yang dia kata tadi. Melati pun satu,
kalau dah nampak Aidil datang, bukannya nak bagi warning. Arissa
lantas memandang Melati.
“Aku
dah bagi warning tadi tapi kau tu terlampau banyak mulut,” jawab
Melati yang tahu apa yang ingin dikatakan oleh Arissa.
Kemudian,
Arissa memandang ke arah Aidil. Lelaki itu sekadar mengukir senyuman
maco. Lebih maco seperti dahulu. Arissa menarik nafas panjang. Dia
cuba tenangkan dirinya. Rahsianya sudah terbongkar. Tidak ada gunanya
lagi dia menyembunyikan perasaannya.
Berusaha
Arissa! Suara hatinya memberikan galakan.
“Hai
Aidil,” sapa Arissa kepada Aidil. “Maaf, saya tak perasan awak
dah sampai. Awak mesti sudah dengar apa yang saya katakan tadi,
bukan? Sebenarnya saya bergurau saja. Sebenarnya saya tak ada
rancangan yang bagus untuk pikat awak...,” kata-kata Arissa
terhenti apabila dia sendiri tidak sedar apa yang dia cakap. “Err...
maksud saya, saya cuma bergurau,” tambahnya lagi.
Senyap.
Situasi antara dia dengan Aidil agak menjanggalkan.
“Okey,
saya nampak macam orang bodoh bila cuba menipu sedangkan saya tak
pandai menipu orang. Ya. Saya datang sini sebab nak pikat awak. Saya
dah jatuh cinta dengan awak sejak sekolah lagi tapi malangnya awak
dah ada teman wanita. So, bila saya dengar awak masih single dan
handsome, jadi saya datang sini semata-mata nak pikat awak,” ujar
Arissa dengan berterus-terang.
“Err...
maafkan saya kalau soalan saya ni agak kasar,” Aidil mula bersuara
tapi pertanyaannya sedikit teragak-agak.
“Awak
belum tanya lagi macam mana saya nak tahu kasar atau tidak,” pantas
Arissa bersuara walaupun dia tahu Aidil belum habis berkata-kata.
“Siapa
awak?” tanya Aidil.
Pertanyaan
Aidil tadi membuatkan Arissa terperanjat habis.
“Awak...
awak tak kenal saya?”
Aidil
menggaru kepala. Kemudian, dia menggeleng.
“Serius?
Awak tak kenal saya?”
Kali
ini Aidil mengangguk kepala.
“Arrgghh!!!
Apa dah jadi dengan dunia ni? Orang yang aku suka tahap gaban dulu
tak kenal aku? Mana aku nak letak muka ni?” ujar Arissa separuh
menjerit sambil berlari berlalu dari situ menuju ke lif. Langsung
meninggalkan dua bagasi yang ditinggalkan Nazwan di lobi.
“Arissa!
Beg kau!” jerit Melati.
“Suruhlah
sesiapa hantar kat bilik aku!” jerit Arissa sebelum pintu lif
tertutup.
***
Malam
menjelang. Selepas menikmati makan malam di restoran berhampiran,
Nazwan segera kembali ke biliknya. Ketika dia sedang menunggu lif,
dia dapat melihat kemeriahan di bahagian kawasan kolam renang yang
ditutup oleh orang ramai sejak petang tadi untuk reunion kelas
Arissa.
Dia
sempat mengintai dari luar. Mencari kelibat Arissa tapi matanya tidak
dapat menangkap bayang Arissa sebaliknya, Nana pula muncul di
hadapannya. Nampak sahaja wajah Nana, terus dia menggelabah. Lantas
dia memalingkan kepala dan berharap lif sampai cepat.
“Nazwan,”
panggil satu suara.
Nazwan
sengaja berbuat tidak mendengar. Dia melihat nombor-nombor yang
muncul di atas pintu lif yang berhenti di tingkat 2. Pada masa inilah
dia terasa ingin menyumpah orang yang masih lagi menggunakan lif
walaupun destinasinya ke tingkat 2. Bukankah lebih baik guna tangga,
hatinya membebel.
“Nazwan,”
bahunya disapa.
Nazwan
menghela nafas panjang.
Ini
semua Arissa punya pasal! Entah apa yang Arissa sampaikan kepada Nana
sampai Nana pun tahu namanya.
Nak
tak nak. Nazwan terpaksa berhadapan dengan Nana. Dalam pada itu, dia
turut terkejut apabila Melati juga berada di sebelah Nana. Dia mula
meragui rancangan Arissa. Kalau Nana terpikat dengannya, dia faham
tapi kalau Melati turut terpikat... ini mesti ada sesuatu yang tidak
kena.
“Kenapa?”
tanya Nazwan sambil berharap mereka berdua tidak memaksanya menyertai
reunion itu. Sumpah, dia akan lari naik ke atas guna tangga walaupun
biliknya di tinggat 7.
“Arissa
tak nak turun,” kata Melati sebelum Nana ingin bersuara.
“Hah?”
terkejut dia mendengarnya.
Sebelum
ini punyalah bersemangat Arissa hendak pergi ke reunion ini. Bila
sudah sampai, buat perangai pula. Sah. Nazwan dapat rasakan ada
sesuatu yang telah berlaku. Tidak mungkin sebab Arissa tidak tahu
hendak pakai baju apa, sebabnya Arissa sudah bawa dua bagasi yang
terlampau banyak pilihan yang boleh dibuat. Pasti ada sesuatu yang
berlaku. Sesuatu yang buat dia malu hendak muncul di perjumpaan itu.
“Apa
dah berlaku?” tanya Nazwan.
“Panjang
ceritanya....”
“Pendekkan,”
balas Nazwan.
“Dia
merajuk,” kata Nana.
“Merajuk?”
tanya Nazwan sekali lagi inginkan kepastian. Rasanya perkataan
merajuk tidak ada langsung dalam kamus hidup Arissa. Arissa bukan
seorang yang mudah merajuk.
“Apa
yang saya tahu, dia terkejut bila Aidil tak kenal Arissa,” jawab
Nana.
“Ohh...,”
jawab Nazwan pendek. Kalau itu sebabnya, memang patut pun Arissa
tidak muncul ke perjumpaan itu. Tapi itu bukan merajuk. Itu sengaja
cari perhatian orang.
“Jadi,
boleh tak awak tolong pujuk dia?” pinta Melati.
“Saya?”
“Tolonglah.
Kami dah sediakan sejak dari petang tadi untuk dia. Kalau dia tak
muncul, tak ada gunanya kami buat semua ni untuk dia....”
“Buat
apa?” tanya Nazwan.
“Tentulah
surprise birthday dia!”
“Ohh...
dia ada hari jadi,” ujar Nazwan acuh tidak acuh. Selama dia
berkawan dengan Arissa, dia tidak pernah terfikir atau bertanya
tarikh hari jadi Arissa. Hari ini, barulah dia tahu yang Arissa ada
tarikh lahir rupanya.
“Cepatlah!
Pujuk dia,” ujar Melati sambil menolak Nazwan masuk ke dalam lif
yang sudah terbuka luas.
Nak
tak nak Nazwan terpaksa menurut. Tiba di bilik Arissa Melati sudah
memberi amaran kepadanya supaya tidak bercakap apa-apa tentang
surprise birthday. Melati orang pertama yang datang mengetuk pintu.
Ketukannya sekali dengan jeritan sederhana kuat memanggil nama
Arissa. Tiada sebarang balasan yang diterimanya dairpada Arissa. Ini
membuatkan Melati berasa risau.
“Rasa-rasa
dia punya merajuk tahap kelar tangan dengan pisau tak?” tanya Nana.
“Aku
masih hiduplah! Ingat aku ni bodoh sangat ke nak kelar tangan
sendiri?!” jerit suara Arissa dari dalam.
“Kalau
masih hidup keluarlah. Mereka semua nak jumpa kau,” balas Melati.
“Tak
nak!” suara Arissa kedengaran tegas.
“Arissa....”
“Tak
nak!” tegas Arissa lagi. “Walaupun kau orang pujuk aku dengan
lelaki handsome sekali pun aku tak nak keluar!”
Melati
mengeluh sambil memandang Nazwan. Kini, barulah Nazwan faham kenapa
mereka meminta bantuannya tapi malangnya dia orang tidak faham yang
dia sendiri tidak tahu hendak buat apa. Tambah lagi, dia tidak ada
keinginan hendak memujuk Arissa yang gemar buat perangai gedik tak
bertempat.
Tapi,
kalau dia tidak tolong mereka, mereka tetap akan menganggu hidupnya.
Nazwan menghela nafas panjang sebelum mengetuk pintu bilik Arissa.
“Arissa,”
panggil Nazwan. “Keluarlah. Kawan-kawan kau dah lama tunggu tu,”
ujar Nazwan pertama kali bertindak sebagan juru pujuk Arissa.
“Tak
nak!” Arissa masih bertegas dengan keputusannya.
“Huh,
dia tak nak. Rasanya tak perlu kita pujuk dia lagi. Jom Nazwan, kita
bergembira kat bawah. Lagipun I dah lapar dah ni,” kata Nana dengan
lengguk suara yang manja.
“Nana!
Kau jangan ganggu Nazwan! Walaupun dia bukan boyfriend aku tapi aku
takkan benarkan kau menggedik dengan Nazwan! Dasar kucing betina yang
miang!” jerit Arissa dari dalam sempat memberikan amaran kepada
Nana.
“Suka
hati akulah. Dia bukan boyfriend kau pun!” balas Nana tidak mahu
mengaku kalah. “Jom Nazwan,” Nana sudah menarik-narik tangan
Nazwan.
“Err...,”
Nazwan melepaskan tangan Nana mentah-mentah. “Ada kunci pendua?”
tanya Nazwan kepada Melati.
Melati
mengangguk. Nasib baik dia sempat menyambar kunci pendua bagi bilik
Arissa sebelum naik ke atas tadi. Tanpa berlengah lagi, dia segera
membuka pintu bilik Arissa. Tiada cara lain lagi. Kalau mereka terus
memujuk dengan pintu masih terkunci, mungkin selama-lamanya Arissa
tidak akan keluar dari bilik itu.
“Ahhh...
kau orang main tipu,” kata Arissa yang geram apabila menyedari
pintu biliknya dibuka dengan kunci pendua. Tanpa berlengah lagi dia
terus berlari naik ke atas katil dan mencapai gebar putih lalu
menutup seluruh tubuhnya.
“Pulak
dah,” keluh Melati yang sekadar mampu menggeleng melayan kerenah
Arissa.
Nazwan yang tidak
tahan dengan perangai Arissa itu terus melangkah masuk ke dalam. Dia
patut dengar cakap Luqman semalam yang suruhnya batalkan sahaja
rancangan dia menemani Arissa ke perjumpaan ini kalau tidak dia akan
menyesal. Ya. Dia mula menyesal.
Tiba
di tepi katil, Nazwan segera menarik gebar yang menutup seluruh tubuh
Arissa yang sebenarnya sudah siap memakai gaun labuh berwarna putih.
Nampak sangat Arissa memang hendak turun ke perjumpaan itu tapi takut
hadapi kenyataan.
“Nazwan,
kau sepatutnya memihak pada aku bukannya pada diorang,” keluh
Arissa yang terasa dirinya sedang dipermainkan.
“Sudahlah
tu Arissa. Aidil sengaja nak main-main dengan kau je. Takkan kau tak
kenal dengan perangai Aidil yang suka menyakat kau dulu? Dia tak tahu
pulak dia boleh merajuk sampai macam ni,” pujuk Melati.
“Huh,
hal kecik pun nak merajuk sampai macam ni,” celah Nana.
“Kucing
miang, kau diam!” marah Arissa dengan jelingan tajam. “Kalau dia
main-main, kenapa mesti Nazwan yang pujuk aku? Kenapa tak suruh
Aidil?”
“Eee...
ada hati nak suruh Aidil pujuk kau,” sindir Nana.
“Kucing
miang ni memang nak kena...,” Arissa mula hilang sabar. Lantas dia
mencapai bantal putih itu dan ingin membalingnya ke arah Nana tapi
lantas Nazwan menghalangnya. “Jangan halang aku Nazwan. Kucing
miang ni memang suka buat aku marah!”
“Arrissa!”
suara Nazwan mula meninggi. Arissa terdiam. Dia memandang Nazwan
dengan reaksi tidak percaya. Selama ini dia jarang mendengar suara
Nazwan yang tinggi. Ini kali pertama dia ditengking oleh Nazwan.
“Nazwan,
kau tengking aku...,” ujar Arissa masih tidak percaya.
“Sebab
kau terlampau nakal,” jawab Nazwan kembali dengan suara lembutnya.
“Aku
mana ada nakal. Aku cuma... tak puas hati. Aku tahu. Dulu aku tak
cantik. Badan aku gemuk. Walaupun sekarang ni aku kurus sikit
dairpada dulu tapi takkanlah sampai macam tu sekali dia tak kenal
aku.”
Nazwan
mengukir senyuman.
“Itu
maknanya kau dah berubah banyak sampai dia tak kenal kau,” ujar
Nazwan.
“Betul?”
Nazwan
mengangguk.
“Ingat
lagi tak? Ada satu hari tu kau tercicir satu gambar lama kau dan aku
tertengok gambar tu. Bila kau beritahu yang tu gambar kau, aku
terkejut?”
“Ahhh...
masa tu memang kau tak percaya,” ujar Arissa yang teringatkan
peristiwa itu. “Kau banyak kali tanya sama itu gambar aku dan
Luqman pula asyik kata aku sihir mata korang supaya nampak aku yang
kurus macam ni. Ada pula dia kata macam tu. Walaupun badan aku dah
kurus tapi tengok pipi aku. Masih tembam macam dulu,” ujarnya
sambil memegang kedua pipinya yang sering menjadi sasaran cubitan
Sarah.
Nazwan
tersenyum lagi.
“Tapi
tak setembam dulu. Mungkin sebab tu Aidil tak kenal kau macam kami
tak percaya itu gambar kau masa dulu-dulu.”
“Betul?”
Nazwan
mengangguk.
“Nazwan,
tak sia-sia aku ajak kau ke sini! Aku sayang kau!” sorak Arissa
gembira. Dia ingin memeluk Nazwan tapi mujurlah dia sedar bahawa
Nazwan itu lelaki. “Err... aku tak boleh peluk kau.”
“Dah
habis merajuk? Jom turun bawah. Diorang semua dah tunggu kau,” kata
Melati.
“Nanti.
Aku rasa pakaian ni tak beberapa sesuai. Tunggu aku tukar pakaian
jap,” ujar Arissa sambil membuka beg pakaiannya. Baru dia ingin
memilih baju, dia teringatkan sesuatu.
“Nazwan,”
ujar Arissa sambil memandang ke arah Nazwan yang masih lagi berada
dalam biliknya. Nazwan memandangnya seperti tiada apa-apa yang
berlaku. “Apa kau buat dalam bilik aku lagi? Aku nak tukar bajulah!
Keluar cepat!”
“Ohhh...,”
ujar Nazwan acuh tidak acuh. Seperti orang tidak berperasaan Nazwan
segera bangun dan berlalu keluar. Selain Nazwan, Nana dan Melati
turut keluar dari bilik Arissa dan menanti di luar sementara Arissa
menyalin pakaian.
“Nazwan,”
panggil Melati kepada Nazwan yang mula mengorak langkah.
Nazwan
berhenti melangkah dan berpaling.
“Terima
kasih ya,” ucap Melati.
Nazwan
sekadar mengangguk. Sejujurnya, dia sendiri masih tidak percaya yang
dia berjaya memujuk Arissa malam itu.
“Awak
tak nak turut serta?” tanya Nana.
Nazwan
menggeleng.
“Kucing
miang, jangan menggatal. Nazwan perlu berehat sebab esok dia akan
jadi driver aku,” ujar Arissa yang sudah siap menyalin pakaian.
Kali
ini Nazwan tersenyum. Apa yang Arissa cakap itu agak kasar kerana
menggelarkannya 'driver' tapi sekurang-kurangnya Arissa
menyelamatkannya daripada menyertai perjumpaan itu. Dia lebih suka
tidur di biliknya daripada menyertai perjumpaan dengan orang yang
asing dalam hidupnya.
***
“Bukan
ke aku dah kata, batalkan saja niat kau nak temankan Arissa tapi kau
degil. Sekarang, kau kena buli dengan Arissa, aku tak dapat tolong
kau,” Luqman mula membebel di talian.
Sebenarnya,
dia tidak mahu menceritakan hal remeh temeh yang terpaksa dilaluinya
hari ini kepada Luqman yang menelefonnya itu. Tapi Luqman memang
pandai mendesak. Tambahan pula Luqman sudah sedia maklum yang dia
tidak pandai berbohong. Akhirnya, dia terpaksa memberitahu Luqman
dari awal hingga akhir.
Balasannya,
dia terpaksa mendengar leteran Luqman. Memang sejak dari dahulu lagi
Luqman begitu ambil berat terhadapnya. Sejak dia kehilangan ibu
bapanya, Luqman sudah bertindak sebagai pelindung yang akan
melindunginya dairpada dibuli oleh orang lain terutamanya Arissa.
Kadangkala
dia sendiri tidak faham. Apa yang Arissa buat terhadapnya bukanlah
buli tapi itu adalah cara Arissa berkawan dengannya. Malangnya,
Luqman mentafsir setiap perbuatan Arissa adalah buli.
“Tak
ada apalah. Kau tahu ajelah dengan perangai dia tu yang selalu sangat
timbulkan masalah,” ujar Nazwan cuba menyebelahi Arissa.
“Ohh
tidak....”
“Apa
yang tidaknya?” tanya Nazwan kembali.
“Jangan
kata kau dah terkena sihir Arissa.”
“Luqman....”
“Nazwan,
aku sayangkan kau. Kaulah sepupu sehati sejiwa aku. Aku tak sanggu
sepupu sehati sejiwa aku dirampas oleh ahli sihir merangkap musuh
ketat aku,” tambah Luqman lagi.
“Luqman,
aku belum bersedia nak terima kenyataan yang sepupu aku ni gay.”
“Apa
pulak gay,” suara jantan Luqman sudah keluar. “Aku risaukan kau
tahu tak!”
“Aku
tahu. Jangan risau. Aku tahu apa yang aku buat.”
“Memanglah
kau tahu apa yang kau buat. Kau tahu, walaupun aku lagi handsome
daripada kau tapi kau tu memang mudah nak cairkan hati perempuan?”
“Ohhh?”
“Jangan
buat sound effect menjengkelkan tu. Aku serius ni!”
“Aku
pun serius. Aku serius mengantuk ni. Benarkan aku tidur,” ujar
Nazwan acuh tak acuh.
“Jangan
tekan butang merah tu. Aku belum habis cakap lagi,” tegas Luqman.
“Err...
ada orang ketuk pintu bilik aku,” beritahu Nazwan apabila terdengar
ketukan pada pintu biliknya.
“Jangan!
Abaikan! Ingat kau sekarang berada kat tempat orang. Jangan sesekali
buka pintu malam-malam buta ni,” kata Luqman lagi serupa macam
seorang ibu risaukan anaknya.
“Tapi
dia panggil nama aku,” ujar Nazwan apabila terdengar namanya
dipanggil.
“Nazwan!
I tahu you ada kat dalam tu!” jerit suara Nana dari luar.
“Macam
suara Nana.”
“Jangan
buka. Kau ingat pesan aku semalam? Lelaki akan lemah bila jadi
perkara macam ni. Malam-malam buta, perempuan ketuk pintu, beritahu
kononnya dia takut nak tidur seorang diri dan mintak kau temankan dia
tidur...”
“Luqman,
aku tahu semua tu. Jangan risaulah. Rasanya macam ada sesuatu yang
penting je,” kata Nazwan apabila mendengar Nana masih memanggil
namanya lagi.
“Okey,
kau tanya tapi jangan buka pintu!”
Nazwan
menurut. Nazwan berlalu ke pintu biliknya.
“Kenapa?”
tanya Nazwan di sebalik pintu.
“Buka
la pintu ni. I bukan buat apa pun. I ada hal nak tanya ni.”
“Tanya
sajalah,” Nazwan tetap bertegas tidak mahu membuka pintu.
“Okey...
I nak tanya, Arissa ada dalam bilik you ke?”
“Hah?”
soalan itu membuatkan Nazwan terkejut.
“Arissa
ada dalam bilik kau ke?” tanya Luqman yang barangkali turut
mendengar pertanyaan Nana tadi.
“Gila
kau. Takkan aku nak cari nahas dengan nenek?” balas Nazwan
menafikan tuduhan tidak berasas itu. “Nana, Arissa memang tak ada
dalam bilik saya. Saya tinggal seorang diri.”
“Habis
tu, saya dengar awak bercakap tadi. Awak cakap dengan siapa?” tanya
Nana.
Nazwan
mengeluh.
“Saya
cakap dengan sepupu saya melalui telefon.”
“Ohhh...
sepupu awak tu lelaki atau perempuan?”
Sekali
lagi Nazwan mengeluh. Penat melayan kucing miang ini. Entah ke
manalah Arissa sekarang sampai 'melepaskan' kucing miang ni berjalan
seorang-sorang tengah-tengah malam.
“Tadi
awak cari Arissa... kenapa?” tanya Nazwan.
“Dia
hilang.”
“Ohhh...,”
hanya itu reaksinya. Kucing miang tiba-tiba risaukan Arissa yang
hilang? Huh, siapa yang percaya.
“Dia
betul-betul hilang,” kata Nana.
“Tak
pe. Nanti saya call dia. Awak baliklah,” arah Nazwan dan berharap
Nana akan beredar pulang ke bilik.
“Kalau
dah dapat call awak beritahu saya tau. Suruh Arissa call saya. Saya
risau. Sudahlah saya dapat tahu dia keluar dengan Aidil tadi. Aidil
tu bukan boleh dipercayai sangat,” ujar Nana sebelum berlalu dari
situ.
Nazwan
terdiam dan cuba mentafsir apa yang diberitahu oleh Nana tadi.
“Luqman,
nanti aku call kau balik. Aku ada hal,” ujar Nazwan yang mula risau
terus mematikan talian sebelum sempat Luqman bersuara.
Sebaik
sahaja dia mematikan talian, satu panggilan muncul di skrin
handsetnya. Nazwan menghela nafas lega apabila melihat nama Arissa
muncul. Tanpa berlengah lagi dia terus menjawab panggilan itu.
“Arissa....”
“Nazwan!
Tolong aku. Tolong aku... Aidil... dia... Arghhh!! Lepaslah... “
Tuttt....
Aidil wat mende tak elok ke tu??? Huhuhu