Romeo yang Hilang: Bab 16


CIKGU, kita dah sampai,” suara Izwan kedengaran di sebelah. Apy Elina lantas membuka mata. Sedar-sedar sahaja dia sudah berada di hadapan pintu depan Arena.
Hah? Dah sampai? Berapa trafic light yang awak langgar tadi? Cepatnya kita sampai.” Rasanya macam baru tadi dia masuk ke dalam kereta.
Jalan tak sesak memanglah cepat,” jawab Izwan.
Ah, ingatkan dapat tidur puas-puas,” keluhnya sambil mencampak bantal peluk kecik ke belakang kereta yang dipeluknya ketika tidur tadi.
 “Cikgu patut berehat saja di rumah tadi.”
Izwan, jangan jadi Adam,” ujarnya separuh merayu. Tadi pun suaminya sudah banyak kali menyuruhnya berehat di rumah tapi dia enggan. Ada banyak kerja yang menantinya di Arena.
Tapi hari ni cuma latihan biasa,” tambah Izwan lagi mengekori cikgunya masuk ke dalam Arena.
Latihan biasa? Awak patut datang ke mesyuarat semalam dan tengok betapa teruknya saya kena hentam dengan pegawai atasan yang asyik merungut kenapa prestasi kita semakin merosot.”
Teruk ke?”
Kena hentam? Memang teruk. Jadi, saya kena fikirkan cara latihan untuk tingkatkan prestasi kamu semua.”
Cikgu hanya penasihat. Bukan ke semua tu tugas jurulatih?”
Encik Zakuan? Dia hanya reti makan gaji buta. Macam mana sukan bola keranjang di Malaysia nak berkembang dengan pesat kalau ada jurulatih begitu?”
Good morning Puan Apy,” tegur Rohana.
Awak perli saya ke?” tanya Apy Elina bercekak pinggang. Daripada mengantuk terus segar dibuatnya.
Err... sorry. Saya tak sedar dah tengah hari.”
Atau sebab ada lelaki handsome di sebelah saya?” perlinya. Macamlah dia tidak kenal setiausahanya itu. Pantang betul bila nampak lelaki handsome.
Err...” Rohana tersenyum sipu. 
Saya tak akan kenalkan dia kepada awak sebab hati dia dah jadi milik orang lain.”
Ya. Saya tahu. Liliyana bukan? Saya ada baca berita tu.”
Awak patut belajar bezakan berita dengan gosip. Kadangkala berita yang awak baca sebenarnya adalah gosip. Awak boleh baca gosip tapi jangan percayakan gosip. Kalau nak tahu jawapan sebenar, awak boleh tanya orangnya.”
Err...” Rohana terus hilang kata-kata. Dua kali dia terkena hari ini.
Bunyi apa tu?”  Apy Elina memasang telinga.
Bunyi? Bunyi apa?” tanya Rohana yang turut memasang telinga tetapi dia langsung tidak mendengar apa-apa yang pelik.
Izwan turut mengangguk. Seperti Rohana dia juga tidak mendengar apa-apa yang luar biasa. Dia sendiri tidak pasti bunyi apa yang membuatkan bekas jurulatihnya itu kaku bagaikan patung. Selain bunyi tapak kasut berlaga dengan lantai gelanggang dan bola keranjang dilantunkan di lantai, dia tidak dengar apa-apa lagi.
Tapi... bukan ke latihan belum start lagi?” tanya Izwan seraya melihat jam tangannya. Lagi setengah jam hendak pukul 3.00 petang.
Dia hairan. Walaupun kurang rapat dengan pemain lain, tetapi dia kenal benar dengan mereka yang lebih gemar beristirehat di tepi gelanggang sebelum di arah memulakan latihan.
Atau saya je yang dapat info yang latihan akan start jam 3.00 petang?” tambah Izwan lagi mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Apy Elina langsung tidak ambil tumpuan dengan soalan daripada Izwan tadi. Memang betul apa yang Izwan hairankan tadi. Selalunya kalau latihan bermula jam 3.00 petang, belum tentu lagi jam 3.00 petang para pemain akan mula berlatih. Janji Melayu katakan. Tapi bukan itu yang membuatkan dia hairan.
Rentak itu... sama macam rentak Adam, bisik hatinya. Puas dia memasang telinga tetapi rentak itu juga yang didengarnya.
Tanpa berlengah lagi dia segera berlari menuju ke dewan gelanggang yang terletak di hujung koridor. Begitu juga dengan Izwan dan diikuti oleh Rohana. Masuk sahaja ke dalam dewan gelanggang itu, sekali lagi membuatkan langkahnya kaku.
Apa dah berlaku?” tanya Apy Elina apabila mendapati kesemua pemain bola keranjang dilihat duduk kepenatan di lantai gelanggang.
Serentak dengan itu, sebuah lagi pintu di bahagian belakang dilihat bergerak. Dia dapat melihat seimbas seorang lelaki berlari keluar dari pintu itu. Izwan yang turut menyedari hal itu segera berlalu mengejar kelibat lelaki itu.



7 si charming:

  1. MizaEija berkata...:

    sapekah..sapekah...

  1. Unknown berkata...:

    ala siapa tu... sengsaranya

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Siapakah org itu??wat suspen je la...hehe

  1. aNAiTekUReRU berkata...:

    adam kah? kesinambungan yang menarik....

  1. Tanpa Nama berkata...:

    best!!!

  1. Yong berkata...:

    wah hebat epy, rentak main adam pun dia boleh igt. mmg jurulatih yg hebat lah. gamak2 sempat tak izwan kejar?hehehe.
    terima kasih untuk post ni. harap boleh baca lagi esok:-D

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages