Romeo yang Hilang: Bab 23


SAYA tak tahu, sama ada awak bertuah memiliki saya atau saya yang bertuah memiliki awak,” kata Apy Elina.
Dia menongkat dagu sambil memandang suaminya yang sedang menikmati Maggie yang dimasaknya tadi. Bukan setakat itu sahaja, suaminya makan dengan begitu lahap seperti orang kebuluran. Macam orang tak makan seminggu pun ada.
Kenapa?” tanya Adam dengan mulut yang penuh. Macam biasa, Maggie yang dimasak oleh isterinya memang buat dia ketagih. Padahal biasa saja. Dia sendiri pun tak faham.

Yalah. Saya nak masak untuk awak yang sedap-sedap tapi awak paksa saya masak makanan segera yang boleh siap dalam masa lima minit ni. Awak betul-betul macam tak percaya saya boleh masak untuk awak,” Apy Elina menarik muka.
Memang pun...” balas Adam selamba.
Hah? Jadi awak memang tak percaya saya boleh masak yang sedap-sedap untuk awak?” soal Apy Elina lagi.
Sekali lagi Adam mengangguk. “Daripada tengok dapur rumah kita meletop, lebih baik makan Maggie.”
Apy Elina terkesima dengan jawapan itu. Bagaikan ada batu besar jatuh di atas kepalanya. Tak sangka Adam berani cakap begitu depannya. Itu jauh lebih menghina. Sampai begitu sekali Adam fikir begitu? Buat pertama kali hatinya rasa terluka.
Sampai hati awak kata macam tu. Saya tahulah saya tak reti memasak tapi tak perlulah hina sampai macam tu sekali.”
Mak cik, apa akan berlaku kalau dapur meletop?” soal Adam dengan serius.
Mengarutlah awak ni. Bukannya saya nak cucuh api pada tong gas.”
Apa akan berlaku kalau dapur meletop?” tanya Adam lagi. Kalau Adam sudah ulang dua kali dengan muka yang serius, itu maknanya memang kena jawab.
Kalau meletop mestilah saya pun meletop sekali,” jawabnya walaupun tak puas hati.
Tiba-tiba dia sendiri tersentak. Muka Adam masih lagi serius. Otaknya segera memproses maklumat. Bila dia sudah dapat jawapan, perlahan-lahan dia mengukir senyuman. Macam mana pula dia boleh lupa cara pak cik ini meluahkan rasa sayang tak sama seperti kebanyakan lelaki. Setiap kata-kata Adam memang kadangkala menyakitkan hati tapi sebenarnya itu tanda dia sayang. Jadi, kena pandai gunakan otak untuk membezakannya.
Tapi... takkanlah sampai macam tu sekali awak risaukan saya. Saya bukan nak cucuh api dekat tong gas. Alasan tak munabah betul,” sindirnya dengan jelingan tajam.
Tapi Adam langsung tak peduli dan terus makan. Tidak lama kemudian Adam berhenti makan tiba-tiba.
Dah kenyang?” tanya Apy Elina hairan. Tadi bukan main berselera lagi. Mustahil sudah kenyang.
Mak cik, dekat sikit jap,” arah Adam memberikan isyarat tangan.
Apy Elina tersengih. Ini tak lain dan tak bukan mesti ada kejutan. Tanpa berlengah lagi dia segera mendekatkan mukanya sambil menutup kedua matanya. Berdebar-debar jantungnya tatkala dengar nafas suaminya yang semakin dekat.
Tiba-tiba, pipinya dicubit kuat. Dia terus membuka mata. Bukan ciuman yang dia dapat tapi cubitan yang kuat pada kedua-dua pipinya.
Kenapa? Kenapa?” soalnya cuba melepaskan diri tapi tidak berjaya. Pipinya terus dicubit kuat.
Cuba rasuah suami sendiri dengan maggi?” Adam merenungnya dengan tajam.
Ehhh? Apa awak mengarut ni?” Apy Elina terkejut. Seumur hidup dia, langsung tak pernah terfikir hendak bagi rasuah pada sesiapa pun. Apatah lagi cuba rasuah suami sendiri.
Kalau macam tu kenapa tiba-tiba nak masak?” tanya Adam.
Alamak! Apy Elina mula cuak. Suaminya itu seolah-olah mengetahui apa yang bermain di fikirannya. Disebabkan ini kali pertama dia ingin meminta sesuatu yang mungkin tidak akan disetujui oleh suaminya, jadi perkara pertama yang perlu dia buat adalah berbuat baik dengan suami!
Bukan ke memasak itu tugas isteri?” balas Apy Elina tidak berani lagi berterus-terang. Nampak gaya pasti dia tidak akan berjaya yakinkan suaminya itu.
Bukan ada sebab lain?” Adam memandangnya dengan tajam lagi.
Pantas Apy Elina menggeleng.
Betul?” tanya Adam. Cubitan bertambah kuat.
Okey! Okey! Saya mengaku!” Apy Elina mengangkat tangan menandakan dia mengaku kalah. “Saya akan beritahu tapi lepaskan pipi saya dulu. Sakit...”
Tidak perlu rayuan kali kedua, Adam melepaskan pipi isterinya itu. Seperti yang dijangka, memang ada udang di sebalik batu. Dia kenal sangat dengan perangai isterinya. Kalau inginkan sesuatu, mulalah buat perkara yang pelik-pelik.
Awak ni macam ahli nujum. Tahu saja apa yang saya fikir,” keluh Apy sambil berlalu mencapai beg bimbitnya. Sebuah sampul bersaiz A4 dikeluarkan dalam beg itu lalu dia memberikannya kepada suaminya. Sampul itu bertukar tangan.
Penting sangat ke budak tu sampai awak nak siasat dia?” tanya Adam.
Mestilah penting!” jawabnya penuh yakin. “Ada banyak soalan yang tidak berjawapan yang menyelubungi kepala otak saya sekarang... Ehhh... macam mana awak tahu? Awak belum buka sampul tu lagi! Mana awak tahu saya tengah siasat budak tu?” Apy Elina terkejut.
Perlu ke terkejut sampai macam tu?” tanya Adam selamba.
Awak betul-betul ada belajar macam mana nak jadi nujum pak belalang ke masa kat kem dulu?” tanyanya perlahan-lahan.
Sekali Adam menjeling tajam.
Janganlah marah. Saya tanya saja. Semua yang saya buat diam-diam awak dapat tahu. Atau awak ada pasang apa-apa dalam handset saya jadi awak boleh dengar perbualan saya dengan Darina?” teka Apy Elina lagi.
Mak cik...”
Hah! Ini bermakna awak spy isteri sendiri?”
Boleh tak jangan mengarut yang bukan-bukan?”
Habis tu? Macam mana awak tahu?”
Spy yang Darina guna tu, orang saya juga.”
Ah, saya lupa suami saya ni bekas ketua kongsi gelap...” keluhnya.
Jadi, awak nak jumpa budak ni?” tanya Adam nampak serius.
Boleh tak? Awak benarkan tak?”
Boleh tapi dengan satu syarat.” Adam merenungnya dengan tajam.
Saya janji, saya takkan gedik-gedik dengan budak lelaki tu. Ini hanyalah hubungan antara jurulatih dengan pemain bola keranjang dan tak lebih daripada itu,” laju sahaja Apy Elina mengangkat sumpah.
Mak cik, awak ingat suami awak ni cemburu sangat ke dengan budak hingusan macam tu?” balas Adam menjeling tajam.
Dengan spontan Apy Elina mengangguk. “Tapi awak cute kalau cemburu... sebab tulah saya suka tengok awak cemburu.”
Nak kena cubit pipi tu lagi?”
Serentak dengan itu, Apy Elina menekup kedua-dua pipinya dengan kedua-dua tangannya. Sebagai langkah berjaga-jaga. Tangan suaminya bukan boleh percaya sangat. Ada sahaja cara untuk cubit pipinya itu.
Apa syaratnya?” soal Apy.
Raymon dan Yun akan temankan awak.”
Hah? Bodyguard awak tu? Kenapa? Budak tu hanya pemain jalanan bukannya gengster jalanan,” Apy Elina tidak setuju.
Tapi tempat yang awak nak pergi tu merupakan kawasan hitam. Bahaya.”
Apy mengeluh. Bersuamikan dengan orang yang faham aktiviti kongsi gelap ni memang menakutkan. Tahu sahaja tempat mana yang berbahaya. Tapi agak menyusahkan juga kerana dia terpaksa mendapatkan khidmat anak buah yang berkhidmat untuk suaminya.
Saya memang tak ada pilihan lain ke?” soal Apy.
Adam menggeleng. Kali ini dia tegas.
Sekali lagi Apy Elina mengeluh berat. Nampaknya itu sahaja pilihan yang dia ada. Kira okeylah kalau suaminya benarkan dia pergi berjumpa dengan budak itu.
Okey, mereka boleh ikut saya tapi dengan syarat jangan ganggu tugas saya!” akhirnya dia bersetuju.
Deal!” Adam setuju.
Okey, selesai!” soroknya lega.
Belum lagi.”
Ada lagi ke?”
Masakkan maggi lagi...” ujar Adam sambil memberikan mangkuk magginya itu. Apy Elina terkejut. Ya Allah kosong! Bila masa dia habiskan?
Tapi itu tak penting lagi. Yang penting, esok, dia pasti akan dapat tangkap budak itu!


KAU benarkan cikgu pergi jumpa budak tu?” tanya Izwan di hujung talian.
Mak cik tu nak pergi sangat. Lagipun kalau aku larang dia tetap akan pergi diam-diam. Jadi, aku fikir lebih baik benarkan dia pergi jumpa budak tu.”
Tak bahaya ke?” soal Izwan lagi.
Sebab tulah aku hantar orang aku temankan dia.”
Kenapa aku rasa lain macam?”
Apa?”
Kau biasanya utamakan nyawa cikgu tapi kenapa dalam hal ni kau biarkan cikgu pergi siasat hal ini dan benarkan dia jumpa budak tu?”
Mungkin budak tu tak bahaya seperti yang kita jangka. Lagipun dia cuma pemain jalanan...” jawabnya acuh tidak acuh.
Tapi kau sendiri tahu dia ada kena mengena dengan samseng jalanan. Adam, apa yang kau cuba buat sekarang? Aku dapat rasa, kau ada niat lain,” balas Izwan kedengaran tidak puas hati.

Aku tahu apa yang aku buat. Kau jangan risau,” ujar Adam dan segera menamatkan perbualan itu. Izwan begitu cepat menghidu tindak tanduknya. Walau apa pun, ini saja jalan yang dia ada. 

19 si charming:

  1. Miss Vampire berkata...:

    aigoo..misteri nusantara betul la..huhu

  1. Unknown berkata...:

    siapa la mystery guy tu..suspen nak tau

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Yeahhh second!!!

    Nora

  1. mia_edora berkata...:

    Adam sweet... Suka sgt ngan watak adam n apy... Ape rancangan adam tuk budak misteri tu ek??? Kak ratu... Next bab plezzz...

  1. BEAUTIFUL BIO AURA berkata...:

    Terbaik . Adam mmg ada plan

  1. BEAUTIFUL BIO AURA berkata...:

    Terbaik . Adam mmg ada plan

  1. Yong berkata...:

    sy takde fb,twitter cuma ada email n blog sj. jgn la tinggalkan lama2,nanti rindu..slalunya sy akan ulang baca bab lama2 klo rindu alex n apy hehe. tp pls update ya.1minggu 1x pun xpe, jgn la sebulan tinggalkan novel ni.

  1. Yong berkata...:

    mereka mmg sweet. hahaha klo sy mau makan hati gan adam ni.mujur apy lg bijak dari saya.
    agaknya adam tau yg bdk tu takkan sakitkan apy n cz dia dah tgk pic yg mereka bertiga rapat,grenti bdk tu takkan sakitkan apy. betul x?hehehe. apa2 pun mmg misteri yg perlu dirungkaikan oleh RB. mcm mana RB twist the story...tungguuuu...hehehe

  1. Tanpa Nama berkata...:

    �� yey...xsabar tunggu buku ni d terbitkan..

  1. Unknown berkata...:

    adakah mungkin novel ni akan ada di PBAKL...Tak sabar nak baca versi cetak...

  1. nur berkata...:

    agaknya bila akan keluar buku ini?

  1. Unknown berkata...:

    Love it.... Makin inpatient nak tahu ending... The story keep getting msytery n want to solve the puzzle...

  1. Suha berkata...:

    omaigod!!! aku ketinggalan jauh! :'((((( hm... tnp laptop membuatkan aku jauh ketinggalan, 'sokay~ tunggu yg cetakan je laa ^^'a aja2 hwaiting, kak ratu! sy akn tggu dgn sepenuh ksbrn yg ada even sy ni bkn la sorg yg pnyabar. miahahahaaa :P

  1. ekynurmohd berkata...:

    Hi! I'm a big fan of you and you should be proud of it haha. Saya minat buku koleksi seram more than love story. Because why do you need love when you need money more? �� saya baca buku Hikayat Cinta masa saya sekolah menengah, and kesannya kepada saya masih belum hilang sampai skrg. I adore you. Well, you can make a story, love story actually, which gives a huge impact for a person who doesn't trust love. Saya masih lagi tak percaya tentang cinta, tp saya sentiasa ternanti-nantikan kisah cinta Apy Elina dan Adam �� enjoy your writing, and we'll enjoy the reading. Thank you.

  1. Unknown berkata...:

    Novel ni dah ada dipasaran ke.....

  1. Unknown berkata...:

    Novel nie ade jual lg x?

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages