Romeo yang Hilang: Bab 8



HILANG lagi. Pantang dia leka sekejap, pasti suaminya hilang entah ke mana. Semalam, satu malam dia ditinggalkan oleh suaminya yang dalam diam mengikut abang-abangnya pergi menunggu durian jatuh di kebun. Itu pun, dia hanya sedar apabila bangun subuh tadi dan mendapati suaminya tiada di sebelah. Menggelabah juga dia mencari suaminya, akhirnya bila tengok handset, barulah dia tahu suaminya ada di kebun durian sekarang.
Sepanjang menjadi suami Adam, barulah dia tahu yang suaminya itu memang dahaga melakukan aktiviti lasak. Bukan sahaja abang-abang dia terkejut tapi dia sebagai isteri juga terkejut.

Mana tidaknya, selama ni dia hanya tahu Adam ada satu hobi, iaitu bermain bola keranjang. Kalau tak main bola keranjang, dia akan habiskan masa di gim bersenam. Itu sahaja. Tak pernah pula suaminya menyatakan hasrat hendak berkhemah di dalam hutan atau mendaki gunung.
Namun begitu, dia tetap risaukan suaminya. Macam malam tadi, sesuka hati sahaja mereka mengajak suaminya pergi tunggu buah durian jatuh. Dengar sahaja sudah seram. Mana tidaknya, dahulu dia pernah dengar kawasan kebun sana ada banyak binatang buas. Nasib baiklah suaminya balik tanpa ada cedera.
Kini, sekali lagi suaminya hilang... Payah betul kalau ada dua orang abang yang suka membuli. Ini tak lain tak bukan mesti ikut abang-abangnya.
Mak, ada nampak Adam tak?” tanya Apy Elina mula risau.
Entahlah, tadi mak tengok dia dengan abang-abang kau,” jawab Puan Fatimah.
Sah! Memang dia sudah agak dari awal lagi. Suaminya pasti bersama dengan abang-abangnya sekarang. Entah apa pula aktiviti mereka hari ini. Pergi memburu beruang? Itu tak mustahil.
Lantas, dia berlalu ke luar. Akhirnya, dia ternampak kelibat kedua-dua abangnya yang sedang berbual di bawah pokok kelapa yang tinggi. Namun, tiada kelibat suaminya di situ. Lagi bertambah dia risau. Entah ke mana pula suaminya pergi.
Takkan pergi betulkan paip rumah Pak Cik Taha, jirannya yang duduk tidak jauh dari rumahnya itu. Semalam Pak Cik Taha dan mengadu paip rumahnya bocor. Boleh pula Pak Cik Taha suruh Adam baiki. Berapi Apy ketika itu. Tunggu masa hendak meletup sahaja.
Mana Adam?” tanya Apy Elina membuatkan kedua-dua mereka terkejut.
Err...” bukan sahaja Along tapi Angah juga nampak teragak-agak nak bersuara.
Apy mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena di situ. Jadi, betullah Adam pergi baiki paip yang rosak di rumah Pak Cik Taha? Oh, tidak!
Tidak lama kemudian, Along menunjuk jari petunjuknya ke arah atas. Mengisyaratkan supaya dia itu memandang ke atas. Apy Elina yang memahami isyarat itu mendongak kepala ke atas.
Ya Allah,” mengucap dia sebentar apabila melihat suaminya sudah berada di puncak batang pokok kelapa yang tinggi itu sedang mengambil buah kelapa. Dia tak tahu hendak kata apa. Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada kedua-dua abangnya.
Sumpah, dia yang nak panjat!” pantas Angah mempertahankan diri sendiri.


AH, leganya! Rasa macam dah lama tak minum air kelapa yang segar macam ni. Kalau dekat KL memang payah nak jumpa air kelapa yang betul-betul air kelapa. Kalau ada pun air kelapa yang dicampur dengan air gula atau air kelapa muda yang tak rasa apa-apa pun,” kata Apy Elina setelah meneguk dua tiga cawan air kelapa.
Bukan senang dia hendak dapat merasa air kelapa yang diambil oleh suami sendiri di atas pokok. Suami orang lain pun belum tentu lagi mampu panjat pokok kelapa yang tinggi begitu. Orang sekarang harapkan galah atau beruk untuk ambil buah kelapa. Jarang sangat orang hendak panjat pokok kelapa.
Itu pun liat lagi nak balik kampung,” sindir Puan Fatimah dengan jelingan.
Apy Elina hanya mampu tersengih. Emaknya, kalau tak sindir sehari memang tak sah.
Bukan tak nak balik tapi banyak kerja. Kalau Apy cuti, Adam kerja. Kalau Adam cuti, Apy pula kerja. Kami memang susah nak dapat cuti serentak. Ini pun Apy minta dilepaskan,” jawab Apy Elina.
Bukan ke pusat sukan tu suami kau punya?” soal Along hairan.
Tak. Adam hanya sedikit pemegang saham dalam pusat sukan tu. Pemilik pusat sukan tu orang lain,” jawabnya.
Siapa?” tanya Angah pula.
Arwah Daniel,” jawab Apy Elina tanpa teragak-agak.
Serius?” seperti jangkaannya Along dan Angah turut terkejut. Seperti mana dia terkejut waktu pertama kali mendapat tahu pemilik sebenar pusat sukan itu.
Jadi, suami kau tu kenal arwah Daniel?” soal Angah lagi.
Apy Elina hanya mengangguk. Dia melemparkan pemandangan ke arah suaminya yang sedang bercakap dengan seseorang melalui handset tidak jauh dari situ. Itu pasti tak habis-habis pasal kerja.
Jadi, dia tahu yang kau pernah tangkap lentok dengan Daniel?” tanya Along yang sememangnya kenal rapat dengan Daniel. Mana tidaknya, tiap kali raya, Daniel pasti akan datang ke rumah itu. Tambahan pula Daniel hanya tinggal di kampung sebelah. Boleh dikatakan satu pekan kenal Daniel.
Habis tu macam mana kau boleh jadi pengarah di pusat sukan tu?” tanya Along lagi.
Panjang ceritanya,” Apy Elina malas hendak menjawab.
Cerita panjang boleh dipendekkan dalam masa seminit. Kau bagi tahu point penting je,” balas emaknya turut mahu tumpang sekaki inginkan cerita sebenar.
Pendek kata, yang Apy Elina tahu selepas Daniel meninggal, isteri arwah Daniel, Darina jumpa Adam dan serahkan projek ni kepada dia. Daniel memang dah wasiatkan pusat tu diserahkan kepada Adam,” terang Apy Elina secara kasar.
Mmm... tapi Along tak faham kenapa Daniel serahkan kepada suami kau? Masa tu kau dah ada apa-apa dengan Adam ke?” Along terus bertanya.
Err...” Apy Elina menggeleng. Dia masih tak ada jawapan bagi soalan itu.
Masa tu juga suami kau belum habis belajar lagikan?” Angah pula bertanya.
Apy Elina mula buntu hendak menjawab soalan itu. Perlahan-lahan dia mengangguk. Dia tahu, mereka dapat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan keputusan Daniel serahkan urusan pusat sukan itu kepada suaminya yang pada masa itu belum menjadi suaminya.
Takkan kau tak tahu kenapa Daniel bagi projek pusat sukan tu kepada suami kau?” tanya emaknya pula.
Mak, ni urusan mereka berdua. Apy tak nak masuk campur,” jawabnya cuba mengelak daripada menjawab soalan itu.
Bukan nak masuk campur tapi kau tak rasa pelik ke?”
Mana ada pelik. Daniel cuma serahkan projek tu kepada Adam untuk habiskan. Tak ada yang peliklah.”
Takkanlah Daniel nak serahkan pada budak yang belum habis belajar lagi?” soal Angah.
Lepas tu dia lantik kau jadi pengarah pula,” tambah Along.
Bukan Adam yang lantik tapi Darina. Dia tak berminat nak uruskan pusat sukan jadi dia lantik aku jadi pengarah. Adam tak ada kena mengena dalam hal ni. Kalau ada pun dia tak boleh bersuara sangat sebab dia hanya pegang sedikit saham dalam tu. Pasal Daniel serahkan projek tu, hanya mereka berdua yang tahu sebabnya,” terang Apy Elina.
Padahal dia sememangnya tahu tentang hal itu. Itu pun jenuh juga hendak paksa suami sendiri buka mulut. Dia sengaja tidak mahu menceritakan perkara itu kerana menghormati Darina sebagai balu Daniel. Nanti, kalau dia cerita pasal Daniel sengaja hendak buat pusat sukan itu disebabkan dia, entah apa pula orang kata. Bukannya dia tidak tahu, cerita begini memang cepat tersebar.
Sehingga kini dia masih lagi tidak percaya yang Daniel hendak hadiahkan pusat sukan itu kepadanya. Mungkin Daniel tahu dia akan pergi sebelum sempat realisasikan impiannya itu, jadi dia sudah mewasiatkan pusat sukan itu kepada Adam untuk diselesaikan.
Kenapa Daniel mahu serahkan kepada Adam? Dia juga tiada jawapan yang pasti. Tambahan pula pada waktu itu dia belum ada apa-apa hubungan dengan Adam. Apatah lagi waktu itu Adam belum lagi habis belajar. Memang pelik kalau diserahkan kepada orang yang langsung tiada pengalaman dalam kendalikan projek besar ini.
Dia pernah buat kesimpulan, mungkin Daniel fikir hanya Adam yang boleh uruskan hal ini kerana duit bukanlah masalah bagi Adam. Cuma dia tak faham, kenapa Adam terima projek ini. Pernah juga dia bertanya kepada suaminya itu, namun jawapan yang diterima memang mengecewakan.
Dia dah cabar, terima sajalah,” itulah jawapan suaminya.
Bagi Adam, dia menerima projek itu sebagai cabaran tapi perasaan seorang isteri kuat mengatakan itu bukan jawapan sebenar. Apatah lagi pada waktu itu Adam menolak tawaran beraksi di Sukan SEA dalam acara bola keranjang dengan alasan kecederaannya masih belum pulih. Sebagai seorang jurulatih, memang dia berasa bersalah apatah lagi dia yang menyebabkan Adam mendapat kecederaan itu.
Namun, pada masa itu Adam langsung tidak menunjukkan perasaan kecewa padahal itu pernah menjadi cita-cita Adam untuk beraksi di peringkat antarabangsa. Seolah-olah pada masa itu, dia menemui sesuatu yang lebih berharga daripada beraksi di Sukan SEA. Kemudian, selepas dia pergi ke Amerika, dia dapat tahu Adam sibuk dengan kerjaya baru sebagai usahawan.
Lima tahun kemudian, barulah sebahagiannya terjawab. Sebahagian lagi tetap menjadi misteri sehingga hari ini. Walau apa pun, dia tetap berbangga dapat seorang suami seperti Adam. Biarpun tak romantik asalkan mampu membuatnya bahagia.
Apy Elina menuang air kelapa ke dalam sebuah cawan. Kemudian dia berlalu menghampiri Adam yang masih lagi bercakap melalui telefon bimbit. Sungguh sibuk pula suaminya hari ini. Selalunya tak pernah lagi dia tengok Adam pegang handset 24 jam. Macam ada sesuatu yang serius berlaku di tempat kerja.
Hai,” sapa Apy Elina ketika selepas suaminya habis berbual melalui telefon. Dia segera menghulurkan secawan air kelapa kepada Adam. Adam menyambutnya seiring dengan ucapan terima kasih.
Kenapa?” tanya Adam apabila menyedari isterinya asyik merenungnya.
Tak ada apa. Saya cuma nak tengok muka awak sama ada saya boleh baca masalah yang awak hadapi sekarang. Mmm… tak boleh. Muka awak nampak tenang macam biasa tapi saya tak puas hati. Jadi, awak nak beritahu saya apa yang menyebabkan awak terlampau sibuk dengan jawab panggilan dalam beberapa hari ni?” tanya Apy Elina .
Serentak dengan itu, Adam mengukir senyuman. Itu senyuman paling mahal daripada Adam. Susah sangat-sangat dia hendak melihat senyuman itu. Itulah senyuman yang pernah buat dia jatuh cinta dengan suaminya itu. Bagi Apy Elina, itu senyuman Adam yang paling comel dalam maco dan hanya digunakan sebagai senjatanya untuk membuatnya berhenti tanya soalan yang Adam tak nak jawab.
Okey, saya tahu…” Apy Elina mengangguk faham.
Masalah kecil dengan sebut harga tender,” ujar Adam akhirnya bersuara.
Oh… pasal kerja ke?”
Habis tu pasal apa?” tanya Adam kembali.
Hmmm… selalunya bila awak buat muka macam tu, lebih kepada masalah keluarga awak. Keluarga Alexander. Kongsi gelap dan…”
Serentak dengan itu, Adam meletakkan jari penunjuk di bibir Apy Elina. Serta-merta Apy Elina berhenti bercakap.
Awak nak keluarga awak tahu yang suami awak ni ketua kongsi gelap?” tanya Adam.
Bekas ketua kongsi gelap. Awak tak ada apa-apa lagi dengan keluarga Alexander lagi, bukan?” tanya Apy Elina ingin kepastian lagi.
Tak ada apa. Jangan risau,” ujar Adam sambil menarik tubuh Apy Elina ke dakapannya dan mencium dahi isterinya itu.
Kalau macam tu, saya percayakan awak,” ujar Apy Elina dengan senyuman manis. Bagaimanapun hatinya masih lagi tak tenteram. Dia tahu, Adam sedang merahsiakan sesuatu daripadanya. Sesuatu yang Adam takut nak berkongsi dengannya.
Oh ya, saya nak pinjam kereta awak hari ni,” ujar Apy Elina yang teringat tentang rancangan dia dengan emaknya petang ini.
Pergi mana?”
Shopping dengan mak. Dari semalam lagi mak ajak tapi saya malas…” keluh Apy Elina. Bukannya dia malas tapi dia memang tak gemar beli-belah dengan maknya atau mana-mana perempuan. Jenuh nak tunggu! Tapi apa boleh buat, dia sudah lama tak luangkan masa dengan emaknya.
Hati-hati memandu,” ujarnya sambil memberikan kunci kereta.
Maksud awak, hati-hati memandu kereta awak supaya jangan bagi bercalar atau hati-hati memandu sebab awak sayangkan saya lebih daripada kereta awak?”
Kedua-duanya.”
Hah? Mana boleh. Pilih salah satu saja.”
Mana boleh pilih salah satu,” balas Adam pula.
Kenapa tak boleh?”
Sebab kalau berlaku apa-apa pasti mak cik yang memandu kereta tu pun trauma, betul tak?”
Saya suka jawapan awak tapi jangan risau mak cik ni akan bawa kereta tu dengan penuh sopan santun,” ujar Apy Elina sambil mengukir senyuman.


POKOK padi yang sudah menguning ditenung kosong. Sungguhpun matahari sudah berada di atas kepala dan cuaca begitu panas, namun pemandangan di sawah padi itu memukau hatinya. Dia berasa tenang seolah-olah tiada apa yang perlu dirisaukan sekarang.
Memandangkan hari itu bukan hari cuti, jadi dapatlah dia tengok beberapa orang pekerja mengerjakan sawah padi yang sudah berbuah lebat. Tidak banyak yang dia dapat tahu tentang sawah padi memandangkan kedua-dua abang iparnya juga tidak banyak pengalaman dalam mengerjakan sawah padi.
Kami tak digalakkan turun ke sawah. Dulu, arwah ayah memang tak suka anak-anak dia bekerja di sawah padi. Arwah memang seorang yang pentingkan pendidikan. Sebab tulah dia suruh kami belajar pandai-pandai supaya dapat kerja yang bagus. Jadi, kesimpulannya kesemua anak-anak dia tak tahu bersawah. Yang kami tahu, sewakan tanah bendang kepada orang dan lawat kawasan bila sudah sampai masanya. Itu saja,” terang Along.
Adam mengangguk faham. Patutlah apabila ditanya tentang penanaman padi, masing-masing jawab seperti tak habis belajar. 
Apy kata, kau tak boleh makan nasi, betul?” tanya Angah tiba-tiba.
Adam mengangguk. Rasanya tak ada guna dia hendak menafikannya lagi. Kalau dulu, hanya orang terdekat saja tahu yang dia tak boleh makan nasi tapi sekarang ini itu bukan nasi. Malah, perkara ini juga pernah dipersendakan di laman web.
Patutlah Apy bahagia sangat kahwin dengan kau. Tak payah susah payah masakkan nasi berlauk untuk kau.”
Adam hanya tersengih. Bukan sahaja mereka berpendapat begitu tetapi isterinya juga. Mujurlah dia bukan jenis yang cerewet dalam memilih makanan. Asalkan masakan tu boleh masuk dengan tekaknya, dia tidak akan beri banyak komen. Kalau dia inginkan sesuatu yang isterinya tak tahu masak, dia boleh masak sendiri.
Dia mesti tak pernah memasak, bukan?” teka Angah yang sudah sedia maklum dengan perangai adik perempuannya itu.
Apy... dia memang tak pandai sangat memasak tapi bila dia dah masak... kita akan teringat masakannya sampai bila-bila,” jawab Adam tersengih-sengih teringatkan masakan isterinya yang lain daripada yang lain. Payah nak dapat!
Sampai tak ada kedai boleh tandingi masakan dia,” sambung Along pula yang seperti memahami maksud di sebalik kata-kata adik iparnya tadi.
Apa maksud korang?” tanya Angah langsung tak dapat tangkap maksud mereka.
Kau takkan faham. Hanya orang yang beristeri yang tak reti memasak yang akan faham,” kata Along yang jauh lebih berpengalaman.
Oh, hikayat isteri tak reti memasak...” Angah mengangguk faham.
Ular!” sergah Along yang terkejut apabila mendapati seekor ular tedung keluar dari sawah padi melalui batas. Serta-merta langkah mereka bertiga terhenti.
Ular tedung berwarna hitam itu turut berhenti, memandang ke arah mereka dengan kepala yang mengembang seolah-olah sedang bersedia menghadapi ancaman.
Aduhai, ni yang aku lemah ni. Dia tenung kita macam kita ni orang jahat,” keluh Along yang kaku tak bergerak.
Kau ni pengecut sangatlah. Harap badan saja besar tapi pengecut,” perli Angah.
Tolong sikit. Aku bukan pengecut tapi itu binatang bahaya tau. Bukan kucing. Kalau kucing dah lama aku sergah tapi yang ni, kalau aku sergah gerenti aku kena masuk bilik mayat!” balas Along.
Macam mana Adam? Kau pun takut juga ke?” tanya Angah kepada Adam yang juga kaku di depan.
Hmmm… ular tu…”
Kenapa dengan ular tu?” tanya Angah hairan. Dia tak nampak apa yang luar biasa pun tentang ular itu.
Ular tu… comel.”
Hah?” Along dan Angah masing-masing terkejut.


APA?” tanya Apy Elina yang kurang jelas dengan pertanyaan abang sulungnya tadi.
Along tanya, kau jumpa suami kau tu di hutan mana?” tanya Angah satu demi satu perkataan dengan jelas.
Kenapa? Cemburu ke?” balas Apy Elina.
Dia tahu sangat dengan maksud mereka. Ini pasti ada sesuatu yang berlaku petang tadi sewaktu dia temankan emaknya pergi beli-belah di pekan. Waktu itulah emaknya beritahu Adam ikut kedua-dua abangnya pergi ke bendang keluarga mereka untuk melawat kawasan.
Suami kau tu memang something,” ujar Along sambil mengurut-urut dagunya yang berjambang.
Hmm… macam dari keturunan Nujum Pak Belalang,” sokong Angah pula.
Apy Elina mengerut dahi. Entah apa yang dibualkan oleh kedua-dua mereka. Dia sendiri tak dapat tangkap tapi yang pasti, rancangan membuli Adam pasti tak berjaya lagi. Itu pun masih tak serik-serik lagi.
Masa kita orang pergi lawat kawasan tadi, kami terserempak dengan ular tedung,” ujar Along memulakan cerita.
Lepas tu, Adam berjaya jelmakan ular tu jadi naga ke?” perli Apy Elina langsung tak terkejut dengan cerita yang disampaikan. Walaupun agak suspen tapi setakat jumpa ular tedung itu hal biasa bagi penduduk kampung ini. Maklumlah kalau rumah dekat dengan sawah padi.
Tak.”
Habis tu?”
Dia cakap ular tu comel,” ujar Angah.
Serentak dengan itu, Apy Elina pecah tawa. Dia ketawa terbahak-bahak apabila mendengar cerita abang-abangnya itu. Lucu.
Ketawalah. Yang mereng tu suami kau,” kata Along yang nampak kecewa.
Adam bukan mereng, okey. Itulah, aku dah kata awal-awal lagi. Jangan buli suami aku. Dia tu bukan orang sebarangan tau. Kau ingat, suami aku tu membesar dengan bermanja dengan duit keliling pinggang ke? Sudah tentulah dia dah dilatih sejak kecil lagi. Setakat ular tedung memang kacang je bagi dia,” ujar Apy Elina sambil menabik dada.
Memanglah kacang tapi ada ke ular tedung yang bengis tu dia kata comel? Mata apa yang dia pakai?”
Itu tak penting. Yang penting, matanya bukan mata keranjang,” ujar Apy Elina dan segera berlalu naik ke tingkat atas. Malas nak melayan abang-abangnya.
Dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Adam juga berada di dalam. Tengok gaya seperti baru sahaja lepas mandi sebab dia dapat bau wangian sabun yang selalu mereka gunakan. Tambah pula Adam tak berbaju. Hanya berseluar pendek paras lutut.
Hai seksi,” sapa Apy Elina tersengih-sengih. Nasib baiklah di hadapannya itu suaminya kalau tidak, rugi kena tutup mata!
Baru balik?” tegur Adam sambil menyarung baju T. Bila Adam pakai baju T, lagi bertambah seksi. Ah, tak kira apa pun Adam pakai, dia tetap nampak seksi. Mungkin sebab itulah suaminya itu ramai sangat peminat. 
Hmm… penat!” ujar Apy Elina sambil berbaring di katilnya. Sempat lagi dia menggeliat malas. Bila sudah menggeliat, mulutnya pula tak henti-henti menguap.
Jangan nak tidur. Pergi mandi dulu,” arah Adam yang memang sedia maklum, Apy Elina mudah letih kalau pergi shopping. Lebih-lebih lagi kalau terpaksa teman orang pergi shopping. Selalunya bila balik shopping, mesti isterinya itu akan tidur kepenatan.
Lima minit.”
Lima minit akan jadi lima jam. Bangun,” arah Adam lagi. Kali ini dia menarik tangan isterinya supaya bangun tapi Apy Elina bertindak pantas menarik tubuh suaminya ke katil. Dengan pantas juga, dia alaskan tangan suaminya sebagai bantal.
Adam menghela nafas panjang. Dia tak boleh lari lagi.
Boleh saya tanya sesuatu tak?” tanya Apy Elina ingin memulakan mukadimah.
Hmmm.” Angguk Adam.
Betul ke ular tedung tu comel?”
Serentak dengan itu, Adam ketawa.
Dia ketawa pula.”
Siapa beritahu? Along?” tanya Adam serta-merta teringatkan kejadian di batas sawah tadi.
Betul ke comel? Atau awak saja nak berlagak dengan abang-abang saya?” tanya Apy Elina tidak menyabar. Mana tidaknya, seumur hidupnya belum lagi orang cakap ular itu comel. Ini baru pertama kali dia dengar.
Memang comellah. Bila dia rasa terancam, dia buat muka pura-pura garang. Macam awak,” ujar Adam sambil mencubit pipi isterinya dengan lembut.
Apa? Awak samakan saya dengan ular tedung tu?” Apy Elina geram.
Hah, tengok tu. Bukan ke sama?” perli Adam lagi.
Eee… pak cik! Ada ke samakan saya dengan ular tedung? Tak comel langsung!” kali ini Apy Elina pula yang mencubit pipi Adam. Geram.
Adam sambung ketawa lagi.
Tapi…” Apy Elina tiba-tiba mengeluh.
Kenapa?” Adam mula risau.
Saya kesianlah dengan awak. Asyik kena buli dengan abang saya je. Maaflah, saya tak dapat nak tolong. Dia orang tu bukanlah jahat sangat tapi…”
Tapi  sayangkan adiknya yang seorang ni…” sambung Adam.
Sayang ke? Kalau sayang takkan buat suami saya macam ni tau.”
Sayanglah tu.”
Awak tak sedar ke yang mereka tengah buli awak?” tanya Apy Elina menahan geram. Dia sakit hati dengan apa yang abang-abangnya buat terhadap suaminya, boleh pula suaminya buat tak kisah.
Mak cik, awak sedar tak yang suami awak ni pernah jadi Adam Alexander?”
Memanglah, tapi awak suami saya tau. Sampai hati dia orang buli awak macam ni. Awak pula, bukan nak buli abang saya balik!”
Ada ke adik ipar buli abang ipar?” soal Adam.
Ada je. Awaklah calonnya!”
Okey tapi sebelum tu, wajib buli adik dia dulu,” ujar Adam sambil menjeling tajam memandang isterinya.
Err… saya nak pergi mandi sekarang,” ujar Apy Elina cuba melarikan diri. Tapi belum sempat dia hendak berbuat apa-apa Adam terlebih dahulu menariknya semula ke katil.
Mandi tengah hujan tak baik untuk kesihatan,” ujar Adam memeluk isterinya dengan erat.
Poyo!”


11 si charming:

  1. eija berkata...:

    wah sweet nya adam nie

  1. MizaEija berkata...:

    Setujuuu.. kita yg baca bleh kene diabetes... kikiki

  1. Unknown berkata...:

    Setuju setuju sgt sgt.... Soooooo sweet kan Adam... Besttttt

  1. Unknown berkata...:

    bab 4,5,6&7 x boleh buka ya .

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Huawaaaa.....sgt sweetz...mau kne kncing manis cmni.. :D

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Knp tak boleh baca dari bab awal ? Sobsob. Saya nak tahu juga cerita dari mula. Rezeki saya baru jumpa blog ni malam ni. Tapi tak boleh baca. Huwaaaaa. Saya nak tahu apa jadi kat apy elina and muhammad adam @adam alexander. Ada problem kat blog or gadjet saya yg rosak ? But seriously, saya boleh baca bab 8 je. Mungkin sbb baru update harini. Hmm. :(

  1. edubelaja berkata...:

    sweet giler, alahai.. suka sangat dengan appy and alexxxx...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Blhlh buka bab2 yg seblmnya.

    Raihana

  1. Tanpa Nama berkata...:

    sweetnyer ....

  1. mia_edora berkata...:

    Suka sgt2... X sbr tuk bab seterusnya...

  1. Unknown berkata...:

    Citer ni mmg lain dr citer2 yg lain laa..bnyk sungguh bnda klakar si adam ni suka buat..mmg xhabis2 nk gelak..hehe

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages