14: DIAKAH?

“So, kiranya korang dah berbaik dari bermasam muka la ni?” tanya Sofea yang meratah ayam goreng yang Nurul masak tadi.

“Mungkin,” jawab Nurul turut meratah ayam goreng untuk makanan malam mereka. Selalunya memang dia tidak makan malam tapi entah kenapa perutnya teringin menjamah sesuatu selain nasi pada malam itu. Sofea pula datang tepat pada waktunya ataupun mungkin terbaru ayam goreng dari sebelah rumahnya.

Memang hubungan dia dengan Sofea boleh dikatakan rapat sejak dia berpindah ke situ. Dan mungkin sebab itulah Sofea yang sering ditinggalkan seorang diri di rumah kerana ibu dan bapanya yang sibuk dengan kerja, akan bertandang ke rumah Nurul yang hanya terletak bersebelahan dengan rumahnya. Dengan itu dia tidak akan berasa sunyi apabila ketiadaan ibubapanya di sisi.

“Mungkin?” tanya Sofea kembali.

“Ya. Kau pun tahukan yang Nazrul tu memang pelik.”

“Pelik dia hanya suka tidur saja yang lainnya aku tak nampak pelik,” jawab Sofea.

“Sebab kau tak kenal dia mestilah kau tak tahu yang dia tu pelik sebenarnya.”

“Well, perempuan macam kau memang suka benda yang pelik.”

“Apa maksud kau?”

“Aku nak tanya kau, dalam beberapa hari ni berapa kalikah kau bercerita tentang Fiq dan berapa kalikah kau bercerita tentang Nazrul?” tanya Sofea.

“Aku cerita sebab aku ada masalah dengan Nazrul beberapa hari ni dan aku tak de masalah langsung dengan Fiq. Kalau Fiq ada masalah, aku mesti akan bercerita juga pada kau,” kata Nurul.

“So, macam mana dengan Fiq yang kau minat tu?”

“Macam tulah.”

“Aku dah kata, orang macam Fiq tu memang mustahil nak memilikinya. Apa kata kalau kau cakap saja kau sukakan dia,” Sofea memberi cadangan kepadanya.

“Aku tak nak terburu-buru, Sofea. Ya. Memang aku sukakan Fiq tapi aku tak semestinya ikut perasaan aku jadi kipas angin susah mati dia. Lagipun sekarang kita tengah bersekolah, banyak lagi masa untuk fikirkannya.”

“Aku takut kau terlambat saja. Yelah, Fiq tukan banyak peminat sampaikan mak cik kantin pun jatuh hati dengan dia. Aku takut kau saja yang melepas nanti.”

“Orang kata rezeki ada di mana-mana.”

“Yelah tu. Kalau kau melepas jangan salahkan aku. Aku dah nasihatkan kau supaya luahkan perasaan kau pada Fiq.”


Rezza sejak dari tadi asyik memandang perubahan yang berlaku pada Nazrul. Mana tidaknya, kalau menonton perlawanan bola sepak Nazrul bersorak bising dan mengkritik habis perlawanan yang dilihatnya. Ada sahaja yang tidak puas hati sehinggakan dia yang selalu menonton di sebelah pening kepala dengan perangan Nazrul. Tapi kali ini Nazrul hanya senyap duduk di sebelahnya menonton perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dan Selangor bagaikan tiada nafsu untuk menontonnya lagi.

“Kenapa dengan kau ni?” tanya Rezza yang pasti kawannya itu sedang berfikir sesuatu. Hanya dua perkara sahaja yang boleh membuatkan Nazrul aktif iaitu Bola Sepak dan makan dan kalau salah satu ataupun kedua-duannya Nazrul berkelakuan memencilkan diri, mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan kawannya itu.

“Pelik,” bagaikan dipukau Nazrul menjawab sepatah.

“Pelik sebab apa?”

“Pelik sebab Nurul cakap aku pelik,” ujar Nazrul tapi matanya masih tepat memandang ke arah televisyen.

“Kau baru tahu ke yang kau ni memang pelik?”

“Kau rasa aku ni pelik ke?” tanya Nazrul lagi.

“Aku dah lama kenal kau. Sejak dari kecil lagi so, first time aku kenal kau memang aku tak rasa kau ni pelik. Masa tu kau sama dengan budak-budak yang lain tapi sejak kejadian tu… aku mula rasa kau memang pelik,” kata Rezza.

“So, kesimpulannya aku memang pelik.”

Dengan perlahan Rezza mengangguk. Perlawanan bola yang berlangsung di kaca televisyen langsung tidak menarik minatnya.

“Patutlah...,” Nazrul berkata sepatah. Rezza mengedut dahi. Entah apa yang kawannya sedang perkatakan tadi. “Patutlah Nurul selalu kacau aku tidur. Dalam banyak-banyak orang yang aku kenal, hanya kau saja yang suka kacau aku tidur tapi rupanya Nurul pun pandai kacau aku tidur.”

“Itu bukan kacau tapi nak sedarkan kau saja.”

“Dia anti dengan orang yang suka tidur lena,” kata Nazrul.

“So?”

“Kenapa mesti anti dengan orang yang suka tidur?” tanya Nazrul dengan suara yang perlahan seolah-olah sedang bercakap dengan dirinya sendiri. Rezza memandang kawannya itu dengan pelik. Jarang dia melihat Nazrul yang seperti merisaukan sesuatu dengan serius seolah-olah masalah yang dihadapinya itu begitu serius sekali padahal ada yang lebih serius daripada itu tapi langsung tidak pernah difikir olehnya.

“Ah, malaslah nak fikir lagi. Lebih baik aku pergi tidur ada juga faedahnya,” bantalnya di campak ke ruang tamu yang kosong ditengahnya. Tilam sudah terbentang di hadapan tinggal masa hendak tidur sahaja lagi.

“Mama aku balik pukul berapa?” tanya Nazrul mula teringat akan mamanya yang belum pulang dari kerja.

“Mama kau kan pergi kursus kat Perak.”

“Oh, kenapa aku tak ingat pun?”

“Kau bukannya tak ingat tapi kau tak tahu pun.”

“Habis tu mama tak beritahu aku pun, manalah aku nak tahu.”

“Nampaknya seumur hidup aku kena jadi postmen kau,” ujar Rezza perlahan sebelum melangkah untuk pulang ke rumahnya di sebelah.


Langsir biliknya ditarik membenarkan cahaya matahari memancar masuk ke dalam setiap ruang biliknya itu. Nurul menggeliat malas sambil tersenyum memandang awan pagi yang cerah.
“Hari ni hari yang indah so, bolehlah aku berkuak lentang di atas katil,” dia tersenyum sendirian di pagi Sabtu yang indah. Hari Sabtu hari bercuti. Inilah yang paling seronok sekali dengan kehidupan sebagai pelajar sekolah. Esok kalau sudah berada di alam pekerjaan agaknya pagi Sabtu pun macam pagi Isnin.

Dia berlalu ke bilik mandi untuk bersihkan diri. Seperti biasa kalau dia sudah berada di dalam bilik mandi, dia akan habiskan masa lebih kurang satu jam di dalam sana. Ibunya juga tidak boleh berkata apa lagi kalau anaknya itu berkubang lama-lama dalam bilik mandi.

“Kalau hari Sabtu dengan Ahad mesti mandi puteri-puteri la tu. Tapi kalau hari Isnin hingga Jumaat, pandai pula mandi ‘dayang-dayang’,” ngomel ibunya sebaik sahaja Nurul melangkah keluar dari bilik mandi.

Nurul hanya tersengih memanjang. Mandi puteri-puteri yang dimaksudkan ibunya adalah mandi yang lama dan lebih dari satu jam manakala mandi dayang-dayang pula ialah lebih kurang mandi koboi.

“Tadi ada boyfriend adik call,” ujar ibunya lagi.

“Boyfriend? Siapa pula yang sedap-sedap mengaku dia boyfriend adik?”

“Manalah ibu tahu. Nanti budak tu call balik.”

“Ni mesti budak-budak bola sepak tu,” agaknya. Siapa lagi kalau bukan ahli Kelab Bola Sepak yang amat disegani ramai. Selain mereka dia memang tiada kawan-kawan lelaki lain.

Air kopi yang telah disejukan oleh ibunya tadi di pandangnya. Nasi lemak yang menjadi kegemarannya setiap hujung minggu juga tidak lagi di jamahnya. Otaknya ligat berfikir sesuatu.

“Mesti ada yang tak kena ni,” dia mula terasa satu aura yang boleh meragut keharmonian pagi Sabtu yang indah ini. Dan tiba-tiba telefon di ruang tamu rumahnya berbunyi dengan nyaring.


Langkah Nurul berjalan pantas menghampiri sekumpulan pelajar-pelajar lelaki yang merupakan ahli Kelab Bola Sepak sekolah. Wajahnya masam. Mana tidaknya, pagi-pagi lagi Najmi sudah menelefonnya menyuruhnya turun ke padang. Setahunya latihan pada hari Sabtu tidak digalakkan memandangkan latihan yang padat di sebelah petang setiap Isnin hingga Khamis. Cikgu Majid sendiri tidak bersetuju dengan mengadakan latihan pada hari tersebut.

“Siapa yang pandai-pandai adakan latihan pada hari ni?!” tanya Nurul dengan marahnya apabila di paksa datang sekarang juga.

“Kan aku dah kata dia mesti mengamuk punya,” bisik Farizat kepada Rezza yang duduk di sebelahnya itu.

“Ala bosanlah duduk kat rumah,” Najmi bersuara apabila semua tidak mahu bersuara kerana takut dengan harimau betina itu.

“Kalau korang semua bosan, korang mainlah bola sendiri tapi janganlah hancurkan hari Sabtu aku yang indah ni!” dia mendengus marah.

“Mana best kalau tak de pengurus perempuan di sisi,” tambah Najmi lagi.

“Yelah tu,” dia menjeling tajam sambil itu matanya tercari-cari kelibat seseorang. Kurang seorang lagi. “Mana Nazrul? Jangan cakap dia tengah sedap tidur kat atas katil lagi. Aku bom seorang demi seorang nanti.”

“Aku kat sini,” kedengaran Nazrul menyapanya dari belakang. Pantas Nurul berpaling dan melihat Nazrul berdiri di belakangnya dengan wajah seakan orang gila yang baru bangun dari tidur di kaki lima. Sebentar kemudian dia menguap besar membuatkan Nurul menutup hidungnya kerana tidak tahan dengan bau Nazrul yang semestinya belum mandi lagi.

“Ya Allah, kau ni dari mana ni?!”

“Dari rumahlah. Kenapa pula ada latihan hari ni? Kacau aku nak tidur je.”

“Manalah aku tahu. Aku tak tahu apa-apa pun pasal latihan hari ini. Tiba-tiba saja Najmi call aku suruh turun padang hari ni. Manalah aku tak angin satu badan,” balas Nurul tak pasal-pasal Nazrul persalahkan dia pula. “Dan kau ni, kenapa pulak rajin datang latihan. Selalunya pemalas nak datang latihan,” perlinya.

“Habis Rezza nak belanja aku makan Ayam Golek. Takkanlah aku nak lepaskan macam tu saja.”

“Ayam Golek, tidur. Itu saja yang kau tahu ye,” balas Nurul hanya menggeleng.

“Ada lagi, korek hidung, kentut, dan berak,” balas Nazrul selamba.

“Eeee… tak senonoh betullah budak ni! Pergilah mandi dulu! Mulut berbau!”

Masing-masing bersenyum menggeleng dengan kerenah Nazrul yang tidak habis-habis hendak berperang mulut dengan Nurul. Kalau dulu berperang urat saraf muka dan kini berperang mulut pula. Itu menunjukkan hubungan mereka ada sedikit peningkatan.

“Aku nak pergilah ni, mak nenek betulah minah ni,” balas Nazrul sebelum berlalu pergi ke bilik mandi yang hanya di sediakan di tandas guru lelaki.

“Apa gelak-gelak?!” dia menjeling tajam seorang demi seorang yang masing-masing tersenyum kelucuan. Bertekak dengan Nazrul pun mereka semua boleh ketawa seolah-olah dia dengan Nazrul buat lawak bodoh tadi.

“Nurul, aku cemburulah kau dengan Nazrul,” ujar Hayrul tiba-tiba.

“Aku sakit hati dengan dia pun kau cemburu?! Kalau macam tu, cubalah carik gaduh dengan aku!”

“Apa yang boleh membuatkan kau gaduh dengan aku? Aku dah cari alasan lain tapi tak jumpa juga,” tambah Hayrul lagi.

“Kau nak kena baling dengan kasut aku ni tak?”

“Okey, aku dah gembira sebab Nurul mula marahkan aku,” ujar Hayrul sebelum berlalu ke padang sambil di ikuti oleh beberapa ahli lain. Nurul hanya menghela nafas lemah. Penat dia melayan karenah mereka semua yang pelik.

“Kalau macam ni, naik tekanan darah tinggi aku,” dia menggeleng.

Seperti biasa, sementara menunggu mereka semua menjalani sesi latihan pada pagi itu, dia akan berdiri di tepi sambil mencatit sesuatu di nota kecilnya. Dan apabila penat dia akan duduk berteduh di bawah pohon pokok angsana.

“Bau ni…,” ujarnya perlahan sebaik sahaja dia terbau satu wangian yang pernah dibauinya sebelum ini. Nurul cuba mengingati bauan itu tetapi dia tidak dapat ingat dengan jelas di mana dan bilakah dia pernah terbau wangian itu.

Dengan perlahan dia berpaling ke belakang dan mendapati Nazrul sudah pun kembali dari membersihkan diri dan berpakaian segak walaupun hanya mengenakan jacket rasmi kelab bola sepak dan berseluar pendek paras lutut. Rasanya ini kali pertama dia melihat Nazrul memakai jacket rasmi kelab kerana selama ini Nazrul sering memakai jacket putih yang hampir lusuh.

Tiba-tiba dia teringat kejadian yang hampir meragut nyawanya beberapa bulan yang lalu. Masa itu dia memang sudah pastikan tiada kereta yang lalu lalang di jalan raya. Sebaik sahaja dia melangkah di tengah-tengah jalan, sebuah kereta tiba-tiba muncul dan melulu ke arahnya dengan laju.

“Bahaya!” jerit satu suara dengan lantang. Dia berpaling. Dan dilihatnya seorang lelaki berlari ke arahnya. Memeluk tubuhnya yang seakan jatuh dan menarik tubuhnya ke tepi jalan. Dia tercium satu bauan wangi dan sempat melihat jacket lelaki yang selamatkannya itu.

“Nazrul?” dia seakan tidak percaya dengan illusi yang dialaminya tadi. Lelaki yang berlari menerpa ke arahnya adalah wajah Nazrul. Dia tidak silap. “Orang tu adalah Nazrul?” tanyanya lagi masih lagi tidak percaya.

“Kenapa?” tegur Nazrul hairan apabila Nurul memandangnya tidak berkelip.

Belum sempat dia hendak berkata-kata, dunianya seakan berpusing-pusing. Kepalanya pening. Badannya seram sejuk. Tubuhnya hilang pertimbangan sebelum terjelapuk jatuh namun Nazrul pantas merangkul tubuhnya dari jatuh ke tanah.

Memang dia… memang dia…,’ tapi dunianya semakin gelap…

23 si charming:

  1. Dyazz berkata...:

    owh..i'm going crazy reading n waiting for this story new entry..
    best gilerr!!!cepat2 smbg eh?? ;p

  1. Tanpa Nama berkata...:

    haha..nazrul datang..
    teng..teng..teng..

  1. pinat berkata...:

    huwaa..nazrul...!

  1. HOPE berkata...:

    waaaa....
    x sabo nak tunggu n3 bwu..
    cpat2 ler upload yer...
    hehehe

  1. Tanpa Nama berkata...:

    akhirnye...huhuhuhuhu!!
    best la ratubulan..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Yahooo....Nazrul heroooo....

  1. Tanpa Nama berkata...:

    yes, akhirnya... thanks ratu... hope bt yg lg baik lps ni.. baek punya.. hehe..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    best ar kak...chaiyo...update new entry lagik...akak ni penulis berbakat..harap2 ada publisher yang akan offer some opportunity untuk akak...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    ohh...iye...jangan lupe update antasaya-final battle lagi..lame xupdate kan...nanti update panjg2 ckit...cite tu best sangat ar...hani ni pon peminat siri power rangers..grandsazers..jusirizers...otromen...dan siri anime2 jipun yang lainya..sume la...pls ye kak.....

  1. FieZa berkata...:

    hopefully ending nnt nurul ng nazrul.
    luv both of them.
    ahakz!!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    aduii lambat pick up betoi nurul nih..
    bez2...x sabo tunggu ending ceta nie...
    cpt2 upload ye kak..

    *swit hanna*

  1. atashinci berkata...:

    apelah...penyakit sibadrul ni.....
    knape dri normal jdi kuat tdo lak....

  1. Tanpa Nama berkata...:

    atashinci, badrul_PAM kak hanni la hehehe
    ni msti sbb sumpahan pu3 tu dh g kt nazrul sbb dy slamatkn nurul...dat's y dy asyik tdo jerk hehe
    just my opinion ....
    cpt2 upload ratu hehe

  1. aqilah berkata...:

    yup, akak pun asyik betul dgn cite ni. aura PC ni sama dgn cite Roswell dan Blue. setiap waktu setiap masa menanti entry baru. entah2 nazrul pun dah jatuh hati dgn nurul. Well done, Ratu! all the best!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    nazrul de split personality ker..interesting nie
    u have done a great job,wish u all the best

  1. Ai berkata...:

    Adoihaiiii..
    sweet giler citer nie...
    haha x sabo nk tunggu episod yg lain.. haaaaaa...
    'Dia dh tau'
    lega..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Bestnya cite ni!

  1. Maira Hawani berkata...:

    romantiknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. weheheheheh !! sukasuka !

  1. alya farisya berkata...:

    Nak tanya buku novel prince charming ni ada jual lagi tak? Nak beli!!!!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    si novel prince charming ada jual lagi tak..sya nk beli

  1. Taek's fangirl berkata...:

    Baru beli buku Prince Charming ni di shopee. Best sangat. Satu lagi cara cuba beli terus ke distributor Fajar Pakeer

  1. silent girl berkata...:

    ta sabarnya tunggu sambungannya pulak, tolong cepat2 keluarkan sambungannya pleaseee :(

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages