8:100 HARI


8: 100 HARI


Blue berjalan pantas menghampiri Asraf yang sedang bermain bola keranjang bersama-sama dengan beberapa orang pelajar cina sekolahnya itu. Sejak kejadian kemarin dia langsung tidak boleh tumpukan perhatian dalam hidup mahupun pelajaran. Ah, kalau bab belajar dia memang tak pernah ambil peduli. Yelah, dia memang jenis yang malas hendak belajar tapi keputusan peperiksaannya agak cemerlang juga. Genius sikit la katakan.

Bola keranjang yang melantun dikakinya disepaknya sekuat hati. Keadaan gelanggang permainan agak sunyi. Masing-masing tertumpu pada Blue yang kelihatan bengang sekali. Asraf yang menyedari kedatangan Blue hanya berlagak selamba.

“Aku nak cakap dengan kau,” katanya.

“Apa dia?”

“Private.”

“Private?”

“Ya! Private!” jerit Blue kemarahan. Serentak dengan itu, dia terasa sunyi disekelilingnya. Bila ditoleh, semua pelajar-pelajar cina lari lintang pukang meninggalkan gelanggang bola keranjang. Huh, garang sangat ke? Blue menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ah, lantak ar.

“So, kau nak cakap tentang apa?” tanya Asraf dengan selamba. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Dah tahu tapi masih tanya lagi?” keluh Blue cuba mengawal kemarahannya. “Kenapa kau pandai-pandai nak masuk dalam cerita cinta aku ni hah? Lebih baik kau tarik kenyataan kau nak pikat aku.”

“Tak boleh,” jawabnya selamba.

“Kenapa tak boleh pulak?”

“Sebab aku dah cakap. Kalau aku tarik balik… ini bermakna aku mengaku kalah.”

“Aku tahu tapi cari la perempuan lain dalam sekolah ni… kenapa pula kau tetap nak pilih aku nak jalankan misi pikat perempuan kau tu,” ujurnya lagi. “Kalau kau mahu aku boleh kenalkan kau kat kawan-kawan aku.”

“Aku tak berminat.”

Sekali lagi Blue mengeluh panjang. Kenapalah dia ditakdirkan bertemu dengan Roswell yang tidak kenal erti dunawi. Dia hanya menggeleng.

“Okey, kita berdua masing-masing mempunyai misi yang sama dan apa kata kalau kita berganding bahu?”

“Berganding bahu?” tanya Blue kehairanan. Entah apa pulak yang difikir oleh makhluk asing ni. Dalam gawat-gawat pun dia boleh selamba macam ni. Siap suruh berganding bahu lagi. Ingat ini pakatan rahsia ke.

“Bukan ke dalam drama korea selalunya hero dengan heroin kedua berganding bahu untuk memusnahkan watak utama,” Asraf berkata. Blue terdiam sebentar. Tak sangka pulak si Roswell ni tengok drama korea. Siap kaji jalan cerita lagi. Ah, tapi apa pulak yang dia fikir ni?

“So?” tanya Blue.

“So? Asal kau ni lembab sangat hah? Bukan ke kau nak musnahkan hubungan diorang.”

“Memang la aku nak musnahkan hubungan diorang tapi apa kena mengena dengan kau?”

“Aku boleh tolong kau musnahkan hubungan diorang tapi dengan syarat kau juga kena tolong aku.”

“Tolong apa?”

“Jadi girlfriend aku.”

“What?!”

“Hanya untuk 100 hari saja. Selepas 100 hari kita berpisah.”

“Kau suruh aku jadi girlfriend kau, habis tu macam mana aku nak pikat Hafiz semula? Orang lain mesti fikir yang aku ni tak cukup dengan sorang lelaki.”

Kedengaran keluhan panjang jadi Asraf.

“Kenapalah kau ni lembab sangat? Kau ingat kalau kita isytiharkan hubungan palsu kita ni diorang akan percaya ke? Diorang takkan percaya punya.”

“Habis tu kenapa pula aku perlu jadi girlfriend kau kalau kau tahu diorang takkan percaya? Tak ke membazir tenaga namanya tu?”

“Tak cuba lagi manalah tahu hasilnya. Okey, cuba kau fikir, kalau kau couple dengan aku, mesti Hafiz rasa terancam lagi sebab dia tak boleh kehilangan kau,” terang Asraf.

“Kenapa pula? Kan Hafiz dah pilih Natasya tu.”

“Sebab Hafiz tak sukakan aku,” jawab Asraf.

“Hafiz memanglah tak sukakan kau sebab kau ni lelaki. Lelaki dengan lelaki mana boleh bersama kecuali Gay,” pantas Blue menjawab. Tiba-tiba dia teringat perbualan rakan sekelasnya yang mengata Roswell meminati kaum lelaki dan membenci kaum perempuan. Dan kenyataan Roswell untuk memikat Blue hanyalah sekadar mahu menutup kebenaran.
“Atau kau memang Gay!” Blue berkata. Asraf hanya berlagak selamba.
Sudah banyak kali orang mengata dia adalah Gay walaupun hakikatnya dia langsung bukan begitu. Biarlah apa orang hendak kata, dia tidak perduli. Apa yang penting, dia tahu siapa dirinya.
“Kalau aku Gay pun, apa kau boleh buat. Yang penting kita berdua pernah bercium,” balas Asraf tersenyum sinis.
Serta-merta Blue memegang bibirnya. Ciuman pertamanya tiba-tiba menerjah ke benaknya. Malah dia turut mengingati bagaimana bibir Asraf menyentuh bibirnya. Lembut.
Lembut?! Gila! Dia sekali lagi cuba sedar dari mimpinya.
“Bagaimana?” tanya Asraf.
“Err… bagaimana apa?” tanya Blue.
“Jadi girlfriend akulah,”
“Jangan harap!” tegas Blue. Tak mungkin dia akan membuat pakatan dengan makhluk asing mata hijau itu. Dia segera melangkah pergi. Nampaknya usahanya untuk berbincang baik-baik dengan Roswell tidak berhasil. Lagi sakit hati adalah.
“Baiklah, kalau macam tu terpaksalah aku beritahu tentang kejadian ditangga hari tu,” kata Asraf.
Serentak itu, serta-merta kaki Blue berhenti melangkah. Dia berpaling memandang Asraf dengan tajam.
“Kau ingat aku bodoh?” balas Blue yang sedikit pun tidak gerun tapi entah kenapa jantungnya berdebar-debar.
“Dan kau ingat aku tak berani?” balas Asraf cuba menakut-nakutkan Blue. “Seperti yang kau tahu, aku ni anti perempuan dan perkara kecil macam tu senang saja aku nak tangani.”
“Kau memang gila.”
Asraf masih lagi tersenyum.
Blue kebuntuan. Dia tahu Asraf hanya mahu mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku dan dia seolah-olah terperangkap. Tidak dapat bayangkan pandangan orang ramai apabila mereka tahu kejadian beberapa hari yang lepas. Entah mana pula dia hendak letak mukanya nanti kalau peristiwa First kissnya terbongkar.
“Baiklah,” akhirnya dia bersetuju. Asraf tersenyum sinis. Dia menang.
“Tapi dengan syarat,” tambah Blue lagi. Walauapapun dia tidak akan mengaku kalah. Orang kata, kalau nak tewaskan musuh mestilah berkawan dengan musuh itu sendiri. Jagalah kau!
“Terpulang pada kau. Jumpa aku dalam kelas masa balik sekolah nanti.”


*************

Sedang dia leka menulis, tiba-tiba sebiji bola keranjang melantun di mejanya. Nasib baik dia sempat mengelak, kalau tidak tak pasal-pasal dahinya benjol.
“Roswell!” tengkingnya kemarahan kepada Asraf yang tersenyum memandangnya di hadapan pintu kelasnya.
“Bukankah aku kata tunggu aku kat kelas aku. Dua jam aku tunggu, rupanya kau melepak di sini,” ujurnya dengan selamba menarik kerusi duduk berhadapan dengan Blue.
“Kau hanya cakap jumpa dikelas selepas sekolah tapi tak nyatakan kelas kau ataupun kelas aku.”
“Habis tu, kalau aku cakap jumpa di kelas hantu kau nak tak?” Asraf tersenyum menyindir.
“Macamlah aku takut,” Blue menjelir lidah.
“Apa kau buat tu?” tanya Asraf kehairanan.
“Surat perjanjian bersama-sama peraturannya.”
Dengan pantas Asraf merampasnya dari tangan Blue. Dia membaca satu demi satu peraturan yang ditulis oleh Blue dengan teliti. Diselak-selak helaian kertas tersebut dan mendapati….
“Berapa banyak ni?”
“Tak banyak… lebih kurang 100 je.”
“100?!” hampir gugur jantungnya bila mendengarnya. Bukannya dia terkejut dengan bilangan yang banyak tapi dia terkejut Blue boleh tulis 100 peraturan dalam masa beberapa jam. Entah macam mana budak sorang ni berfikir.
“12.2 Si boyfriend haruslah menjemput si girlfriendnya setiap pagi sebelum ke sekolah dengan transport. 12.3 Sekiranya tiada transport si boyfriend haruslah meminjam transport dari sesiapa sahaja tidak kira dari orang gila sekali pun… asalkan ada transport. Kalau tak de transport, si boyfriend haruslah membelanja si girlfriend makan dua kali selama 3 bulan berturut-turut,” bacanya. “Gila apa?!”
Blue hanya tersenyum sinis.
“13.5 Adalah tertakhluk dalam peraturan 10.2, si boyfriend tidak dibenarkan memegang tangan si girlfriend walaupun hanya mencuit sedikit pun. Sekiranya si boyfriend menyentuh kulit si girlfriend, si girlfriend berhak mengklasifikasikan kes ini sebagai kes rogol…. Kes rogol?” tanya Asraf kehairanan.
Sekali lagi Blue tersenyum.
“20.4 Selepas termetrai saja perjanjian bodoh ini, si boyfriend tiada hak untuk cemburu sesuka rasa hati dia terhadap si girlfriend (lantak ar si girlfriend tu nak keluar dengan laki mane pun!)”
Blue tersenyum lagi.
“Kau ingat aku ni serius sangat ke?”
“Manalah tahu tiba-tiba kau terminat kat aku ke… aku kena bersedia dari sekarang.”
“Tolonglah. So, boleh kita mulakan perjanjian bodoh ni sekarang?”
“Kau tak mahu baca kesemuanya ke?”
“Tak yah baca, semua peraturan tu memihak pada kau.”
Sekali lagi Blue tersenyum manis. Akhirnya rancangannya menjadi juga.
“Kau tak buat perjanjian ke?”
Asraf menghulurkan sekeping kertas kepada Blue.
“Satu saja?” tanya Blue kehairanan.
“Aku ni tak delah cerewat macam kau.”
Blue hanya menjeling tajam.
“Si girlfriend dilarang bertanya apa-apa soalan tentang si boyfriend dan segala keputusan si boyfriend adalah muktamat,” Blue membacanya dengan teliti.
“Bagaimana?” tanya Asraf.
“Ah, walauapapun perjanjian kau tetap tak boleh lawan perjanjian aku,” kata Blue dengan bangganya.
Asraf menghulurkan sebatang pen pada Blue dan begitu juga dengan Blue. Mereka berdua serentak menandatangani perjanjian bodoh itu tanpa berfikir panjang apakah yang berlaku pada hari seterusnya….
“Aku harap ini bukan cerita Full House,” kata Blue seolah-olah berdoa.
“Kalau cerita Full House pun kau bukannya pegang watak heroin,” balas Asraf selamba. Blue hanya menjeling tajam.
“Baiklah, esok aku nak kau jemput aku kat rumah dengan kenderaan, kalau tidak, kau kena belanja aku makan 3 bulan berturut-turut,” kata Blue sebelum beredar dari situ. Nanti kalau ada orang nampak mereka berdua mesti kecoh, lebih baik dia berambus dulu.
“Kenderaan?” Asraf bertanya pada dirinya sendiri sambil berfikir, rasanya dia mana ada kenderaan. Malah, basikal tua pun tiada. Tiba-tiba, mentol di kepalanya menyala dan dia tersenyum kelucuan. “Ah, nak naik kenderaan ye…, nanti aku bawak kenderaan yang lagi canggih dari kereta labu Cinderella tu.”

4 si charming:

  1. Awanama berkata...:

    ok sangat.. saya suke citer nie..

  1. Awanama berkata...:

    numpang lalu , lumayan juga blognya dan saya suka ceritanya walau nggak begitu mengerti bahasanya , pokoke sipp dach ......... terus berkarya ratu bulan

  1. bluebell girl berkata...:

    besh giler aah cite ni. dan salam ziarah juga ya. visitlah blog saya too... ang jadi follower saya. thank u...

  1. Awanama berkata...:

    ALREADY XCITED...HUHU..

Catat Komen

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages