Romeo yang Hilang: Bab 12


GAMBAR perempuan! Apy Elina menjeling tengok ke arah helaian-helaian kertas yang terkeluar dari fail suaminya yang diletakkan di atas meja makan. Dia tak mampu menahan diri membelek helaian itu. Tambahan pula beberapa gambar itu cantik pula orangnya! Tergugat juga hati seorang isteri!
Apa ni?” tanya Apy Elina kepada suaminya.
Resume.”
Untuk apa?” tanya Apy Elina sambil membelek lagi. Kebanyakan pemohonnya adalah perempuan. Semuanya cantik-cantik belaka. Masih muda-muda lagi.

Untuk calon isteri nombor dua,” jawab Adam selamba.
Serentak dengan itu Apy Elina merenung tajam wajah suaminya. Belum pernah lagi dia mendengar Adam berkata demikian. Ini macam sengaja nak menguji kesabaran dia sahaja.
Macam mana boleh tak?” tanya Adam yang dari tadi asyik tersenyum-senyum.
Pak cik, makan nasi pun tak pass lagi, ada hati nak kahwin lain,” jawab Apy Elina seiring dengan jelingan tajam.
Betullah tu. Setiausaha pejabat umpama isteri di pejabat,” jawab Adam.
Apy Elina mengangguk faham. Dia baru sahaja teringat perbualan dua orang gadis di airport baru-baru ini. Kalau tak silap, dia ada dengar pasal syarikat suaminya itu ada buka peluang pekerjaan untuk jawatan setiausaha peribadi. Dia sendiri tidak tahu menahu tentang hal itu. Memang dia sendiri maklum Adam tiada setiausaha peribadi tapi tak pernah pula Adam beritahu nak mencari seorang setiausaha peribadi. Pelik.
So, mana yang okey antara semua ni?” tanya Adam meminta pendapat.
Tak menyesal ke kalau saya pilih?” tanya Apy Elina.
Dia memang suka bab pilih memilih ini. Lagi-lagi bila dapat tahu semua itu calon untuk setiausaha peribadi suaminya. Sudah tentulah dia nak pilih. Suami hot macam Adam kena ambil langkah berhati-hati sikit kalau melepas pada orang lain, mana nak cari lagi lelaki yang takut makan nasi. Payah!
Belek punya belek, dia terjumpa gambar salah seorang perempuan yang dia pernah jumpa di airport tempoh hari. Gadis opera nama gelarannya sebab mekap macam opera Cina. Seriau pula tengok dia punya mekap. Rohana. Nama yang indah. Kalaulah perangai seindah namanya....
Tiba-tiba Apy Elina terfikir sesuatu. Budak ni nak sangat kerja dengan Adam. Dia tak tahu lagi rupa sebenar Adam ketika bekerja. Hah, inilah masanya untuk buat gadis seperti ini buka mata besar-besar yang hidup ini tak semestinya indah!
Saya pilih perempuan opera ni,” kata Apy Elina sambil hulurkan resume Rohana.
Betul?” tanya Adam yang melihat resume itu. Kemudian dia memandang isterinya silih berganti dengan resume di tangannya. Macam tak percaya pun ada.
Apy Elina mengangguk banyak kali cuba yakinkan suaminya.
Tak menyesal?” tanya Adam.
Kali ini Apy Elina menggeleng dengan penuh yakin. Mana mungkin dia akan menyesal. Orang yang akan menyesal ialah perempuan opera itu. Bibirnya tak henti-henti mengukir senyuman. Belum apa-apa lagi dia sudah bayangkan apa yang akan berlaku kepada perempuan itu. Mesti takkan tahan dengan perangai suaminya. Cukup seminggu pasti akan resign!
Tiba-tiba Adam mencubit pipi sebelah kanannya. Lembut sahaja dicubitnya tapi yang buat dia menggelabah apabila tengok renungan si suami yang macam boleh agak apa yang ada dalam kepalanya sekarang.
Apy Elina.”
Ya?” jawab Apy Elina yang tersengih-sengih. Dia tahu sangat. Kalau Adam sudah panggil nama penuhnya, pasti ada sesuatu yang dia tak puas hati. Ini pasti pasal dia tersengih-sengih seorang diri tadi.
Apa hal tersengih-sengih tadi?” tanya suaminya.
Mak saya cakap, kalau kita selalu senyum dan ceria, kita akan jadi muda. Awak lebih muda daripada saya, jadi saya kena senyum banyak-banyak kali supaya saya nampak muda daripada awak,” jawab Apy Elina tak henti-henti lagi senyumannya.
Patutlah mak awak nampak muda daripada anaknya…” balas Adam mengangguk banyak kali.
Apa?” cepat-cepat Apy Elina menarik muka garang.
Serentak dengan itu, Adam ketawa terbahak-bahak.
Jangan marah sayang, nanti cepat tua,” sindir Adam berjaya mempermainkan isterinya.
Awak ni, tak romantik langsunglah. Cubalah sesekali tu jadi suami yang romantik sikit,” kata Apy Elina geram. Punyalah dia atur ayat-ayat manis supaya suaminya tergoda sekejap tapi akhirnya dia pula yang terkena.
Romantik yang macam mana?” tanya Adam pura-pura tak tahu.
Romantiklah. Macam Clark Kent dengan Lois Lane dalam cerita Superman tu,” sekali lagi Apy Elina geram. Dia tahu sangat Adam sengaja ingin mempermainkannya.
Ohhh… macam tu? Maknanya suami awak ni kena pakai seluar dalam warna merah kat luarlah baru nampak romantik?” balas Adam.
Kalau berani, pakailah!” cebik Apy Elina.
Geram dibuatnya. Dari dulu sampai sekarang, Adam masih tak berubah-ubah. Ada sahaja jawapan yang menyakitkan hati. Ingatkan kalau sudah berkahwin, kurang sikitlah perangai sengalnya itu tapi makin menjadi-jadi. Setiap masa pula tu. Kalau difikirkan, babak romantik antara dia dengan Adam boleh dikira dengan jari.
Nak pakai baju Superman? Huh, cakap sahaja pandai tapi gerenti takkan berani nak buat. Kalaulah dia pakai baju Superman…
Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman sambil terbayangkan suaminya memakai baju Superman. Matanya meliar memandang setiap inci tubuh suaminya yang kemas berbaju kemeja warna biru itu.
Kenapa?” tanya Adam yang menyedari isterinya memandangnya semacam.
Saya tengah bayangkan awak pakai baju Superman. Mesti menggoda dan seksi!” kata Apy Elina dengan teruja.
Sekali satu jentikan halus hinggap di dahinya. Serentak dengan itu, Apy Elina mengaduh kesakitan. Walaupun perlahan tapi tetap rasa sakit.
Apa awak ni. Normallah kalau isteri bayangkan suami sendiri macam tu,” rungut Apy Elina sambil menggosok dahinya.
Sakit ke?”
Sakitlah. Dahlah saya ni comel, nanti bertambah comel dahi saya. Cepat minta maaf pada dahi saya.”
Adam menarik Apy Elina ke pangkuannya lalu mencium dahi yang dijentiknya tadi. Tindakan yang begitu pantas itu mengejutkan Apy Elina. Tadi, dia sengaja merungut manja tapi tak sangka pula dapat ciuman mengejut membuatkan bibirnya tak berhenti tersenyum. Dalam diam rupa-rupanya berisi. Dalam keras, rupa-rupanya romantik!
Ehem!” satu suara berdehem kedengaran.
Huh,” Apy Elina terkejut apabila berpaling.
Seorang wanita yang berambut panjang mengerbang macam hantu Mak Limah sedang berdiri di belakangnya. Mellissa! Baru dia teringat bahawa kakak iparnya itu baru sahaja sampai dari Taiwan semalam.
Mellissa tidak bersuara. Dia hanya menguap dan berlalu mencapai segelas cawan, tuang air kopi dengan gaya orang tak cukup tidur sambil diperhatikan oleh sepasang suami isteri itu.
Okey, korang boleh teruskan apa yang terkendala tadi. Anggaplah akak tak ada dalam rumah ni,” kata Mellissa mula mengorak langkah berlalu dari situ dengan secawan air kopi panas.
Okey, saya teringin nak tahu, bila Izwan nak jadi jantan sejati ni?” tanya Apy Elina sambil menjeling tajam memandang suaminya.
Adam hanya mengangkat bahu.


MANA dapat ni?” tanya Mellissa penuh teruja apabila Apy Elina menunjukkan gambar-gambar Daniel yang ditemuinya tempoh hari. Bila dia tunjukkan kepada Mellissa, Mellissa menjerit seperti para peminat KPOP teruja dengan kehadiran Oppa kesayangan mereka.
Dalam stor,” jawab Apy Elina.
Dari pengamatannya, memang sah Mellissa meminati Daniel. Dia sengaja biarkan Mellissa yang masih teruja itu membelek-belek album yang penuh gambar Daniel. Bila sudah reda nanti, barulah dia akan bertanya kenapa, mengapa dan bagaimana.
Hah? Dalam stor? Adam campak gambar Daniel yang handsome ni dalam stor?” Mata Mellissa terbeliak kerana terkejut dan marah.
Kemudian, kedengaran rungutan Mellissa berbahasa Mandarin. Biarpun dalam bahasa Mandarin tetapi Apy Elina dapat menangkap salah satu maksudnya. Gila! Itu sumpahan yang biasa dan selalu didengarnya. Tak kira keluar daripada mulut orang Melayu atau orang Cina.
Kau kenal dia ke?” tanya Apy Elina yang selesa berkau-aku dengan Mellissa. Lagi satu, umurnya dengan umur Mellissa tak banyak beza. Beza pun hanya beberapa bulan.
Kalau tak kenal aku takkan histeria macam ni, okey!” balas Mellissa.
Apy Elina mengangguk. Betul juga. Lagipun arwah Daniel ketika itu memang ramai peminat. Pelajar sekolah lain pun selalu tunggu di hadapan sekolahnya untuk lihat Daniel. Kalau ada perlawanan bola keranjang, penuh juga penyokong-penyokong Daniel yang terdiri daripada gadis-gadis cantik. Mungkin salah seorangnya adalah Mellissa.
Kenal secara dekat?” tanya Apy Elina lagi.
Mellissa menggeleng. Kemudian mukanya bertukar jadi muram. Macam orang kecewa sahaja. Dia juga kurang pasti sama ada Mellissa tahu atau tidak akan berita kematian Daniel.
Kenal dia macam tu saja. Langsung tak ada peluang nak berkenalan dengan dia,” jawab Mellissa.
Apy Elina mengangguk. Dia sudah dapat satu jawapan yang pasti. Mungkin sebab itulah ada banyak gambar-gambar yang ditangkap secara diam-diam dalam album ini. Kalau Mellissa kenal arwah Daniel pasti ada gambar mereka tangkap berdua tapi langsung tak ada.
Kami satu sekolah,” Apy Elina memulakan mukadimah.
Serius?” Mellissa kelihatan terkejut. “Oh, maknanya kau kenal Daniel?”
Apy Elina mengangguk.
Sangat kenal. Arwah banyak ajar aku tentang bola keranjang. Aku pernah bercita-cita nak jadi pemain bola keranjang tapi aku tak cukup tinggi. Dia kata, aku ada potensi untuk jadi jurulatih. Kalau tak kerana arwah, mungkin aku masih tak sedar potensi sendiri.”
Wait. Arwah? Jadi maknanya Daniel…”
Daniel dah meninggal dunia. Lebih kurang 8 tahun yang lepas. Dia ada penyakit jantung yang serius.”
Dia masih muda…” Mellissa masih lagi tak percaya.
Memang sukar untuk percaya Daniel sudah pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Malah sampai sekarang dia masih lagi tak percaya. Pemergian Daniel memang mengejut apatah lagi dia langsung tak tahu menahu akan penyakit Daniel.
Ah, ini bukan masanya untuk bersedih! Lantas Apy Elina mengeluarkan sebuah album. Album Daniel sudah ditunjukkan kepada Mellissa. Ada satu album gambar yang dia perlu tunjuk. Album yang penuh dengan gambar-gambarnya.
Apa ni?” tanya Mellissa apabila Apy Elina menunjukkan album itu.
Gambar aku masa muda remaja.”
Oh… masih tak berubah,” Mellissa membelek-belek album gambar itu. Reaksinya masih sama. Tak ada sesuatu yang pelik yang diingin tanya. Macam Mellissa tidak tahu menahu tentang gambar itu. Mustahil.
Aku jumpa album ni di dalam stor,” kata Apy Elina.
Tapi ini gambar kau…” Mellissa kelihatan terkejut.
Memang pun. Itulah yang aku tak faham. Kedua-dua album gambar ni aku jumpa di dalam stor. Kalau gambar Daniel mungkin aku tak hairan sangat tapi macam mana gambar aku juga ada?”
Mellissa mengangkat bahu. “Dah tanya Adam?”
Dah. Pak cik tu langsung tak tahu menahu tentang gambar ni. Itu yang aku nak tanya kau. Kau ke yang tangkap?”
Hmm… tak,” Mellissa segera menafikannya.
Habis tu siapa pula yang tangkap gambar-gambar ni? Situasi dalam gambar ni pada hari dan waktu yang sama. Orang yang tangkap gambar Daniel adalah orang yang sama yang tangkap gambar aku,” tambah Apy Elina lagi.
Sekali lagi Mellissa mengangkat bahu. Apy Elina mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Kalau bukan Mellissa siapa lagi yang tangkap gambar-gambar itu? Pelik. Mellissa tahu tentang gambar Daniel tetapi tak tahu tentang gambar-gambar adik iparnya sendiri? Sangat pelik. Mesti ada apa-apa yang dirahsiakan oleh Mellissa. Bukankah keluarga Alexander ini memang penuh dengan misteri.
Ah, baru teringat. Masa tu aku memang minat gila dengan Daniel. Aku dapat tahu dia akan turun KL, jadi aku upah seorang jurukamera untuk tangkap gambar Daniel tapi yang buat aku sakit hati dia pergi tangkap gambar awek pula. Tak sangka awek dalam gambar ni akan jadi adik ipar aku hahaha…” terang Mellissa sambil ketawa.
Siapa jurukamera tu?” tanya Apy Elina masih lagi berasa tidak puas hati. Dia takkan puas hati sekali tak dapat tahu siapa yang berani tangkap gambarnya diam-diam.
Entah. Dah tak ingat,” balas Mellissa.
Lelaki atau perempuan?”
Lelaki.”
Bukan Adam?” tanya Apy Elina lagi. Selagi dia tak dapat jawapan yang benar-benar memuaskan hatinya, dia takkan berhenti bertanya. Tambahan pula jawapan yang diberi oleh Mellissa tak meyakinkannya.
Bukan. Waktu ni Adam belum lagi jejak Malaysia tau,” balas Mellissa terus menafikannya.
Jawapan Mellissa buat Apy Elina berasa kecewa. Jadi, bukan suaminya yang tangkap gambar itu. Patutlah Adam juga langsung tidak tahu menahu tentang gambar itu. Malah juga terkejut dengan kehadiran gambar itu.
Dahlah. Jangan fikir lagi. Itu hanya gambar lama dan rasanya tak ada apa-apa kot,” ujar Mellissa sambil menutup album gambar itu.
Hmm… mungkin,” balas Apy Elina setuju dengan kata-kata Mellissa tadi.
Mungkin orang yang tangkap gambar-gambar itu dalam kebosanan kerana terpaksa menangkap gambar yang dia tak suka. Jadi, dia pun melencong daripada niat asalnya. Tambah lagi kalau lelaki yang tangkap.
Apy Elina mengeluh panjang. Tadi, punyalah teruja dia bertanya tentang gambar itu tapi teruja itu bertukar jadi hampa. Alangkah seronoknya kalau Adam yang tangkap gambarnya. Barulah rasa macam heroin dalam drama Hindustan. Sesungguhnya, realiti itu tak seindah mimpi.
Apa Adam kata bila kau tunjuk gambar ni?” tanya Mellissa.
Pak cik tu? Huh, macam biasa. Tak ada perasaan. Ada ke dia nak buang album gambar ni. Kalau dia nak buang gambar Daniel tu, aku fahamlah dia cemburu tapi masalahnya dia nak buang sekali gambar aku. Eee… geram!”
Serentak dengan itu Mellissa ketawa terbahak-bahak. Adik dengan kakak, walaupun bukan seibu dan sebapa tapi perangai sama sahaja. Mungkin inilah hasil didikan jika dilahirkan dalam keluarga Alexander. Masing-masing ada perangai yang pelik. Entah apa lucunya, dia pun tak tahu.
Adam takkan fikir benda yang remeh temeh.”
Remeh temeh? Ini hal serius dan menakutkan. Dan seram juga. Lagi seram daripada pengalaman jejak rumah hantu kat kat kampung aku tu,” kata Apy Elina yang teringatkan pengalamannya pergi ke rumah agam yang Adam pernah tanya tempoh hari. Dia masih ingat lagi apa yang dia nampak.Seorang perempuan berpakaian putih yang berlumuran darah. Sejak hari itu, memang dia tak pernah jejak lagi tempat itu.
Tak ada apalah. Kalau kau takut sangat, kau anggap sajalah Adam yang tangkap gambar ni. Daripada takut, terus jadi sweet bukan?” balas Mellissa.

O ya, betul juga! Aku harap sangat dia yang tangkap gambar ni…” keluh Apy Elina masih lagi tak dapat terima hakikat. Hidup ini tak indah seperti novel, yang sentiasa ada kebetulan!

12 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    akak...knp bab 11 x de...saya x smpt nk baca lagi :'(

  1. Aida Sherry berkata...:

    Siapa sebenarnya yg ambil gambar Apy Elina ye...

  1. Unknown berkata...:

    Besttt memang sengal la Apy n Mellissa...

  1. edubelaja berkata...:

    alamak... misteri laaaa. siapa amik gambar apy ek?

  1. FARAH SUZIYANA berkata...:

    Tak sabar nak baca bab seterusnyaaa

  1. Unknown berkata...:

    X smpt baca bab 11....sdih nye.... Huhuhu....

  1. chombie berkata...:

    cik ratu, bleh post bab 11 skali lg.... x sempat bace lah.... plesss...plesss...pless..... ;)

  1. Tiqis berkata...:

    Kenapa tak boleh baca bab 1 😭

  1. mia_edora berkata...:

    Best... Next bab plak... X sbar nak tau siapa secret admire apy...

  1. Yong berkata...:

    sama la, saya pun xdpt baca lagi. dari bab depan trus langkau ke bab ni. pls RB,tlg pos semula bab sblum ni.

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages