“SAYA tak
tahu, sama ada awak bertuah memiliki saya atau saya yang bertuah
memiliki awak,” kata Apy Elina.
Dia menongkat dagu
sambil memandang suaminya yang sedang menikmati Maggie yang
dimasaknya tadi. Bukan setakat itu sahaja, suaminya makan dengan
begitu lahap seperti orang kebuluran. Macam orang tak makan seminggu
pun ada.
“Kenapa?” tanya
Adam dengan mulut yang penuh. Macam biasa, Maggie yang dimasak oleh
isterinya memang buat dia ketagih. Padahal biasa saja. Dia sendiri
pun tak faham.
“Yalah. Saya nak
masak untuk awak yang sedap-sedap tapi awak paksa saya masak makanan
segera yang boleh siap dalam masa lima minit ni. Awak betul-betul
macam tak percaya saya boleh masak untuk awak,” Apy Elina menarik
muka.
“Memang pun...”
balas Adam selamba.
“Hah? Jadi awak
memang tak percaya saya boleh masak yang sedap-sedap untuk awak?”
soal Apy Elina lagi.
Sekali lagi Adam
mengangguk. “Daripada tengok dapur rumah kita meletop, lebih baik
makan Maggie.”
Apy Elina terkesima
dengan jawapan itu. Bagaikan ada batu besar jatuh di atas kepalanya.
Tak sangka Adam berani cakap begitu depannya. Itu jauh lebih
menghina. Sampai begitu sekali Adam fikir begitu? Buat pertama kali
hatinya rasa terluka.
“Sampai hati awak
kata macam tu. Saya tahulah saya tak reti memasak tapi tak perlulah
hina sampai macam tu sekali.”
“Mak cik, apa akan
berlaku kalau dapur meletop?” soal Adam dengan serius.
“Mengarutlah awak
ni. Bukannya saya nak cucuh api pada tong gas.”
“Apa akan berlaku
kalau dapur meletop?” tanya Adam lagi. Kalau Adam sudah ulang dua
kali dengan muka yang serius, itu maknanya memang kena jawab.
“Kalau meletop
mestilah saya pun meletop sekali,” jawabnya walaupun tak puas hati.
Tiba-tiba dia
sendiri tersentak. Muka Adam masih lagi serius. Otaknya segera
memproses maklumat. Bila dia sudah dapat jawapan, perlahan-lahan dia
mengukir senyuman. Macam mana pula dia boleh lupa cara pak cik ini
meluahkan rasa sayang tak sama seperti kebanyakan lelaki. Setiap
kata-kata Adam memang kadangkala menyakitkan hati tapi sebenarnya itu
tanda dia sayang. Jadi, kena pandai gunakan otak untuk membezakannya.
“Tapi... takkanlah
sampai macam tu sekali awak risaukan saya. Saya bukan nak cucuh api
dekat tong gas. Alasan tak munabah betul,” sindirnya dengan
jelingan tajam.
Tapi Adam langsung
tak peduli dan terus makan. Tidak lama kemudian Adam berhenti makan
tiba-tiba.
“Dah kenyang?”
tanya Apy Elina hairan. Tadi bukan main berselera lagi. Mustahil
sudah kenyang.
“Mak cik, dekat
sikit jap,” arah Adam memberikan isyarat tangan.
Apy Elina tersengih.
Ini tak lain dan tak bukan mesti ada kejutan. Tanpa berlengah lagi
dia segera mendekatkan mukanya sambil menutup kedua matanya.
Berdebar-debar jantungnya tatkala dengar nafas suaminya yang semakin
dekat.
Tiba-tiba, pipinya
dicubit kuat. Dia terus membuka mata. Bukan ciuman yang dia dapat
tapi cubitan yang kuat pada kedua-dua pipinya.
“Kenapa? Kenapa?”
soalnya cuba melepaskan diri tapi tidak berjaya. Pipinya terus
dicubit kuat.
“Cuba rasuah suami
sendiri dengan maggi?” Adam merenungnya dengan tajam.
“Ehhh? Apa awak
mengarut ni?” Apy Elina terkejut. Seumur hidup dia, langsung tak
pernah terfikir hendak bagi rasuah pada sesiapa pun. Apatah lagi cuba
rasuah suami sendiri.
“Kalau macam tu
kenapa tiba-tiba nak masak?” tanya Adam.
Alamak! Apy Elina
mula cuak. Suaminya itu seolah-olah mengetahui apa yang bermain di
fikirannya. Disebabkan ini kali pertama dia ingin meminta sesuatu
yang mungkin tidak akan disetujui oleh suaminya, jadi perkara pertama
yang perlu dia buat adalah berbuat baik dengan suami!
“Bukan ke memasak
itu tugas isteri?” balas Apy Elina tidak berani lagi
berterus-terang. Nampak gaya pasti dia tidak akan berjaya yakinkan
suaminya itu.
“Bukan ada sebab
lain?” Adam memandangnya dengan tajam lagi.
Pantas Apy Elina
menggeleng.
“Betul?” tanya
Adam. Cubitan bertambah kuat.
“Okey! Okey! Saya
mengaku!” Apy Elina mengangkat tangan menandakan dia mengaku kalah.
“Saya akan beritahu tapi lepaskan pipi saya dulu. Sakit...”
Tidak perlu rayuan
kali kedua, Adam melepaskan pipi isterinya itu. Seperti yang
dijangka, memang ada udang di sebalik batu. Dia kenal sangat dengan
perangai isterinya. Kalau inginkan sesuatu, mulalah buat perkara yang
pelik-pelik.
“Awak ni macam
ahli nujum. Tahu saja apa yang saya fikir,” keluh Apy sambil
berlalu mencapai beg bimbitnya. Sebuah sampul bersaiz A4 dikeluarkan
dalam beg itu lalu dia memberikannya kepada suaminya. Sampul itu
bertukar tangan.
“Penting sangat ke
budak tu sampai awak nak siasat dia?” tanya Adam.
“Mestilah
penting!” jawabnya penuh yakin. “Ada banyak soalan yang tidak
berjawapan yang menyelubungi kepala otak saya sekarang... Ehhh...
macam mana awak tahu? Awak belum buka sampul tu lagi! Mana awak tahu
saya tengah siasat budak tu?” Apy Elina terkejut.
“Perlu ke terkejut
sampai macam tu?” tanya Adam selamba.
“Awak betul-betul
ada belajar macam mana nak jadi nujum pak belalang ke masa kat kem
dulu?” tanyanya perlahan-lahan.
Sekali Adam
menjeling tajam.
“Janganlah marah.
Saya tanya saja. Semua yang saya buat diam-diam awak dapat tahu. Atau
awak ada pasang apa-apa dalam handset saya jadi awak boleh dengar
perbualan saya dengan Darina?” teka Apy Elina lagi.
“Mak cik...”
“Hah! Ini bermakna
awak spy isteri sendiri?”
“Boleh tak jangan
mengarut yang bukan-bukan?”
“Habis tu? Macam
mana awak tahu?”
“Spy yang Darina
guna tu, orang saya juga.”
“Ah, saya lupa
suami saya ni bekas ketua kongsi gelap...” keluhnya.
“Jadi, awak nak
jumpa budak ni?” tanya Adam nampak serius.
“Boleh tak? Awak
benarkan tak?”
“Boleh tapi dengan
satu syarat.” Adam merenungnya dengan tajam.
“Saya janji, saya
takkan gedik-gedik dengan budak lelaki tu. Ini hanyalah hubungan
antara jurulatih dengan pemain bola keranjang dan tak lebih daripada
itu,” laju sahaja Apy Elina mengangkat sumpah.
“Mak cik, awak
ingat suami awak ni cemburu sangat ke dengan budak hingusan macam
tu?” balas Adam menjeling tajam.
Dengan spontan Apy
Elina mengangguk. “Tapi awak cute kalau cemburu... sebab tulah saya
suka tengok awak cemburu.”
“Nak kena cubit
pipi tu lagi?”
Serentak dengan itu,
Apy Elina menekup kedua-dua pipinya dengan kedua-dua tangannya.
Sebagai langkah berjaga-jaga. Tangan suaminya bukan boleh percaya
sangat. Ada sahaja cara untuk cubit pipinya itu.
“Apa syaratnya?”
soal Apy.
“Raymon dan Yun
akan temankan awak.”
“Hah? Bodyguard
awak tu? Kenapa? Budak tu hanya pemain jalanan bukannya gengster
jalanan,” Apy Elina tidak setuju.
“Tapi tempat yang
awak nak pergi tu merupakan kawasan hitam. Bahaya.”
Apy mengeluh.
Bersuamikan dengan orang yang faham aktiviti kongsi gelap ni memang
menakutkan. Tahu sahaja tempat mana yang berbahaya. Tapi agak
menyusahkan juga kerana dia terpaksa mendapatkan khidmat anak buah
yang berkhidmat untuk suaminya.
“Saya memang tak
ada pilihan lain ke?” soal Apy.
Adam menggeleng.
Kali ini dia tegas.
Sekali lagi Apy
Elina mengeluh berat. Nampaknya itu sahaja pilihan yang dia ada. Kira
okeylah kalau suaminya benarkan dia pergi berjumpa dengan budak itu.
“Okey, mereka
boleh ikut saya tapi dengan syarat jangan ganggu tugas saya!”
akhirnya dia bersetuju.
“Deal!” Adam
setuju.
“Okey, selesai!”
soroknya lega.
“Belum lagi.”
“Ada lagi ke?”
“Masakkan maggi
lagi...” ujar Adam sambil memberikan mangkuk magginya itu. Apy
Elina terkejut. Ya Allah kosong! Bila masa dia habiskan?
Tapi itu tak penting
lagi. Yang penting, esok, dia pasti akan dapat tangkap budak itu!
“KAU benarkan
cikgu pergi jumpa budak tu?” tanya Izwan di hujung talian.
“Mak cik tu nak
pergi sangat. Lagipun kalau aku larang dia tetap akan pergi
diam-diam. Jadi, aku fikir lebih baik benarkan dia pergi jumpa budak
tu.”
“Tak bahaya ke?”
soal Izwan lagi.
“Sebab tulah aku
hantar orang aku temankan dia.”
“Kenapa aku rasa
lain macam?”
“Apa?”
“Kau biasanya
utamakan nyawa cikgu tapi kenapa dalam hal ni kau biarkan cikgu pergi
siasat hal ini dan benarkan dia jumpa budak tu?”
“Mungkin budak tu
tak bahaya seperti yang kita jangka. Lagipun dia cuma pemain
jalanan...” jawabnya acuh tidak acuh.
“Tapi kau sendiri
tahu dia ada kena mengena dengan samseng jalanan. Adam, apa yang kau
cuba buat sekarang? Aku dapat rasa, kau ada niat lain,” balas Izwan
kedengaran tidak puas hati.
“Aku tahu apa yang
aku buat. Kau jangan risau,” ujar Adam dan segera menamatkan
perbualan itu. Izwan begitu cepat menghidu tindak tanduknya. Walau
apa pun, ini saja jalan yang dia ada.

aigoo..misteri nusantara betul la..huhu
BalasPadamsiapa la mystery guy tu..suspen nak tau
BalasPadamYeahhh second!!!
BalasPadamNora
Adam sweet... Suka sgt ngan watak adam n apy... Ape rancangan adam tuk budak misteri tu ek??? Kak ratu... Next bab plezzz...
BalasPadambest
BalasPadamTerbaik . Adam mmg ada plan
BalasPadamTerbaik . Adam mmg ada plan
BalasPadamsy takde fb,twitter cuma ada email n blog sj. jgn la tinggalkan lama2,nanti rindu..slalunya sy akan ulang baca bab lama2 klo rindu alex n apy hehe. tp pls update ya.1minggu 1x pun xpe, jgn la sebulan tinggalkan novel ni.
BalasPadammereka mmg sweet. hahaha klo sy mau makan hati gan adam ni.mujur apy lg bijak dari saya.
BalasPadamagaknya adam tau yg bdk tu takkan sakitkan apy n cz dia dah tgk pic yg mereka bertiga rapat,grenti bdk tu takkan sakitkan apy. betul x?hehehe. apa2 pun mmg misteri yg perlu dirungkaikan oleh RB. mcm mana RB twist the story...tungguuuu...hehehe
�� yey...xsabar tunggu buku ni d terbitkan..
BalasPadamadakah mungkin novel ni akan ada di PBAKL...Tak sabar nak baca versi cetak...
BalasPadamagaknya bila akan keluar buku ini?
BalasPadamLove it.... Makin inpatient nak tahu ending... The story keep getting msytery n want to solve the puzzle...
BalasPadamomaigod!!! aku ketinggalan jauh! :'((((( hm... tnp laptop membuatkan aku jauh ketinggalan, 'sokay~ tunggu yg cetakan je laa ^^'a aja2 hwaiting, kak ratu! sy akn tggu dgn sepenuh ksbrn yg ada even sy ni bkn la sorg yg pnyabar. miahahahaaa :P
BalasPadamObat Benjolan Gusi
BalasPadamObat Benjolan Lidah
Obat Tradisional Jelly Gamat
Obat Gondok
Obat Pengering Luka
Obat Sering Kencing
Hi! I'm a big fan of you and you should be proud of it haha. Saya minat buku koleksi seram more than love story. Because why do you need love when you need money more? �� saya baca buku Hikayat Cinta masa saya sekolah menengah, and kesannya kepada saya masih belum hilang sampai skrg. I adore you. Well, you can make a story, love story actually, which gives a huge impact for a person who doesn't trust love. Saya masih lagi tak percaya tentang cinta, tp saya sentiasa ternanti-nantikan kisah cinta Apy Elina dan Adam �� enjoy your writing, and we'll enjoy the reading. Thank you.
BalasPadamNovel ni dah ada dipasaran ke.....
BalasPadamNovel nie ade jual lg x?
BalasPadamUT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
BalasPadamdekat nak 10 tahun dah ulang baca entry ni. kak bulan bila nak ada hardcopy buku ni? ðŸ˜ðŸ˜
BalasPadamKak RBN tolong la sambung cite ni
BalasPadam