13: KEBEBASAN


Sebaik sahaja dia membuka pintu untuk keluar dari pejabat Pengarah Kampus, dia terkejut apabila Alex sudah berdiri di hadapan pintu bersama dengan Rinazila. Tanpa sempat dia berkata apa-apa, Alex terus melangkah masuk ke dalam pejabat Pengarah Kampus.

“Alex,” panggilnya cuba menghalang Alex dari menimbulkan kekecohan di situ. Alex mesti tahu apa yang telah berlaku tadi dan dia pasti Alex akan membantah keputusan yang dibuat oleh pihak kolej itu. “Alex,” panggilnya lagi apabila Alex langsung tidak mahu mendengar panggilannya.

“Ini antara aku dengan si botak tua ni, ini tak ada kena mengena dengan kau,” kata Alex sambil memandang tajam ke arah lelaki berkepala botak yang sudah separuh abad itu. Tuan Haji Ismail, Pengarah Kampus Kolej Lagenda kelihatan terkejut dengan kedatangan Alex. Dia sebelum ini difahamkan oleh Datuk Azrina yang juga majikannya itu, bahawa dia akan memastikan Alex tidak akan menganggu proses pembuangan Izwan dari kolej tersebut.

Izwan tidak terkata apa. Alex benar-benar marah dengan apa yang berlaku. Memang jarang dia melihat Alex marah walaupun kawannya itu sering dikatakan seorang yang tidak reti senyum tapi baginya, Alex memang sukar untuk marah kecuali jika seseorang cuba mengganggu hidupnya atau mencederakan orang di sekelilingnya.

“Saya tak mahu bergaduh dengan awak, Alex,” kata Tuan Haji Ismail sedikit angkuh. Dia tahu, tiada gunanya dia hendak berlembut dengan anak majikannya itu. “Ini adalah keputusan Lembaga Pengarah. Mereka sudah membuat keputusan dan kami juga telah mendapat kelulusan dari Datuk berkenaan hal ini.”

“Cakap sajalah mama yang aturkan semua ni,” kata Alex kasar menunjukkan dia tidak puas hati.

“Datuk dah buat keputusan….”

“Keputusan dia ikut prosedur ke? Walaupun dia ada kuasa nak buat keputusan tapi dia perlu ikut prosedur tatatertib. Takkan itu pun saya nak terangkan pada kamu semua. Perbicaraan tatatertib pun belum di laksanakan tiba-tiba saya dapat berita kawan saya kena buang kolej. Dan sebab apa saya pun tak dimaklumkan lebih lanjut!”

“Kes ni amat berat dan memalukan pihak kolej dan sebab itulah kami bertindak segera sebelum kes ni berlanjutan sehingga mencalar nama baik kolej ini….”

“Kes apa sampai nak membuang Izwan?” pantas Alex bertanya. “Jangan kata pasal kes email layang tu pun pihak kolej dah melatah macam ni.”

“Perkara ni begitu serius…,” Tuan Haji Ismail sedikit tergagap-gagap memberi ulasannya.

“Kalau macam tu, kena tak buang saya sekali? Tuan mesti tahu dan pernah tengok kandungan email tu. Saya pun terlibat sekali dalam hal ni.”

“Ini adalah arahan Datuk dan kami hanya mengikut arahan.”

“Seperti yang saya dah agak. Arahan. Memang tiada jawapan lain,” perli Alex.

Keadaan agak tenang apabila masing-masing bertikam lidah mempertahankan diri sendiri. Alex dengan suara lantangnya membalas serangan demi serangan dengan rasa tidak kepuasan hatinya manakala Tuan Haji Ismail pula tidak putus-putus mempertahankan dirinya dari serangan bertubi-tubi Alex yang mahukan keadilan. Walaupun dia tahu dia hampir kalah dengan peperangan saraf tapi itu tak bermakna dia perlu mengalah segera.

Apatah lagi Datuk Azrina memang anti dengan pemimpin yang lemah. Mudah mengaku kalah dengan sekali pukulan. Dahulu, sebelum dia mengambil alih jawatan Pengarah Kampus, dia sering mendengar berita-berita mengenai pemecatan bekas-bekas Pengarah Kampus yang dikatakan tidak mempunyai ketegasan dalam kepimpinan dan tunduk dengan kerenah Adam Alexander yang sememangnya amat menjengkelkannya. Dan sejak itu, dia sudah menanam rasa ‘benci’ kepada Adam Alexander supaya tidak mengikut jejak langkah semua bekas-bekas Pengarah Kampus dahulu.

“Saya mahu pihak kolej tarik balik pembuangan Izwan dan siasat benda ni betul-betul!” kata Alex masih lagi mempertahankan pendiriannya.

“Tapi ini adalah arahan…!”

“Perdulikan arahan dari perempuan tua tu!” bentak Alex.

“Perempuan tua tu masih tetap dengan arahannya,” sapa seseorang. Suara yang tegas dan angkuh. Suasana di pejabat Pengarah Kampus sunyi seketika. Masing-masing tertumpu ke arah seorang wanita lewat 40an yang entah bila berada di situ.

“Ah, perempuan tua tu datang menunjuk muka akhirnya,” balas Alex selamba memandang wajah mamanya tanpa sedikit pun rasa hormat.

“Tolong sedar dengan siapa kamu bercakap, Alex!” tegas mamanya. “Sejak bila kamu tak hormat mama kamu sendiri?!”

“Sejak mama selalu masuk campur dalam hidup saya! Dan sekarang ni mama nak sengaja nak merumitkan keadaan dengan membuang Izwan pula!”

Datuk Azrina hanya sekadar menjeling remaja lelaki sebaya anaknya itu. Izwan. Sudah lama dia mendengar nama itu tapi ini baru pertama kali dia berhadapan dengan orangnya. Jika dahulu dia mendengar anak perempuannya menyebut nama itu. Pada mulanya dia tidak ambil kisah tapi setelah mendengar banyak kali Mellissa menyebut nama Izwan, dia mula syak sesuatu pada hubungan mereka.

Walaupun sehingga Mellissa meninggal dunia dia tidak diberitahu hubungan mereka berdua tapi dia yakin mereka berdua pernah ada hubungan. Setelah Mellissa meninggal pula, dia sangkakan nama Izwan akan lenyap tapi anak lelakinya pula tidak habis-habis menyebut nama itu seolah-olah nama Izwan sudah sebati dengan keluarganya dan perkara itu sememangnya tidak menyenangkannya. Apatah lagi timbul pula khabar angin tentang hubungan anak lelakinya dengan Izwan baru-baru ini.

“Dia memang tak patut berada dikolej ni dan tak patut berkawan dengan kamu juga,” balas Datuk Azrina dengan angkuh menjeling Izwan yang hanya diam di tepi.

Izwan bagaikan tunggul berdiri di tepi dan membiarkan sahaja Datuk Azrina menghinanya di hadapan mereka semua. Baginya walaupun dia mempunyai hak untuk pertahankan diri, tapi buat masa sekarang lebih baik dia mendiamkan diri supaya perkara ini tidak akan bertambah rumit.

“Dan sebab tulah mama buang Izwan?” Alex mengangguk faham. “Oh, kini baru saya faham. Mama yang rancang semua ni. Mama sengaja upah orang untuk sebarkan email palsu tu satu dunia dan tiba masanya nanti mama akan salahkan Izwan kerana cuba ‘memikat’ anak lelakinya sendiri,” ujarnya sengaja ingin menyakiti hati mamanya sendiri.

“Adam Alexander!” bentak wanita itu kemarahan. “Mama tak fahamlah dengan kamu ni.”

“Memang mama tak faham dan mama takkan faham sambil bila-bila pun!” Alex meninggikan suara. “Apa yang saya nak adalah kehidupan saya sendiri dan bukannya kehidupan yang bergantung pada mama tapi mama asyik mengongkong apa yang saya buat. Semua yang saya buat mesti dapatkan kebenaran mama dulu seolah-olah saya ni macam budak kecil saja.”

“Baiklah. Kalau itu yang kamu mahu, mulai dari saat ini mama tak akan masuk campur dalam urusan The Legend mahupun kehidupan kamu tapi dengan satu syarat….”

“Tak. Izwan tetap akan belajar di sini dan tetap bersama The Legend,” pantas Alex berkata sebelum mamanya memberitahu syarat tersebut.

“Kalau macam tu mama tak dapat tunaikan permintaan kamu. Dan mama tetap dengan keputusan mama untuk membuang Izwan atas alasan, dia sengaja cetuskan kontroversi dengan menyebarkan email yang memalukan tu.”

Baru sahaja Alex hendak membuka mulut, tiba-tiba mereka dikejutkan apabila pintu Pengarah Kampus di buka oleh seseorang. Seorang gadis remaja bermata sepit melangkah masuk. Gadis misteri itu memandang kiri dan kanan. Seorang demi seorang dipandangnya. Wajahnya seperti orang bodoh dan tidak bersalah.

“Selina,” ujar Alex.

Dengar sahaja namanya disebut oleh Alex, Selina mengukir senyuman manis.

“BINGO! Adam Alexander, tak sangka awak masih kenal saya.”

Alex dan mamanya saling berpandangan. Masing-masing berfikir perkara yang sama. Kemunculan Selina yang juga kakak sepupunya yang menetap di Taiwan agak memeranjatkan mereka berdua. Izwan dan Rinazila yang turut berada di sana juga keliru dengan situasi itu. Siapakah gadis Cina yang fasih berbahasa melayu itu, menjadi persoalan bagi mereka berdua. Tuan Haji Ismail yang lama mendiamkan diri setelah penat bertegang urat dengan Alex tadi juga turut tertanya-tanya, apakah yang telah berlaku sehingga kemunculan gadis misteri itu membuatkan mereka dua beranak mendiamkan diri seribu bahasa.

Kemudian mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita tua berketurunan Cina bertongkat tetapi masih lagi kelihatan gagah seperti orang muda. Rambutnya yang sudah beruban di sanggul rapi dan kemas. Raut wajahnya walaupun sudah berkedut, tetapi jika dilihat dengan teliti wanita yang berusia 60an itu masih lagi bertenaga.

“Nenek,” dia memang sudah agak! Jika Selina berada di situ sudah semestinya neneknya yang menetap di Taiwan itu turut berada di situ.

“Tuan Haji Ismail,” neneknya mula berkata tanpa menghiraukan menantu dan cucunya yang turut berada di situ. Kedua tangannya menggenggam tongkat kayu yang telah menjadi teman setianya sejak beberapa tahun yang lalu. “Sila siapkan meja mesyuarat. Kita akan adakan mesyuarat beberapa minit lagi,” katanya yang juga dikenali sebagai Madam Yi Sha yang fasih dalam berbahasa Melayu. Ini adalah kerana dia dilahirkan di Malaysia dan berhijrah ke Taiwan setelah berkahwin dengan suaminya yang berbangsa Taiwan.

“Maa…,” Datuk Azrina bersuara namun isyarat Madam Yi Sha terus melenyapkan suaranya.

“Kita bincang dalam mesyuarat nanti,” balas Madam Yi Sha.


Setelah setengah jam menunggu akhirnya mesyuarat yang dihadiri oleh beberapa orang Ahli Lembaga Kolej di mulakan dengan dipengerusikan oleh Madam Yi Sha yang juga merupakan orang terpenting di dalam Kolej Lagenda.

Alex yang tidak turut serta dalam mesyuarat itu berjalan ke kiri dan ke kanan bagaikan orang kehilangan sesuatu. Sesekali dia mengeluh. Rinazila dan Izwan turut pening dengan Alex yang tidak duduk diam. Ini kali pertama dia melihat Alex kelihatan resah. Tiada lagi Alex yang sentiasa tenang yang mereka kenali dahulu.

“Boleh tak kau tolong berdiri satu tempat?” ujar Rinazila yang tidak tahan dengan Alex yang berjalan ke hulu ke hilir.

“Sorry,” dia akhirnya kembali duduk di sebelah Izwan yang dari tadi kelihatan tenang sahaja.

“Kenapa kau kelihatan macam resah saja? Kau takut dengan nenek sendiri?” tanya Rinazila.

“Dia tu bukan sebarang nenek malah lagi dashyat dari mama aku,” balas Alex.

“Aku tak fahamlah.”

“Memanglah kau tak faham sebab kau belum kenal nenek aku lagi. Setakat ni, sebanyak 70 kali aku berperang dengan nenek aku, hanya sekali saja aku menang. Itupun sebab aku mogok lapar dan dimasukkan ke unit rawatan rapi. Memang seksa betul,” Alex hanya sekadar mengeluh.

“Pasal kau bergaduh dengan nenek kau, kau sanggup buat mogok lapar?” terkejut Rinazila mendengarnya. Dia tidak sangka, Alex yang tenang dikenalinya selama ini boleh terfikir benda yang bodoh itu untuk merangkul kemenangan.

“Jangan tanya lagi. Keluarga aku memang suka buat benda yang pelik-pelik. Mempertaruhkan nyawa memang dah jadi amalan,” ujarnya dengan selamba. “Sampai ada yang sanggup bunuh diri,” tambahnya lagi.

“Okey, setelah beberapa tahun aku kenali Adam Alexander, hari ini baru aku tahu siapa dia yang sebenarnya. Dia bukanlah seorang Prince Charming yang selalu dipuji oleh kebanyakkan gadis dalam kolej ni. Dia juga bukanlah pewaris harta Empayar Alexander yang hebat yang sering diperkatakan orang. Tapi dia seorang yang dungu dan memiliki otak yang bodoh sehingga sanggup memperjudikan nyawa untuk kepentingannya sendiri,” ujar Rinazila selamba.

Tiba-tiba pintu bilik mesyuarat di buka. Selina menjenguk keluar. Dia tersenyum sebaik sahaja memandang Alex yang masih lagi berada di luar bilik mesyuarat.

“Nenek nak jumpa,” katanya. Tanpa membuang masa, Alex pantas bangun dari duduknya dan berlalu masuk ke dalam bilik mesyuarat. Pintu bilik ditutup rapat semula. Kini hanya tinggal Izwan dan Rinazila sahaja yang berada di dalam.

“Kau salah tadi,” ujar Izwan bersuara setelah lama mendiamkan diri. “Alex tak pernah pentingkan dirinya sendiri tetapi dia lebih mementingkan orang di sekelilingnya.”

“Apa maksud kau?”

“Nocturnes,” ujarnya sepatah sebelum berlalu meninggalkan tempat itu.

“Nocturnes?”

****

Kepada Hikayat,

Hari ini aku gagal dalam temuduga lagi. Semuanya gara-gara aku lambat ke tempat temuduga. Lambat kerana terjumpa seorang manusia yang angkuh lagi sombong kerana kereta mewahnya. Sebenarnya ini bukan kegagalan tapi dikatakan malang! Malang sebab berjumpa dengan manusia yang angkuh tu… tapi bila difikir kembali, aku rasa macam pernah jumpa sahaja manusia angkuh itu…

“Eh,” tiba-tiba Apy Elina berhenti menulis. Pen di tangannya terbaring di tengah-tengah helaian tebal Hikayat Cinta. Otaknya ligat memutar kembali peristiwa beberapa minggu lepas di mana dia baru sahaja menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Dan hari itu juga ketika mencari tempat untuk berteduh dia sempat menyinggah ke sebuah gelanggang bola keranjang. Dan di situlah ia bermula.

“Ah, dialah!” dia akhirnya dapat mengingati. Ya. Dia yakin bahawa itulah orangnya yang membaling bola keranjang sehingga sakit kepalanya terkena bola dan kerana bola itu jugalah dia terjatuh atas lumpur yang berhampiran. Habis satu badannya kotor terkena lumpur.

“Kalau aku tahu dialah orangnya, memang teruk kereta mewah dia aku kerjakan kat situ!” ujarnya geram menggenggam ke dua tangannya. “Tak pe. Ini dah dua kali kita berjumpa, ini bermakna kita pasti ada jodoh lagi dan pada masa tu, tahulah apa yang aku nak buat,” dia ketawa jahat. Sungguh jahat!

“Apa yang kau tengah fikirkan tu?” sapa Nabila yang entah bila berdiri di belakangnya sehingga mengejutkannya.

“Bila kau balik?” tanya Apy Elina terkejut dengan sapaan Nabila tiba-tiba. Hampir gugur jantungnya tapi nasib baiklah dia memiliki jantung Superman.

“Dah lama dah, tapi kau tu yang tak perasan. Asyik tergelak macam orang gila,” dia menghempas tubuh ke atas sofanya yang empuk. Terasa selesa.

“Lambat pula kau balik hari ni.”

“Angin bos aku tak baik hari ni. Semua benda yang aku buat salah padahal kesalahan kecil saja tapi dia suruh aku buat balik beberapa kali,” keluh Nabila sambil mengenangkan wajah harimau betina kelaparan sejak petang tadi. “Kau pula? Macam mana dengan interview pagi tadi?”

“Hah, interview la sangat!” sakit hati bila terkenang peristiwa pagi tadi.

“Kenapa pula?”

“Aku terlambat. Sesi Interview dah habis.”

“Macam mana pula boleh terlambat?”

“Tak ingin aku kenangkan lagi peristiwa yang menyakitkan hati tu. Kalau aku jumpa lagi budak angkuh tu tahulah aku kerjakan dia.”

“Kau ni tak habis-habis nak bergaduh dengan orang.”

“Dia yang cari pasal dengan aku dulu. Macam manalah aku tak naik angin.”

“Lelaki atau perempuan?”

“Lelaki.”

“Aku dah agak dah. Aku tak fahamlah dengan kau ni.”

“Kenapa pula?”

“Yelah, dengan umur kau yang hampir mencecah 30 tahun ni, dengan lelakilah kau kena control ayu sikit. Barulah ada orang berani nak pikat kau. Kalau macam nilah perangai kau yang ganas depan lelaki sampai ke tua pun kau tak dapat teman lelaki tau!”

“Alah, dia pun sama,” perli Apy Elina menjelir lidah.

“Tolong jangan samakan aku dengan kau. Sekarang aku dah mulakan serangan pertama untuk memikat lelaki dan buat masa ni dah ada beberapa orang berada dalam genggaman aku. Cuma, aku perlu pilih saja yang mana aku nak,” ujar Nabila dengan lagaknya. Jelik pula Apy Elina mendengarnya. Dasar perempuan penggoda!

4 si charming:

  1. MeGa_Lisa berkata...:

    yes! first comment.. tak suka dengan gaya mama alex tu.. berkeras sangat.. tak fikir perasaan orang lain.. jgnkan org lain.. anak sendiri pun dia tak kesa..huhuhu.. papepon.. k.ratu chayo!

  1. Ai berkata...:

    adui...
    citer makin best.. sampai x tau nk komen cam ne dh nih..
    (cume geram kat mamanye si alex tu over lebih ceh!!)
    (mama aku pun x cam tu tau..)

  1. agent_sesat berkata...:

    x sabar nak tahu nie epi seterusnya...hehehe..yer menunggu dgn penuh kesabaran...GOOD luck !!!

    ~~~ suka tgk apy sampai terlupa umur apy dah lewat 20 an..hahahhaa

  1. Tanpa Nama berkata...:

    cerita ni semakin membosankan.....
    saya serious niiiii

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages