17: 66 HARI LAGI


Buku-buku yang dipegangnya terjatuh ke lantai apabila terlanggar seseorang semasa melalui satu selekoh ke kiri di kaki lima. “Sorry,” ujar Natasya kepada pelajar lelaki yang bertembung dengannya itu. “Eh, bukan ke kau yang buat pengumuman untuk pikat Blue hari tu?” tanya Natasya namun Asraf hanya mendiamkan diri. Angguk tidak. Geleng pun tidak. “So, saya Natasya,” dia menghulur salam perkenalan.

Asraf tidak berkata apa dan segera berlalu meninggalkan Natasya dengan wajah yang selamba. Sombong. Ah, memang inilah sikapnya bila ada perempuan cuba menghampirinya. Kalau boleh dia mahu menghindari kaum hawa err… kecuali Blue.

“Wei Blue,” sapa Asraf tiba-tiba menghempas buku-bukunya di atas meja yang menjadi tempat biasa Blue bersarapan pagi. Dia sudah lama perhatikan, Blue akan datang awal dan menikmati sarapan pagi di kantin sebelum kelas bermula.

Blue yang sedang menjamah nasi goreng buatan ibunya hampir tercekik apabila ada seseorang menyapanya. Tidak cukup dengan itu mejanya di hentak dengan buku-buku teks. Dia terbatuk-batuk kecil sambil mencapai air yang dihulurkan oleh seseorang. Setelah tekaknya lega, dia mengangkat kepala.

“Kau nak aku mati ke Roswell?!” ujarnya separuh menjerit. “Nasib baiklah aku tak tercekik kalau tak lepas aku mati aku datang cekik kau pulak!”

“Ala baru tercekik belum mati lagi,” balas Asraf selamba sambil duduk berhadapan dengannya.
“Yang kau ni nak apa? Tak pernah tegur aku kat sekolah, pastu tiba-tiba tegur aku.”

“Sebab aku tiba-tiba teringatkan kaulah,” jawab Asraf dengan wajah selamba menyebabkan Blue yang sedang meneguk air tersedak buat kali kedua. “Laa… baru aku cakap aku teringatkan kau, kau dah tersedak. Tu belum terkena ayat power aku lagi.”

Blue menarik nafas panjang dan kembali menghembusnya ke udara kembali. Dia memandang Roswell. Masuk kali ini, kali kedua dia hampir mati kerana Roswell.

“Power hotak kau. Kau tak nampak ke aku tengah makan? Kalau kau nak bagitahu yang kau teringatkan aku ke, nak bagi ayat power ke, nak bagi ayat-ayat jiwang ke, atau ayat-ayat cinta ke tolonglah bagi selain masa makan aku,” Blue merenung tajam. Entah apa kenalah dengan mahkluk asing sorang ni.

“Ah, lantaklah. Wei, kau ada kira hari tak?”

“Hari apa?”

“Perjanjian kita tulah.”

“Kenapa pula kena kira hari?”

“Sebab aku tak kiralah sebab tulah aku tanya kau.”

“Kenapa pula aku kena kira?” tanya Blue lagi.

“Bukan ke kau yang kena kira.”

“Bila masa pulak aku kena kira?”

“Apa-apalah asalkan kau kena kira.”

“Hah?! Mana adil.”

“Keputusan aku muktamat! Kau kira hari, lepas tu bagitahu aku.”

“Tapi....”

“Keputusan aku muktamat,” ujar Asraf sambil mengenyit mata kepadanya. Blue serta-merta terdiam. Dia kaget. Malah dia seolah kehabisan kuasa untuk melawan pandangan mata Asraf. Sehinggalah Asraf berlalu pergi, dia masih lagi kaget.

Baru dia perasan tadi, Roswell memiliki mata hijau yang cantik dan masa dia mengenyit mata tadi, ahhhh… cutenyaaaaa….

Dia tersenyum bersendirian.

‘Eh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa pula aku mesti kata mata Roswell tu cantik dan cute walaupun emm… memang cute. Okey Blue, kau dah tak normal. Kau dah kata Roswell tu cute. C.U.T.E. Dan ini memang sesuatu yang tak normal. Kau sepatutnya cakap, mata Hafiz lagi cute dari Roswell!’ detis hatinya.

“Ah!” Blue yang mengalami jiwa kacau berlalu dari situ sambil hatinya berperang. Sebelah hatinya sokong Roswell dan sebelah lagi sokong Hafiz.

“Tak guna punya Roswell, mesti dia buat sesuatu pada aku ni.”
********

“Apa putus?!” tanya Hafiz yang terkejut dengan permintaan Natasya yang tiba-tiba memanggilnya untuk bertemu dan lagi terkejut, Natasya mahu memutuskan hubungan mereka berdua.

“Abang, Tasya dah fikir masak-masak. Tasya tak mahu hubungan abang dengan Blue goyah kerana kehadiran Tasya. Tasya juga tak mahu ada perasaan cemburu terhadap Blue lagi. Tasya sayangkan abang tapi Tasya tak sanggup jadi orang ketiga,” ujar Natasya dengan baik mengatur ayatnya.

“Orang ketiga? Tasya, abang pilih Tasya sebab abang sukakan Tasya dan hubungan abang dengan Blue hanyalah setakat hubungan adik beradik. Abang sukakan Tasya, bukan Blue.”

“Tapi Blue sukakan abang.”

“Blue memang macam tu,” Hafiz mengeluh lemah. “Blue mudah jatuh cinta. Kalau dia nampak seseorang yang menyayanginya dia akan jatuh cinta dengan orang itu. Abang kenal Blue sejak kecil lagi sebab tulah abang tahu. Lagipun Blue tu masih mentah lagi, abang yakin yang dia hanya meminati abang tapi bukan menyintai abang,” ujar Hafiz cuba meyakinkan Natasya.

“Tapi hakikatnya Blue memang sukakan abang. Kalau tidak, dia takkan memalukan dirinya depan orang ramai untuk memikat abang semula. Abang mesti tak perasan sebab kami sama-sama perempuan dan Tasya dapat rasa apa yang Blue rasa bila Tasya rampas orang yang dia sayang. Jadi, sebab itulah Tasya nak minta putus dengan abang sebab Tasya tak mahu dianggap sebagai perampas hak milik orang lain,” kata Natasya dengan pandangan yang sayu. “Tasya sayangkan abang tapi dalam hal ini, Tasya tak mahu bermusuh dengan orang sebab kalau Tasya bermusuh dengan orang, Tasya akan lupa dunia. Tolonglah faham.”

“Tasya, berapa kali abang nak cakap. Blue masih mencari jalan cintanya. Dia masih mentah lagi sebab dimatanya dia hanya ada abang. Dia tak nampak dunia lain.”

“Memanglah di matanya hanya ada abang tapi….”
********

“Tapi sekarang si Roswell tu macam dah melekat kat mata aku ni,” ujar Blue menarik nafas lemah. Dia menongkat kedua-dua dagunya sambil Dahlila dan Sakinah berpandangan antara satu sama lain.

“Kau dah gila ke Blue? Roswell kat mata kau? Habis Hafiz kau nak campak mana? Lagipun takkanlah kau dah lupa permainan gila kau yang nak pikat Hafiz semula. Hey, kau ada masa lebih kurang 66 hari lagi tau.”

“Hah?! 66 hari?”

“Ya Allah, kau tak kira ke?”

“Tak. Kenapa? Aku perlu kira ke?” tanya Blue sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Oh ya, aku perlu kira sebab Roswell suruh aku kira tadi. Berapa? 66 hari? Okey, aku nak beritahu Roswell yang kami hanya ada 66 hari untuk jalankan projek.”

Belum sempat Dahlila bertanya mengenai projek yang dimaksudkan oleh Blue, Blue sudah berlari meninggalkan mereka. Keduanya hanya berpandangan. Pelik betulah dengan Blue sejak akhir-akhir ini, sering kali sebut pasal Roswell.

Roswell itulah, Roswell inilah.
*******

“66 hari?” tanya Roswell lagi. Masuk kali ini sudah hampir 10 kali Roswell bertanya dan hampir 10 kali jugalah dia menjawab sambil mengangguk.

“Hoi, kau ni pekak ke apa. Nak berapa kali aku ulang perkataan ‘iyalah’ sambil mengangguk?! Sekali lagi kau tanya soalan yang sama, aku bocorkan bola keranjang kau tu,” ujar Blue yang geram dengan apabila Roswell asyik menjaring bola.

Roswell hanya tersengih.

“66 hari? Hah, aku akan selesaikan dalam masa 65 hari saja,” ujar Asraf sambil tersengih lagi. Pening kepala Blue apabila Asraf asyik tersengih-sengih. Macam ada sesuatu yang sedang difikirnya.

“Kenapa 65 hari?” tanya Blue hairan.

Asraf berlalu ke tepi gelangang yang sunyi itu dan meneguk air mineral botol besar yang dibawanya. Kemudian kedengaran keluhan berat darinya. Wajahnya kembali serius. Ini baru pertama kali Blue melihat Asraf dengan wajah yang serius.

“Kau pernah dengar tak, yang manusia ni sejak lahir lagi sudah ada matlamat mereka sendiri?”

“Destinasi.”

“Yup. Destinasi,” Asraf perbetulkannya. “Dan kau tahu tak apa destinasi kau?”

Blue hanya mengangkat bahu. “Aku tak pernah terfikir lagi,” jawabnya sambil duduk tidak jauh dari Asraf. “Kau pernah fikir?”

“Tak pernah tapi aku terpaksa fikirkannya sekarang.”

“Apa kau fikir?”

“Aku fikir…,” dia memandang Blue. Mata bertentang mata. Hijau bertentang biru dan biru pula bertentang hijau. “… aku rasa kita…,” jantung Blue berdegup pantas bila Asraf bercakap dengan nada yang lembut di tambah pula dengan pandangan romantic Asraf. Seolah-olah matanya sudah terkena panahan asmara dari mata Asraf. “… patut pergi dating. Jom pergi dating,” ujar Asraf acuh tak acuh.

“Hah?!” Blue tersentak di saat itu, Blue yang terasa dipermainkan merampas bola keranjang dari tangan Asraf dan membalingnya tubuh sasa Asraf. Tepat kena perut Asraf. “Huh, padan muka,” ujarnya yang mula angina satu badan sebelum berlalu dari situ tanpa memperdulikan Asraf yang mengerang kesakitan.

“Huh, ada ke patut dia cakap nak pergi dating? Gila apa?! Nasib baiklah aku tak terpedaya dengan pandangan romantic dia tu. Kalau tidak… huh, tak tahulah aku nak letak muka ni kat mana. Pergi dating?! Hey, aku dengan Hafiz pun tak pernah pergi dating, aku nak pergi dating dengan kau? Jangan haraplah! Memang makhluk asing betul. Sia-sia saja aku layan budak tu,” rungut Blue sehinggakan dia sendiri tidak tahu apa yang dicakapnya. Apa yang penting hatinya sakit sekali.

Kakinya berhenti melangkah. Badannya di paling ke belakang. Kembali memandang Asraf yang masih lagi terduduk di tepi gelangang cuma yang bezanya, Asraf langsung tidak ketawakannya tapi sebaliknya, Asraf duduk mendiamkan diri memerhati bola keranjang di tangannya seolah-olah sedang berfikir sesuatu.

Tak!

Mungkin lebih daripada itu. Dia kelihatan sedang memikirkan masalahnya.

Asraf mengeluh lemah sambil mengurut dahinya yang bagaikan hendak pecah memikirkan perbualannya dengan Kak Mira malam tadi.

“Kenapa?” tanya Asraf sebaik sahaja Kak Mira menghampirinya yang sedang duduk menonton televisyen setelah menjawab satu panggilan diluar. “Siapa telefon?”

“Kak Maria,” jawab Kak Mira pendek.

Dia mengangguk faham.

“Kak Maria ada tanya pasal Boy juga dan akak jawab Boy tak de apa-apa yang perlu dirisaukan.”

“Tapi Kak Maria tak percaya,” dia menyambungnya. “Orang tak fahamlah dengan Kak Maria tu. Entah apa yang dia tak puas hati dengan hidup orang. Semuanya dia nak kawal sehinggakan orang menetap kat kampung pun dia nak pasang spy. Orang bukannya buat benda yang tak baik. Orang just mahukan hidup orang sendiri,” Asraf menarik nafas lemah. Kontrol televisyen tadi di campak ke tepi.

“Kak Maria tu bukannya tak percaya tapi Kak Maria cuma melaksanakan amanat arwah papa dan mama. Jaga Boy. Itulah amanat papa sebelum papa menghembus nafasnya yang terakhir. Masa tu Kak Maria masih remaja lagi. Oleh sebab dia paling tua dan belum berkeluarga papa serahkan segalanya pada Kak Maria sebab Kak Syafa pada masa tu sudah berkeluarga dan duduk jauh di Australia sana.”

“Tapi Kak Maria tak patut buat macam ni.”

“Boy, Boy dah lupa masa Boy sakit?”

“Orang tahu tapi….”

“Tolong lakukannya demi Kak Maria dan kami semua.”

“Orang tak sedia lagi. Nak mewarisi perniagaan arwah papa bukannya satu kerja yang mudah. Kak Mira kena faham. Memang orang nak tolong Kak Maria tapi bukan sekarang.”

“Boy, Kak Mira bukannya suruh Boy uruskan perniagaan arwah papa lagipun kami semua tahu belum masanya lagi. Boy masih belum cukup bersedia lagi.”

“Habis tu?”

Kak Mira sekali lagi mengeluh lemah.

“Kami nak Boy pujuk Kak Maria supaya terima pinangan Abang Sham.”

“Hah?!”

Kenapa aku pulak yang kena pujak Kak Maria yang bagaikan singa kelaparan tu? detis hati Asraf yang dari tadi asyik mengurut dahinya. Kak Maria ni pun satu, dah orang nak pinang tu terima sajalah. Ini bagi orang sakit kepala. Lagi-lagi alasan yang sama.

‘Boy masih belum sedia’

‘Boy masih mentah lagi’

‘I kena jaga Boy’

‘Boy buat masalah lagi, jadi I tak boleh terima pingangan you’

Ah!!! Semua tu alasan lamalah! Dan lagi, tak boleh ke kalau tak jual nama Boy. Nampak sangat yang aku ni adik yang perlu dilindung setiap masa!

Satu lagi masalah, macam mana aku nak pujuk Kak Maria?

‘Mungkin inilah masanya,’ detis hatinya.

Asraf Danish mengeluarkan handsetnya. Dia mendail nombor yang sudah terlekat di kepalanya. Panggilannya di sambut tidak lama selepas itu.

“Yes, Asraf Danish. Jangan kata kamu timbulkan masalah lagi,” suara perempuan yang lewat 30-an bergema di gegendang telinganya.

“Tak.”

“So?”

“I just wanna to say… yes, I’m ready… for everything….”

“You are not ready.”

“Yes I’m ready.”

“Ok then, seperti biasa… kita buat satu taruhan.”

“Okey,” jawab Asraf yang semamangnya tidak boleh kalah dengan Kak Maria.

“Ajak budak tu pergi dating.”

“Hah?!” Asraf terkejut besar dengan cabaran Kak Maria yang pelik. “Budak mana?”

“That girl yang kamu cuba pikat tulah. Siapa lagi.”

“Err… Kak Maria tahu?” tanya Asraf.

“Asraf Danish. Semua rahsia kamu ada dalam genggaman akak. Bukan saja rahsia malah kelemahan kamu juga. So, if you are ready, ajak budak tu pergi dating.”

“Tapi apa kena mengena ajak Blue pergi dating dengan semua ni?”

“Sebab kalau nak ajak seorang perempuan pergi dating pun kamu tak boleh nak buat, bagaimana kamu nak meyakinkan akak yang kamu benar-benar dah bersedia nak ambil tanggungjawab akak? Just think about it and by the way, akak takkan terima pujuk rayu kamu suruh akak terima pinangan Abang Sham.”

Panggilan di putuskan oleh Kak Maria.

Dating? Dengan Blue?” dia mengeluh lagi.

2 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    hu hu ...
    lagi..lagi
    tahniah sbb bleh buat citer best ni
    peace!!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    beshh... nti sambung cpt2 cikit cite ni taw...

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages