Malah, apa yang lagi pelik, mereka semua kelihatan bersetongkol untuk memberi jawapan yang sama. Entah rahsia besar apa yang mereka simpan sehingga tiada sesiapa pun yang sanggup membuka mulut. Mungkin ada benarnya apa yang difikirnya selama ini, Rezza dan Nazrul adalah pasangan kekasih.
“Jangan fikir apa-apa lagi,” sebuah buku latihan hinggap di atas kepalanya membuatnya tersentak dari lamunan.
“Sakitlah!” Nurul mencebik marah kepada Sofea yang duduk di hadapannya. Gadis itu hanya menggeleng saja. Dia tahu apa yang sedang di fikir oleh kawannya itu, tak lain tak bukan mesti pasal hubungan Rezza dan Nazrul.
“Sudahlah tu. Aku dah cakap, diorang berdua tu adalah kawan baik sejak kecil lagi. Tak mustahillah diorang berdua tu rapat macam belangkas. Tak payahlah kau nak korek rahsia ni sampai ke lubang cacing. Cacing pun dah naik rimas kalau kau asyik nak ceroboh lubang dia,” kata Sofea.
“Tapi kalaulah diorang tu setakat kawan biasa saja kenapa aku tanya pemain bola sepak semua macam nak melarikan diri saja. Kau tak terfikir ke maybe diorang ada simpan rahsia besar yang hanya Kelab Bola Sepak saja yang tahu pasal benda ni,” balas Nurul cuba menyakinkan Sofea lagi.
“Semua orang ada rahsia, Nurul. Aku pun ada rahsia yang aku tak pernah bagitahu kau dan maybe kau pun ada rahsia yang takkan beritahu aku. So, tak de alasan la buat seseorang tu simpan rahsia.”
“Tapi rahsia ni rahsia besar-besaran. Semua orang dalam Kelab Bola Sepak tahu dan hanya aku seorang saja tak tahu. Kau boleh bayangkan tak macam mana aku nak terima kalau aku sebagai pengurus tak tahu apa masalah diorang?”
“Kalau diorang tak nak bagitahu kau redha je la. Bukannya masalah kau kalau diorang tak beritahu rahsia besar tu. Dahlah. Hentikan niat kau tu nak sebarkan gossip tentang Nazrul dan Rezza tu. Diorang tu kawan karib sejak kecil. Memang patut pun diorang tu berkawan rapat.”
“Aku tak kira. Kalau aku nak tahu, aku akan cari juga jawapannya. Tak kiralah walauapa pun yang berlaku!” tegas Nurul.
“Lantaklah. Yang penting aku tak nak masuk campur,” Sofea kembali mengadap buku-buku latihan di hadapannya tanpa memperdulikan Nurul yang sengaja mendera otaknya memikirkan hubungan Nazrul dan Rezza.
“Eh,” matanya terpandang kelibat seseorang yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam perpustakaan sekolahnya itu.
“Kenapa?”
suspen..