Seseorang untuk Dinikahi: Bab 14



MEMANG masak. Balik sahaja dari rumah Arissa, dia terpaksa menghadap neneknya seorang diri dalam bilik. Dua jam kena ceramah perdana cukup buat dia rasa terseksa. Bermacam-macam soalan yang dikemukan oleh neneknya. Umpama polis menyoal siasat penjenayah pun ada. Namun, Nazwan dapat menjawab dengan tenang.
Kamu sukakan dia?” tanya Puan Azizah kepada cucunya.
Nazwan menggeleng. “Tak,” jawabnya pendek.
Habis tu kenapa pula kamu gatal-gatal dukung dia tadi?”

Sebab kaki dia sakitlah nenek. Lagipun dia tu separuh sedar lepas kena inject,” jawab Nazwan mempertahankan dirinya. Kalau orang lain berada di situasinya, pasti akan bertindak sedemikian. Takkanlah dia hendak paksa Arissa berjalan macam orang mabuk, tambah lagi dengan kaki sakit. Silap hari bulan, lantai pula diciumnya.
Neneknya masih tidak puas hati. Nazwan dapat lihat daripada wajah neneknya. Entah apa yang perlu dilakukan sehingga neneknya puas hati dengan jawapan yang diberi.
Nenek tak fahamlah dengan budak-budak sekarang ni. Halal haram pun tak tahu bezakan,” keluh Puan Azizah. “Nasib baiklah jiran-jiran kita ni bukan jenis jaga tepi kain orang kalau tak memang dah kecoh satu taman ni!”
Nenek, tak ada apalah. Naz cuma tolong Arissa je,” Nazwan segera menghampiri neneknya dan memeluk neneknya untuk sejukkan hati orang tua itu. “Nenek pun tengok sendirikan macam mana keadaan Arissa tadi? Bukannya Naz sengaja nak ambil kesempatan. Lagipun, tak ada faedahnya kalau Naz sengaja nak jatuhkan maruah dia.”
Lain kali jangan buat lagi,” Puan Azizah memberikan amaran. Amarahnya sudah reda sedikit. “Kalau kamu buat lagi, nenek akan kahwinkan kamu berdua nanti. Tak kira. Suka ke tak suka, keputusan nenek muktamad!” tegas Puan Azizah dengan serius.
Baik,” jawab Nazwan seolah menurut perintah.
Esok pergi minta maaf kepada Puan Fiza,” arah Puan Azizah lagi.
Hah? Kenapa? Naz tak buat salah pun.”
Bawa anak dara orang ke hulu ke hilir tanpa beritahu keluarga dia, itu tak salah?” tegur Puan Azizah.
Okey,” jawab Nazwan sekali lagi menurut perintah walaupun bukan dia yang cari pasal sebenarnya. Kalau neneknya sudah kata begitu, apa boleh buat. Reda sajalah. Dia sudah tiada tenaga untuk berbahas dengan neneknya lagi. Hari pun sudah jauh malam. Penat semalam masih lagi berbaki.
Kamu kena perintah berkurung selama tiga hari. Esok lepas balik kuliah, terus balik rumah. Jangan nak merayap. Jangan sesekali nak jejak ke rumah Arissa,” tegas Puan Azizah lagi.
Habis tu macam mana nak minta maaf pada Mama Fiza?” tanya Nazwan.
Telefon ajelah! Teknologi ada, bukan nak guna!” balun Puan Azizah semula.
Ohh...” Nazwan mengangguk.
Hampir terlupa yang neneknya lebih maju daripadanya dalam bab teknologi. Ini kerana dia mengetahui yang neneknya ada facebook, twitter dan macam-macam lagi akaun laman sosial manakala dia satu pun tidak ada. Hal itu selalu menjadi bahan sindiran Luqman.
Ingat, ini amaran terakhir nenek. Kalau berlaku lagi....”
Ya, Naz tahu. Kali ni Naz akan berhati-hati,” ujar Nazwan.
Mmm... bagus,” ujar Puan Azizah sebelum keluar dari bilik itu.
Satu keluhan dilepaskan oleh Nazwan sambil berbaring di katilnya. Dia sudah tiada tenaga lagi untuk berlalu ke kamar mandi. Matanya juga sudah tidak dapat bertahan lagi. Namun, baru sahaja dia hendak terlelap, satu mesej diterimanya. Lantas dia mencapai handsetnya. Satu mesej daripada Fazira. Tanpa berlengah lagi dia segera membuka mesej itu.
Aku ni, Arissa. Kalau dah habis menghadap nenek kau, call aku. - Arissa.
Baru sahaja dia ingin menelefon Arissa, Nazwan terdengar pintu biliknya dibuka seseorang. Luqman melangkah masuk ke dalam.
Aku tak ada tenaga nak terangkan sekarang Luqman. Esok-esoklah,” ujar Nazwan lemah.
Cis,” Luqman tidak puas hati. Namun, melihat sepupunya yang hendak membuka mata pun tidak larat dia terpaksa mengalah. “Esok, jangan cuba nak lari. Kita ada perhitungan yang belum selesai, faham?”
Nazwan mengangkat tangan menandakan dia faham dan menyuruh Luqman keluar. Selepas sahaja mendengar pintu biliknya ditutup, Nazwan mengerahkan tenaga membuka mata. Tanpa berlengah lagi dia segera menelefon Arissa.
Macam mana? Nenek marah ke?” tanya suara Arissa bertubi-tubi di talian.
Marah tapi aku dah settlekan hal tu. Jangan risau,” ujar Nazwan.
Mmm... aku tak sangka jadi macam ni. Maaf,” ucap Arissa serba salah.
Benda dah jadi. Lain kali jangan buat perkara macam ni lagi. Tak pasal-pasal aku kena masak dengan nenek. Nasib baiklah mood nenek baik sikit hari ni kalau tidak memang nak kena balun habis-habisan,” keluhnya. “Tapi, nenek sempat bagi warning.”
Hah?”
Dia kata kalau berlaku lagi, dia nak kahwinkan kita berdua.”
Ye ke? Yahooo!!!” sorak Arissa dalam talian.
Yahoo apa bendanya!” tegas Nazwan lantas bangun dari baringnya sambil menahan geram. Orang serius, boleh pulak Arissa anggap ini main-main. Tiba-tiba kepalanya diserang pening yang kuat. Lantas Nazwan kembali mencari bantal.
Nazwan? Kenapa?”
Apa lagi, demam kau dah sampai kat akulah,” ujar Nazwan menahan kesakitan yang melanda. Dia merasa dahinya. Sudah mula panas macam Arissa tadi. Patutlah dia rasa tenaganya hilang mendadak.
Hahaha... kesiannya,” bukan belas kasihan yang dia dapat tetapi sebaliknya ejekkan daripada Arissa. Dia tiada tenaga hendak bertikam lidah dengan Arissa lagi. “Nazwan, kau tak rasa ke yang kita ni memang ada jodoh?”
Diam. Aku tak nak dengar.”
Malu?” Arissa ketawa kelucuan.
Arissa, kalau kau demam buat cara demam. Aku nak letak telefon sekarang.”
Okey, rehat banyak-banyak tau dan terima kasih sebab tolong aku hari ni. Good night. Sweet dream. I love you!”
Nazwan lantas menekan butang merah. Bila Arissa ucapkan padanya 'I love you' semakin pening kepalanya. Dia mengeluh lagi. Sekarang bukan masa untuk memikirkan istilah I love you Arissa. Sekarang dia perlu mengisi tenaganya semula. Nazwan mencapai gebar putih dan segera menyelimutkan tubuhnya. Tidak sampai beberapa saat dia memejam mata, dia sudah terlena.

***

NAZWAN tak bangun lagi?” Puan Azizah yang sudah lama duduk di meja makan menanti kesemua penghuni rumah itu untuk sarapan. Mata tuanya menjeling pandang jam di dinding. Sudah pukul 7.15 pagi. Selalunya pada waktu ini, Nazwan sudah pun turun ke bawah untuk sarapan.
Mungkin penat lagi kot,” jawab Encik Luqfi yang baru sahaja turun menghampiri meja makan. Puan Latifah menyokong dengan anggukan sambil menuang secawan air kopi buat suaminya yang sudah bersiap untuk ke tempat kerja.
Luqman?” tanya mamanya lagi.
Dah bangun,” jawab Luqman dari jauh menghampiri meja makan.
Nazwan tak bangun lagi?” tanya Puan Latifah kepada Luqman. “Hari ni dia ada kelas pagi, bukan?”
Selepas apa yang berlaku semalam, Luq pasti, seratus peratus yang dia akan ponteng hari ni,” kata Luqman yang amat mengenali perangai sepupunya. Ponteng kelas memang nombor satu tapi yang dia tidak fahamnya, walaupun Nazwan suka ponteng kelas, tetapi pointer Nazwan tetap tinggi. Entah ilmu apa yang dipakainya.
Tett! Salah!” sapa satu suara di belakangnya. Lantas dia berpaling dan sekali lagi dia terkejut apabila melihat Nazwan berada di belakangnya. Entah bila Nazwan ada di belakangnya dia pun tidak tahu.
Jadi, kau nak pergi kuliah dengan pakai singlet, seluar tidur dan rambut yang kusut masai macam baru saja dimakan garuda macam tu?” kata Luqman memerli pernampilan Nazwan pada pagi itu. Serupa macam baru bangun tidur saja lagaknya. Ah, memang baru bangun tidur pun. Tapi ada hati hendak pergi kuliah.
Aku tak ponteng tapi MC,” jawab Nazwan selamba. Kemudian Nazwan segera menghampiri Mama Tifa. “Mama Tifa, nanti bawa Naz jumpa doktor. Rasanya macam dah berjangkit dengan Arissa.”
Puan Latifah merasai dahi anak saudaranya itu. Memang panas. Patutlah dia tengok cara Nazwan jalan pun tidak betul. Macam orang mabuk pun ada.
Tak sampai satu hari kau bersama Arissa, kau boleh berjangkit dengan dia. Memang betul-betul suka cari nahaslah kau ni,” ujar Luqman tidak puas hati. Satu demi satu masalah melanda.
Diam,” balas Nazwan yang tidak berminat hendak mendengar bebelan Luqman. Sudahlah semalam dia terpaksa mendengar neneknya membebel. Hari ini dia ingin berehat daripada mendengar bebelan orang.
Isy, kamu berdua ni. Kalau nak bergaduh tunggu masing-masing sihat,” Puan Latifah yang berlalu ke dapur mencelah sambil membawakan panadol dan air kosong untuk Nazwan. “Kamu rehat dulu kat sofa. Pukul 9.00 nanti kita pergi klinik.”
Mmm...,” Nazwan sekadar mengangguk. Tanpa dipaksa dia menyambut sebiji panadol dan segelas air lalu meneguknya. Gelas air yang tinggal setengah itu diberi kepada Mama Tifa.
Boleh jalan tak?” tanya Mama Tifa.
Agaknya,” ujar Nazwan acuh tak acuh.
Agaknya?” Puan Latifah hairan.
Dia kembali memandang Nazwan yang memegang kepala. Badan Nazwan juga kelihatan terhuyung-hayang bagai ditiup angin. Lantas dia meletakkan cawan ke atas meja. Belum sempat dia hendak berbuat apa-apa, tubuh Nazwan melayang jatuh ke belakang.
Puan Latifah menjerit ketakutan. Namun, nasib baiklah Luqman pantas menyambut tubuh Nazwan daripada jatuh ke lantai. Masing-masing menghela nafas lega.
Masalah betul. Selalu landing tak kena tempat,” keluh Luqman mengurut dadanya. Kalaulah dia tidak bertindak cepat tadi, pasti Nazwan sudah bermalam di wad akibat hentakan kuat di kepala.

***

APA? Nazwan dengan Arissa demam serentak?” terkejut Sarah mendengar berita yang disampaikan oleh Luqman melalui telefon pagi-pagi lagi sewaktu dia sudah bersiap menunggu kedatangan Luqman mengambilnya untuk ke kuliah. Patutlah Luqman tidak datang-datang lagi, rupa-rupanya ada sesuatu telah berlaku.
Akan tetapi, selain terkejut, dia berasa cemburu. Memang sudah lama dia tahu tiap kali Arissa demam, pasti Nazwan akan demam. Sudah jadi macam satu tarikan pula. Dahulu, Natasya juga pernah meluahkan rasa cemburu dengan situasi itu.
Diorang berdua, macam ada satu ikatan yang kita tak nampak,” kata Natasya suatu masa dahulu. Ketika itu, dia tahu sangat Natasya sedang cemburu sama seperti hatinya cemburu. Tapi masa itu, dia bijak mengatur langkah.
Kebetulan aje kot,” ujarnya sengaja hendak menyedapkan hati. Bukan sahaja hati Natasya tetapi hatinya juga.
Mmm... mungkin,” Natasya nampak reda.
Tapi bila sudah berlaku banyak kali, itu bukan satu kebetulan lagi.
Sarah?” suara Luqman memanggilnya di hujung talian sekali gus mengejutkannya daripada lamunan.
Err... ya. Aku dengar,” cepat-cepat Sarah menjawab. “Teruk sangat ke demam Nazwan?” tanya Sarah prihatin.
Kalau dah kena masuk air tu, teruklah kot,” agak Luqman.
Masuk air? Jadi, dia kena tahan di hospital ke?”
Tak. Mama panggil doktor peribadi datang rumah saja. Kata doktor, stress pun ada juga. Sekarang dia tengah tidur. Jadi, aku tak pergi ke kuliah hari ni. Takut juga ada apa-apa berlaku pada Nazwan. Sorry.”
Tak mengapa. Aku faham. Kau jaga Nazwan elok-elok,” reda Sarah. “Petang nanti, lepas habis kelas aku datang melawat.”
Thanks,” ucap Luqman sebelum menamatkan panggilan.
Sarah menghela keluhan berat.
Arissa ni, tak habis-habis buat dunia orang porak peranda!” dia mendengus marah.

***

ARISSA melepaskan bersin untuk kali keberapa dia pun tidak pasti. Sekali lagi dia mencapai tisu dan mengelap hidungnya yang berair. Dia mengeluh. Serba tidak kena jadinya. Dia hendak tidur, pernafasannya terganggu dek kerana selesema. Bila bangun kepalanya sakit. Badannya yang sudah menyarung dua helai baju sejuk masih lagi menggigil tetapi dalam masa yang sama dia tubuhnya panas.
Rasa hendak menangis pun ada. Ubat demam sudah ditelan. Begitu juga dengan ubat selesema, batuk dan antibiotik. Tapi satu pun tidak mampu hendak membuatkan dia tidur. Tiba-tiba dia teringatkan Nazwan. Dia ingin menelefon Nazwan tetapi handsetnya pula tiada. Semalam dia meminjam handset Fazira untuk menelefon Nazwan, sekarang Fazira sudah pergi ke sekolah dan bawa pergi handsetnya.
Boleh saja dia guna telefon rumahnya tetapi dia perlu menapak turun keluar dari biliknya. Memang tak kuasa dia hendak bangun menapak ke bawah. Tambahan pula dia bukannya ingat nombor handset Nazwan. Isy, memang parah. Sudah jatuh cinta dengan Nazwan pun boleh terlupa hendak hafal nombor handset Nazwan. Bukan sahaja nombor handset Nazwan dia tidak tahu tetapi nombor telefon rumah Nazwan pun dia langsung tidak tahu.
Fail! Memang fail!” Arissa merungut tidak puas hati. Bantal kesayangannya juga yang jadi sasaran.
Apa hal pula ni?” tanya Mama Fiza yang melangkah masuk ke dalam biliknya dengan membawa sedulang bubur nasi.
Mama Fiza, boleh tak Rissa nak pinjam handset? Rissa nak telefon Nazwan la. Semalam dia kata dia demam. Nak tahu keadaan dia hari ni,” pinta Arissa.
Boleh je tapi dengan syarat, Rissa kena makan sikit.”
Yelah,” nak tak nak Arissa terpaksa menurut walaupun dia memang tidak ada selera hendak makan. Bubur nasi yang dimasak oleh Mama Fiza dimakan dengan lahap. Sedap atau tidak sedap, itu lain cerita. Yang penting, dia perlu habiskan bubur nasi itu dan makan ubat seperti yang diarah oleh Mama Fiza.
Amboi, demi Nazwan sanggup buat apa saja,” perli Mama Fiza yang terkejut melihat mangkuk bubur yang disinya sudah licin dimakan Arissa. Ini kali pertama dia melihat Arissa habiskan bubur nasi ketika demam. Kalau sebelum ini, hendak suruh Arissa makan sesuap sudu pun payah!
Hebat betul penangan cinta Arissa pada Nazwan!
Nak handset,” pinta Arissa menghulurkan tangan setelah menelan beberapa ubat yang diberi oleh doktor semalam.
Puan Fiza melaksanakan janjinya. Kalau jaga Arissa demam sesenang ini, bukankah senang. Orang suruh makan, dia makan.
Mama Fiza ada simpan nombor Nazwan tak?” tanya Arissa.
Ada je dalam tu.”
Okey, dah jumpa,” sorak Arissa keseronokkan. Baru sahaja dia hendak menekan butang hijau, matanya memandang Mama Fiza yang masih duduk di hadapannya.
Apa Mama Fiza tunggu lagi? Pergilah keluar, Rissa nak telefon Nazwan ni.”
Aik? Selama ni tak pernah pula rasa malu bercakap dengan boyfriend Rissa masa Mama Fiza ada dekat sebelah. Apa hal pula malu-malu kali ni?” Puan Fiza sengaja ingin menyakat.
Pergilah! Rissa tak nak orang dengar. Nazwan tu dahlah pemalu. Kalau Mama Fiza ada kat sebelah lagilah dia malu nak bersuara,” ujar Arissa memberikan alasan yang tidak logik.
Ada-ada ajelah Rissa ni,” Mama Fiza menggeleng kelucuan. Akhirnya dia berlalu keluar dari bilik Arissa.
Selepas mendapati Mama Fiza sudah keluar, Arissa segera menekan butan hijau. Lama dia tunggu panggilannya disambut tetapi suara operator juga yang menjawab akhirnya. Namun, dia tidak berputus asa. Dia mendail buat kali kedua.
Helo!” suara lesu Nazwan kedengaran di telinganya sekali gus membuatkan hati Arissa bertambah berbunga-bunga.
Nazwan!” Hatinya melompat riang selepas mendengar suara Nazwan.
Arissa, boleh tak jangan menjerit macam tu,” tegur Nazwan dengan suara lemah.
Teruk ke demam kau?” tanya Arissa terbit rasa kasihan pula.
Tak teruk sangat. Kena masuk air je,” ujarnya. “Thanks to you.”
Hah?” terkejut dia mendengarnya. “Mmm... aku minta maaf. Disebabkan aku, tak pasal-pasal kau dapat demam percuma.”
Boleh tak ganti maaf kau tu dengan dengan donut?”
Boleh!” pantas Arissa menjawab.
Tapi pastikan kau buat selepas kau habis demam.”
Baik!”
Aku mengantuk. Nak tidur. Nanti kita sambung,” ujar Nazwan terus menamatkan panggilan.
Wahhh...,” terguling-guling Arissa di atas katil kerana gembira selepas mendengar suara Nazwan. Dia tidak pernah rasa begitu gembira begini. Rasa macam dunia ini dia yang punya!

9 si charming:

  1. Unknown berkata...:

    Wah..wah..demam pun sama2 ye..jodoh gitu..cik ratu bulan ..thanks for your entry..betul2 rindu dgn nazwan n arissa..

  1. epy elina berkata...:

    suka2x...
    nak arisa ngn nazwan..
    mst sweet...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    tiap hari tunggu ceta ni....best sangat..cepat la wat novel

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Besttttt

  1. | feynaa | berkata...:

    waaa bestttt !! :D

  1. Suha berkata...:

    peh! clap2 ^^ mmg best! tp kn... tiap kali baca mst rsa xpuas la ==" hmm~

  1. eija berkata...:

    wahhhh..penagan cinta... hebat btl tarikan dorg kn..nie kalo dh kwen cm mna nie..sapa nk jga sapa nti. .hihi

  1. Unknown berkata...:

    best sangat...dahsyat tul, demam pun boleh sama2...sambung plesae...

  1. Nuraifa Tarmizi berkata...:

    nurfa..cpatla update...huhuhuhuhuhu...bejanggut sye tunggu

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages