Special Entry: Hikayat Cinta




Seminggu berlalu dengan cepat. Hari ini merupakan hari terakhir Apy Elina bersama The Legend. Selepas latihan pada hari itu tamat, ahli The Legend semua berkumpul di dewan gelanggang untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya.


“Cikgu nak peluk!” ujar Wawa yang mara ke arahnya sambil mendepa tangan.


“Mengada!” Panjang disebelah Wawa menarik kawannya itu daripada membuat perangai tidak senonoh. Jikalau jurulatihnya lelaki, bolehlah dia lepaskan Wawa.


“Gurau sajalah. Itu pun nak serius sangat,” ujar Wawa.


“Cikgu bukannya nak pergi luar negara. Cikgu ada dekat Kuala Lumpur juga. Jadi, sesiapa yang rasa rindu dengan cikgu, bolehlah datang jumpa cikgu tapi pastikan kau orang buat temu janji dulu. Ah, kehidupan seorang jurulatih kebangsaan mungkin lebih sibuk,” ujar Apy Elina.


“Jangan lupa datang ke perlawanan akhir nanti,” ujar Red Yazid.


“Insyallah. Kalau tak ada apa, cikgu akan datang. Mana tahukan, kamu semua terus bersemangat bila cikgu datang dan kalahkan New Angel dengan senang!”


“Mengarut,” Alex tiba-tiba mencelah.


“Dan awak Adam. Jangan sesekali buat perkara yang bodoh. Pastikan semua latihan berjalan dengan lancar dan jangan biarkan pasukan awak….”


“Mak cik, itu pun nak membebel lagi ke?” Alex pantas memintas kata-katanya.


“Sebenarnya, kami masih tak faham lagi,” ujar Wawa tiba-tiba.


“Tak faham apa?”


“Kenapa cikgu panggil Alex sebagai Adam? Apa dah berlaku sebenarnya?” tanya Wawa. Yang lain sekadar mengangguk. Rata-rata mereka ingin tahu apakah yang menyebabkan jurulatihnya itu memanggil Alex dengan panggilan Adam.


“Tak ada apa. Panggil Adam lagi bagus daripada Alex, bukan?” jawab Apy Elina teragak-agak. Dia memandang Alex yang langsung tidak memandangnya sebaliknya memandang ke arah lain. Ingatannya terus teringat peristiwa sewaktu mereka pulang dari Cameron.


Oleh kerana tidak tahan mengantuk ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, dia tertidur di sebelah Alex. Sedar-sedar sahaja, barulah dia menyedari kepalanya menggunakan bahu Alex yang sedang memandu itu sebagai bantal. Hampir merah wajahnya menahan malu apabila bangkit daripada tidur. Dan ketika itulah Alex berkata sesuatu.


“Cikgu, boleh tak mulai hari ni panggil saya Adam?” pinta Alex dan sejak hari itu dia memanggil Alex dengan nama Adam.


“Wei mak cik!” panggil Alex masih tidak berubah. Tetap memanggilnya dengan gelaran mak cik! Panggilan Alex tadi terus menyedarkannya daripada lamunan.


Kemudian Alex melemparkan sebiji bola jingga yang ditulis sesuatu dalam bahasa cina kepadanya. Dia mengamati tulisan cina yang tidak diketahui maksudnya itu.


“Apa ni?” tanya Apy Elina.


“Bola,” jawab Alex pendek.


“Tahulah bola. Tapi perkataan cina ni.”


“Tandatangan saya.”


“Hah?”


“Suatu hari nanti, tandatangan tu akan jadi sesuatu yang berharga. Oleh sebab cikgu pernah jadi jurulatih The Legend, saya beri cikgu tandatangan tu dulu sekarang secara percuma,” jawab Alex dengan nada angkuh seperti biasa.


“Tak habis-habis dengan perangai bongkak dia,” ujarnya sambil menjeling tajam.


“Eh, aku pun nak buat macam tu juga. Aku pun nak tandatangan kat bola tu,” kata Wawa sambil merampas maker pen dari tangan Alex.


Alex pantas menarik Wawa kembali ke tempatnya.


“Kalau nak, cari bola lain,” ujarnya sambil menjeling tajam.


“Okey aku cari bola lain,” Wawa beriya-iya ingin mendapatkan bola yang lain. Tetapi baru sahaja dia ingin melangkah, Leo pula menariknya.


“Lupakan sajalah,” ujar Leo.


“Kenapa?”


“Aku kata lupakan. Lupakan sajalah. Jangan tanya kenapa. Alex memang suka buat perkara yang pelik-pelik. Aku sarankan kau jangan ikut. Lagipun, kau perlu praktis buat tandatangan supaya nampak gah macam tandatangan Alex,” kata Leo lagi.


“Apa salahnya kau orang nak letak tandatangan. Cepat, cikgu bagi peluang. Siapa yang nak letak tandatangan kat atas bola ni?”


“Err… kami punya tandatangan tak adalah semahal tandatangan Alex nanti. Lebih baik lupakan,” ujar Panjang menolaknya. Begitu juga dengan mereka yang lain kecuali Wawa yang beriya-iya mahu tandatangan tetapi puas Panjang menghalang Wawa.


“Peliklah kau orang ni.”


“Ya. The Legend memang pelik.”


***


Dato’ Azlina melangkah masuk ke dalam pejabatnya setelah pulang daripada menghadiri sebuah mesyuarat bersama-sama ahli jawatankuasa yang lain. Sebaik-baik sahaja tiba di mejanya, dia terpandang satu sampul surat berwarna merah yang tidak ditulis nama pengirimnya.


Tanpa buang masa dia lantas membuka sampul surat itu. Di dalamnya terdapat sekeping kad daun. Ditariknya daun kad yang asing itu dan diterbalikkan. Satu keluhan dilepaskan.


“Joker,” ujarnya apabila melihat kad daun terup Joker yang dikirim dalam sampul surat tadi.


Kemudiannya dia melangkah keluar dari pejabatnya dan berjumpa dengan Nabila yang sedang menaip sesuatu pada komputernya.


“Siapa yang hantar sampul ni?” tanya Dato’ Azlina kepada setiausahanya.


“Saya tak pasti. Bukan ke sampul tu memang ada dalam pejabat puas sejak pagi tadi?” beritahu Nabila.


“Ya ke?” Dato’ Azlina tidak menyedarinya. “Ah, tak mengapa. Batalkan semua temu janji saya hari ni. Saya ada hal yang perlu diselesaikan. Suruh pemandu sediakan kereta sekarang.”


“Baik,” tanpa bertanya kenapa, Nabila terus menjalankan tugasnya.


Dato’ Azlina kembali masuk ke dalam pejabatnya dan keluar tidak lama kemudian dengan membawa begnya sebelum pergi meninggalkan pejabatnya. Dia terus mengambil lif untuk turun ke bawah. Dari ruang lobi, dia melihat keretanya sudah tersedia di tempat selalu. Lantas dia berlalu menghampiri keretanya.


“Saya pandu sendiri,” kata Dato’ Azlina kepada pemandunya itu. Teragak-agak pemandunya itu memberi kunci kereta kepadanya.


Setelah kunci bertukar tangan, Dato’ Azlina terus masuk ke dalam keretanya. Menghidupkan enjin kereta dan terus memandu keretanya ke destinasi yang ingin ditujuinya.


***


Alex bermain bola keranjang di gelanggang biasa seperti kebiasaannya pada sebelah petang setelah tidak ada aktiviti yang ingin dilakukannya. Selepas sahaja menghantar jurulatihnya ke hentian bas dan memastikan jurulatihnya menaiki bas pulang ke kampung, barulah dia menghabiskan masa petangnya di situ.


Tidak lama kemudian, abangnya, Hazrul yang sudah lama dia tidak mendengar khabar tiba-tiba menganggu petangnya.


“Kalau kau nak jumpa kau datang sinilah,” ujarnya sebelum menamatkan perbualan. Terus menyebabkan moodnya berubah. Kadangkala dia tidak faham dengan abangnya itu yang suka menganggu ketenteramannya. Kali ini entah apa pula silapnya sehingga abangnya ingin berjumpa.


Mungkin sebab hendak mencarikan seorang jurulatih untuk The Legend memandangkan The Legend tiada jurulatih buat masa ini. Walau apa pun dia tidak akan bersetuju dengan cadangan abangnya itu.


Tiba-tiba, dia dikejutkan dengan kehadiran dua buah van. Beberapa orang lelaki memakai topeng keluar dari van tersebut. Malah ada di antara mereka yang memegang senjata seperti parang dan kayu hoki. Alex masih tenang walaupun dia tahu mereka datang bukan kerana hendak menyapa ‘hai’.


“Bukankah aku dah kata, kalau dia nak berurusan dengan aku, dia perlu jumpa aku seorang diri. Aku tak akan berurusan dengan orang yang pengecut nak tunjuk muka,” kata Alex dengan berani.


“Kami datang bukan nak berurusan,” kata salah seorang daripada mereka. “Kami datang sebab nak bunuh kau!”


Serentak itu, kesemua mereka menyerang Alex dengan senjata masing-masing. Walaupun Alex tidak bersenjata dan berseorangan, tetapi dia langsung tidak berasa takut berhadapan dengan mereka. Dengan sepenuh kekuatannya, dia berlawan dengan mereka semua. Bilangan mereka yang ramai itu tidak menjadi satu masalah walaupun mereka semua memegang senjata. Dalam masa beberapa minit dia berjaya tumbangkan mereka semua tanpa mengalami sebarang kecederaan.


“Kenapalah kau orang tak tukar teknik lain?” keluh Alex sebelum mencapai bola jingga yang jatuh di atas lantai tadi.


“Alex!” satu suara menjerit namanya memberi amaran. Alex pantas berpaling dan mendapati ada seseorang yang masih belum mengaku bersalah ingin menetaknya dari belakang dengan menggunakan parang.


Bertindak pantas Alex segera menendang penjahat itu dan merampas parang dari tangannya. Serentak itu juga, Hazrul yang memanggilnya tadi mencapai sebuah kayu dan memukul belakang penjahat itu sehingga pengsan.


“Siapa mereka ni?” tanya Hazrul yang terkejut melihat bilangan mereka yang ramai terbaring mengerang kesakitan. “Kau belasah semua ni?”


“Siapa lagi yang akan buat?” jawabnya acuh tidak acuh.


“Lebih baik kita pergi dari sini,” ujar Hazrul.


Alex yang tidak berkata apa-apa terus mencapai barang-barangnya dan berlalu ke keretanya. Dia memandu keretanya sementara Hazrul mengekorinya dari belakang.


***


Dato’ Azlina memberhentikan kereta di sebuah villa yang dikawal ketat oleh beberapa orang yang berpakaian serba hitam. Setelah menunjukkan kad Joker yang diterimanya, pengawal yang menjaga villa itu membuka pintu pagar memberinya laluan. Tanpa berlengah lagi, dia terus memandu keretanya ke dalam pekarangan villa yang sudah lama ditinggalnya itu.


Seperti di pintu pagar, di hadapan pintu villa itu juga dikawal ketat oleh orang berbaju hitam. Malah, bukan sahaja di pintu, tetapi juga di sekitar villa itu juga penuh dengan pengawal keselamatan.


Pintu utama villa itu dibuka untuknya tanpa di suruh. Tanpa berlengah lagi Dato’ Azlina melangkah masuk ke dalam. Suasana villa yang ditinggalkan itu masih tidak berubah. Semua kerusi dan meja berada di tempat yang sama dan kelihatan seperti baru sahaja dibersihkan.


“Tepat pada masanya,” sapa seorang lelaki yang sedang menghidang lauk yang penuh di atas meja makan. Lelaki tinggi lampai dan berwajah kacukan Melayu-Cina itu tersenyum menanti kehadirannya.


“Joker,” balas Dato’ Azlina sambil menunjukkan kad daun terup yang diterimanya. “Ini ke cara kamu bertegur sapa dengan mama sendiri?”


“Hai mama,” dia masih lagi tersenyum.


***


“Ada apa kau nak jumpa aku sampai tak boleh jumpa esok?” tanya Alex setelah mereka tiba di sebuah restoran yang sunyi. Tidak ramai orang yang makan di restoran itu. Hanya ada beberapa pelanggang sahaja. Namun, dia berasa selesa dengan keadaan itu.


“Saja. Kenapa? Kau sibuk sangat ke?”


“Kalau kau nak jumpa aku sebab nak offer seseorang untuk jawatan jurulatih, aku takkan setuju. Lebih baik kau jangan bermimpi lagi,” ujar Alex lagi sambil menghirup air 100 plus yang dimintanya tadi.


“Kenapa kau fikir aku nak buat macam tu?” Hazrul ketawa kelucuan.


“Kau memang suka buat perkara yang aku tak suka,” jawabnya sambil merehatkan badannya yang terasa lemah itu. Mungkin disebabkan dia sudah mengeluarkan tenaga yang banyak melawan penyangak yang dari mana datangnya.


“Aku cuma nak pastikan kau okey. Yalah, aku dah lama tak jumpa kau. Sesekali nak tahu juga berita terbaru tentang kau.”


“Jangan berlagak nak jadi abang yang baik. Walau seribu tahun pun, aku takkan mengaku kau abang aku,” ujar Alex sambil mengurut dahinya. Tidak lama kemudian, dia terasa badannya terasa berat manakala kepalanya terasa pening.


“Okeylah, kau boleh anggap aku datang jumpa kau sebagai kawan. Aku tahu aku tak ada apa-apa kuasa dalam The Legend lagi tapi bukan itu alasan aku datang nak jumpa kau. Lagipun kalau aku tak datang jumpa kau, mungkin kau dah jadi arwah sekarang.”


“Cepatlah beritahu, apa kau nak?” tanya Alex sambil mengurut tengkuknya yang terasa lenguh-lenguh itu.


“Aku nak hak aku,” jawab Hazrul.


“Hak apa?” soal Alex lagi. Kali ini dia terasa pandangannya kian kabur. Sikit lagi, dia mungkin tidak akan menahan dirinya daripada berjaga. Semuanya gara-gara tidak dapat tidur dengan baik untuk beberapa hari. Di tambah lagi dia terpaksa mengalahkan sekumpulan penyangak yang bersenjata. Atau…


Dia memandang segelas air 100 plus yang diminumnya tadi. Tiba-tiba dia berasa ada sesuatu yang tidak kena. Menyedari keadaannya yang aneh itu, dia lantas bangun dari duduknya.


“Hey kau nak pergi mana?” tanya Hazrul.


Namun, baru sahaja dia hendak melangkah pergi, tubuhnya seakan melayang jatuh tetapi mujurlah Hazrul sempat menyambutnya daripada menghempas lantai.


“Kau letak apa dalam air tu?” tanya Alex mula mengesyaki sesuatu. Namun, dia tidak mampu hendak berbuat apa lagi memandangkan keadaannya yang akan jatuh ke dalam perangkap tidak lama lagi.


“Kau dah perasan?” suara Hazrul berbisik di telinganya. Walaupun dia dapat dengar dengan jelas, tetapi dia tidak mampu hendak berfikir lagi. Pandangannya kian kelam. Dalam keadaan separuh sedar, tubuhnya bertukar tangan. Kali ini dia dibawa oleh dua orang lelaki berbadan besar sehingga masuk ke dalam sebuah van yang seperti pernah dilihatnya.


“Pastikan dia tidur sepanjang masa. Kalau dia terjaga, dia mesti cuba larikan diri. Ingat, jangan pandang rendah dengan kemampuannya…,” kata Hazrul kepada kuncu-kuncunya dapat didengar oleh Alex dengan jelas walaupun matanya sudah tertutup rapat manakala tenagannya sudah hilang entah ke mana.


Dia dengar dengan jelas pintu van ditutup rapat dan enjin van kedengaran tidak lama selepas itu. Tetapi, semakin lama van bergerak, dia semakin hanyut kesan ubat yang diletak dalam minumannya tadi…


***


“Jadi, memang Hazrul yang rancang semua ni?” tanya Dato’ Azlina seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu. Gambar-gambar Hazrul berurusan dengan sekumpulan kongsi gelap yang telah lama terkubur.


“Dia nak dapatkan hak dia kembali,” ujar Joker. “Kuncu-kuncunya beberapa kali serang Alex tapi mereka tak dapat tewaskan Alex. Tapi apa yang saya takut, dia akan bertindak lebih daripada itu terhadap Alex yang dianggap sebagai pewaris.”


“Inilah rancangan nenek sejak awal lagi. Dia tahu pasti pewarisnya akan jadi sasaran musuh-musuhnya. Jadi, untuk selamatkan pewaris, dia ambil Alex dan kaburkan mata orang dengan mengatakan Alex adalah pewaris sebenar. Mama sendiri tak dapat nak halang keputusan nenek sebab pada mama, kamu lagi penting tapi….”


“Alex juga dah berkongsi kepentingan tu, bukan?” teka Joker.


Dato’ Azlina mengangguk.


“Dan sebab tulah saya keluar. Saya buat ni juga demi seseorang.”


Dat’ Azlina memandang sekeliling. Sejak dari tadi, dia tidak melihat seseorang yang sudah lama tidak dijumpainya.


“Mana Melissa?”


“Pertama kali jejak kaki ke Malaysia selepas menyembunyikan diri, mestilah dia nak berjumpa dengan seseorang.”


“Siapa?”


***


Izwan melemparkan bola jingga di tangannya itu ke dalam keranjang. Walaupun latihan telah tamat sekian lama, tetapi dia tidak terus pulang ke rumah, tetapi sebaliknya menghabiskan masa berlatih bermain bola keranjang.


Tiba-tiba dia dikejutkan dengan satu tepukan oleh seseorang. Dia yang baru mencapai bola yang jatuh dari jaring keranjang tadi, berpaling ke belakang. Seorang gadis dilihat menepuk tangan tidak jauh darinya. Izwan memerhati gadis yang seperti pernah dilihatnya sebelum ini.


“Bukankah saya dah kata, awak memang seorang pemain yang berbakat,” ujar gadis itu sambil berjalan menghampirinya.


Bola yang dipegangnya jatuh dari ke lantai. Antara terkejut dan hairan, matanya tidak berkelip memandang gadis yang kini berdiri di hadapannya itu.


“Hai Izwan, kita berjumpa lagi.”


“Mellissa.”


“Ya. Saya Mellissa,” ujar gadis itu yang tidak pernah lekang dengan senyumannya.

22 si charming:

  1. nuhara berkata...:

    wah dah makin menarik :)

  1. cik pulau berkata...:

    arghh.. tak sabarnya nak tunggu versi cetak..
    bile keluar eak??

  1. athirah hanafiah berkata...:

    aaaaa~ dah pening dah. tiba2 mellissa idup lagi pulak rupanyer.. bnyknye misteri citer ni.. huhu. bile nak diterbitkan ye cerita ni? nk pergi beli ni sbb bnyk benda tertanya2..

  1. ash.ush.ish berkata...:

    wahhh..makin menarik..cepatlah bukukan..kompem beli..:)

  1. luv' berkata...:

    waaa konflik sbenar da bermula~~~
    bestnya~~bila nk kuar buku..xsabar nk bace~~~~~~gambate kudasai!!!!~~~

  1. NukSe berkata...:

    waa.. best2.. ooo rupanya hazrul yg jahat dlm citer ni.. n mellissa stil hidup.. waa.. citer ni makin wat org saspen.. alahai lmbtnya nk tunggu versi cetak.. aduhh parah2..

  1. me, myself n i berkata...:

    wah... bestnya... cepat2 la publish novel.... napa melissa idup lg ek? n napa bukan alex pewaris sebenar empayar 2.?? n nak tau gk pasal alex n apy... x sabar.....:D

  1. ummidanpapa berkata...:

    kesiannya alex...naper org buat dia cam tak ada harga..

  1. Aidanna berkata...:

    cerite ni makin mantopppp.. kak
    tahniah.. ana akn tunggu buku ni kak..
    and thniah jugak sbb antasia.. x saba nk bace ^^,

    aja2 fighting sis.. ^^,

  1. YONG JIAO XIU berkata...:

    honestly, this story gonna be a blast! best sgt. tak sabar nak baca buku dia.

  1. the hasyims berkata...:

    wah!!
    dah makin best. makin saspen...
    tak sabar nak tunggu buku publish.

  1. Tanpa Nama berkata...:

    wah byknya misteri cite ni..x sbr tunggu versi cetak...cepatla kuar ya :)

  1. nmirmo berkata...:

    nak tanye..lagu blog ni ape tajuk??? ^_^..sedap...hee~

  1. HikaYat Cik AppLe berkata...:

    apa sudah jadi? h0hoho... aye tunggu buku neh kua... x sab0 nye

  1. ieda ismail berkata...:

    waaaaa, biler nk kuar novel ni????

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Bile novel ni kuar???
    -idayu-

  1. Tanpa Nama berkata...:

    cerita ni semakin menarik tapi juga semakin mengelirukan,huhu...sangat teruja untuk tahu ending nya..:)

  1. Nurul.Liyana berkata...:

    cik ratu...buku ni keluaran mana? saya selalu beli buku dari online...dah beli keluaran mac & april...xde nmpak pun buku hikayat cinta....

  1. ~NurFa~ berkata...:

    Nurul Liyana,
    Novel tu keluar bulan 4. Keluaran Fajar Pakeer. Boleh contact Fajar kat facebook diorang.

  1. Choding Maknae berkata...:

    baru je abis baca novel ni. srsly dh TERjatuh cnta kat alex aka adam. bkn sngaja nak, eh? TER! haha. anw, crita ni best sgt, n lpas recommend kt aunty saya, trus taknak bg balik novel nih. n smua klau ragu2 nk beli novel ni ke tak, beli je, gerenti korang xkan nyesal pnye :)

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Hi..sy mmg minat novel nie..dan saya dah membelinya..tp saya nak tau laa..antasia dan hikayat cinta..ade sambungannye x???

  1. Unknown berkata...:

    Sape nk let go novel hikayat cinta? Sy nk beli...sbb blum baca habis lagi...T_T
    Xtau mne lagi nk cari..

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages