15: Perang Saraf Tunjang...



“Tapi cikgu…,” Natasya cuba menyelamatkan dirinya. Pagi-pagi lagi, sewaktu dia melangkah masuk ke perkarangan sekolah, namanya sudah di panggil dengan suara Cikgu Rosnani membuat pengumuman penting. Bergema satu sekolah dengan namanya pada pagi itu menyuruhnya ke bilik pengetua.


“Tak de tapi, tapi lagi Tasya. Ini kesalahan kamu. Kamu patutnya peka dengan kehilangan Blue ni tapi kami difahamkan kamu tak beritahu cikgu yang mengetuai rombongan itu. Dan sebab kamu juga, kegembiraan mereka yang lain terpaksa di simpan untuk tahun depan,” Puan Suraya melontarkan kelantangan vokalnya. Dengan matanya yang bulat dan besar memandangnya… huh, memang menggerunkan.


“Tapi cikgu, cikgu tak fikir ke Blue tu sengaja nak kenakan saya balik?” balas Tasya yang masih lagi tidak berpuas hati.


“Natasya, saya tak kira, Blue balas balik ke, Blue sengaja nak kenakan awak ke tapi semuanya berpunca dari diri awak yang pentingkan diri. Saya tak kisah kalau kamu berdua nak bergaduh dengan meriam ke, dengan tombak ke… saya tak kisah tapi perbuatan kamu sudah buat orang lain dapat susah. Awak tak terfikir ke bagaimana perasaan kedua ibubapa Blue bila dapat tahu satu-satunya anak perempuannya hilang di kota yang asing tu? Dan awak pernah terfikir ke, kalau ada apa-apa berlaku pada Blue di sana? Saya rasa awak pun sudah sedia maklum kes-kes yang melibatkan perempuan di Kuala Lumpur. Kes bunuh, rogol, sindiket pelacuran. Bagaimana kalau salah satu tu berlaku pada Blue?” Puan Suraya mula memberi hujah-hujahnya.


“Saya tahu tapi… saya pun tak tahu perkara ni boleh jadi serius macam ni. Saya cuma tinggalkan dia saja. Ingatkan Blue tahu balik ke Dataran Merdeka semula tapi….”


“Tapi, Blue tak balik?” pantas Puan Suraya berkata. Natasya hanya sekadar mengangguk. “Natasya, jangan samakan Blue yang sejak lahir lagi duduk di sini dengan awak yang sejak lahir lagi tinggal di Kuala Lumpur. Saya kenal sangat dengan Blue tu, mula-mula lagi, dihari pertama persekolahan dia sudah sesat kat sekolah ni. Ini baru kawasan sekolah yang kecil ni pun dia boleh lupa jalan pulang ke kelasnya. Inikan Kuala Lumpur yang besar tu.”


“Natasya, saya bukannya nak menangkan Blue tapi saya sudah lama menjadi pengetua di sini, saya dah masak dengan perangai Blue tapi terus terang saya kata, saya suka dengan perangai berterus terang Blue.”


Blue!!!


Sapaan mengejut namanya membuatkan Blue yang baru sahaja menjejak kaki ke kelasnya terkejut tahap gaban. Memang tak di sangka-sangka mereka semua menjerit memanggil namanya bagaikan seorang artis melangkah keluar untuk bernyanyi di pentas. Tapi nasib baiklah dia tiada apa-apa penyakit lemah jantung, kalau tidak terpaksalah dia bermalam di hospital selama sebulan.


Semuanya gara-gara kehilangannya pada rombongan sabtu lepaslah ni. Mana tak kecohnya bila seorang budak kampung tiba-tiba di dapati terpisah dengan rakan yang lain. Kalau terpisah kat hutan belantara tu, lain ceritalah tapi sesat kat negeri orang. Huh, betullah cakap cikgu Roslan yang bertandang ke rumahnya semalam.


“Awak ni Blue, sepanjang saya mengajar di sekolah ini, ini kali pertama saya dengar ada budak tersesat di Kuala Lumpur masa rombongan. Kalau awak nak buat Book of Record pasal tersesat di Kuala Lumpur, bagitahulah saya terlebih dahulu. Tak delah saya kena makan ubat sakit jantung lima enam bijik. Awak tahu tak lemah jantung saya bila dapat tahu awak hilang. Ingatkan cikgu Rosnani cuba memainkan saya sampai saya fikir ini bulan April.”


Blue cuba menahan diri dari ketawa terkekek-kekek bila Cikgu Roslan berkata-kata. Semua ni gara-gara rancangannya nak kenakan si Natasya baliklah. Tapi bila di fikir kembali, Cikgu Roslan memang anti dengan bulan April. Kalau bulan April saja, mesti Cikgu Roslan akan berhati-hati. Mana tidaknya, walaupun Cikgu Roslan ni garang, tapi dia adalah antara Cikgu yang paling senang dibuli oleh semua lapisan pelajar di sekolah. Entahlah. Blue pun tak tahu kenapa Cikgu Roslan senang di buli.


“Maaf cikgu, saya panic masa tu. Saya tak tahu nak buat apa lagi. Saya cuma ingat nak balik saja,” Blue mengatur ayat yang telah disusunnya malam tadi sebaik sahaja dia pulang ke rumah setelah Kak Linda menghantarnya pulang.


Huh, kalaulah semua tahu rahsia di sebalik kejayaannya pulang ke tanah air, mau menjerit satu sekolah! Tapi demi dendam pada Natasya, dia merahsiakannya sehinggalah dia terpaksa merasuah Roswell dengan menerima pelawaan Roswell pergi dating minggu depan. Dating dengan Roswell! Memang pelik bin ajaib tapi… ah, tutup mata sajalah!


Setakat dating saja.


“Blue, kau pergi mana hah?! Monyet betullah kau ni, kau tahu tak kau dah menyusahkan kami semua tau. Tak pasal-pasal rombongan kali ni dibatalkan,” ujar Dahlila dengan sedikit bengang tahap gaban.


“Well, aku rasa korang kena salahkan salah seorang dari rakan kita tu sebab dialah aku tersesat kat Kuala Lumpur,” ujar Blue menjeling memandang Natasya yang baru melangkah masuk ke dalam kelas. Semua mata memandangnya. Tidak kurang juga ada yang berbisik-bisik barangkali mengata Natasya. Huh, lega. Inilah dinamakan peperangan sebenar. Dan jangan sesekali bermusuhan dengan Blue!


“Ceritalah macam mana kau boleh temui jalan balik?” tanya salah seorang dari mereka yang berkumpul di hadapannya. Dulu, tiap-tiap pagi mereka semua ni (kecuali Dahlila dan Sakinah) akan berkumpul di hadapan meja Natasya mendengar Natasya bercerita tapi kali ini berbeza pula. Huh, hebat juga penangannya sehinggakan mereka lari dari Natasya. Ye ke? Atau saja nak dengar cerita sensasi? Ah, lantaklah yang penting, korang dapat maklumat salah!


“Aku boleh cerita tapi sebelum tu, korang pernah dengar tak peribahasa ni, Sepandai-pandai tupai melompat, pandai lagi katak melompat,” tanya Blue selamba. Semua terdiam. Barangkali cuba berfikir peribahasa Blue. “Pergi check kamus peribahasa Dewan Pusaka dan Puaka edisi ke 103,” tambahnya lagi dengan lagak yang selamba.


Tidak lama selepas itu, lonceng berbunyi menunjukkan sesi persekolahan sudah pun bermula dengan aktiviti pertama pada hari Isnin, tak lain tak bukan perhimpunan. Serentak itu Blue tersenyum-senyum memandang Natasya toya di belakangnya.


“Ah, dah lama rasanya tak pergi perhimpunan bukan?” ujar Blue sambil bernyanyi kecil.


“Tak pergi perhimpunan la konon. Yang kau ni kenapa suka sangat dengan perhimpunan ni? Selalunya kalau boleh, hari isninlah kalau boleh kau tak mahu jejak ke sekolah sebab ada perhimpunan.”


“Well, manusia boleh berubah.”


“Hah, sejak bila kau jadi manusia ni?” sindir Dahlila lagi.


“Err… ada sedikit pembetulan,” satu suara tiba-tiba mencelah tanpa di undang. “Actually, budak ni bukannya manusia tapi Ahli Sihir Mata Kucing,” ujar Roswell yang entah dari mana tiba-tiba berada di belakangnya.


“Hey, makhluk asing dari Roswell, siapa benarkan kau berkata-kata hah?!”


“Lantaklah mulut aku, bukannya mulut kau.”


“Tapi kau tak de hak nak berkata-kata tau.”


Perhimpunan yang dijadualkan bermula tidak lama selepas itu. Semua para pelajar berdiri di barisan yang telah ditetapkan bagi setiap kelas. Blue memandang kiri kanan, masing-masing sudah bosan dengan ucapan pengetua yang mula membebel di atas pentas batu itu. Sabarlah, sekejap lagi mata korang akan segar.


“… Saya kesal dengan dengan apa yang telah berlaku pada baru-baru ini,” ucapan pengetua sebentar tadi mula membuka mata semua pelajar yang mengantuk itu. “Saya tahulah, saya pun pernah bersekolah seperti kamu dan saya juga pernah bermusuhan dengan kawan-kawan yang tak sebulu dengan saya tapi saya tak pernah bermusuhan sampai teruk sekali. Saya tahu, di sekolah ini banyak yang berpuak-puak tapi saya tak ambil perduli sebab saya rasa ianya satu masalah yang kecil tapi akhirnya saya silap, masalah yang kecil inilah yang boleh memusnahkan keharmonian hidup bermasyarakat seperti kita. Saya tak mahu cakap panjang lagi, saya harap orang yang bertanggungjawab tu, naik ke atas pentas dan mohon kemaafan pada rakan kamu yang malang itu.”


Blue tersenyum riang. Ah, puas. Akhirnya dia dapat juga kenakan Natasya meminta maaf di hadapan perhimpunan. Selepas beberapa ketika, kelibat Natasya masih lagi tiada.
Aik, takut ke Natasya tu?


“Cikgu, Natasya pengsan!” jerit Siti yang entah datang dari mana berlari ke tapak perhimpunan.
Serta merta Blue berhenti tersenyum.


Cis, taktik kotor! Tak pe-tak pe, aku ada plan B.


--------------------------------------------------------------------------


Sorry, coz sy sempat taip sikit sahaja untuk hari ini. Maaf juga, sebab semasa sy menaip chapter ini tadi, sy betul-betul tiada mood...

Mood telah hilang sejak pagi tadi, sebaik sahaja saya menerima berita mengenai pemergian sahabat dan teman sepermainan saya sejak kecil lagi ke rahmatullah awal pagi tadi....

Al-Fatihah...

2 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    takziah wt ratu bulan..
    arap kembalikan mood anda agr anda dpt menymbung novel ni dgn idea2 yg lbh mnarik..
    congrate!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    ohhh..yaka? takziah...harap semua tabah..dan awk stiasa berkarier

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages