3: PERMULAAN YANG BAIK

SOFEA tidak berhenti ketawa terbahak-bahak selepas Nurul menceritakan pengalamannya di temu duga oleh Kelab Bola Sepak untuk jawatan Pengurus petang tadi. Itupun setelah tidak tahan di desak oleh Sofea yang ingin mengetahui apa yang berlaku di sebalik pemilihan Nurul sebagai Pengurus. Selepas saja dia menceritakan segalanya, Sofea sudah tidak dapat menahan gelaknya, ketawa dengan kuatnya. Kalah puntianak yang selalu bertenggek di pohon pokok rambutan di belakang rumahnya itu. Serta merta letak jawatan tak mahu mengilai lagi sebab kecewa ada lagi yang pandai mengilai.

Nurul dari tadi menjeling tajam. Masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Dia masih tidak dapat mencari alasan sebenar kenapa dia dipilih sebagai pengurus sedangkan dia rasa dia tidak membuat betul-betul tadi. Ah, mereka pun satu. Ada ke bagi ujian suruh kejutkan budak lelaki tu bangun tidur? Tak pasal-pasal ayunya hilang dengan menghadiahkan satu tumbukan padu di pipi pelajar lelaki yang kurang dikenalinya itu.

“Aku tahu… dia orang tu mesti suruh kau bangunkan Nazrul,” Sofea berkata dengan nafas tersekat-sekat kerana masih menahan gelak. “Hanya Nazrul saja yang suka tidur dalam kumpulan mereka tu. Dia tu kalau tidur memang dah tak ingat dunia dah dan lagi satu kalau Malaysia ni kena bom pun mungkin dia takkan bangun. Pendek kata bila dia dah tidur, tiada sesiapa pun yang dapat bangunkannya selain Rezza, kawan karibnya sejak kecil lagi. Dan nampaknya kau juga dah berjaya bangunkan Sleeping Handsome tu,” terang Sofea.

“Sleeping Handsome apa. Tidur macam katak puru je aku tengok. Mulut terbuka, siap berdengkur lagi. Dan lagi satu, ada ke masa aku kejutkan dia, dia mintak aku cium dia. Aku geram sangat, aku tumbuklah dia tapi budak tu macam tak de perasaan saja,” Nurul menarik nafas lemah. Dia teringatkan Nazrul menggeliat malas membetulkan otot-ototnya dan menggosok pipinya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Kalau dia dah tidur, dia takkan sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Bom meletup di sebelah dia pun dia gerenti takkan sedar punya. Dia tu memang kuat tidur tapi yang peliknya dalam kuat tidur, pelajarannya okey. Mungkin dia tu jenis yang genius. Nazrul tu okey. Jangan risau, dia bukan jenis yang suka membuli tapi aku rasa kau tetap akan kena buli.”

“Hah! Beranilah dia orang nak buli aku. Aku buli dia orang tu balik. Nanti aku letak ubat julap kat minuman diorang baru tahu!” ujar Nurul tidak mahu mengaku kalah. Sofea di sebelahnya sekadar tersengih-sengih. “Ni kau punya pasallah. Datangkan bala yang tak di jemput. Tak pasal-pasal aku kena jadi pengurus diorang pula.”

“Kalau kau tak suka, lepas beberapa bulan kau letak la jawatan,” jawab Sofea senang.

“Sofea, aku ni memanglah kejam tapi aku tak suka buat kerja separuh jalan. Kalau tak, dah lama aku letak jawatan tadi tapi aku tak mahu buat kerja separuh jalan. Aku dah dapat jawatan ni dah aku kena usahakan walaupun aku suka ataupun tidak. Macam jawatan Ketua Pelajar Perempuan. Ingatkan aku suka ke jawatan tu tapi sebab aku sudah terpilih apa salahnya aku cubakan? Tapi masalahnya jawatan tu macam tak de apa-apa makna. Kalau nak di ikutkan aku memang nak letak jawatan sebagai Ketua Pelajar Perempuan tapi aku fikir selagi tugas tu tak membebankan, apa salahnya aku teruskan. Sama juga dengan jawatan yang aku sandang ni. Aku tak mahu di anggap sebagai pengecut. Walaupun aku tak minat dengan bola sepak, aku tak minat dengan AJK Kelab yang gila tu tapi aku tetap nak teruskan sebab…,” tiba-tiba dia teringatkan wajah Fiq sedang tersenyum memandangnya.

“Sebab?” tanya Sofea.
Nurul tersentak.

“…sebab… anggaplah aku nak cari orang yang selamatkan aku tu,” jawabnya selamba. Dalam hatinya dia hampir menjerit sebab tak terkantoi dengan Sofea bahawa dia sedang tangkap lentuk dengan Fiq.

“Pelik. Bukan ke kau tak teringin nak cari orang tu?” Sofea menggaru dagunya berfikir. Ada sesuatu yang tidak kena dengan kawannya itu.

“Memanglah. Kalau aku tak cari kau akan paksa aku cari jugak. Lebih baik aku cari sampai dapat lepas tu dunia aku akan kembali aman seperti biasa,” jawab Nurul menjeling tajam.

Sofea di sebelahnya tersengih-sengih menahan tawa. Nurul kalau dah bercakap memang tak de tapisan langsung. Nasib baiklah dia sudah kenal Nurul sejak 3 tahun yang lalu, masa pertama kali Nurul berpindah di sebelah rumahnya 3 tahun yang lalu. Bagi sesiapa yang baru kenal Nurul mungkin takkan tahan dengan perangai Nurul yang terlampau berterus terang. Kalau dia tak suka memang Nurul akan cakap tak suka. Kalau seseorang itu membosankan, Nurul juga akan cakap begitu. Mungkin sebab itulah di sekolah Nurul tidak ramai kawan. Nasib baiklah Sofea sanggup berkawan dengan Nurul. Baginya, dia lebih suka berkawan dengan orang yang berterus-terang tanpa berselindung daripada berkawan dengan orang yang suka bercakap bukan-bukan di belakang.

“Masa temu duga tu kau dapat cam tak siapa selamatkan kau?” tanya Sofea lagi.

“Sorang pun aku tak dapat cam sebab akukan tak nampak wajah lelaki yang selamatkan aku tu. Yang aku nampak jaket rasmi saja dan kat sana tadi semua pakai jaket rasmi kecuali budak yang aku tumbuk tu. Dia saja yang pakai jaket putih. Ada lagi yang tak hadir petang tu sebab ada hal lain. Mungkin esok aku akan jumpa semua pemain rasmi sebab ada mesyuarat penting,” terang Nurul.

“Dan mungkin selepas ini hidup kau akan bertambah sibuk. Tak dapatlah kita pergi dating.”
“Kau datinglah dengan boyfriend kau tu.”

“Kau ni pun satu, bila masa aku ada boyfriend?” Sofea menjeling maut. “Tapi aku berharap sangat kau kenalkan seseorang dari ahli rasmi tu kat aku,” dia mengangkat keningnya sambil tersenyum bermakna.

“Gatal!”

“Memanglah aku gatal. Gatal nak ada boyfriend. Aku tengok semua kawan-kawan kita kat kelas tu dah ada balak. Aku ni kayu balak pun tak de. Dan lagi aku tak nak kena gossip dengan kau sebagai girlfriend kau sebab asyik bersama kau je.”

“Gila,” Nurul menggeleng malas. “Tapi… aku rasa ada seorang yang sesuai dengan kau,” ujar Nurul. Serta merta mata Sofea bercahaya. “Nazrul. Dia tu sesuai dengan kau.”

“Kalau si Nazrul tu baik tak payah. Orang macam dia tu berlambak kat pasar Selayang. Dahlah asyik tidur 24 jam. Nanti masa pergi dating, bukannya dating… dia tidur lagi ada la.”

Kali ini Nurul pula ketawa terbahak-bahak. Tidak dapat dia bayangkan Sofea pergi dating dengan Nazrul.

SELEPAS saja waktu sekolah, Nurul bergegas ke bilik yang sudah di sediakan untuk Kelab Bola Sepak berkumpul untuk membuat mesyuarat. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam, kelihatan Fiq yang selaku Setiausaha Kelab sedang menyelak helaian kertas di failnya.

“Hey,” sapa Fiq seperti biasa senyuman manisnya tidak lekang. “Selamat datang ke Kelab Bola Sepak,” tambahnya lagi.

“Err… terima kasih,” sambut Nurul yang entah kenapa tiba-tiba dia menggeletar seluruh badan tapi dia cuba menyembunyikan perasaan gemuruhnya. “So, mana yang lain?” tanyanya.

Fiq sekadar mengangkat bahu. “Mungkin diorang pergi makan. Rezza pergi jemput En. Majid. En. Majid akan turut serta dalam mesyuarat kali ini.”

“Oh, En. Majid tu guru penasihatkan?” teka Nurul. Sekali lagi Fiq mengangguk sambil mengukir senyuman gentle. Dia kemudiannya menghulur sebuah fail kepada Nurul.

“Semua tentang Kelab Bola Sepak ada di dalam tu. Tu sebenarnya cacatan aku tapi buat masa ni mungkin kau lebih memerlukannya.”

“Err… terima kasih.”

“Gembira sebab kau terpilih.”

“Hah?” pantas Nurul memandang wajah Fiq di hadapannya. Benarkah apa yang didengar tadi? Fiq gembira sebab dia terpilih? Tapi kenapa? Adakah mereka semua sudah berpakat hendak memilihnya sebagai pengurus? Tapi sebab apa pula?

Belum sempat Nurul bersuara, dia dikejutkan dengan kedatangan beberapa orang pelajar lelaki ke dalam bilik tersebut. Sebentar kemudian bilik khas untuk pemain rasmi berkumpul meriah dengan kedatangan mereka.

“Hey Fiq,” sebungkus roti berkrim coklat di baling ke arah Fiq. Fiq sempat menyambutnya dengan kemas. “Kalau kau nak air, ada dalam beg aku.”

“Thanks Zul.”

“Anytime bro,” Zul ataupun Zulfadil mengangkat tangan sebelum duduk di tempatnya. Nurul yang masih berdiri kaget. Dia agak janggal dengan situasi tersebut. Apatah lagi dia memang tidak biasa berkawan dengan lelaki dan ini adalah kali pertama dia akan duduk bermesyuarat dengan beberapa orang pelajar lelaki.

“Morning,” sapa satu suara di sebelahnya sebelum pelajar lelaki itu berlalu menghampiri meja mesyuarat tanpa memperdulikannya yang tercegat di situ.

“Kau ni datang dari alam mana?” Haidar bertanya pada Nazrul yang sudah menguap besar. Sikit lagi mesti tidurlah tu.

“Alam khayalan…,” jawabnya selamba. “Gila betullah mimpi aku hari ni,” dia menggeleng seakan tidak berpuas hati.

“Kenapa?”

“Selalunya aku mimpi puteri kayangan cium pipi aku tapi kali ni dia bagi penumbuk kat aku,” ujar Nazrul mengurut tengkoknya yang lenguh. Serenta dengan itu mereka yang ada di dalam bilik tersebut ketawa terbahak-bahak.

“Hello everybody!!” suara Najmi kedengaran lantang tambah keriangan.

“Boleh tak kalau kau nak menjerit macam tu tunggulah aku tiada di sisi kau,” Farizat bersuara di sebelah Najmi. Hampir pekak telinganya tadi mendengar Najmi menjerit dengan suara lantangnya. Rasanya satu sekolah boleh dengan suara lantang Najmi tadi. Tanpa memperdulikan Najmi yang baru hendak membuka mulut, Farizat segera berlalu mendapatkan tempat kosong di sebelah Ridzuan yang seperti biasa tidak boleh berpisah dengan MP3nya.

“Eh, Nurul?” sapa Najmi seolah-olah terkejut dengan kehadiran bunga dalam bilik itu. Nurul masih berlagak biasa tapi dalam hatinya… ‘Baru perasan ke bodoh!’ hanya Tuhan saja yang tahu.
Sebentar kemudian Rezza melangkah masuk bersama dengan Encik Majid yang juga merupakan guru penasihat Kelab Bola Sepak sekolah mereka. Seperti biasa, En. Majid akan memberi kata alu-aluan sebelum membuka mesyuarat pada petang itu.

“… dan sebelum kita memulakan mesyuarat, saya dapat tahu kamu semua dah jumpa seorang pengurus baru bagi menguruskan jadual latihan dan beberapa urusan dalaman yang penting dalam kelab ini,” En. Majid yang berjambang memandang ke arah Nurul yang terpaksa duduk di sebelah Nazrul yang mula berdengkur itu. “Nurul Izzati right?”

Nurul hanya sekadar mengangguk tersenyum. Sebentar kemudian salah seorang dari mereka mengangkat tangan.

“Ya Hayrul, ada apa-apa masalah?” tanya En. Majid.

“Saya nak tahu kenapa mesti perempuan jadi pengurus?” wajah Hayrul yang serius sejak dari awal tadi di pandangnya. Gerun pula Nurul apabila bertentangan mata dengan pelajar yang dikatakan panas baran itu.

“Kenapa? Kamu ada masalah ke dengan jantina?” tanya En. Majid masih mengekalkan senyuman.

“Kenapa tak lelaki sebab bola sepak hanya sesuai dengan lelaki. Kalau perempuan jadi pengurus, bolehkah dia mengurus dengan betul? Sebab ini bola sepak bukannya bola jaring,” sindir Hayrul menjeling tajam. “Dan saya tak suka kelab ni jadi alat untuk bersuka ria.”

Nurul yang mendengarnya hanya dapat mendiamkan diri. Kalaulah tiada En. Majid di hadapan, memang sudah lama dia serang balas balik.

“Saya tahu tapi apa kata kalau kita bagi peluang untuk perempuan memegang jawatan ini,” ujar En. Majid lembut. Najmi sudah tersengih-sengih mengangguk. “Dan Nurul,” panggil En. Majid membuatkan Nurul tersentak mengangkat kepala. “Saya harap awak boleh buat yang terbaik. Tugas ni agak berat sikit tapi saya percaya dengan Rezza mengambil awak sebagai pengurus.”

“Err… terima kasih,” jawab Nurul sambil sempat mengerling memandang Rezza di sebelah En. Majid.

“Ya… harap macam tulah,” Hayrul menghadiahkan jelingan tajam.

“So… the next agenda…,” En. Majid melihat agenda yang sudah tertulis di dairinya. Serentak itu ke semua mereka membuka buku cacatan sendiri. “… emm… perlawanan persabahatan dengan Sekolah Menengah Haji Mansur…,” dia mengangguk-angguk. Serentak dengan itu semua terdiam.

Pen di tangan Zaki jatuh ke atas meja. Farizat yang sedang meneguk sedikit air hampir tersembur. Haidar yang sedang menongkat dagu tadi hampir hilang imbagan. Rezza membetulkan cermin matanya membaca sekali lagi agenda yang tertulis di agenda pada mesyuarat kali ini. Yang lain semua seakan kaku.

Nurul memerhati seorang demi seorang yang macam macam gelagat. Dia kurang faham. Sebaik sahaja En. Majid menyebut nama Sekolah Menengah Haji Mansur semua seolah-olah hilang nyawa. Entah apa yang menggerunkan pasal sekolah itu pun dia tak tahu.

“Err… boleh aku tahu… Sekolah Menengah Haji Mansur tu… kenapa aku tak pernah dengan langsung?” tanya Haidar sambil mengangkat tangan. Masing-masing mengangguk. Selama mereka memasuki Kelab Bola Sepak ini adalah kali pertama mereka semua mendengar nama Sekolah Haji Mansur.

“Sekolah Zon Tengah,” semua mata tertumpu pada Nazrul yang entah bila bangun dari tidur. Nurul yang berada di sebelah Nazrul sedikit terkejut. Rasanya tadi Nazrul sedang tidur dengan nyenyak sampai berdengkur. Tapi tiba-tiba boleh bersuara pula. “Sekolah Zon Tengah yang popular,” tambahnya lagi sambil menggeliat lemah. “Aku dah lupa nama sekolah tu sebab tulah aku catit Sekolah Menengah Haji Mansur sebab pengetua dia Haji Mansur,” jawabnya selamba.

Serentak dengan itu semua menghela nafas lega. Ada juga yang menggeleng dengan perangai Nazrul yang selalu buat gempak.

“Nama pengetua dia kau ingat tapi nama sekolah kau tak ingat,” Ahmad Ramzi hanya sekadar menggeleng. Nazrul pula tersengih-sengih.

“Haji Mansur?” Fiq mengulangi nama yang sama beberapa kali sambil berfikir sesuatu. “Sekolah Zon Tengah yang popular?” dia memandang Nazrul yang masih lagi bersahaja. “Bukan ke sekolah tu….”

“The Charming Guys!” serentak dengan Ridwan dan Zaki berkata. Semua berpandangan sesama sendiri sebelum… “MASALAH!” masing-masing bersuara sambil menghembus nafas lemah.
“Memang masalah,” Nazrul kembali berbantalkan tangan.

Nurul pula tidak faham dengan apa yang di bincangkan oleh mereka semua serta merta dia tidak tahu apa yang hendak di catitkan di dalam minutes nanti. Mungkin dia patut tulis ‘MASALAH’. Finish!

Mesyuarat habis sejam selepas itu. Bilik Kelab Bola Sepak yang meriah tadi menjadi suram. Beberapa ahli rasmi sudah pulang ke rumah dan ada juga di antara mereka ingin melepak di kedai kopi yang terdapat di bahagian belakang sekolah mereka. Nurul masih tekun membaca catatan yang diberikan oleh Fiq tadi. Sesekali dia memuji tulisan Fiq yang kemas dan teratur. Tidaklah macam sesetengah tulisan pelajar lelaki yang macam cakar ayam pun ada.

Rezza sedang berbincang sesuatu dengan En. Majid yang mungkin terlupa ingin sampaikan di mesyuarat tadi. Nazrul pula tidak habis-habis berdengkur di sebelahnya. Kalau di ikutkan hati hendak saja dia bom Nazrul yang mengganggu ketenteramannya dengan berdengkur kuat.

Fiq pula sedang asyik mengemas almarinya yang sudah disediakan oleh pihak sekolah untuk ahli-ahli rasmi menyimpan barangan mereka.

“Wei,” sapa Rezza setelah En. Majid berlalu pergi. “Jom pergi makan.”

“Okey tapi siapa yang tanggung ni?” tanya Farizat yang sedang menyusun buku-buku ke dalam almarinya.

“Tanggung diri sendiri la,” Rezza berkata sambil menghampiri Nazrul. “Wei, bangun. Jom pergi makan,” kejutnya. Serentak itu Nazrul terus mengangkat kepala.

“Makan?” dia tersenyum. “Jom-jom!” bergegas Nazrul mencapai beg sekolahnya.
“Nak join sekali?” tanya Rezza kepada Nurul.

“Err… tak pe. Aku dah kenyang,” balas Nurul.

“Ohh…,” Rezza menangguk faham.

“Wei, Rezza cepatlah!” jerit Nazrul yang sudah tidak sabar-sabar lagi di luar.

“Fiq?” sapa Rezza memberi isyarat.

“Korang gerak dulu. Nanti aku datang,” balas Fiq.

“Okey,” tidak lama selepas itu Rezza berlalu pergi. Kini hanya tinggal Fiq dan Nurul sahaja di dalam. Nurul yang rasa janggal dengan situasi tersebut segera mengemas barang-barangnya dan mahu keluar secepat mungkin. Nanti entah apa gossip yang melanda dirinya. Berdua-duaan dengan Fiq di dalam bilik… huh, menggerunkan.

“Aku balik dulu,” ujar Nurul yang sudah siap berkemas barang-barangnya. “Cacatan ni aku pinjam untuk buat rujukan.”

“Sekejap,” langkah Nurul terhenti apabila Fiq bersuara. Lantas Fiq menutup almarinya dan mencapai beg sekolahnya. Pintu bilik di kunci dan di mangakan sekali.

“Kenapa?”

“Pasal tadi tu, ada apa-apa yang kau tak faham?” tanya Fiq sambil berjalan seiringan dengan Nurul.

“Haa… nasib baik kau tanya… aku tak faham dengan nama sekolah tu.”

“Dah agak dah,” dia tersenyum lagi. “Sekolah Haji Mansur tu sebenarnya Sekolah Menengah Semarak. Haji Mansur tu memang pengetua kat sekolah tu. Ni semua Nazrul punya pasal la. Nama pengetua dia ingat tapi nama sekolah dia lupa,” Fiq sekadar menggeleng.

“Oh… sekolah tu.”

“Kau tahu pasal sekolah tu?”

“Yup. Aku ada dengar, pelajar-pelajar perempuan sekolah ni suka sangat usha pelajar lelaki sekolah tu. Kira diorang tu memang charming la,” ujar Nurul. Fiq di sebelahnya mengangguk setuju. “Tapi kenapa korang semua kata mereka tu ‘masalah’?”

“Actually…,” dia menghela nafas lemah dan kemudian menggeleng. “… anggap saja benda ni hal orang lelaki.”

Nurul sekadar mengangguk faham. Kalau dah namanya hal orang lelaki sudah semestinya perempuan tidak boleh masuk campur atau dengan kata lain, walaupun dia memaksa Fiq bercakap, Fiq tetap tidak akan bercakap tentangnya. Jadi lebih baik dia lupakan tentang ‘hal-hal orang lelaki’.

“So, kau tak nak join kitorang?” tanya Fiq.

Geleng.

“Kalau macam tu, aku pergi dulu. Jumpa esok.”

“Jumpa esok,” balas Nurul sebelum Fiq mengatur langkah untuk ke kedai kopi berhampiran. Kelihatan dari jauh, Rezza and the geng sedang melambai-lambai panggil Fiq.

Jam di tangannya di lihat, tepat jam 3 petang. Nurul segera mengatur langkah ke bahu jalan. Memerhati kiri dan kanan jalan untuk melintas. Kali ini dia perlu berhati-hati supaya kejadian tempoh hari tidak berlaku lagi. Selepas mendapati semuanya selamat, dia mengorak kaki melintas jalan.

Dan tiba-tiba…

“Nurul!!!” jerit Rezza dari warong kopi mengejutkan Nurul yang sedang melintas jalan. Apabila dia berpaling, dia dapat melihat sebuah kereta hitam sedang meluncur laju menghampirinya.

“Berlaku lagi,” dia kaget. ‘Matilah,’ itu sahaja yang difikirnya ketika itu. Mungkin kali ini dia tidak dapat lari lagi. Tiada sesiapa yang akan menyelamatkannya. Dan mungkin di sini sajalah perjalanan hidupnya…

Tiba-tiba tubuhnya di tarik ke tepi. Sedar-sedar saja dia dalam dakapan seseorang. Nurul kaget sebentar. Dia cuba bernafas dengan betul walaupun payah. Nafasnya makin turun naik dengan laju. Tidak percaya dia terselamat buat kali kedua.

“Kau tak apa-apa?” suara Fiq mengejutkannya.

Pantas dia memandang Fiq di hadapannya. ‘Prince Charming,’ hatinya bersuara.

1 si charming:

  1. misz nana berkata...:

    hmm.. rasanya fiq bukanlah lelaki yg selamatkan nurul masa first time nurul nak kena langgar aritu.. walaupun kali kedua ni org yg selamatkan dia adalah fiq, tp rasanya tu cuma kebetulan je memandangkan jarak fiq plg dekat ngan nurul time tu.. agak2 la, rezza yg selamatkan nurul sebenarnya.. kan kan kan? hehehe..

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages